Anda di halaman 1dari 5

Panas kering siapakan tahu Hujan rintik di Pulau Pandan Berjalan seiring bersentuh bahu Samalah cantik samalah

padan Diiringi paluan kompang, berjalan ke arah Dewan, pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja Sehari; Mohd Fairuz bin Samad dan Delima binti Hj. Osman. Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, apa yang dapat kita saksikan kini, adalah persembahan silat pengantin untuk kedua-dua mempelai. Bunga mawar cantik berseri Dipetik juragan dibawa ke pekan Tarian kuda kepang nama diberi Marilah bersama kita saksikan Anak Cina memasang lukah Lukah dipasang di Tanjung Selasih Pasangan pengantin segak melangkah Mara menuju mahligai kasih Berarak masuk ke dalam Dewan, pasangan raja sehari; Mohd Fairuz bin Samad dan Delima binti Hj. Osman. Hadirin dan hadirat sekalian dipersilakan untuk berdiri, bagi samasama kita berselawat ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Bersarang merbah di Kuala Langat Manis madunya pabila dimakan Suasana meriah bertambah hangat Tarian zapin kami persembahkan Hadirin dan hadirat sekalian, Majlis seterusnya ingin mempersilakan kepada kedua-dua mempelai bersama pengapit mereka dan wakil ahli keluarga kedua-dua mempelai untuk naik ke atas pentas dan duduk di Meja Kasih yang telah disediakan. Dipersilakan. Dipersilakan juga kepada ahli keluarga yang lain untuk duduk di meja yang telah disediakan.

Dari Raub pergi ke Pontian Terus pula ke Kuala Perlis Harap semua berikan perhatian Mohon saya mulakan majlis BismilLahir Rahmanir Rahim Assalamu `Alaikum W.B.T. Hari ini menugal jagung Hari esok memintal tali Hari ini kita berkampung Meraikan mempelai dua sejoli Di malam hari terang senegeri Memberi cahaya di tengah balai Majlis indah bertambah seri Untuk meraikan kedua mempelai Yang dihormati Ustaz Samad bin Hj. Misbah dan Puan Siti Mariam binti Hj. Dayat, selaku tuan rumah kepada Majlis Perkahwinan kita pada hari ini, yang diraikan pasangan mempelai; Mohd Fairuz bin Samad dan Delima binti Hj. Osman, yang dihormati ahli keluarga, saudaramara, bekas-bekas guru dan rakan-rakan kedua-dua mempelai, hadirin dan hadirat para tetamu yang diRahmati Allah S.W.T. sekalian. Selamat datang ke : Majlis Perkahwinan Mohd Fairuz bin Samad dan Delima binti Hj. Osman. Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang Awal BismilLah pembuka bicara Burung Nuri hinggap di balai Balai seri buatan Pak Tua Tempat berehat rakan dan taulan Duduk tersenyum kedua mempelai Menadah tangan memanjatkan doa Moga jodoh sentiasa berkekalan Dengan itu, bagi memohon majlis ini diBerkati dan diRahmati Allah, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa

yang akan dibacakan oleh Ustaz Khairul Anuar bin Samad. Dipersilakan : Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Khairul Anuar bin Samad di atas bacaan doa sebentar tadi. Orang jauh dikenang-kenang Hanya terkenang pada yang satu Mula berkenalan kemudian bertunang Akad dilaksana sama bersatu Anak Cina mengail patin Mengail patin di tepi titi Senyum terukir pasangan pengantin Tanda gembira penuh di hati Menyingkap bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin ini, mereka mula berkenalan pada tahun 2001 ketika sama-sama menuntut di UNITAR, Johor Bharu. Perkenalan yang tidak disengajakan itu, akhirnya memutikkan rasa cinta dalam hati kedua-dua pasangan ini. Setelah mengenal hati budi masing-masing dan mendapat restu keluarga, mereka mengikat tali pertunangan pada November 2007. Dan pada hari yang penuh bermakna ini, janji sepakat yang telah dibuat telah ditunaikan di dalam Majlis yang penuh berbahagia ini. Untuk pengetahuan semua, kedua-dua mempelai ini telah selamat diijabkabulkan pada 9 Ogos 2008 iaitu pada hari semalam dan telah dilangsungkan Majlis Walimatul `Urus di sebelah pihak perempuan. Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara Dengan itu, Majlis ingin mempersilakan kepada En. Mohd Fauzi bin Samad, selaku wakil bagi pihak pengantin lelaki untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Fauzi bin Samad di atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. Seterusnya Majlis ingin mempersilakan kepada dot.dot.dot. selaku wakil bagi pihak pengantin perempuan untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada dot.dot.dot. di atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. Kepada pasangan pengantin, itulah sebentar tadi luahan rasa hati daripada wakil kedua-dua belah pihak mendoakan agar ikatan yang terbina akan sentiasa diBerkati dan diRahmati Allah S.W.T. Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta itu, menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut agama. Tiup serunai di atas kota Uda memupuk bunga melati Mula kenal kemudian bercinta Cinta tersemai di dalam hati Puan dibawa ke Gunung Ledang Dibawa dengan penuh beradab Pinggan mangkuk telah terhidang Kini masa makan beradab Majlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada hari ini iaitu majlis makan beradab. Sebelum itu, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa makan beradab yang akan dibacakan oleh dot.dot.dot. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada dot.dot.dot. di atas doa yang telah dibacakan sebentar tadi. Semerbak bunga seroja Dibelai dara pingitan Lauk pauk penuh semeja Jemput mempelai menikmati hidangan Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan Umpama berkayuh telah sampai di muara Umpama berjalan telah sampai di destinasi Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

Tanam langguna tumbuh kelapa Terbit bunga pucuknya mati Budi semua tak kami lupa Sudah terpaku di dalam hati Tuan puteri tersenyum-senyum Melihat laksamana bermain rodat Senyum-senyum jangan tak senyum Sudah sempurna segala adat Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa barli Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Berjumpa kita lagi pada masa yang akan datang. Saya mengucapkan salam hormat buat semua, wabilLahit Taufiq walHidayah wasSalamu `Alaikum W.B.T.

Anda mungkin juga menyukai