Bilingual Bilingual (Dwibahasa) adalah kebolehan seseorang dalam menggunakan Bahasa Isyarat dan bahasa komunikasi sesebuah komuniti. (Raisingdeafkids,2013) Bilingualism adalah kemampuan mereka yang mampu untuk menggunakan 2 bahasa dengan baik (Wikipedia)
Bicultural
Bicultural (Dwibudaya) merupakan kemampuan seseorang untuk bergaul dalam 2 komuniti yang berbeza (Raisingdeafkids,2013). Seseorang pekak yang dianggap bilingual adalah kemampuan dan kemahiran mereka untuk bersama komuniti pekak dan komuniti yang majoriti dalam sesebuah kawasan tersebut.
Bicultural
Seseorang yang bicultural boleh bergerak bebas di dalam dan di antara dua budaya yang berbeza. Bikulturalisme menunjukkan pemahaman tentang adat istiadat, adat, amalan, dan harapan ahli kumpulan budaya dan keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan keperluan mereka (Finnegan, 1992).
Bahasa adalah suatu medium komunikasi dan merupakan alat termudah untuk menyampaikan maklumat dan perasaan (Abdullah Yusoof) Murid pekak perlu asas yang kukuh dalam bahasa pertama sebelum bahasa kedua. Bahasa pertama membantu dalam proses pembelajaran bahasa kedua.
Apabila tidak faham bahasa kedua, maka guru perlu menggunakan bahasa pertama dalam proses penerangan. Perkembangan bahasa individu amat bergantung kepada usaha dan persekitarannya dalam membentuk kemahiran berbahasa yang baik.
Melalui Bahasa Isyarat, maka kita akan dapat mengenal pasti bahawa mereka tersebut adalah sebahagian daripada komuniti pekak.
Komuniti pekak ini sendiri mempunyai identiti yang boleh dikenalpasti melalui cara hidup, cara berkomunikasi dan sebagainya.
Mereka ini termasuklah individu yang mengalami masalah pendengaran, ahli keluarga, guru dan pihak yang terlibat dengan komuniti pekak.
Penguasaan bahasa pertama adalah asas memperolehi literasi bagi kanak-kanak pekak.
Mereka dapat belajar bahasa kedua dengan mudah kerana sudah mempunyai bahasa pertama mereka iaitu bahasa isyarat. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, kerajaan menggunakan Bahasa Melayu Kod Tangan sebagai bahasa pengantar
Guru boleh menerangkan sesuatu kepada murid dengan menggunakan Bahasa Isyarat jika murid sukar untuk memahami sesuatu.
Guru perlu menggunakan BMKT bagi membentuk murid menggunakan tatabahasa yang betul.
Murid dapat memperoleh literasi dengan baik jika murid itu sudah terdedah dengan menggunakan tatabahasa yang betul daripada awal pemerolehan bahasa.
Rujukan
Yuvarani,2013, http://www.slideshare.net/yuvaranisubramaniam/notateori-pemerolehan-bahasa-bmm3117 dilayari pada 27 Jun 2013. Grosjean Francios (2008), http://www.gallaudet.edu/Documents/DSDJ_Grosjean.pdf dilayari pada 27 Jun 2013. Wikipedia, 2013, http://en.wikipedia.org/wiki/Bilingual%E2%80%93bicultural_education dilayari pada 27 Jun 2013. Raisingdeafkids,http://www.raisingdeafkids.org/communicating/choices/b ibi.php dilayari pada 27 Jun 2013. Abdullah Yusoff dan Che Rabiaah Mohamed (2004). (t.t) Penguasaan Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Pekak: Suatu Sorotan dari Perspektif Linguistik Jurnal Dewan Bahasa Dicapai pada 28 Jun 2013 dari http://www.angelfire.com/journal2/abdullahyusoff/penguasaan_bhs.html
Bahasa Ilmu
http://akademik.nommensen-id.org/portal/public_html/JURNAL/VISIUHN/2010/VISI_Vol_18_No_3-2010/9_ELISA_MANULLANG.doc
Menerangkan sesuatu
Menyampaikan Idea
Meluahkan perasaan
Mengeratkan silahturrahim.
Menulis semula apa yang diisyaratkan oleh guru tanpa ada kesalahan dari segi struktur dan semantik bahasa Malaysia.
Ayat-ayat yang diberi kepada murid normal atau murid pekak akan sama maknanya dan semua lapisan masyarakat dapat memahami dengan betul.
Murid pekak diterima oleh masyarakat dan tidak terikat dengan budaya pekak sahaja iaitu menggunakan bahasa yang ringkas dan sukar difahami. Murid pekak dapat menggunakan bahasa secara lebih bertatasusila dan tersusun dan berketepatan dengan situasi yang sedang berlaku. Murid berkeupayaan dalam membina ayat secara gramatis
Guru menggunakan bahasa isyarat yang sama dalam perbualan dan pengajaran di dalam mana-mana kelas.
Guru berkerjasama dengan guru untuk membina satu sistem bagi menggalakkan semua komuniti pekak mempunyai peranan dalam membangunkan dan mempromosikan keperluan budaya murid pekak.
Persekitaran sekolah dilengkapi dengan berbagai kemudahan untuk keperluan murid pekak seperti hiasan yang membantu dalam proses pembelajaran murid.
Penghayatan budaya lain dalam masyarakat setempat juga diketengahkan di sekolah agar murid dapat menghayati dan menghormati kepelbagaian budaya
Persekitaran sekolah dwibudaya dwibahasa juga akan memastikan adanya jurubahasa sepenuh masa untuk mesyuarat dengan kakitangan, ibu bapa, pelajar dan pelawat.
Aktiviti kokurikulum juga merupakan satu komponen penting dalam pembelajaran murid pekak kerana murid pekak suka menyertai acara sukan.
Guru hendaklah menyediakan aktiviti yang menarik minat murid dan melibatkan semua murid dari segenap lapisan masyarakat.
Guru hendaklah tidak pilih kasih semasa mengajar muridmurid di dalam kelas.
Guru hendaklah peka terhadap kecerdasan yang dipunyai oleh setiap murid.
Rujukan
Komunikasi seluruh. Bahasa Malaysia Kod Tangan Jilid 1. http://www.deafculturecentre.ca/Public/Default. aspx?I=484&n=What+is+bilingual+bicultural+Dea f+education Understanding Deaf Culture Malaysia prospectives. http://www.deafed.net/publisheddocs/sub/ivd1c .htm http://mohamadsofee.blogspot.com/2008/02/in ovasi-dan-transformasi-bahasa-isyarat.html