Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN Masyarakat kita sering menganggap bidang perguruan sebagai satu kerjaya yang kurang profesional.

Sejak kebelakangan ini, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan ahli politik berusaha untuk mempertingkatkan martabat profesion perguruan. Ini adalah kerana kepekaan mereka dalam menilai peranan guru dalam merealisasikan Wawasan 2020. Sehubungan dengan itu, pelbagai cadangan telah dikemukakan untuk meningkatkan martabat profesion perguruan termasuk kenaikan gaji serta cara bagaimana profesion perguruan dapat ditingkatkan kemuliannya di mata masyarakat.Peranan guru sebenarnya sangat penting. Guru adalah sumber penyampai ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada para pelajar. Selain itu, guru juga berperanan sebagai tempat untuk memperkembangkan bakat, minat dan kebolehan pelajar serta sebagai wadah untuk membina daya pemikiran yang kritis dan kreatif pelajar sehingga mereka nanti dapat menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku di sekeliling mereka. Guru akan melalui pelbagai bentuk perubahan samada di dalam atau di luar profesion. Diantara tuntutan dalaman yang diperlukan ialah kesediaan guru untuk mencuba pelbagai teknik, kaedah serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang efektif disamping menghadapi perubahan dari segi istilah, kandungan kurikulum serta penggunaan teknologi baru (Mohamad SaniIbrahim & Zuraidah Majid, 2002). Perkembangan profesional ialah perkembangan profesionalisme sepanjang karier seseorang. melibatkan kedua-dua aspek iaitu aspek deskriptif dan preskriptif. Bagi aspek deskriptif,perkembangan profesional merujuk kepada cara bagaimana evolusi seorang guru mengambil tempat atau berperanan sepanjang kariernya. Sebaliknya, aspek preskriptif menghubungkan faktor latihan dalam mencorak sikap profesionalisme sebagaimana yang kita inginkan (Kelchtermans, 1993). Day(1999) menakrifkan profesionalisme diri sebagai hasil dari suatu proses pemikiran profesional dan tindakan dalam pembelajaran sepanjang hayat. Proses ini melibatkan penyemakan semula,pembaharuan dan peningkatan dalam komitmen mereka sebagai agen perubahan terhadap tujuan pengajaran. Pembangunan profesional juga dilihat sebagai suatu proses yang intensif, berterusan dansistematik untuk meningkatkan pengajaran, pembelajaran dan persekitaran sekolah (Ferst & Berliner,1985). Pembangunan profesional juga boleh dilihat sebagai suatu proses kesedaran dalaman yangmembawa kepada pemikiran yang kritis dan usaha untuk menyelesaikan masalah (Boon P.Y, 2002).Perkembangan profesional juga merupakan suatu proses yang berterusan berserta latihan yang membina yang membolehkan guru menyelesaikan pelbagai masalah dalam pemdidikan. Ia juga membolehkan guru mendidik pelajar sehingga pelajar mampu berdepan denagn cabaran hidup di luarsekolah

dan

juga

memikul

tanggungjawab

di

zaman

kerjanya

nanti

pada

tahap

yang

membanggakan(AFT, 2000). Perkembangan profesional guru juga boleh dinyatakan sebagai pembangunan guru dalam profesionnya yang bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan sikap mereka sebagai ahli akademik bagi mencapai kecemerlangan untuk memenuhi sepenuhnya keperluan mereka dan masyarakat (Ramaiah, 1992). Mogana (1996) menyatakan keberkesanan pembangunan professional guru dapat dilihat dalam proses membaiki pengajaran dan pembelajaran.Perkembangan profesional boleh dilihat sebagai perkembangan dalam aspek penyuburan diri guru dalam pekerjaan mereka, mengukuhkan keyakinan, memupuk kemahiran, mengemaskini pengetahuan secara berterusan, mendalami dan memahami dengan meluas apa yang mereka ajar dan menambah kesedaran tentang sebab mereka perlu berbuat sesuatu di dalam bilik darjah (Perry, 1980).Menurut Kathryn et al. (2008), pembangunan profesional ialah suatu proses yang intensif, berterusandan bersistematik yang bertujuan untuk meningkatkan pengajaran, pembelajaran dan suasana sekolah.Tambahan lagi, beliau berpendapat bahawa melalui proses ini juga, guru akan diberi peluang untuk meningkatkan ilmu dan skil dalam kandungan dan pengajaran mereka.

Anda mungkin juga menyukai