Anda di halaman 1dari 47

BMM 3103 2012

TUGASAN 1 1. Mendapatkan dan menghuraikan maklumat daripada pelbagai sumber berkaitan konsep pengujian, konsep pengukuran dan konsep penilaian dalam Bahasa Melayu 2. Mengumpul dan menganalisis satu set contoh Soalan peperiksaan bagi matapelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 3. Menjelaskan serta menghasilkan Jadual matapelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Spesifikasi Ujian untuk

4. Membina item ujian objektif dan subjektif mengikut aras taksonomi Bloom, berpandukan JSU yang dibina. 5. Melaksanakan ujian bulanan dalam kelas menggunakan item ujian yang dibina 6. Menganalisis markah ujian 7. Membuat refleksi mengenai perancangan dan perlaksanaan ujian yang telah dijalankan

1.0

HURAIAN MAKLUMAT DARIPADA JURNAL BERKAITAN KONSEP PENGUJIAN, KONSEP PENGUKURAN DAN KONSEP PENILAIAN BAHASA MELAYU

1.1

Konsep Penilaian, Pengukuran dan Pengujian Sebagai insan yang hidup di muka bumi ini,kita tidak lari daripada membuat

keputusan. dalam membuat keputusan, samada sukar atau mudah, penilaian wajar dilakukan terlebih dahulu. dalam konteks ini penilaian akan melibatkan penentuan objektif, mendapatkan maklumat, membuat kesimpulan dan membuat keputusan. apabila proses yang dijalankan itu dibuat secara sistematik dan sistematik, maka
1

BMM 3103 2012 keputusan yagn diperoleh menjadi tepat dan seterusnya tindakan yang diambil adalah bebar-benar bersesuaian. 1.2 Pentaksiran Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan. Pentaksiran juga adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu.

1.2.1 Tujuan Pentaksiran Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam

pembelajaran Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan

pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.

Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.

Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.
2

BMM 3103 2012

Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.

Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.

1.3

Pengertian Penilaian Apakah itu penilaian pendidikan? Menurut Stufflebeam (1971), penilaian

adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Penilaian menentukan jurang perbezaan antara apa yang dihasilkan dengan apa yang dihasratkan dari sesuatu program pendidikan. Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan. Meskipun banyak definisi penilaian pendidikan dikemukakan oleh pakarpakar seperti Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich (1996), pada asasnya penilaian merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan. Dari segi pengajaran dan pembelajaran, penilaian boleh didefinisikan secara ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dicapai. Definisi penilaian ini membawa maksud objektif pengajaran perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum penentuan pencapaian objektif tersebut dibuat berasaskan pertimbangan terhadap bukti empirikal. Bukti empirikal pencapaian biasanya diperoleh secara pengukuran terhadap penguasaan pelajar dengan menggunakan alat ukur yang dinamakan ujian. Namun, perkembangan dalam bidang penilaian menunjukkan banyak cara kita boleh menilai pengajaran guru. Antara pelbagai jenis penilaian yang sering dilakukan di universiti adalah penilaian
3

BMM 3103 2012 terhadap disertasi, projek, kajian kes, portfolio, bengkel, seminar, oral pelajar. Bukti empirikal dikumpul secara sistematik berasaskan maklumat sahih, tekal, telus dan boleh dipertahankan. Tanpa bukti empirikal, pertimbangan terhadap pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran mungkin dibuat berasaskan pendapat iaitu pertimbangan nilai bersifat subjektif, pincang dan rapuh. 1.3.1 Kuantifikasi dan Kualifikasi Dalam Penilaian Penilaian pendidikan membabitkan dua unsur utama iaitu kuantifikasi dan kualifikasi. Kuantifikasi menggunakan ujian bagi mengukur kewujudan bukti empirikal penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus yang diajar. Kualifikasi menggunakan pertimbangan nilai terhadap bukti empirikal penguasaan pelajar bagi membuat keputusan sama ada objektif pengajaran dan pembelajaran dicapai atau tidak. Bukti empirikal penguasaan pelajar dalam bentuk skor yang sahih dan boleh dipercayai sangat diperlukan bagi membuat penilaian. Keperluan ini adalah kerana setiap keputusan yang dibuat melibatkan risiko. Bukti empirikal membantu kita membuat keputusan dengan risiko yang kecil. Semakin tepat pensyarah mengukur pencapaian pelajar, semakin tepat penilaian guru terhadap keberkesanan pengajarannya.

1.4

Pengertian Pengukuran Kesahan bukti empirikal yang digunakan bagi penilaian sangat bergantung

kepada sejauh mana pensyarah berupaya mengkuantifikasikan dengan tepat kewujudan atribut atau ciri penguasaan pelajar yang digunakan sebagai asas penilaian. Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu. Pengukuran merupakan suatu proses kuantifikasi dengan memberi nilai angka
4

BMM 3103 2012 kepada kewujudan sesuatu ciri dan atribut. Dalam pengajaran dan pembelajaran di universiti, kewujudan ciri penguasaan sesuatu isi kursus yang diajar oleh pensyarah pada pelajar dikuantifikasikan dengan memberi skor ujian. Pengukuran membawa maksud yang lebih luas berbanding pengujian. Pengukuran membawa definisi sebagai "suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik tentang sebanyak mana individu mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu. Dalam erti kata lain, pengukuran adalah proses menentukan sejauh mana seseorang individu miliki ciri-ciri tertenru. Pengukuran boleh dibuat tanpa menggunakan pengujian. Sebagai contoh, kemahiran melukis seseorang boleh di ukur melalui pemerhatian sementara pengetahuan dan sikap boleh diukur melalui temubual. 1.5 Pengertian Pengujian Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk

diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus di universiti. Ujian adalah alat ukur. Ujian digunakan bagi mengukur penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk menunjukkan tahap penguasaan mereka dalam kursus berkenaan. Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi. Pengujian dianggap sebagai proses penyerahan ser soalan yang piawai yang perlu dijawab atau satu set instrumen bersama satu prosedur yagn sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang pelajar. Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran,
5

BMM 3103 2012 tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat. Kita perlu memastikan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan. Satu daripada cara-cara memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang berkualiti. kesimpulannya, pengesanan hasil pembelajaran dan pembelajaran boleh dibuat melaui penguian pengukuran dengan tepat yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah. justeru kecekapan guru terhadap kurikulum diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran,. 1.5.1 Tujuan Pengujian Pengajaran dan Pembelajaran Tujuan utama pengujian ialah untuk menghasilkan bukti yang boleh digunakan bagi membuat penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran di universiti. Penilaian di bilik kuliah dan makmal boleh membantu para pensyarah menambah baik pengajaran mereka dan pembelajaran pelajar. Selain matlamat diagnosis pengajaran dan pembelajaran, skor ujian digunakan sebagai asas bagi pengredan, pemilihan, penempatan, kaunseling dan bimbingan pelajar. Diagnosis Satu daripada tujuan pengujian ialah untuk mendiagnos kesukaran yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran. Diagnosis pengajaran diperlukan bagi mengesan sejauhmana pengajaran guru berkesan. Sekiranya berkesan,guru akan lebih yakin untuk meneruskan strategi dan kaedah pengajarannya. Sekiranya tidak berkesan, guru boleh menganalisis dan mengesan kelemahan yang ada supaya strategi dan kaedah pengajaran guru boleh diubahsuai, diperbaiki dan dipertingkatkan.

BMM 3103 2012 Diagnosis terhadap pembelajaran pelajar pula diperlukan bagi mengesan

sejauhmana pembelajaran berlaku. Sekiranya berkesan, kita boleh meneruskan strategi dan gaya pembelajaran sedia ada. Sekiranya tidak berkesan, kita perlu menganalisis dan mengenal pasti apakah kelemahan yang berlaku supaya strategi dan gaya pembelajaran pelajar boleh diubahsuai, diperbaiki dan dipertingkatkan. Pengredan Pengujian juga dilakukan bagi tujuan pengredan pelajar. Guru boleh mengred pencapaian pelajar kepada kategori lulus atau gagal, lemah, sederhana atau cemerlang atau gred A, B C, D atau E. Melalui pengredan pelajar, kita boleh memberitahu ibu bapa dan pihak berkaitan tentang prestasi akademik pelajar khususnya berbanding dengan prestasi pelajar lain. Dengan adanya maklumat gred, Guru dan ibu bapa boleh memainkan peranan membantu dan seterusnya melibatkan diri dalam proses pendidikan pelajar. Rangsangan luaran seperti penghargaan, nasihat, sokongan, bantuan dan kerjasama dari pihak-pihak yang terbabit dengan pendidikan pelajar khususnya ibu bapa sangat penting bagi meransang kemajuan dan pembangunan pelajar di universiti. Pemilihan dan Penempatan Penilaian adalah penting sebelum pengajaran dan pembelajaran kerana guru perlu meninjau sejauh manakah pelajarnya mengusai pengatahuan dan kemahiran asas kepada tajuk yang diajar. Misalnya, seseorang guru Bahasa Melayu yang akan mengajar pelajar bukan penutur asli Melayu, perlu mengetahui aspek pengetahuan dan kemahiran manakah yang telah mereka kuasai,seperti tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya. Maklumat ini pentign untuk guru membuat keputusan dalam menentukan peringkat yang bersesuaian untuk memulakan pengajaran.
7

BMM 3103 2012

Selain itu, guru perlu memilih pelajar untuk dikelompokkan dalam sesautu kumpulan berasaskan tahap penguasaan mereka. Sekiranya penguasaan mereka berbeza, guru perlu menempatkan mereka mengikut keperluan mereka yang berbeza-beza itu. Kaunseling dan Bimbingan Keputusan dan skor ujian boleh digunakan untuk membantu pelajar supaya berdaya maju. Berasaskan keputusan ujian, para guru boleh membantu pelajar mengenal pasti kelemahan dan kekuatan masing-masing supaya program dan tindakan intervensi dilakukan bagi memperbaiki keadaan pelajar. Keputusan ujian juga membantu guru untuk memberi khidmat bimbingan. Penilaian yang dijalankan dari masa ke masa dapat meninkatkan motivasi pelajar untuk belajar lebih gigih bagi mendapatkan pencapaian terbaik mereka. Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang akan terus berusaha untuk mengekalkan prestasi mereka. Sebaliknya pelajar yang lemah akan dapat mengenalpasti kelemahan mereka dan berusaha memperbaiki kelemahan mereka.

2.0

ANALISIS SOALAN PEPERIKSAAN BAHASA MELAYU TAHUN 4

Jadual dibawah menunjukkan analisa item JSU kertas soalan tahun 4 NO KEMAHIRAN TABURAN PILIHAN
8

BMM 3103 2012 SOALAN BAHASA SOALAN ARAS JAWAPAN

Kata nafi

Aplikasi

Imbuhan

Aplikasi

Kata perintah

Aplikasi

Kata sifat

Aplikasi

Kata arah

Aplikasi

Simpulan bahasa

Aplikasi

Kata hubung

Aplikasi

Kata ganda

Aplikasi

Kata seruan

Aplikasi

10

Imbuhan

Aplikasi

11

Penanda wacana

Aplikasi

12

Kata ganti diri

Aplikasi

BMM 3103 2012 13 Kata hubung 1 Aplikasi B

14

Kata bilangan

Aplikasi

15

Kata tanya

Aplikasi

16

Penjodoh bilangan

Aplikasi

17

Imbuhan

Aplikasi

18

Kata nama

Aplikasi

19

Sinonim

Pengetahuan

20

Antonim

Pengetahuan

21

Perumpamaan

Analisis

22

Ayat Tanya

Analisis

23

Ayat Tanya

Analisis

24

Ayat Sama maksud

Analisis

25

Ayat Sama

Analisis

B
10

BMM 3103 2012 maksud

26

Polisemi

Aplikasi

27

Polisemi

Aplikasi

28

Ayat yang betul

Analisis

29

Ayat yang betul

Analisis

30

Ayat yang betul KEMAHIRAN PEMAHAMAN

Analisis

31

Kefahaman

32

Kefahaman

33

Petikan cerita

Pengetahuan

34

Analisis

35

Kefahaman

36

Kefahaman

11

BMM 3103 2012 37 1 Kefahaman A

38

Ucapan

Pengetahuan

39

Analisis

40

Pengetahuan

JUMLAH

40

2.1

Hasil Analisis Hasil daripada analisis kertas peperiksaan soalan objektif dan subjektif

Bahasa Melayu Tahun 4 daripada Sekolah Kebangsaan Tuguson, Kota Belud, saya mendapati terdapat 5 soalan aras pengetahuan. Aras pengetahuan merupakan aras yang menguji kebolehan para pelajar untuk mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, erti, istilah, prinsip, dan definisi daripada pembelajaran yang lepas. Selain itu, terdapat 5 soalan yang kefahaman telah disediakan dalam kertas soalan tersebut. Soalan aras kefahaman ini adalah mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemaah, menginterpretasi, menukar dan menjelaskan fakta, konsep, hukum, teori yang telah dipelajari. Kertas soalan tersebut juga kebanyakannya mempunyai aras aplikasi iaitu sebanyak 20 soalan. Aras Aplikasi bermaksud menggunakan maklumat dalam

12

BMM 3103 2012 situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori dan formula. Selebihnya pula, terdapat 10 soalan berada dalam aras analisis. Aras analisis merupakan sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat dan kaitan kebal di antara bahagian. Kesimpulannya, kertas soalan tersebut mengandungi soalan beraras sederhana iaitu aplikasi. Soalan yang beraras tinggi seperti aras sintesis dan penilaian tidak disediakan di dalam kertas soalan tersebut. Oleh yang demikian, kertas soalan tersebut kurang memberi cabaran minda kepada murid. Namun, kertas soalan tersebut bersesuaian dengan peringkat tahun persekolahan murid.

3.0

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) BAHASA MELAYU TAHUN 5 NO. SOAL AN


1

TAJUK / BIDAN G
Penjod oh bilanga n Kata ganti nama diri Kata kerja Kata hubung

ARAS KESUKARAN 1 2 3 4 5 6

13

BMM 3103 2012


5

Kata sendi nama Kata nama am Kata adjektif Penjod oh bilanga n Kata tugas Kata seru Kata kerja Kata hubung Kata perinta h Kata bantu Kata pengua t Ayat perinta h Kata nafi Kata bilanga n
/

1 0 1 1 1 2 1 3

1 4 1 5

1 6

1 7 1 8

14

BMM 3103 2012


1 9 2 0

Ayat Tanya Kata nama khas Kata bilanga n Imbuha n Simpul an bahasa Kata kerja terbita n Kata pengua t Ayat penyat a Peribah asa Imbuha n Kata pemeri Kata penega s Soalan petikan 1 Soalan
/ / / / / /

2 1

2 2 2 3

2 4

2 5

2 6

2 7 2 8 2 9 3 0

3 1

3 2

15

BMM 3103 2012


petikan 1
3 3

Soalan petikan 1 Soalan petikan 1 Soalan petikan 1 Soalan petikan 2 Soalan petikan 2 Soalan petikan 2 Soalan petikan 2 Soalan petikan 2
/

3 4

3 5

3 6

3 7

3 8

3 9

4 0

ARAS KESUKARAN

RENDAH SEDERH ANA SUKAR

12 20 8 40
16

JUMLAH SOALAN

BMM 3103 2012

Aras Taksonomi Bloom : 1 2 3 : : : Pengetahuan Kefahaman Aplikasi 4 5 6 : : : Analisis Sintesis Penilaian

4.0

UJIAN OBJEKTIF DAN SUBJEKTIF MENGIKUT ARAS TAKSONOMI BLOOM, BERPANDUKAN JSU YANG DIBINA

Nama .. Kelas.. Tarikh..


17

BMM 3103 2012

UJIAN BULANAN BAHASA MELAYSIA TAHUN 5 Arahan Am: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C, dan D. Antaranya, ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan itu.

Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca rencana di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Tugas sebagai penjaga haiwan di zoo bukannya mudah seperti yang disangka. Apatah lagi jika haiwan tersebut ialah haiwan-haiwan liar seperti harimau, buaya, dan gajah. Setiap hari, mereka perlu memberi makanan dan minuman kepada haiwan-haiwan ini. Aspek kebersihan juga amat dipentingkan. Mereka perlu memastikan agar kandang sentiasa bersih. Tujuannya untuk mengelakkan haiwan-haiwan tersebut dijangkiti penyakit. Doktor haiwan yang khas ditempatkan untuk memeriksa kesihatan haiwan-haiwan ini. Rawatan perlu segera diberikan untuk mengelakkan maut. Tugas ini memang berbahaya jika terpaksa merawat binatang yang buas. Walaupun begitu, tanggungjawab perlu diutamakan. Risiko penjaga haiwan dicederakan menjadi bertambah tinggi jika haiwan tersebut marah. Namun, mereka sudah menganggap tugas ini sebagai rutin harian dan seperti menjaga anak mereka sendiri. Mungkin orang ramai tidak sedar, tanpa penjaga haiwan ini, binatang-binatang di zoo mungkin tidak dapat hidup dengan sihat dan selesa. Penjaga haiwan sentiasa memastikan agar anak angkat mereka ini sentiasa sihat dan cergas untuk tatapan umum. Oleh sebab itu haiwan-haiwan ini perlu dijaga dan dibelahi dengan penuh kasih sayang. 1. Perkataan anak angkat dalam petikan merujuk kepada

A haiwan yang dijaga oleh penjaga haiwan. B anak angkat penjaga haiwan tersebut.
18

BMM 3103 2012 C haiwan yang akan dirawat oleh doktor haiwan. D haiwan yang liar dan berbahaya.

2. Semua pernyataan di bawah adalah tidak benar tentang rencana, kecuali

A anak penjaga haiwan tinggal di zoo. B semua haiwan dilayan dengan kasar oleh penjaga haiwan. C penjaga haiwan memastikan haiwan hidup dengan selesa. D haiwan yang lambat dirawat tidak akan mati.

3. Mengapakah kandang haiwan di zoo perlu dibersihkan?

A Supaya haiwan itu dapat hidup selesa B Supaya haiwan itu tidak dijangkiti penyakit C Supaya haiwan itu tidak cepat mati D Supaya haiwan itu tidak marah

4. Bilakah penjaga haiwan mungkin boleh dicederakan oleh haiwan tersebut? A Ketika sedang memberi makanan dan minuman B Ketika sedang memberi rawatan kepada haiwan yang sakit C Jika haiwan itu sudah hampir mati D Jika haiwan itu menjadi marah

19

BMM 3103 2012 5. Berikut ialah tugas-tugas penjaga haiwan, kecuali? A memberi makanan dan minuman. B membantu memeriksa kesihatan haiwan. C membersihkan kandang. D menangkap haiwan di hutan.

Soalan 6 hingga Soalan 10 Baca cerita di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Bas yang dinanti pun sampai. Ramai penumpang yang turun dan baik bas itu di perhentian ini. Nana tidak juga muncul. Aku risau dan agak bimbang dengan keselamatan Nana. Aku tahu, pasti ada yang menghalang perjalanan Nana ke sini. Nana bukanlah jenis yang tidak menepati janji. Nana akan mengotakan apa yang dikatakannya. Pagi tadi, Nana berjanji dengan aku untuk pergi ke perpustakaan bersamasama. Mungkin Nana terlepas bas. Tidak mengapalah, aku akan menunggu sebuah bas lagi. Jika Nana tidak juga muncul, aku akan pulang sahaja. Ketika menanti aku terkenang saat-saat manis bersama Nana. Dia memang sahabat yang menyenangkan. Nana baik hati, bijak, sopan tapi agak pemalu. Nana tidak aktif dalam bidang sukan disebabkan penyakit asmanya. Namun begitu, Nana selalu turun ke padang untuk memberi sokongan kepada aku dan teman-teman yang lain. Lamunan aku terhenti kerana deruman bas yang membingitkan telinga. Kali ini sudah dua buah bas berhenti untuk mengambil dan menurunkan penumpang di sini. Aku mula tidak sedap hati. Pasti ada yang tidak kena dengan Nana. Aku terus mencapai beg lalu beredar dari situ. Aku mempercepatkan langkah menuju ke rumah. Hasrat untuk ke perpustakaan aku batalkan. Bila sampai di rumah nanti, aku akan minta ibu membawa aku ke rumah Nana. Hati aku benar-benar mengatakan ada yang tidak baik berlaku ke atas diri Nana.

20

BMM 3103 2012

6. Mengapakah penulis berada di perhentian bas tersebut? -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

7. Bagaimanakah perasaan penulis ketika berada di situ? --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

8.

Berdasarkan cerita di atas, penulis menggambarkan Nana ialah seorang teman yang

--------------------------------------------------------------------------------________________________________________________

9. Mengapakah Nana tidak dapat bersukan seperti pelajar-pelajar yang lain? ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

10. Perkataan membingitkan di dalam cerita di atas bermaksud

---------------------------------------------------------------------------------

--------------------------------------------------------------------------------

21

BMM 3103 2012

22

BMM 3103 2012

5.0

ANALISIS MARKAH UJIAN

Bilangan murid kelas tahun 5 ini ialah seramai 29 orang. Berdasarkan keputusan ujian Objektif dan subjektif Bahasa Melayu yang telah saya edarkan, saya dapati masih ramai murid kelas ini mendapat gred C seperti yang digambarkan pada Jadual 1.

Jadual 1: Analisis Ujian objektif dan subjektif Bahasa Melayu Semester 2 2011

Berdasarkan Jadual 1, didapati 38% iaitu 11 daripada 29 orang murid kelas ini mencapai gred C. Analisis ini menunjukkan bahawa terdapat sebilangan besar murid kelas ini yang masih lagi sederhana pencapaian mereka dalam ujian objektif dan subjektif Bahasa Melayu. Saya telah memulakan tinjauan awal kajian ini pada awal bulan Mac yang lalu. Melalui maklumat awal ini, saya telah meneliti dan mengenal pasti kelemahan murid-murid ini iaitu pada bahagian soalan subjektif.

Hasil ujian tersebut menunjukkan murid berkenaan masih lemah mengemukakan isi-isi penting daripada petikan yang diberikan. Oleh sebab tidak dapat memahami
23

BMM 3103 2012 inti atau isi petikan, murid-murid ini gagal untuk membuat huraian yang tepat dan berkaitan. Ada di antara mereka mengemukakan isi yang kabur dan kurang jelas. Ini menyebabkan mereka terpesong dan terkeluar daripada tajuk petikan. Kelemahan ini menyebabkan mereka tidak dapat menghasilkan ayat yang baik dan seterusnya menjejaskan markah mereka.

Terdapat dua sebab mengapa pencapaian murid-murid ini berada pada tahap yang agak rendah. Pertama, murid-murid ini masih belum dapat menguasai dengan baik kemahiran mengemukakan isi isi penting serta membuat huraian terhadap isi-isi melalui petikan. Kedua, kaedah pengajaran yang saya gunakan selama ini kurang memberi kesan terhadap pemahaman mereka.

24

BMM 3103 2012

6.0

REFLEKSI

Pada awal tugasan projek pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini, saya dapati subjek kajian kurang memberi kerjasama dan perhatian semasa saya cuba untuk mendapatkan maklumat. Apabila disoal, mereka hanya memberi jawapan tidak tahu penerangan. sahaja. Saya Mereka kurang memberi tumpuan semasa saya memberi telah membuat teguran terhadap sikap mereka ini.

Walaubagaimanpun, semasa saya melaksanakan ujian bulanan berbentuk objektif dan subjektif untuk memenuhi kehendak soalan tugasan projek ini, sikap para pelajar amat memberangsangkan.
25

BMM 3103 2012

Selain daripada itu beberapa masalah saya hadapi semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah untuk mencari bahan rujukan mengenai konsep pengujian, konsep pengukuran dan konsep penilaian dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Saya juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan untuk diisi dalam kerja projek saya. Saya terpaksa meneliti setiap bentuk kata yang terdapat dalam petikan dan menghuraikannya dengan gramatis. Nota-nota yang telah diberikan telah saya gunakan untuk dimasukkan di dalam kerja projek ini. Banyak perkara yang telah saya pelajari semasa melakukan tugasan ini. Antara perkara yang telah saya pelajari ialah kaedah menganalisis ujian. Hal ini sangat berguna kepada saya kerana disamping dapat menyiapkan tugasan saya juga boleh mengulangkaji pelajaran-pelajaran yang telah diajar untuk peperiksaan akhir pada hujung semesta nanti. Saya juga dapat mempelajari bagaimana untuk menghasilkan Jadual Spesifikasi Ujian. Pada mulanya kami berasa susah untuk membuatnya tetapi selepas diberikan oleh pensyarah dan bantuan dari rakan-rakan,saya berasa yakin untuk menyiapkan tugasan ini. Semasa menyiapkan tugasan ini juga, saya telah belajar untuk bekerjasama. walaupun tugasan ini adalah tugasan individu, tetapi tidak dinafikan kami tetap mengadakan kumpulan perbincangan untuk topic masing-masing. Komitmen atau rasa tanggungjawab sangat perlu semasa melakukan perbincangan berkumpulan jika tidak, tugasan itu tidak akan berjaya disiapkan. Pada mulanya ia nampak seperti susah untuk di siapkan. Namun berkat doa dan pertolongan pensyarah saya telah berjaya melakukannya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini terutamanya pensyarah saya.

26

BMM 3103 2012

TUGASAN 22 TUGASAN Berdasarkan Berdasarkan pemahaman pemahaman anda anda tentang tentang konsep konsep penilaian, penilaian, buat buat satu satu huraian huraian secara secara kritis kritis berkaitan berkaitan dengan dengan amalan amalan pentaksiran pentaksiran Bahasa Bahasa Melayu Melayu Sekolah Sekolah Rendah di Negara kita. Rendah di Negara kita.
27

BMM 3103 2012

1.0

KONSEP PENILAIAN

Penilaian telah didefinisikan dengan banyak cara. Stufflebeam et. al. (1971: xxv) menyatakan penilaian sebagai the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives. Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan. Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum. Pentafsiran penilaian berdasarkan data kuantitatif dan penghuraian kualitatif. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru. Ia boleh dijalankan berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan kurkulum. Penilaian telah didefinisikan dengan banyak cara. 1.1 Kepentingan Penilaian Ujian Di Bilik Darjah

Penilaian dan ujian mempunyai beberapa tujuan. Antaranya ialah untuk: mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara yang hendak diajar.
28

BMM 3103 2012

menolong guru-guru

mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar mereka

telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan. membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan temanteman

sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah.

menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam pencapaian mereka.

membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka. Melalui ujian dan penilaian mereka sentiasa dapat meningkatkan pengajaran mereka; dan

membolehkan pelajar

mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam

sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya.

1.2

Konsep Penilaian Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid.

Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan.

Melalui aktiviti penilaian, guru dapat memastikan perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Terdapat 2 jenis penilaian di sekolah iaitu: 1. Penilaian Formatif 2. Penilaian Sumatif
29

BMM 3103 2012 Penilaian Formatif

Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diperoleh daripada penilaian formatif dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai.

Maka guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

Guru juga boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat.

Penilaian Sumatif

Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir tahun atau pada akhir semester. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan.

Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM biasanya dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid di seluruh negara.

Objektif Penilaian di Sekolah (Formatif dan Sumatif)


Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa

Mengetahui keberkesanan pengajaran


30

BMM 3103 2012


Merancang dan mengubah suai pengajaran Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta Ciri-ciri dan Prosedur Penilaian Dalam Bilik Darjah

1.3

Pengenalan:

Aktiviti penilaian yang dijalankan dalam bilik darjah merupakan sebahagian proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Penilaian dalam bilik darjah dilaksanakan secara berterusan dengan tujuan mengesan penguasaan dan kemajuan murid dalam bilik darjah.

Maklumat yang diperolehi daripada penilaian akan digunakan untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kemajuan murid.

Ciri-ciri penilaian dalam bilik darjah:


Menentukan sejauh mana objektif pelajaran telah dicapai Membantu guru mengubahsuaikan kaedah p&p untuk membantu membaiki kelemahan pembelajaran murid.

Dijalankan secara berterusan untuk menentukan kemajuan murid-murid dalam aspek intelek, rohani, jasmani dan emosi.

Memastikan prinsip asas penilaian diikuti:


o o o o

tujuan penilaian bidang yang dinilai calon yang hendak dinilai teknik yang akan digunakan dalam penilaian

31

BMM 3103 2012

Bentuk Penilaian dalam Bilik Darjah Bentuk penilaian dalam Bilik Darjah

Berbagai-bagai cara informal dan formal Informal - pemerhatian - lisan - kuiz - soal - perbincangan - penilaian kendiri Formal - ujian kertas pensil - laporan - tugasan jawab - folio

1.4

Pembinaan Instrumen Penilaian dalam Aspek Kognitif

Pengenalan Kandungan KBSR dan KBSM merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai dari bidang kognitif, afektif dan psikomotor. Kedua-dua kurikulum ini bertujuan memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu, penilaian hendaklah merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor. P & P dalam aspek kognitif merujuk kepada Dewey (1916) dan pemerhatiannya bahawa setiap insan mempunyai kapasiti untuk berfikir.
32

BMM 3103 2012 Polson & Jeffries (1985) mengatakan pemikiran berkaitan secara langsung dengan kemahiran penyelesaian masalah. Ennis (1985, 1991) berpendapat pemikiran merupakan beberapa siri proses pemikiran secara logik. Galotti (1989) menyatakan terdapat dua jenis membuat keputusan kesan dari pemikiran, iaitu formal reasoning dan everyday reasoning

1.5

Instrumen Penilaian Dalam Aspek Kognitif

Kebiasaannya penggunaan ujian kertas dan pensel dapat memberi ukuran pencapaian pelajar dalam aspek kognitif/pemikiran moral. Pembinaan item ujian objektif dan subjektif boleh dilakukan mengikut aras kesukaran yang dinyatakan dalam Taksonomi Bloom. (Rujuk http://www.officeport.com/edu/blooms.htm)

2.0

PANDUAN MENULIS SOALAN UJIAN BERTULIS Pokok soalan mesti ditulis dalam bahasa yang mudah difahami Pilihan jawapan atau gerak balas hendaklah ditulis sejajar dengan pokok soalan

Struktur item haruslah dibentuk mengikut format yang biasa diamalkan Ujian Subjektif

2.1

Ujian esei Pelajar menjawab soalan dalam tulisan/perkataan sendiri

33

BMM 3103 2012

Jawapan- satu ayat, beberapa ayat, satu perenggan, beberapa perenggan, satu karangan

Pelajar bebas memilih, menerangkan, membentangkan idea-idea dengan perkataan sendiri

Pemeriksa memeriksa secara subjektif, holistik, analitik(mengikut kriteria pemarkahan)

JENIS-JENIS SOALAN SUBJEKTIF Jenis respons terhad


o

mengandungi soalan yang memerlukan pelajar menulis jawapan secara ringkas

Jenis respons lanjutan


o

mengandungi soalan yang memerlukan pelajar memberi jawapan dalam satu atau beberapa perenggan

Di bawah soalan jenis respons terhad ada: Soalan berstruktur


o

satu siri soalan yang berkaitan dengan sesuatu isu yang dikemukakan satu demi persatu jawapan yang diberikan merupakan satu penyelesaian kepada isu yang dikemukakan

Soalan berpandu
o

mengandungi penggerak-penggerak atau stimuli seperti gambar, peta, carta dan lain-lain pelajar menjawab berdasarkan penggerak-penggerak yang disediakan
34

BMM 3103 2012

Soalan jenis gerak balas lanjutan


soalan jenis perbicaraan memberi peluang kepada pelajar menjawab secara bebas- menghuraikan idea/pendapat secara bertulis

sangat sesuai digunakan untuk mengukur proses pemikiran, daya kreatif, keaslian idea, induksi, imaginasi

menilai aras yang lebih tinggi (analisis, sintesis, penilaian)

Pentafsiran soalan subjektif


Skop jawapan soalan terlalu luas Soalan yang menimbulkan perbalahan Kesukaran soalan di luar kemampuan pelajar Soalan terlalu mudah Soalan yang kurang jelas

Panduan menggubal soalan subjektif bagi mata pelajaran Pendidikan Moral


Digubal berdasarkan aspek penting bahan P&P Istilah dan bahasa dalam soalan jelas dan tepat Soalan mesti spesifik dan berlandaskan nilai Ada ciri keesahan-topik, aras kemahiran Ciri keobjektifan jawapan, skema pemarkahan Ciri kebolehpercayaan wajib dijawab

35

BMM 3103 2012

3.0

PEMBINAAN ITEM ASPEK AFEKTIF (EMOSI)

Pengenalan Penilaian afektif berfokus terhadap sikap, nilai, minat dan perasaan seseorang pelajar. Misalnya penilaian pelajar terhadap konsep kendiri mereka sebagai pelajar adalah satu contoh penilaian afektif.

Kontras dengan bidang kognitif yang melibatkan aktiviti intelektual pelajar. Kontras dengan bidang psikomotor yang melibatkan small muscles and large muscles skills

David R. Krathwohl dan rakan-rakan (1964) menghasilkan objektif taksonomi afektif. Tahap Penerimaan Receiving/Attending

Ciri-ciri

Berkaitan dengan sensitiviti pelajar terhadap kehadiran fenomena atau stimuli yang tertentu Sama ada pelajar ingin menerima

stimuli/fenomena yang wujud

Terbahagi kepada 3 tahap:


o o o

sedar tentang fenomena yang wujud bersedia untuk menerima fenomena memberi perhatian kepada fenomena

Bergerakbalas Responding

Pada tahap ini, gerakbalas (responses) lebih daripada menyedari tentang fenomena yang
36

BMM 3103 2012

wujud

Pelajar melibatkan diri secara aktif Kategori ini mereflek pegangan nilai tertentu seseorang pelajar

Penilaian Valuing

Tingkahlaku pelajar konsisten dalam situasi yang bersesuaian untuk menilai nilai yang hendak dinilai

Pengurusan

Semasa pelajar internalize values, mereka berhadapan dengan situasi di mana lebih daripada satu nilai boleh diguna.

Memerlukan pelajar mengurus dan menyususn nilai-nilai dalam satu sistem agar nilai-nilai tertentu lebih tahap diutamakan. yang ( certain values ini, exercise greater control).

Perwatakan

berdasarkan

Pada

paling

tinggi

nilai (Characterization by a value or value complex)

internalization telah mengambil tempat dalam hiraki nilai seseorang individu hingga tahap dia boleh diperwatakkan sebagai mempunyai set nilai yang tertentu.

37

BMM 3103 2012

4.0

PENILAIAN MELALUI PORTFOLIO

Portfolio pada umumnya merupakan folder atau file atau sebagainya yang mengandungi bahan-bahan yang dikumpulkan untuk sesuatu tempoh bagi menggambarkan atau menjalaskan atau menjelaskan atau menerangkan perkembangan kognitif bagi si penyedianya tentang sesuatu tugasan yang pernah diarahkan. Portfolio merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui. Ciri-ciri Portfolio 1) Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti. 2) Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif 3) Pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir. 4) Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak. 5) Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik. 6) Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.

38

BMM 3103 2012

Jenis Portfolio

1.

Porfolio kerja harian

Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.

2.

Portfolio hasil terbaik

Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian. Berbentuk sumatif.

3.

Portfolio dokumen.

Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan.

Penilaian Portfolio

1) Penilaian berbentuk lebih terbuka dan seimbang. 2) Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lain. 3) Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama.
39

BMM 3103 2012

Kepentingan Portfolio 1. Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat penilaian secara holistik. 2. Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau

perkembangan pelajar 3. Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan. 4. Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar. 5. Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.

Perancangan Portfolio 1) Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki. 2) Kenalpasti isi kandungan portfolio. 3) Pemilihan isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio. 4) Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan, kumpulan, individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio.

40

BMM 3103 2012

Penilaian bagi Portfolio 1) Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan. 2) Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman. 3) Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut selesai.

Merekod Penilaian Portfolio Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu menggunakan skala dan menggunakan kaedah senarai semak.

Kriteria penilaian 1. 2. 3. 4. 5. Struktur dan organisani Strategi pengurusan Variasi isi yang sesuai Struktur ayat dan gaya bahasa Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran

41

BMM 3103 2012

markah bagi setiap ciri. 6. Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan buktibukti lain setiapnota anekdot dan refleksi pelajar.

5.0

PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN

1. Kualiti Pemerhatian Pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan prihatin dengan

persekitarannya. - Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan. Yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil. - Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap sesuatu. - Tekal dan stabil dalam penilaiannya

2. Bentuk perancangan Menyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya. Menetukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor. Merangka tindakan susulan yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang

dijalankan daripada pemerhatian. 3. Merekod penilaian pemerhatian

Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara tersusun dari segi:
42

BMM 3103 2012

Pendekatan, kaedah individu atau berkumpulan Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau

pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas Menjalankan Tugasan Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat . Cara merekodkan dapatan dan rumusan Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul. Tindakan Susulan Rekod pemerhatian hendaklah juga jelaskan tindakkan susulan hasil yang akan dicapai.

4.

Jenis Pemerhatian

--

Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai. Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsian dan tanggapan. Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian semasa.

Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara berfikiran terbuka. Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.

Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam bentuk sekuen.

43

BMM 3103 2012

5.

Strategi pelaksanaan Secara berterusan mengikut keperluan yang telah dikenalpasti dirancang. Menggunakan senarai semak. Tindakkan susulan terhadap hasil pemerhatian Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar. Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.

6.

Fungsi penilaian melalui pemerhatian.

Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif pelajar. Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik

KESIMPULAN Secara umumnya, penilaian Bahasa Melayu di bilik darjah perlu menitikberatkan aspek-aspek berikut:
44

BMM 3103 2012


Tujuan penilaian Skop penilaian Pendekatan yang akan digunakan Pelaksanaan Rekod Pelaporan

RUJUKAN Abdul Aziz Talib (1989), Pengajaran dan Pengujian Bahasa, Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Abd. Aziz Abd. Talib (2000), Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Azman Wan Chik (1987), Isu-Isu dalam Pengukuran dan Penilaian Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Azman Wan Chik (1994), Pengujian Bahasa: Kes Bahasa Melayu. Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala

Anuar Amat dan Zuariah Yusoff (1992) Pembinaan Item Ujian dalam Penilaian Pendidikan Bahasa Melayu , Kuala Lumpur : Institut Bahasa. Bahagian Pendidikan Guru. Menilai dan Mentaksir, Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan. Ee Ah Meng (2003). Ilmu Pendidikan: Pengetahuan dan Keterampilan Ikhtisas. Shah Alam: Fajar Bakti. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2008), Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan Untuk KPLI. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman. Raminah Hj. Sabran (1991), Penilaian dan Pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya Pada Peringkat Sekolah Rendah , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Tan Hui Leng (1996). Penilaian dalam Proses Pendidikan : Asas Pendidikan 3, Shah Alam: Fajar Bakti.
45

BMM 3103 2012

LAMPIRAN 1 Jurnal
https://sites.google.com/site/nurulsafiyyah/ https://sites.google.com/site/nurulsafiyyah/

Konsep Pentaksiran, penilaian, pengujian dan pengukuran


Pentaksiran : melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. merangkumi aktiviti menghurai,mengumpul,merekod,member skor dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan tertentu.

Penilaian : satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. perlu mempunyai 1 tafsiran yang normal boleh dibuat menggunakan sama ada maklumat yang berbentuk kuantitatif dan kualitatif.

Pengukuran :

46

BMM 3103 2012 suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik melalui angka tentang sebanyak mana individu atau pelajar mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu.

Pengujian

penyerahan set soalan yang berpiawai yang perlu dijawab.

Prosedur sistematik untuk perhati perlakuan atau tingkah laku individu. (Cronbach (1970) )

47

Anda mungkin juga menyukai