Anda di halaman 1dari 13

PENGENALAN

Latar Belakang Sejarah Melayu

Kesultanan Melayu Melaka berasal daripada kerajaan Melayu-Hindu Srivijaya di Pelembang/Jambi. Apabila kerajaan di Pelembang jatuh ke tangan Kerajaan Mejapahit dari Jawa pada sekitar tahun 1390, waris kerajaan, iaitu Parameswara telah berpindah ke Temasek (Singapura) dan kemudiannya menubuhkan negeri baharu yang dikenali sebagai Melaka. Parameswara kemudiannya dikenali sebagai Iskandar Shah, seorang raja yang cekap dan berkarisma. Di bawah pemerintahan baginda, Melak telah berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah bandar pelabuhan yang maju serta mampu mengawal sepenuhnya perairan di Selat Melaka. [1]

Iskandar Shah mengamalkan sistem pemerintahan yang berasaskan kepada kepercayaan agama Hindu bahawa seorang Raja itu mempunyai kuasa seperti; tuhan. Dengan itu, raja mempunyai hak mutlak dan rakyat diminta member ketaatan yang sepenuhnya. Bagi membantu raja mentadbir negeri, beberapa pembesar dilantik untuk menguruskan hal-ehwal pentadbiran istana, negeri dan jajahan takhluknya. Setiap pembesar diberi gelara dan mempunyai peranan dan tanggungjawab tertentu. Empat pembesar utama iaitu Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana.

Sistem Pemerintahan Kerajaan Melaka

Oleh kerana Melaka diasaskan oleh putera Raja yang berasal dari Palembang, maka sistem pemerintahan Melaka berasaskan kepada pemerintahan Srivijaya di Palembang. Dalam institusi Kesultanan Melayu, Sultan menduduki tempat yang tertinggi dalam pemerintahan dan pentadbiran di negeri masing-masing. Konsep Sultan dipengaruhi oleh unsure Hindu dan kemudiannya dipengaruhi oleh unsure Islam. Pada zaman kerajaan awal raja digelar sebagai devaraja, iaitu raja yang memerintah dianggap luhur dan suci. Selepas kedatangan Islam, raja menggunakan gelaran Sultan n dianggap sebagai Amirul-Mukminin beerti pemimpin orang mukmin. Sultan pula akan dibantu oleh anggota-anggota Majlis Tertinggi yang terdiri daripada para pembesar yang ringkasnya disebut sebagai Pembesar Berempat, Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh Dua.

Sistem pentadbiran ini dikenali sebagai Sistem Pembesar Empat Lipatan. Amalan Sistem pembesar Empat Lipatan ini membolehkan pentadbiran dijalankan dengan baik dan sistematik.

Cerita Daripada Hikayat Hang Tuah Hikayat Hang Tuah ialah sebuah epik kepahlawanan yang merentasi sepanjang zaman naik turun kerajaan Empayar Melaka. Hang Tuah merupakan seorang laksamana yang terutama serta pahlawan Melayu yang taat kepada rajanya terutama semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah di Melaka pada abad ke-15. Hikayat ini dipercayai mula ditulis sekitar 1700 (Leiden manuscript Cod.Or.1762.) tetapi manuskrip lengkap adalah bertarikh 1849. Pada masa pemudanya, Hang Tuah dan empat orang temannya, iaitu Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, serta Hang Lekiu, membunuh segerombolan lanun dan dua orang lain yang mengamuk dan membuat kacau-

bilau di dalam kampung. Si Bendahara (sama dengan Perdana Menteri dalam istilah moden) Melaka nampak bakat mereka dan mengambil mereka bertugas di dalam istana. Hang Tuah dibabadkan dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah. Semasa bertugas dengan istana Melaka, Hang Tuah membunuh seorang pahlawan Jawa yang dikenali sebagai Taming Sari. Taming Sari merupakan seorang anak buah Empayar Majapahit yang telah dihadiahkan dengan sebilah keris kuno yang dipercayai boleh menyebabkan pemiliknya kebal. Keris itu dinamai " Taming Sari" sempena pemiliknya yang asal. Hang Tuah kemudian dituduh kerana berzina dengan dayang Sultan, dan suatu keputusan serta merta dibuat untuk menghukum mati laksamana yang tidak bersalah itu. Bagaimanapun, hukuman mati itu tidak dilaksanakan, dan sebagai ganti, Hang Tuah dihantar ke suatu tempat yang terperinci oleh si Bendahara. Mempercayai bahawa Hang Tuah telah mati, Hang Jebat (menurut Hikayat Hang Tuah) atau Hang Kasturi (menurut Sejarah Melayu), melancarkan pemberontakan balas dendam terhadap Sultan Mansur Shah, dan menyebabkan keadaan kelam-kabut di kalangan penduduk. Sultan Mansur Shah berasa sesal tentang hukuman mati Hang Tuah, kerana Hang Tuah merupakan orang tunggal yang berupaya membunuh Hang Jebat (atau Hang Kasturi). Akhirnya, si Bendahara memanggil balik Hang Tuah daripada persembunyiannya, dan diampun oleh Sultan. Selepas berlawan selama tujuh hari, Hang Tuah berjaya membunuh Hang Jebat dan mendapat balik keris Taming Sarinya. Hang Tuah meneruskan khidmatnya kepada Sultan Mansur Shah selepas kematian Hang Jebat. Pada lewat hidupnya, beliau diutuskan meminang seorang puteri yang tinggal di puncak Gunung Ledang. Beliau gagal dalam tugas itu, dan disebabkan perasaan malu, Hang Tuah terus hilang dan langsung tidak dinampak lagi.

SEJARAH BERMULANYA KONSEP RAJA BERDAULAT DI MELAKA

Konsep Sultan / Raja

Raja ataupun Sultan adalah seorang yang penting yang menerajui pemerintahan, seseorang yang mempunyai peribadi yang mulia dan mempunyai pelbagai kelebihan. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, Sultan mendapat gelaran sebagai Zulliahifil Alam iaitu yang bermaksud Sultan yang memerintah di dunia adalah wakil Allah di muka bumi.[2] Kedudukan, kewibawaan serta hak Sultan tidak boleh dipersoalkan sama sekali. Dari sinilah munculnya konsep-konsep seperti taat setia, derhaka, tulah, dan daulat. Taat setia bermaksud kesetiaan dan ketaatan hanya kepada raja yang memerintah yang tidak boleh berbelah bahagi. Konsep derhaka pula membawa maksud keingkaran kepada perintah Raja. Konsep tulah pula bermaksud kemalangan atau bala yang menimpa kerana melanggar sesuatu larangan sementara daulat pula adalah kuasa ataupun hak paling tinggi yang khas untuk Raja.

Konsep Daulat

Setelah ditabalkan menjadi sultan, seseorang Sultan itu akan dianggap berdaulat. Lazimnya, di dalam upacara pertabalan Sultan, upacara itu selalunya akan diakhiri dengan pengakuan dan pengiktirafan oleh rakyat dengan seruan Daulat Tuanku yang akan disebut sebanyak 3 kali.[3] Perkataan daulat berasal daripada perkataan Arab iaitu daulah yang bererti kerajaan atau negeri. Daulat juga dikaitkan dengan halhak keistimewaan, kesempurnaan, kebolehan dan kuasa politik tertinggi seseorang Sultan. Daulat juga membawa maksud kekuasaan dan kewibawaan seseorang Sultan yang memerintah dan kebahagiaan kepada Sultan yang memerintah. Sultan yang berdaulat dapat memerintah dengan berkesan supaya dapat menyatupadukan rakyat jelata. Rakyat jelata pula perlu mentaati perintah Sultan dan sesiapa sahaja yang ingkar dengan titah Sultan akan dianggap sebagai menderhaka kepada Sultan.

(Milner, 1982) berpendapat bahawa raja bukan sahaja sebagai kunci kepada sebuah institusi kerajaan tetapi kedudukan raja turut berkaitan dengan keagamaan. Masyarakat Melayu tradisional percaya berbakti kepada raja akan melimpahkan rahmat dan kehidupan yang lebih selesa di dunia. Mereka turut mempercayai bahawa raja mampu memberikan kemewahan dan kesenangan dunia kepada rakyat yang bergelar hamba paza zaman tersebut.[4]

Ciri-ciri Daulat 1. Penggunaan Bahasa

Sultan memperkukuhkan daulat melalui penggunaan bahasa. Bahasa yang digunakan oleh Sultan dan kerabat diraja adalah dipanggil bahasa dalam. Contoh bahasa dalam ialah tuanku, patik, beta, gering, titah, santap, beradu dan sebagainya. Bahasa dalam ini bukan sahaja digunakan oleh Sultan sahaja, tetapi ianya juga digunakan oleh Permaisuri, Putera, Puteri, dayang-dayang di dalam istana dan termasuklah pembesar yang dilantik oleh Sultan. Sesiapa sahaja yang berada di kawasan istana terutamanya semasa berhubung dengan Sultan mesti menggunakan bahasa dalam.

1.

Hak Keistimewaan Raja

Raja ataupun Sultan mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Keistimewaan ini adalah bertujuan untuk membezakan antara baginda dengan rakyat biasa. Di antara hak-hak istimewa yang hanya khas untuk raja/sultan sahaja adalah seperti penggunaan warna. Warna kuning dianggap sebagai warna diraja dan rakyat jelata dilarang sama sekali untuk menggunakan warna kuning. Kerabat diraja menggunakan warna kuning dalam pembuatan perhiasan, sapu tangan, halusan bantal besar dan tilam.

1.

Penggunaan Alat-alat Kebesaran Diraja

Alat-alat Kebesaran Diraja seringkali digunakan di dalam upacara-upacara khas diraja seperti upacara penabalan Sultan dan ianya dipelihara serta dipuja dan dianggap sebagai keramat. Dia antara peralatan yang termasuk sebagai Alat-alat Kebesaran Diraja ialah cop mohor. Cop mohor menjadi lambang kuasa raja yang memerintah. Selain daripada itu, penggunaan beberapa jenis senjata seperti pedang, keris kerajaan, lembing dan tombak berambu.[5] Berdasarkan kepada manuskrip Sejarah Melayu, konsep raja berdaulat dalam politik Melayu merujuk kepada institusi raja. Raja diakui kebesaran dan kedaulatannya dengan dimasukkan unsur-unsur regalia atau memiliki alat-alat kebesaran yang melambangkan kekuasaan dan kebesaran raja. Alat-alat kebesaran ini mengesahkan kedudukan dan kuasa raja berkenaan. Berkaitan dengan dakwaan ini, Sejarah Melayu awal-awal lagi menunjukkan alat-alat kebesaran itu dimiliki oleh pengasas kerajaan negeri Melayu Palembang. Menurutnya, putera Raja Suran dari Bukit Seguntang telah membawa bersama mereka pedang Badram Balawa, curik (keris) Si Mandang Kini, lembing Lembura dan Kayu Cap Kempa (mohor).[6]

Kisah Bermula Di Bukit Siguntang

Di Tanah Andalas terdapat sebuah negeri yang bernama Palembang. Negeri itu diperintah oleh Demang Lebar Daun yang berasal daripada keturunan Raja Sulan. Bukit Siguntang ini dihuni oleh dua orang balu iaitu Wan Empuk dan Wan Malini. Apabila ketiga-tiga anak Raja Suran telah dewasa, mereka telah dihantar ke dunia oleh nenda mereka dengan lengkap berpakaian Raja dengan menaiki lembu putih.(mitos Hindu).

Kedatangan mereka di Bukit Siguntang menyebabkan kawasan penanaman padi pasangan balu tersebut bernyala seperti matahari terbit. Padi mereka bertukar menjadi emas, berdaunkan perak dan berbatangkan gangsa. Ketiga-tiga mereka tersebut memperkenalkan diri mereka kepada pasangan balu tersebut sebagai Nila Pahlawan, Krisyna Pandita dan Nila Utama daripada anak cucu Raja Iskandar Zul-Karnain.

Apabila Demang Lebar Daun mengetahui berita ini, dia telah menemui Wan Empuk dan Wan Malini dan membawa ketiga-tiga anak Raja itu ke Palembang. Nama dua orang raja itu telah ditukar oleh Demang Lebar Daun:

i) Nila Pahlawan - Sang Si Perba ( memerintah Minangkabau) ii) Krisyna Pandita - kekal ( Raja di Tanjung Pura) iii) Nila Utama - Seri Teri Buana ( Raja di Palembang)

Sewaktu Demang Lebar Daun menukar nama Nila Pahlawan, telah berlaku satu peristiwa di mana lembu kenaikan mereka telah memuntahkan buih dan daripada buih itu keluarlah seorang lelaki berpakaian seraya membaca ciri dan dinamakan Batalab(mitos Hindu). Seri Teri Buana ingin beristeri dan menyampaikan hasratnya itu kepada Demang Lebar Daun. Demang Lebar Daun segera mencari anak-anak raja tempatan untuk dijodohkan dengan baginda. Akan tetapi suatu keanehan telah menimpa Sang Teri Buana. Hal ini demikian kerana, semua anak-anak raja Palembang yang ditidurinya ditimpa penyakit Kedal.

Apabila tiada lagi anak raja yang dapat dikahwini, Seri Teri Buana teringat akan anak gadis Demang Lebar Daun dan berhasrat untuk mengahwini gadis itu. Anak-anak Raja Palembang ditimpa penyakit kedal kerana mereka tidak setaraf dengan keturunan Seri Teri Buana dan ini merupakan keistimewaan yang ada pada Raja Melaka berbanding dengan raja yang lain.

Demang Lebar Daud setuju untuk memenuhi permintaan Seri Teri Buana, tetapi waad/syarat perlu dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. 6 butiran waad/waadat :

i) ii) iii) iv) v) vi)

Raja tidak boleh menzalimi rakat/Raja mesti adil Rakyat tidak boleh derhaka kepada Raja walaupun Raja zalim Kalau rakyat derhaka - hukuman mati Kalau Raja zalim - negara dibinasakan Kedua-dua pihak mesti setuju dengan syarat-syarat Jika satu pihak langgar syarat - waadat terbatal

Selepas berteguh janji, Seri Teri Buana pun berkahwin dengan puteri Demang Lebar Daun iaitu Raden Ratna Cendera Puri. Puteri ini tidak ditimpa penyakit kedal sebagaimana anak-anak raja sebelumnya. Ini kerana, isterinya pun berasal daripada keturunan Raja Suran. Selepas perkahwinan Seri Teri Buana dgn Raden Ratna Cendera Puri, berlakunya peristiwa ajaib iaitu beroleh anak perempuan daripada buih yang hanyut. Seri Teri Buana menjadikannya sebagai anak angkat dan dinamai Puteri Tanjung Buih.

1.

Konsep daulat derhaka

Kedudukan raja berdaulat dalam masyarakat Melayu tradisi diperkukuhkan lagi dengan konsep daulat derhaka. Konsep daulat dan derhaka sangat berkait rapat. Raja/Sultan menggunakan konsep ini supaya rakyat jelata taat setia kepada baginda, tidak berani ingkar dengan titah baginda dan supaya rakyat tidak berani menderhaka kepada raja. Banyak tafsiran yang berkaitan dengan konsep daulat dan derhaka. Namun demikian, apa yang pasti konsep ini lebih banyak memberikan kelebihan kepada pihak raja daripada golongan rakyat yang diperintah. Ramai rakyat jelata terkorban dan menjadi mangsa di dalam penyalahgunaan konsep tersebut. Manuskrip Sejarah Melayu menggambarkan penganiayaan demi penganiayaan yang dilakukan oleh raja terhadap rakyat kerana berdasarkan kepada konsep tersebut.

SUSUR GALUR PEMERINTAH MELAKA

Nama Sultan Tempoh Memerintah

Sultan Iskandar Shah (Parameswara) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Sultan Mahkota Iskandar Shah Sultan Muhammad Shah Sultan Abu Syahid Sultan Muzaffar Shah Sultan Mansur Shah Sultan Alauddin Riayat Shah Sultan Mahmud Shah Sultan Ahmad Shah

Konsep Raja Berdaulat di Melaka bermula semenjak zaman pemerintah Parameswara (Sultan Iskandar Shah) lagi. Perlanggaran daulat berlaku semasa pemerintahan Sultan Melaka yang ke-8 iaitu Sultan Mahmud Shah.

Peristiwa Ketaatan Konsep Daulat (Hang Tuah Dihukum Bunuh)

<span>Petikan</span> Hatta maka sekali persetua, kuda kenaikan Sultan Mansur Syah jatuh ke pelindungan tahi, seorang pun tiada hendak menambatkan tali kepada kuda itu. Setelah dilihat oleh Laksmana Hang Tuah orang yang beratusratus iti tiada mau turun mengambil kuda itu, maka Hang Tuah pun segera terjun ke dalam perlindungan itu, ditambatkannya tali pada kuda itu. Maka diudar oranglah ke atas. Setelah kuda itu naik, maka Hang Tuah pun naik ; tubuh dan muka Hang Tuah penuhlah dengan tahi sampai ke kepalanya, lalu ia pergi mandi berlangir, berbedak. Setelah Sultan Mansur Syah melihat kuda baginda sudah naik itu, maka terlalulah sukacita bagida; beberapa puji baginda akan Hang Tuah, serta dianugerahi persalinan dengan sepertinya.

Syahadan berapa lamanya maka datanglah hujjatul balighatakan Hang Tuah; maka ada seorang dayangdayang raja, orang yang keluar masuk, bukan orang yang tetap didalam, bermukah dengan Hang Tuah. Maka diketahui oleh Sultan Mansur Syah; baginda pun terlalu murka. Hang Tuah disuruh baginda bunuh kepada Seri Nara Diraja. Maka oleh Seri Nara Diraja dibawanya pulang pulang kerumahnya; fikir dalam hatinya, Adapun Hang Tuah ini, bukan barang-barang orang; tiadalah dua orang, orang yang didalam negeri Melaka ini sebagainya pada zaman ini. Jikalau ia ini mati, di mana duli Yang Dipertua beroleh hamba seperti Hang Tuahini? Lagipun belum sampai dosanya patut dibunuh. Setelah ia fikir demikian, maka kata Seri Nara Diraja pada Hang Tuah, Mana perintah Orang Kaya sahaya turut. Maka sahut Hang Tuah, Hanya jikalau Sahaya hendak Orang Kaya taruh, pasunglah sahaya supaya jangan berjalan. Maka oleh Seri Nara Diraja disuruhnya bawa Hang Tuah kepada suatu dusunnya di hulu, di sana dipasungnya. Maka dipersembahkannya, Akan Hang Tuah telah matilah sudah, tuanku. Maka Sultan Mansur Syah pun diamlah. Akan Hang Tuah, sebilang hari disuruh Seri Nara Diraja hantari makanan yang berjenis-jenis. Sungguhpun sekian halnya, ia didalam dukacita juga, malah beransur kurus.

<span>Kupasan Petikan</span>

Melalui petikan diatas, dapatlah dikupaskan persoalan falsafah yang terdapat pada kisah Hang Tuah iaitu, falsafah kesetiaan. Kesetiaan merupakan satu sifat keteguhan hati dan patuh terhadapindividu. Ketaatan merupakan salah satu sikap yang dapat mengambarkan perasaan hormat seseorang. Setiap individu perlu mempunyai sikap ketaatan, samaada kepada orang yang lebih tua ataupun taat kepada raja dan negara. Sifat ketaatan dapat dikesan apabila seseorang itu sanggup melakukan sesuatu perkara demi seseorang atau sesuatu perkara tanpa mengharapkan pembalasan atau penghargaan.

Falsafah ketaatan dalam kisah Hang Tuah dapat dilihat pada peristiwa Hang Tuah menyelamatkankuda Sultan Mansur Syah yang terjatuh kedalam lubang takungan najis. Demi kesetiaannya kepada Raja, Hang Tuah telah mengesampingkan rasa jijik dan berjaya mengeluarkan kuda tersebut, walaupun tubuhnya turut terkena najis. Dalam peristiwa ini hanya Hang Tuah sahaja yang sanggup menurut kehendak raja, sedangkan hamba rakyat yang lain mengelak untuk melakukannya. Hang Tuah sanggup melakukan apa sahaja demi memuliakan kedudukan raja. Dalam pemerintahan, kesetiaan rakyat kepada pemimpin adalah penting bagi memastikan kelancaran dalam pentadbiran, kerana tanpa kesetiaan satu pihak kepada pihak yang lain akan menyebabkan perselisihan dan penentangan. Contohnya dalam masyarakat Melayu Tradisional rakyat perlu taat kepada pemerintah, kerana dikatakan rakyat atau hamba Melayu yang yang tidak menuruti perintah raja atau melakukan penentangan serta pengkhianatan akan bakal berdepan dengan musibah dan tulah. Konsep tulah digunakan untuk memastikan kesetiaan rakyat kepada pemerintah.Oleh itu jelas diperlihatkan kesetiaan juga merupakan lambang keutuhan dan kestabilan sesebuah institiusi pemerintahan mahupun keluarga.

Berdasarkan petikan dapat juga dapat dilihat sifat kesetiaan Hang Tuah yang tidak berbelah bagi terhadap raja. Dalam hal ini, sifat setia ini terserlah semasa beliau dijatuhi hukuman bunuh oleh Sultan Mansur Syah

atas tuduhan yang belum terbukti kebenarannya. Beliau langsung tidak menentang hukuman tersebut sebaliknya menerimanya dengan penuh rela.

KONSEP TULAH Konsep ini bermula apabila berlangsungnya persetiaan antara Demang Lebar Daun dan Seri teri Buana di Palembang.[7] Ia meletakkan raja sebagai sesuatu yang agung dan wajib dihormati. Manakala rakyat pula tidak boleh dizalimi oleh raja. Raja dikatakan mempinyai beberapa sifat mulia dan luarbiasa yang biasanya ada kaitan dengan kedaulatannya. Menurut Zainal Abidin Abdul Wahid:

'Daulat boleh diertikan sebagai severeignity'. Kedaulatan seseorang raja melayu itu bukanlah semata-mata suatu konsep undang-undang, tetapi mencakupi agama dan budaya. Daulat itu memeberikan kepadanya banyak hak dan keistimewaan. Meletakkannya dalam masyarakat tanpa boleh dicela atau dikritik. Daulat itu juga menuntut taat setia yang tidak boleh di persoalkan lagi daripada rakyatnya'.[8]

Daulat yang ada pada raja meliputi peribadi dan tubuh raja bukan kawasan pemerintahannya. Daulat juga dihubungkan dengan karisma raja dan 'tuah' yang dimiliki oleh raja. Raja akan dianggap bertuah dan tinggi daulatnya apabial keadaan negeri menjadi aman dan makmur dan kaya raya: perdagangan yang pesat, tanam-tanaman yang tumbuh subur serta hasil ternakan yang membiak dan rakyat yang bertambah ramai. [9]

Manakala konsep dehaka pula ialah kesetiaan rakyat kepada pemerintah dimana jika rakyat melanggar atau ingkar pada arahan sultan maka dia akan di timpa tulah raja. Samada dalam bentuk sumpahan atau hidup melarat atau merana sepanjang hayat.[10] Ini menunjukkan berlaku proses timbal balik antara raja dan rakyat dimana kedua-duanya saling memerlukan untuk membentuk sebuah pemerintahan yang aman dan harmoni, seterusnya menjadikan Melaka empayar yang unggul. Tanpa seorang raja yang berdaulat, tiadalah negara. Dalam keadaan begitu rakyat terpaksa hidup dalam keadaan yang berpecah belah dan amat primitif sekali.[11]

Contoh-Contoh Pelanggaran Daulat Menjadi Tulah Pelanggaran Daulat Menurut Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)

1.

Peristiwa Kerana Seorang Dayang

Kisah ini bermula semasa pemerintahan Sultan Maliku'l Mansur di negeri Semundra. Pada satu hari, baginda bertitah kepada seorang menteri yang bernama Sidi Asma Yaumi'd-Din bahawa baginda ingin melawat kekandanya iaitu Sultan Maliku't-Tahir di negeri Pasai. Sidi Asma Yaumid-Din melarang baginda Sultan melawat kekandanya di negeri Pasai kerana bimbang jika berlaku fitnah. Namun, Sultan Malikul Mansur tetap dengan keputusannya untuk melawat negeri Pasai. Semasa berada di istana kekandanya, Sultan Malikul Mansur telah terpandang seorang dayang dan berkenan dengan dayang tersebut. Baginda kemudiannya mengambil dayang tersebut dan dibawa balik ke negeri Samundra. Setelah mengetahui hal tersebut, maka Sultan Malikut Tahir pun menjadi murka terhadap adindanya dan menyimpan dendam. Sementara itu, Sultan Malikul Mansur pula menyesali perbuatan yang telah dilakukannya. Sultan Malikut Tahir kemudiannya mengambil keputusan untuk menggunakan tipu muslihat dengan menjemput adindanya

dan Sidi Asma Yaumid-Din datang ke istana baginda di negeri Pasai dan menangkap mereka atas nasihat daripada Tun Perpatih Tulus Tukang Segara.

Apabila Sultan Malikul Mansur dan menterinya Sidi Asma Yaumid-Din tiba di istana Sultan Malikut Tahir, maka Sultan malikul Mansur dan menterinya ditangkap. Sultan Malikut Tahir menitahkan hulubalangnya membawa adindanya ke Manjung dan menitahkan supaya Sidi Asma Yaumid-Din supaya tidak mengikut tuannya tetapi Sidi Asma Yaumid-Din berkata bahawa beliau tetap hendak mengikut Sultan Malikul Mansur kerana ingin tetap setia kepada tuannya. Oleh sebab itu, Sultan Malikut Tahir menitahkan supaya Sidi Asma Yaumid-Din dibunuh. Maka, Sidi Asma Yaumid-Din pun dibunuh dengan tubuhnya dikerat. Kepalanya pula dititahkan oleh Sultan Malikut Tahir untuk dibuang ke dalam laut.

2.

Akibat Khianat, Singapura Dialahkan Majapahit

Peristiwa ini berlaku di Singapura ketika pemerintahan Raja Iskandar Syah. Baginda sultan telah mengambil anak perempuan bendaharinya, Sang Rajuna Tapa untuk dijadikan gundik. Oleh kerana anak perempuan Sang Rajuna Tapa mempunyai wajah yang cantik dan terlalu disayangi oleh sultan, maka gundik-gundik lain di dalam istana pun cemburu sehingga anak perempuan Sang Rajuna Tapa difitnah berbuat jahat. Maka, Raja Iskandar Syah sangat murka mendengarkan perkara tersebut. Baginda kemudiannya mennitahkan agar anak perempuan Sang Rajuna Tapa diikat di hujung pasar. Sang Rajuna Tapa teramat malu melihat keadaan anaknya yang diperlakukan sedemikian maka dia pun datang lalu berkata kepada sultan bahawa oleh kerana anaknya telah melakukan kejahatan, maka lebih baik anaknya dibunuh sahaja dariapda diperlakukan sedemikin rupa.

Maka, dengan berlakunya kejadian itu, Sang Rajuna Tapa pun mengirim surat ke Majapahit yang ditujukan kepada Betara Majapahit. Dalam surat tersebut, Sang Rajuna Tapa mengatakan bahawa beliau akan menolong Majapahit jika Majapahit ingin menyerang Singapura. Setelah membaca surat tersebut, maka Betara Majapahit pun segera mengarahkan angkatan tenteranya untuk menyediakan tiga ratus jong, banting dan jongkong, kelulos dan membawa bersama dua keti rakyat Jawa untuk pergi ke Singapura. Angkatan tentera Majapahit pun belayar ke Singapura dengan diketuai oleh Panglima Demang mangku Negara. Tidak berapa lama kemudian, maka sampailah angkatan tentera itu di Singapura. Angkatan tersebut kemudiannya mengepung Singapura dan orang Singapura tidak sempat untuk melarikan diri. Akhirnya, Singapura telah Berjaya dikalahka oleh orang Jawa dari Majapahit. 3. Kisah Singapura Dilanggar Todak

Kisahnya bermula semasa Tuan Jana Khatib yang merupakan seorang yang mahir dalam ilmu agama telah datang ke Singapura. Di Singapura, Tuan Jana Khatib berjalan di pekan Singapura sehinggalah ke pintu peranginan raja. Di situ, Tuan Jana Khatib telah menilik atau merenung pohon pinang sehingga pohon itu terbelah dua dan kejadian itu berlaku di hadapan permaisuri raja. Raja telah menitahkan hukuman bunuh ke atas Tuan Jana Khatib karana menganggap Tuan Jana Khatib sengaja ingin menunjuk-nunjuk kebolehannya di hadapan permaisuri. Beberapa lama kemudian, Singapura menerima bencana besar iaitu bencana serangan todak. Ramai rakyat jelata telah terkorban. Nyawa rakyat terus melayang apabjla Paduka Seri Maharaja telah memerintahkan rakyatnya berkotakan betis. Kemudian datang seorang budak yang pintar mencadangkan agar mereka berkotakan batang pisang. Akhirnya berkat cadangan bernas budak pintar tersebut, serangan todak telah berakhir. Tetapi budak tersebut telah dijatuhi hukuman bunuh akibat hasutan para pembesar terhadap raja yang tidak berfikir panjang tentang kebijaksanaannya yang di khuatiri akan menggugat raja apabila dia besar kelak.

Dalam kisah Singapura Dilanggar Todak, persoalan yang jelas terkandung di dalamnya dari sudut falsafah ialah mengenai ketaatan dan kesetiaan terhadap tanggungjawab dua golongan utama pada waktu itu iaitu

golongan pemerintah dan rakyat biasa. Rakyat jelata ialah golongan manusia yang dipimpin dan diperintah oleh sebuah institusi tertinggi di dalam sesebuah negeri, daerah atau jajahan. Golongan pemimpin pada waktu itu terdiri daripada para pembesar dan golongan bangsawan atau darah keturunan raja. Sesebuah negeri memerlukan satu jalinan yang amat akrab daripada kedua-dua golongan ini bagi membentuk sebuah kehidupan yang aman, stabil dan harmoni.

Peristiwa todak yang telah membinasakan rakyat Singapura tersirat dengan persoalan dan falsafah ketaatan serta tanggungjawab rakyat dan pemerintah. Contohnya peristiwa di mana Tuan Jana Khatib dijatuhi hukuman bunuh oleh Paduka Seri Maharaja akibat dianggap sengaja menunjukkan ilmunya. Keputusan yang di buat oleh Paduka Seri Maharaja itu merupakan keputusan yang terburu-buru dimana dia tidak menggunakan pertimbangan akal yang sepenuhnya sebaliknya hanya menggunakan emosi semata-mata. Hal ini disebabkan dia tidak menyiasat terlebih dahulu perkara yang sebenar lalu terus membuat keputusan tanpa soal selidik. Perbuatan Tuan Jana Khatib yang merenung pohon pinang sehingga terbelah dua di hadapan permaisuri sebenarnya terdapat dua kemungkinan. Pertama, kemungkin benar dia ingin menunjukkan ilmunya dan yang kedua, mungkin itu adalah satu cara menjalankan tanggungjawabnya bagi mengajak rakyat singapura untuk mendalami ilmu agama Islam. Hal ini berikutan Tuan Jana Kathib merupakan orang cerdik pandai dan tinggi ilmunya dalam agama serta ilmu khayal lillah. Jelas kelihatan adalah sifat cemburu raja yang sepatutnya diketepikan bagi menjadi seorang pemimpin yang bijaksana menguruskan negerinya dengan penuh tanggungjawab supaya aman makmur. Musibah atas perbuatan pemerintah itu telah diterima dalam peristiwa serangan todak. Musibah yang diterima amat kukuh kerana pemerintah telah menzalimi dan menganiaya rakyatnya.

Dalam waad ini, rakyat meminta raja tidak berlaku zalim kepada mereka. Begitu juga dengan raja, yang meminta rakyat tidak derhaka kepada raja walaupun raja berlaku zalim. Ini bermaksud kedua-dua pihak tidak boleh sama sekali mederhaka, malah ketaatan adalah elemen terpenting. Berbalik kepada kisah Singapura Dilanggar Todak, pelanggaran waad telah dibuat oleh Paduka Seri Maharaja (pemerintah) terhadap Tuan Jana Khatib. Paduka Seri Maharaja tidak wajar bertindak membunuh rakyat tanpa usul periksa serta yang bertentangan dengan hukum syarak. Perkara ini bermakna pemerintah telah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ketaatan terhadap perjanjian dan pegangan serta amalan yang sepatutnya dijaga dan dihormati. Dari sudut falsafah, Konsep waad ini sendiri sebenarnya mewajibkan rakyat dan pemerintah supaya cinta terhadap kebijaksanaan malah mengamalkannya melalui kebaikan dalam kehidupan seharian terhadap segala yang ada dalam alam semesta. Apatah lagi tujuan seseorang dilahirkan ke dunia adalah sebagai wali Allah dan bertanggungjawap untuk memakmurkan bumi Allah yang tercinta ini.

Pelanggaran Daulat Menurut Hikayat Hang Tuah

Hikayat Hang Tuah ialah satu daripada teks yang tertua yang kita ketahui. Hikayat Hang Tuah telah ditulis di antara tahun 1641 dan 1721. [12]

Penderhakaan Hang Jebat

Fenomena penderhakaan Hang Jebat berlaku disebabkan oleh perasaan yang tidak dapat dikawal oleh manusia. Ini kerana dari ciri-ciri metafizikanya, nafsu adalah satu naluri yang dapat ditembusi oleh syaitan dan dapat dikawal oleh syaitan. Ini terjadi kerana syaitan telah bersumpah dengan Allah untuk menyesatkan umat Nabi Adam sehingga hari kiamat. Jadi tidak hairanlah apabila fenomena derhaka ini berlaku. Rasionalnya apabila kita mederhaka, ini bermakna kita telah terpesong dari ajaran yang sepatutnya, ini kerana derhaka di golongkan sebagai satu sifat yang mungkar dan melanggar perintah Allah. Allah telah memerintahkan hambanya supaya tidak menderhaka kepada pemerintah, ibu bapa, Rasul dan Allah dan

mesti menanamkan perasaan taat setia. Derhaka boleh disimbolkan sebagai kehilangan petunjuk dari Allah. Ini menyebabkan hati menjadi gelap. Derhaka menyebabkan kehilangan pedoman dan rasional peiiran seperti yang berlaku pada Hang Jebat yang menderhaka tanpa berfikir secara waras dan kehilangan petunjuk serta cahaya dalam hati menyebabkan keimanan dalam diri Hang Jebat hilang dan telah mendorong Hang Jebat untuk melakukan penderhakaan kerana bertindak mengikut nafsu semata-mata. Apabila kehilangan cahaya keimanan, ia akan membuahkan akhlak yang tidak mulia dan tidak murni yang akan memberi keburukan kepada makhluk lain seperti penderhakaan yang di lakukan oleh Hang Jebat yang telah menyebabkan Melaka menjadi huru-hara.

Pada pandangan masyarakat Melayu dahulu, penderhakaan kepada raja adalah tidak dibenarkan kerana ia adalah satu pantang kepada masyarakat Melayu dahulu. Ini kerana mereka berpegang teguh pada kepercayaan terhadap kedaulatan raja dan adat melayu. Oleh itu penderhakaan Hang Jebat telah di tentang walaupun Hang Jebat menegakkan kebenaran. Selain itu anak-anak di ajar supaya berbakti dan setia kepada raja. Bagi orang Melayu dahulu, derhaka kepada raja adalah satu dosa yang besar dan mencabar pantang larang orang Melayu. Ini kerana raja pada masa itu di anggap sebagai Orde Kosmos, iaitu raja di anggap sebagai pemerintah alam semesta, sesuai dengan konsep transendental masyarakat Melayu pada masa itu. Orang yang derhaka kepada raja akan dikutuk dan dihina serta dibunuh. Mereka sanggup kehilangan keluarga sendiri jika ada ahli keluarga yang menderhaka kepada raja. Ini kerana mereka tidak mahu keturunan mereka dikutuk sepanjang zaman. Ini dapat dilihat apabila Hang Jebat menderhaka, sahabat , saudara dan ahli keluarganya menentang dan sanggup membunuhnya. Ini dapat dibuktikan apabila Hang Tuah sanggup membunuh Hang Jebat kerana Hang Tuah berpegang kepada Pantang Melayu derhaka kepada sultan.Derhaka boleh ditafsirkan sebagai satu perasaan tidak puas hati terhadap sesuatu pekara..Penderhakaan Hang Jebat boleh disifatkan sebagai satu perasaan balas dendam kerana membela kematian Hang Tuah dan menyanggah tindakan raja yang menjalankan hukuman tanpa melakukan usul periksa. Namun apabla dinilai kebenaran penderhakaan Hang Jebat melalui rasa atau hati kalbu , penderhakaannya dapat menyedarkan kesilapan raja yang tidak patut dilakukan. Logiknya penderhakaan yang dilakukan adalah untuk membuang sesuatu yang buruk dan digantikan dengn sesuatu yang lebih baik tetapi apabila di lihat dari sudut pandangan lain seperti penderhakaan terhadap ibu bapa , ia dapat di lihat untuk memenuhi kepentingan individu dan memberi kepuasan terhadap diri sendiri. Selain itu derhaka boleh di erti juga sebagai untuk menjaga air muka sehingga terlupa nilai diri dan hakikat asal usul. Fenomena penderhakaan Hang Jebat ni juga berlaku di sebabkan oleh yang tidak dapat dikawal oleh manusia. Ini kerana dari ciri-ciri metafizikanya , nafsu adalah sesuatu naluri yang dapat ditembusi oleh syaitan dan dapat dikawal oleh syaitan. Ini terjadi kerana syaitan telah bersumpah dengan Allah untuk menyesatkan umat Nabi Adam sehingga hari kiamat. Jadi tidak hairan apabila fenomena derhaka ini berlaku. Rasionalnya apabila kita mederhaka , ini bermakna kita telah terpesong dari ajaran yang sepatutnya , ini kerana derhaka di golongkan sebagai satu sifat yang mungkar dan melanggar perintah Allah. Allah telah memerintahkan hambanya supaya tidak menderhaka kepada pemerintah , ibu bapa , Rasul dan Allah dan mesti menanamkan perasaan taat setia. Derhaka boleh di simbolkan sebagai kehilangan petunjuk dari Allah. Ini menyebabkan hati menjadi gelap. Derhaka menyebabkan kehilangan pedoman dan rasional peiiran seperti yang berlaku pada Hang Jebat yang menderhaka tanpa berfikir secara waras dan kehilangan petunjuk serta cahaya dalam hati menyebabkan keimanan dalam diri Hang Jebat hilang dan telah mendorong Hang Jebat untuk melakukan penderhakaan kerana bertindak mengikut nafsu semata-mata. Apabila kehilangan cahaya keimanan , ia akan membuahkan akhlak yang tidak mulia dan tidak murni yang akan memberi keburukan kepada makhluk lain seperti penderhakaan yang di lakukan oleh Hang Jebat yang telah menyebabkan Melaka menjadi huru-hara.Pada pandangan masyarakat Melayu dahulu , penderhakaan kepada raja adalah tidak dibenarkan kerana ia adalah satu pantang kepada masyarakat Melayu dahulu. Ini kerana mereka berpegang teguh pada kepercayaan terhadap kedaulatan raja dan adat melayu. Oleh itu penderhakaan Hang Jebat telah di tentang walaupun Hang Jebat menegakkan kebenaran. Selain itu anak-anak di ajar supaya berbakti dan setia kepada raja. Bagi orang Melayu dahulu , derhaka kepada raja adalah satu dosa yang besar dan mencabar pantang larang orang Melayu. Ini kerana raja pada masa itu di anggap sebagai Orde Kosmos , iaitu raja di anggap sebagai pemerintah alam semesta , sesuai dengan konsep transendental masyarakat Melayu pada masa itu. Orang yang derhaka kepada raja akan di kutuk dan di hina serta di bunuh. Mereka sanggup kehilangan keluarga sendiri jika ada ahli keluarga yang menderhaka kepada raja. Ini kerana mereka tidak mahu keturunan mereka di kutuk sepanjang zaman. Ini dapat dilihat apabila Hang Jebat menderhaka , \Derhaka pada ketika itu di anggap sebagai maruah orang Melayu. Ianya tidak boleh dijual beli. Bagi mereka, anak Melayu pantang derhaka kepada sultan. Apabila ada seseorang yang menderhaka, ini bermakna ianya talah mencabar kredebiliti dan pegangan orang Melayu yang menganggap raja adalah segala-galanya. Ini dapat dibuktikan apabila Hang Tuah sanggup membunuh sahabat karibnya sendiri iaitu Hang Jebat kerana telah melanggar pantang orang Melayu iaitu dengan menderhaka kepada raja dan telah mencabar pegangan orang Melayu. Namun, apabila dilihat secara positivisme logikalnya, Hang Jebat menderhaka

kerana untuk mencari kebenaran. Ini dapat dibuktikan apabila banyak kajian epistemologi yang dibuat dan dapat di simpulkan Hang Jebat ingin membela kematian Hang Tuah. Bagi Hang Jebat, Hang Tuah tidak patut dihukum bunuh jika hendak dibandingkan dengan jasa yang telah di taburkan oleh Hang Tuah.

Selain itu, fenomena ini terjadi kerana kezaliman raja Melaka yang hanya mementingkan diri sendiri dan menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hang Tuah tanpa menjalankan usul periksa terlebih dahulu.[13] Secara empirikalnya, Hang Jebat hanya ingin membuang sesuatu yang buruk dan menggantikan dengan sesuatu yang baru bertepatan dengan ideologi yang di pegang oleh Hang Jebat iaitu raja yang adil akan ku turuti dan raja yang zalim patut disanggah. Jika ditafsir dari sudut aksiologi, derhaka juga boleh di sifatkan sebagai satu hikmah yang di berikan oleh Allah. Penderhakaan Hang Jebat telah menyedarkan raja Melaka pada ketika itu menjadi menyesal kerana membunuh Hang Tuah yang tidak bersalah dan mempercayai pembesar yang tidak berguna iaitu Patih Kerma Wijaya dan banyak menzalimi rakyat jelata. Pandangan Islam tentang penderhakaan Hang Jebat pula adalah sesuatu yang menyalahi ajaran agama islam. Islam sendiri tidak membenarkan umatnya mendehaka kepada raja. Ini kerana raja adalah ketua kerajaan yang telah di beri kepercayaan oleh rakyat. Rakyat harus menurut segala perintah raja selagi tidak terpesong dari ajaran agama. Banyak ayat al-quran yang menyuruh supaya taat setia kepada Allah, Rasul, ibu bapa dan pemerintah. Namun, jika raja itu zalim, rakyat berhak memberontak untuk mendapatkan kembali hak mereka. Ini kerana pemerintah di pilih berdasarkan musyawarah dan suara rakyat. Jadi rakyat berhak menjatuhkan pemerintah yang tidak berupaya untuk memerintah dan banyak membawa kesusahan kepada rakyat. Memberontak yang dimaksudkan adalah tidak melakukan pembunuhan dan tidak membuat rusuhan dalam negeri. Namun, pemberontakkan yang dilakukan oleh Hang Jebat dengan menderhaka adalah salah. Bila dibuat kajian secara symplitik, Hang Jebat telah menderhaka kepada raja dengan menghuru-harakan istana, membunuh seluruh isi istana, dan mengamuk di Melaka. Perbuatan ini dilarang oleh Allah. Hang Jebat telah bertindak secara melulu tanpa berfikir panjang. Tindakan yang diambil telah menyusahkan orang lain dan telah menyebabkan Melaka menjadi huru-hara. Hang Jebat sepatutnya menerima hakikat kematian Hang Tuah dan jika untuk mendapatkan keadilan sekalipun, Hang Jebat boleh menukar dasar kerajaan Melaka atau mengubah hukuman yang sering dilaksanakan oleh raja supaya kes seperti Hang Tuah tidak berulang lagi. Ini kerana Hang Jebat pada waktu itu telah menjadi orang kepercayaan raja Melaka. Rumusan yang dapat dibuat, derhaka dapat dinilai dari pelbagai sudut. Ia dapat dilihat dari sudut positif dan negatif. Penderhakaan Hang Jebat ialah sesuatu yang positif tetapi tindakannya adalah sesuatu yang negatif. Selain itu, penderhakaan juga adalah sesuatu yang negatif jika kita melihat pegangan masyarakat Melayu dahulu tetapi ia boleh menjadi positif jika raja yang ditentang itu adalah raja yang zalim tetapi tindakan yang diambil mestilah positif dan tidak lari daripada ajaran Islam.

KESIMPULAN

Daripada kajian yang telah dijalankan, dapat disimpulkan bahawa konsep raja berdaulat sangat dititikberatkan semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Sultan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dianggap berdaulat apabila baginda telah ditabalkan menjadi Raja. Sultan yang berdaulat dapat memerintah dengan berkesan supaya dapat menyatupadukan rakyat jelata. Rakyat jelata pula perlu mentaati perintah Sultan dan sesiapa sahaja yang ingkar dengan titah Sultan akan dianggap sebagai menderhaka kepada Sultan.

Konsep tulah juga sangat sinonim dengan masyarakat pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka di mana, sesuatu kemalangan atau bala dipercayai akan menimpa sekiranya sesuatu larangan dilanggar contohnya pelanggaran waad di dalam kisah yang berkaitan dengan Demang Lebar Daun. Sebagai rumusan tentang keseluruhan kajian ini, maka dapatlah dirumuskan bahawa konsep daulat dan derhaka amat mendalam pemahamannya dan amat penting dalam penentuan waad yang dibuat dengan merujuk kepada kajian ilmu falsafah. Konsep waad yang diberikan sebagai contoh di dalam kajian ini telah dapat membentuk peraturan kehidupan samada kepada golongan pemerintah iaitu raja dan juga kepada golongan yang diperintah iaitu rakyat.

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Ismail. 2005. Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka Ahmad Sarji. 2004. Hang Tuah: Tokoh Epik Nasional. Selangor: Pelanduk Publications Sdn. Bhd. Asnarulkhadi Abu Samah, Jayum A. Jawan. 1997. Kenegaraan Malaysia. Serdang: Penerbit Universiti Putera Malaysia A. Samad Ahmad. Tun Seri Lanang. Sulalatus Salatin, Sejarah Melayu Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Haron Daud. 1989. Sejarah Melayu. Satu Kajian Dari Aspek Pensejarahan Budaya . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. INTAN. 2006. Pentadbiran dan Pengurusan Awam Malaysia . Kuala Lumpur: Institut Terbitan Awam Negara (INTAN) Kobkua Suwannathat ~ Pia. 2003. Asia Tenggara. Hubungan Tradisional Serantau . Kuala Lumpur Muhammad Yusoff Hashim, op. cit., hal. 152 Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul Hubungan Etnik. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) Tajuddin Hussein (ketua editor). 2007. Malaysia Negara Kita. Kuala Lumpur: MDC Publishers Sdn. Bhd. Zainal Abidin Abdul Wahid 1966. Sejarah Melayu. hal.208-9. ibid. hal. 94. Wikipedia, http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Melayu_Melaka [1] Ruslan Zainuddin. 2005. Kenegaraan Malaysia. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. [2] Tajuddin Hussein (ketua editor). 2007. Malaysia Negara Kita. Kuala Lumpur: MDC Publishers Sdn. Bhd., hlm. 20 [3] Tajuddin Hussein (ketua editor). 2007. Malaysia Negara Kita. Kuala Lumpur: MDC Publishers Sdn. Bhd., hlm. 40 [4] Ishak Saat. 2007. Ilmu Sejarah: Antara Tradisi dan Moden. Selangor: Karisma Publications Sdn. Bhd., hlm. 137 [5] Tajuddin Hussein (ketua editor). 2007. Malaysia Negara Kita. Kuala Lumpur: MDC Publishers Sdn. Bhd., hlm. 42

[6] Ishak Saat. 2007. Ilmu Sejarah: Antara Tradisi dan Moden. Selangor: Karisma Publications Sdn. Bhd., hlm. 138 [7] Haron Daud. 1989. Sejarah Melayu. Satu Kajian Dari Aspek Pensejarahan Budaya . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 153 [8] Zainal Abidin Abdul Wahid 1966. Sejarah Melayu. hal.208-9. ibid. hal. 94. [9] Muhammad Yusoff Hashim, op. cit., hal. 152 [10] ibid. hal. 154. [11] Kobkua Suwannathat ~ Pia. 2003. Asia Tenggara. Hubungan Tradisional Serantau. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 29. [12] Ahmad Sarji. 2004. Hang Tuah: Tokoh Epik Nasional. Selangor: Pelanduk Publications Sdn. Bhd., hlm. 1 [13] Ahmad Sarji. 2004. Hang Tuah: Tokoh Epik Nasional. Selangor: Pelanduk Publications Sdn. Bhd., hlm. 51

Anda mungkin juga menyukai