Anda di halaman 1dari 15

Teks Pengacaraan untuk Perhimpunan Rasmi Januari 2013 Anjuran JPK.

Atur cara Pengumum an Teks Catatan

Pengumuman, para hadirin dimohon untuk mematikan telefon bimbit atau menukarkan kepada mod getar untuk melancarkan

perjalanan majlis.
Perarakan masuk

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha En Shaari bin Osman, Pengarah, Institut

Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, diiringi oleh Yang Berusaha Encik Abd Rahim bin Talib, Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Khas, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit masuk tempat. ke dalam dewan dan mengambil

Nyanyian Negaraku

(Nyanyian

Negaraku

terus

dimainkan

apabila Pengarah dll sudah tiba di tempat duduk hadapan)

Hadirin dipersilakan duduk. Nyanyian lagu Negaraku sebentar tadi turut diiringi oleh kump koir bahasa isyarat dari kump. G3.1 dan G3.2 Pend Khas Masalah Pendengaran.

Atur cara Alu-aluan pengacara majlis

Teks

Catatan

Dalam segara jajaran beralur, Seloka tertera wadah kencana, Salam dikuntum ujaran dihulur, Pembuka bicara hari bermakna. Teluk Kemang terkenal sudah, Tempat orang berpantun berperi, Kita memang amat bertuah, Datang Tuan jadi penyeri.

Yang Berusaha Encik Shaari bin Osman, Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas,

Yang Berusaha Encik Abd Rahim bin Talib Ketua Jabatan Pendidikan Khas

Yang dihormati Ketua-ketua Jabatan, Ketuaketua Unit, Pensyarah-pensyarah Cemerlang, Pensyarah-pensyarah Kanan, Pensyarah dan rakan-rakan seperjuangan sekalian.

Assalamualaikum, Salam 1Malaysia.

Selamat

Sejahtera,

dan

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan

Atur cara

Teks

Catatan

limpah kurnia-Nya dapat kita bersama-sama dalam Perhimpunan Rasmi IPG Kampus Ilmu Khas yang pertama bagi tahun ini dengan temanya Latihan Berkualiti Pemangkin Perkembangan Pend. Khas .

Bacaan Doa

Bagi memberkati lagi majlis pada hari ini, dipersilakan saudara Muhd Fahmi b Hassim untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada saudara Muhd Fahmi b Hassim atas bacaan doa sebentar tadi.

Ucapan

Seterusnya, majlis dengan penuh hormatnya menjemput Yang Berbahagia, Encik Abd

Rahim bin Talib, Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Khas untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan

Majlis

merakamkan

ucapan

terima

kasih

kepada Yang Berusaha Encik Abd Rahim b Talib atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

Atur cara

Teks

Catatan

Kini,

majlis

dengan

penuh

takzimnya

mempersilakan Yang Berusaha Encik Shaari bin Osman, Pengarah, IPG Kampus Ilmu Khas untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan .

Majlis

merakamkan

ucapan

terima

kasih

kepada Yang Berusaha Encik Shaari bin Osman atas ucapan dan amanat yang

disampaikan sebentar tadi. Semoga ucapan dan amanat beliau dapat memberikan panduan dan aspirasi terhadap kita semua.

Anugerah Pengarah

Hadirin sekalian, Anugerah Pengarah telah mula diperkenalkan di institusi kita bagi memberikan pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang telah mencapai gred dan keputusan yang cemerlang.

Anugerah ini turut dapat dijadikan motivasi dan pembakar semangat juang dalam diri setiap pelajar yang lain agar terus berusaha mencapai keputusan peperiksaan yang lebih

memberangsangkan.

Atur cara

Teks

Catatan

Bagi menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Pengarah, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha Encik Shaari bin Osman diiringi Yang Berusaha Encik Abd Rahim bin Talib naik ke pentas bagi menyampaikan Anugerah. Dengan segala hormatnya dipersilakan

.(senarai nama penerima anugerah pengarah)

Seterusnya, majlis memohon kepada Tuan Pengarah untuk terus berada di atas pentas untuk acara penyampaian Kemenangan Impak, Personaliti Bulanan, Pemasyuran Mentor Staf bukan akademik, Penyampaian sijil, dan juga pelancaran Buku Panduan Penulisan Laporan, penyelidikan tindakan..

Kemenang an Impak

Hadirin yang dihormati, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas telah menerima tawaran pertandingan sempena Sources

Kandungan Malaysian

Multimedia Government

Kreatif Open

Software (MyGOSSCON) yang diadakan pada

Atur cara

Teks

Catatan

26 November 2012 .

Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Unit Pemodenan Malaysia Tadbiran (MAMPU) dan dengan Perancangan kerjasama

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). IPG Kampus Ilmu Khas telah menghantar 2

kumpulan pelajar untuk menyertai pertandingan berkenaan iaitu kumpulan Impak dan kumpulan D-Mulsion di bawah bimbingan Pn Hazimah bt Haji Samin.

Rentetan daripada itu, kumpulan impak telah tersenarai sebagai 5 yang terbaik daripada 126 penyertaan bagi kategori institusi pengajian tinggi. Hasilnya kumpulan impak telah berjaya mendapat tempat ke 4 dengan membawa pulang sijil penyertaan dan cek bernilai 1000 ringgit.

Majlis

menjemput

Puan

Hazimah

Haji

Samin,Pensyarah

Jabatan

Teknologi saudara

Pendidikan, saudara Fikri Rosle,

Imran, dan saudara Khairul Ridha untuk menerima Mock Cheque dan sijil penyertaan.

Atur cara

Teks

Catatan

Majlis mempersilakan.

Institut juga menerima sijil daripada pihak MAMPU sebagai tanda penghargaan kepada peserta IPG kampus Ilmu Khas.

Seterusnya,

dijemput

Puan

Hazimah

Haji

Samin selaku pensyarah pembimbing untuk menyerahkan sijil tersebut kepada En. Shaari B. Osman
Personaliti Bulanan

Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian anugerah Personaliti bulan Januari 2013.

Hadirin sekalian, majlis pada hari ini akan mengetengahkan 2 orang yang terdiri daripada kategori pensyarah dan pegawai pengurusan untuk menerima anugerah personaliti bulanan ini.

Personaliti yang pertama, merupakan seorang yang aktif dan sentiasa bertenaga serta bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas beliau sebagai seorang pensyarah dalam bidang pendidikan jasmani. Perwatakan beliau yang mesra dan ceria

Atur cara

Teks

Catatan

menyebabkan beliau disenangi dan disayangi oleh para pelajarnya. Beliau lebih dikenali dengan panggilan mama . Beliau juga telah mewakili Malaysia untuk menyertai Kursus Kejuruhakiman Gimnastik Irama pada 3-7 Disember 2012 yang dianjurkan oleh Kesatuan Gimnastik Asia yang bertempat di Nepal. Jasa dan bakti yang ditaburkan oleh beliau akan sentiasa dihargai dan disanjungi.

Majlis

dengan

penuh

takzimnya,

mempersilakan Pn Kok Mong Ling untuk menerima anugerah personaliti bulan januari 2013. Dipersilakan.

Personaliti

yang

seterusnya

merupakan

seorang yang banyak memberikan sumbangan dan jasa di peringkat institut, dan juga

Kebangsaan, khususnya dalam aspek kreativiti dan muzik. Beliau pernah memenangi

pertandingan mencipta lagu hari kebangsaan sebanyak 3 kali. Baru-baru ini, beliau sekali lagi telah berjaya memenangi pertandingan

mencipta lagu korporat yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Atur cara

Teks

Catatan

Lagu

beliau

yang

bertajuk

Transformasi

Pendidikan Negara akan menjadi lagu tema perhimpunan rasmi untuk KPM, JPN, PPD dan sekolah.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput En Rosman b Adam untuk menerima anugerah Personaliti Bulan Januari 2013. Dipersilakan.

Pemasyura n Mentor / Staf bukan akademik

Hadirin sekalian, sekarang marilah kita samasama menyaksikan tayangan video mengenai pemansyuran mentor staff bukan akademik.

.........................................................................

Pada 13-14 Ogos 2012 seramai 13 orang mentor telah dilantik dan mengikuti kursus kejurulatihan bersepadu peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia. Program pementoran ini merupakan antara langkah-langkah yang

dilakukan dalam mewujudkan perubahan yang positif kepada para pegawai. Ia juga

merupakan satu pendekatan untuk memberikan bimbingan, sokongan dan bantuan secara professional oleh mentor bagi pembangunan

Atur cara

Teks

Catatan

dalam

diri

menti

iaitu

pegawai

yang

memerlukan bimbingan.

Antara

tujuan

Pementoran ini ialah

Dalam untuk

Perkhidmatan

Awam

membimbing pegawai dalam meningkatkan prestasi kerjaya dan kerja psikososial, kelas pertama untuk dan serta

membudayakan berprestasi

tinggi

dalam

organisasi,

meningkatkan imej dan reputasi pegawai dan organisasi.

Dengan ini, majlis menjemput Pn Noriah Haji Saarani bukan mewakili para mentor bagi staf akademik sijil naik ke pentas . untuk Majlis

menerima

perlantikan

mempersilakan.

Penyampai an sijil

Hadirin yang dihormati, pada 11 Ogos 2012 yang lalu, kump TESL G2.6 seramai 22 orang telah menjadi sukarelawan dlm program IFTAR PRIHATIN IKIM.FM. bersama PBSMM, USM, dan

sukarelawa n dlm

program IFTAR PRIHATIN

Dalam program tersebut, mereka

telah menyediakan juadah bubur lambuk untuk meraikan orang-orang miskin, ibu-ibu tunggal,

Atur cara

Teks

Catatan

dan saudara-saudara baru.

Dengan ini, majlis menjemput saudara Abang Shahmi Hazim dari G3.6 sebagai wakil kump untuk menerima sijil penghargaan.

Dipersilakan.

Pelancaran Buku

Majlis diteruskan dengan Pelancaran Buku Panduan Penulisan Laporan Penyelidikan

Tindakan oleh sekumpulan pasukan penyelidik yang terdiri daripada beberapa orang

pensyarah IPG Kampus Ilmu Khas.

Buat

pengetahuan Penulisan

hadirin

sekalian,

Buku

Panduan

Laporan

Penyelidikan

Tindakan ini ditulis oleh sekumpulan penyelidik yang terdiri daripada En Chia Chiow Ming, Pn Edna Wellington, Pn Faridah Anum Abd Wahid, Dr Lew Moi Mooi, Cik Lim Zek Chew, Dr Masitah Hj Taib, Dr Munira Mohsin, Dr Rorlinda Yusof, dan Dr Shahrul Arbaiah Othman.

Buku

tersebut

dapat

dijadikan

sebagai

panduan dan rujukan khusus pelajar PISMP, PPG, dan DPLI yang terlibat dalam penulisan

Atur cara

Teks

Catatan

pelaporan

kajian

tindakan

secara

komprehensif. Kandungan buku ini banyak menjelaskan aspek kehendak rubrik dalam penulisan pelaporan dan turut dibekalkan

dengan latihan berserta contoh jawapan.

Hadirin yang dihormati, Bagi menyempurnakan acara ini, majlis ingin menjemput DR Lew kumpulan penyelidik Moi mooi mewakili tersebut untuk

menyampaikan buku tersebut kepada Tuan Pengarah sebagai simbolik pelancaran buku tersebut. Seterusnya, majlis menjemput Tn Pengarah untuk menyampaikan sijil penghargaan kepada Dr Liew Moi Mooi bagi mewakili kump

penyelidik tersebut. Dipersilakan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengarah atas kesudian beliau menyampaikan hadiah, sijil dan juga menyempurnakan

pelancaran buku sebentar tadi.

Atur cara Perlantikan PRS

Teks

Catatan

Hadirin sekalian, majlis akan diteruskan lagi ............................................................................ (semasa ini, terdapat gimmick yg akan berlaku dan tayangan slide )

Sebentar tadi merupakan salam perkenalan daripada ahli kelab Pembimbing Rakan Siswa.

Untuk makluman hadirin sekalian, penubuhan PRS ini telah diberi mandat pengurusan IPGKIK untuk oleh pihak menjalankan

tanggungjawab sosial bersama-sama dengan Unit Psikologi & kaunseling dalam membantu meningkatkan kualiti kesejahteraan emosi

khususnya kepada semua warga siswa.

Semua pelajar boleh mendapatkan bantuan daripada semua ahli PRS ini dalam pelbagai aspek termasuklah sokongan social, motivasi dan sebagainya.

Semua warga siswa boleh berinteraksi dengan ahli PRS dalam blog mereka di

kamipastibantu.blogspot.com atau di alamat email prs.ipik13@gmail.com

Atur cara Pembubara n JPP &

Teks

Catatan

Hadirin yang dihormati,

Pengistihar an Pilihanraya JPP 2013

majlis seterusnya mempersilakan En Zulkifli Wagini untuk membubarkan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan mengisytiharkan

Pilihanraya JPP 2013. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En Zulkifli Wagini. Pokok nona rantingnya patah, Pokok melati dibawa ke hulu, Walau di mana jauh terpisah, Namun dihati dekat selalu

Aluan Penutup

Setiap yang bermula pasti akan berakhir, setiap yang datang pasti akan pergi, setiap pertemuan pasti ada perpisahan.

Sebelum

mengakhiri

Majlis

Perhimpunan

Rasmi Bulan Januari ini, marilah kita bersamasama menyanyikan lagu IPG Kampus Ilmu

Khas, lagu IPGM, lagu Guru Malaysia, dan lagu terbaru ciptaan En Rosman b Adam yang

Atur cara

Teks

Catatan

berjudul Transformasi Pendidikan Negara.

Hadirin dipersilakan berdiri.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan Perhimpunan ini. Saya Muhd Khairul Amzar dan rakan pengacara saya Noor Azianida bt Ramli meminta kemaafan atas segala kepincangan dan kekhilafan semasa mengendalikan perhimpunan ini.

Mengumumkan Yang Berusaha En Shaari b Osman diiringi En Abd Rahim b Talib Ketua Jabatan Pend Khas, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua unit, dan para pensyarah

meninggalkan majlis.

Majlis bersurai.

Disediakan oleh : Noor Azianida bt Ramli (G5.1) *warna : AMZAR Warna: NIDA