Anda di halaman 1dari 1

Hampir kesemua bahan bacaan yang sampai kepada kita berkenaan Yavuz Sultan Selim (14651520), jika disertakan

dengan imej baginda, maka potret yang terpampang adalah seorang lelaki yang memakai anting-anting di telinga kirinya, manakala serbannya pula berwarna merah. Benarkah itu potret Sultan Selim? Saya sendiri menemui kenyataan ini di dalam buku-buku yang saya anggap baik penulisannya, bahawa itu adalah potret Sultan Selim. Anting-anting itu pula dipakai, kerana Sultan Selim mahu mengingatkan dirinya bahawa beliau masih seorang hamba, kepada Allah. Walaupun kerajaannya ketika itu terbesar di dunia. Jika ia sebuah fakta, maka ia adalah fakta yang mengujakan kita. Namun, sebagai mematuhi disiplin asas dalam sejarah, kita perlu sering bertanya: Dari mana kamu perolehi perkara ini? Membaca lebih lanjut berkenaan baginda daripada sumber-sumber yang baik, memperlihatkan kepada kita bahawa Sultan Selim adalah seorang yang berkeperibadian teguh serta kuat pegangannya kepada Syariat Islam. Dalam siri sultan-sultan Uthmaniah, Sultan Selim dan Sultan Muhammad al-Fatih, ada dua orang sultan yang disebut-sebut sebagai seorang mujaddid, oleh sejarawan Uthmaniah seperti Ltfi Paa di dalam Tawrkh l Uthmn. Ketegasan baginda pada menjauhi elemen-elemen perhiasan diri yang mencemar syara serta menghilangkan sifat kewibawaan seorang lelaki dan pemimpin, boleh dilihat dalam teguran baginda kepada anaknya Sleyman, sekembalinya baginda beliau daripada misi menguasai Mesir. Kata baginda, wahai Sleyman, jika engkau memakai pakaian seperti ini, apa yang ibumu hendak pakai nanti? KISAH SANG POTRET Potret yang sering kita lihat itu, adalah potret Sultan Selim bersaiz 70sm x 65sm, didaftarkan dengan nombor 17/66 di Department of Potrait di Istana Topkap. Ia memaparkan Sultan Selim memakai anting-anting. Potret-potret ini dilukis oleh pelukis Eropah berdasarkan imaginasi mereka. Bukan setakat anting-anting itu, malah kelihatan juga pada potret berkenaan Sultan Selim memakai rantai mutiara di leher, mahkota di kepala. Gambar itu menyanggahi maklumat-maklumat yang jelas tentang tatacara pemakaian rasmi para Sultan Uthmaniah. Ahmed Akgndz dan Said ztrk menyatakan bahawa potret itu dibawa dari istana Dolmabahe pada tahun 1926 dan tidak diketahui dari mana asal usulnya semasa diletakkan di istana berkenaan. Mereka juga menegaskan bahawa foto itu sebenarnya adalah foto Shah Ismail pemerintah kerajaan Syiah Safavid. Serban merah (kzl brk) itu hanya dipakai oleh penganut Syiah di zaman tersebut. Tambahan pula di dalam Fiqh Syiah ketika itu, pemakaian anting-anting lelaki difatwakan sebagai harus, secara spesifik. Kritikan yang dikenakan ke atas potret itu, bersangkutan dengan keabsahannya pada mencerminkan realiti, tidak memungkinkan kita untuk menerima ia sebagai wajah Sultan Selim. Biar pun kedudukan Sultan Selim sudah tentu bentuknya di sisi Allah, tidak bertambah atau berkurang dengan pendapat kita mengenai baginda, namun usaha kita untuk memahami kisah yang sebenar, mengajar kita yang hidup lebih 500 tahun selepas zaman berkenaan, agar memuliakan kebenaran. Yang menjadi inti pati hakikat diri sebagai seorang Muslim. Hasrizal @ www.saifulislam.com - See more at: http://saifulislam.com/2013/08/yavuz-sultan-selim-dan-kisahanting-antingnya/#sthash.1h4uEIkf.dpuf