Anda di halaman 1dari 2

Trauma Embah Sinopsis Untuk menjaga kesihatan, ibu memakan pelbagai jenis vitamin.

Ibu berasa gembira apabila anak dan cucunya pulang ke kampung. Untuk mengisi masa terluang, ibu menjalankan perniagaan dari jam 3.00 petang hingga 6.00. Perniagaan berbentuk parti serbaneka dijalankan tanpa asas perniagaan. Ibu belajar setakat darjah enam dan disuruh kahwin dengan abah yang bertugas sebagai guru. Ketika muda, datuk bekerja sebagai penoreh getah. Manakala embah akan membantu mengutip getah susu. Embah tidak mengabaikan tugasnya membesarkan lima orang anak kandung dan empat orang anak tiri. Datuk meninggal dunia kerana sakit tua. Apabila datuk meninggal, embah dijaga oleh anaknya, mak cik penulis. Sejak embah tiada, ibu terasa kehilangan dan rumah embah dirobohkan. Embah pulang ke kampung kerana rindukan kampung halaman. Kemudian embah ke Kuala Lumpur lagi dan tinggal di rumah anaknya. Apabila embah sakit, ibu berulang alik ke Kuala Lumpur. Seterusnya, apabila suami mak cik meninggal dunia, embah dibawa pulang ke rumah ibu di kampung, setelah hampir 20 tahun tinggal di kota. Ibu menjaga embah dengan penuh kasih sayang. Pada satu malam, embah mengigau dan menyebut budak itu. Sebenarnya embah masih trauma tentang kematian dua anaknya dahulu;seorang berusia tiga tahun diserang demam panas dan seorang lagi berusia dua tahun terjatuh ke dalam kolam. Embah menyimpan penderitaan di dalam jiwa kerana datuk melarang embah menangis. Kesabaran ibu telah menginsafkan penulis untuk menjadi seorang anak yang dapat menjaga ibunya satu hari nanti. Nilai Murni Nilai murni cerpen ialah kasih sayang, contohnya ibu menjaga embah yang uzur dengan penuh kasih sayang. Selain ituberdikari, contohnya ibu tidak terlalu mengharapkan wang daripada suaminya, sebaliknya berniaga untuk menambahkan pendapatan. Seterusnya tanggungjawab, contohnya datuk bekerja sebagai penoreh getah untuk menyara keluarganya. Akhir sekali ketaatan, contohnya embah akur dengan kata-kata datuk dan tidak sesekali dia membantah. Pengajaran Pengajaran daripada cerpen ialah kita perlu menjaga ibu kita dengan penuh kasih sayang, contohnya ibu menjaga embah yang nyanyuk dengan penuh kasih sayang. Seterusnya kita hendaklah mengisi masa terluang dengan aktiviti berfaedah, contohnya ibu berniaga dari jam 3.00 petang hingga 6.00 petang untuk menambahkan pendapatan. Selain itu kita wajib mengutamakan pendidikan, contohnya yang ditunjukkan oleh datuk yang merang ibu melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah janganlah diikuti. Akhir sekali kita perlu menjadikan pengalamansebagai penduan hidup, contohnya penulis menginsafi akan pengorbanan ibunya menjaga embah dan berazam untuk menjaga ibunya dengan baik satu hati kelak.

CERPEN "TRAUMA EMBAH" KOMSAS TINGKATAN 1 (THE PSYCHOLOGY OF AGING)


Pengenalan Embah ialah panggilan bagi nenek atau opah dalam kalangan masyarakat Jawa. Menerusi karya Haryati Abu Nasir dalam antologi Kasut Kelopak Jantung ini, embah digambarkan sebagai wanita lanjut usia yang sudah tidak mengurus diri sendiri, di samping diburu oleh kenangan silam tentang dirinya yang terpaksa akur dengan segala kehendak suaminya yang begitu bengis dan panas baran. Ibu mengambil alih tugas menjaga embah daripada mak cik yang tinggal di Kuala Lumpur apabila suaminya mati mengejut. Watak dan perwatakan Embah: Isteri ketiga datuk, punya lima orang anak. Isteri yang taat, serta akur akan segala kata-kata suami (datuk). Contohnya, Embah tidak berani membantah kasut getah sempit pemberian datuk untuk kerja mengutip susu getah. Akibatnya, jari telunjuk kaki embah menjadi herot dan menenggek di atas ibu jari. Embah juga terpaksa menahan perasaan sedih kematian anak kerana ditegah oleh datuk menyebabkan embah trauma hingga ke usia tua (80 tahun). Datuk: Berkahwin tiga kali. Dengan isteri pertama, tiada zuriat, yang kedua empat orang anak. Kahwin lain hanya setelah isteri yang ada meninggal. Suami dan ayah yang tegas, bengis dan tidak suka dibantah. Contohnya, apabila datuk melihat mak cik Rafiah membuat rambut keriting, datuk melontar parang pendek ke arahnya, tetapi terkena tumit kaki ibu hingga berparut. Meninggal lebih awal. Ibu: Wanita yang tabah, awet muda dan penyayang. Walaupun hanya berpeluang belajar setakat sekolah rendah (dilarang datuk), ibu bijak menjalankan perniagaan "parti serbaneka" di kampung-kampung. Jualannya ialah peralatan dapur, serta cadar dan permaidani dibayar ansuran. Kelihatan awet muda justeru menurut saranan "aku" (penulis) mengambil makanan tambahan dan vitamin. Aku: Penulis cerita (sudut pandangan pertama). Telah mempunyai anak. Sering menziarahi ibu dan abah, terutama setelah embah dijaga oleh ibu. Suka mengambil iktibar daripada trauma yang dialami oleh embah, serta kasih sayang mak cik dan ibu terhadap embah. Abah: Sentiasa menyokong kegiatan ibu. Setelah bersara sebagai guru, menumpukan perhatian terhadap jemaah surau dan masyarakat kampung. Mak cik: kakitangan syarikat telekomunikasi yang sibuk. Menjaga embah selama 20 tahun sebelum suaminya, fasilitator (pemudah cara) di Institut Aminuddin Baki (tempat kursus pengurusan sekolah). Mempunyai 4 orang anak. Perbincangan Tema: Kasih sayang anak terhadap ibu yang telah banyak berkorban. Teknik penceritaan: sudut pandangan pertama (menurut kaca mata penulis cerpen) : imbas kembali (kisah datuk dan embah semasa datuk masih hidup) (kisah perniagaan ibu dan abah sebelum abah bersara) Perwatakan: penyayang (ibu, mak cik, aku sangat prihatin terhadap kesihatan dan penderitaan embah) cekal / gigih (ibu menjalankan perniagaan walaupun tidak mempunyai ilmu perniagaan) patuh / taat (embah menuruti segala kehendak datuk, tidak pernah membantah walaupun mendatangkan mudarat) sabar / tabah (embah memendamkan perasaan pilu kehilangan dua orang anak lelaki sekali gus kerana tegahan datuk) tegas / autoktratik (datuk tidak suka dibantah; cubaan mak cik Rafiah menyembunyikan rambut keriting gagal) Nilai: kasih sayang, kecekalan, kegigihan, kesabaran, ketabahan, ketegasan Persoalan: Kasih sayang sesama keluarga Kecekalan / kegigihan dalam menghadapi cabaran hidup Kesabaran / ketabahan dalam menghadapi kerenah ahli keluarga Ketegasan dalam pegangan / prinsip hidup datuk tidak suka suka dibohongi anak) Pengajaran: Kita hendaklah menyayangi sesama keluarga Kita hendaklah cakal / gigih dalam menghadapi cabaran hidup Kita hendaklah sabar / tabah dalam menghadapi kerenah ahli keluarga Kita hendaklah tegas dalam mempertahankan pegangan / prinsip hidup Latar tempat: kampung = tempat tinggal embah, datuk, ibu dan aku; lokasi perniagaan ibu masjid kampung Jelutong = tempat yang selalu dikunjungi datuk darat / kebun = tempat datuk menoreh getah / embah mengutip susu getah Kuala Lumpur = lokasi rumah mak cik menjaga embah selama 20 tahun rumah ibu: bau hancing yang cuba diatasi dengan haruman nyata tidak berjaya

Anda mungkin juga menyukai