Anda di halaman 1dari 38

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

KUMPULAN : PISMP SEM 3 RBT (1) PROFIL PELATIH 1. Nama Penuh : ABDUL AZIM BIN ABDUL JALEEL 2. No. Kad Pengenalan : 3. Jantina : LELAKI 4. Bangsa : MELAYU 5. Agama : ISLAM 900908-02-5667 AMBILAN : JANUARI 2010

6. Tarikh Lahir : 8 SEPTEMBER 1990 7. Tempat Lahir : KLINIK DOKTOR AISHAH, SUNGAI PETANI 8. No. Tel : 013-2113359 9. Alamat Tempat Tinggal Kini : INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, KM 7.75 JLN KLUANG, 83009 BATU PAHAT, JOHOR 10. Alamat Surat Menyurat : A53 JALAN DAHLIA, 3/1 TAMAN DAHLIA INDAH, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH. 11. Alamat E-Mail : presario2009@yahoo.com 12. Kelulusan Tertinggi Dan Tahun : SPM 2007 13. Nama Bapa / Penjaga: ABDUL JALEEL BIN ABDUL WAHAB 14. Pekerjaan Bapa / Penjaga : PENGURUS OPERASI 15. No. Tel (Rumah) : 16. No. Tel Mudah Alih : 017-4763675 Tarikh : ........................................ Tanda Tangan Pelatih

(ABDUL AZIM BIN ABDUL JALEEL)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN


KUMPULAN : PISMP SEM 3 RBT (1) PROFIL PELATIH 1. Nama Penuh : ABDUL MUNIR B ABD RAHMAN 2. No. Kad Pengenalan : 3. Jantina : LELAKI 900809-10-5389 AMBILAN : JANUARI 2010

4. Bangsa : MELAYU 5. Agama : ISLAM

6. Tarikh Lahir : 9 OGOS 1990 7. Tempat Lahir : KLINIK SEKSYEN 7 SHAH ALAM 8. No. Tel : 013-7925695 9. Alamat Tempat Tinggal Kini : INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, KM 7.75 JLN KLUANG, 83009 BATU PAHAT, JOHOR 10. Alamat Surat Menyurat : LOT 6576 JALAN HASSAN SUNGAI UDANG, 41250 KLANG, SELANGOR. 11. Alamat E-Mail : teacher.mnt@gmail.com 12. Kelulusan Tertinggi Dan Tahun : SPM 2007 13. Nama Bapa / Penjaga: ABD RAHMAN B YAACOB 14. Pekerjaan Bapa / Penjaga : PESARA 15. No. Tel (Rumah) : 03-33746486 16. No. Tel Mudah Alih : 012-2582417 Tarikh : ........................................ Tanda Tangan Pelatih

(ABDUL MUNIR B ABD RAHMAN)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN


KUMPULAN : PISMP SEM 3 RBT (1) PROFIL PELATIH 1. Nama Penuh : AINIL SYAMIN BT ADNAN 2. No. Kad Pengenalan : 3. Jantina : PEREMPUAN 900414-02-5560 AMBILAN : JANUARI 2010

4. Bangsa : MELAYU 5. Agama : ISLAM

6. Tarikh Lahir : 14 APRIL 1990 7. Tempat Lahir : HOSPITAL SUNGAI PETANI 8. No. Tel : 013-7590910 9. Alamat Tempat Tinggal Kini : INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, KM 7.75 JLN KLUANG, 83009 BATU PAHAT, JOHOR 10. Alamat Surat Menyurat : NO 642, LORONG 21, TAMAN RIA MESRA 2, 08300, GURUN, KEDAH. 11. Alamat E-Mail : flerida_haliza@yahoo.com 12. Kelulusan Tertinggi Dan Tahun : SPM 2007 13. Nama Bapa / Penjaga: ADNAN BIN HJ HUSSIN 14. Pekerjaan Bapa / Penjaga : SENDIRI 15. No. Tel (Rumah) : 16. No. Tel Mudah Alih : 012-5143954 Tarikh : ........................................ Tanda Tangan Pelatih

(AINIL SYAMIN BT ADNAN)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN


KUMPULAN : PISMP SEM 3 RBT (1) PROFIL PELATIH 1. Nama Penuh : NOOR AIDA BT MOHAMAD YUSSOF 2. No. Kad Pengenalan : 3. Jantina : PEREMPUAN 900215-03-5870 AMBILAN : JANUARI 2010

4. Bangsa : MELAYU 5. Agama : ISLAM

6. Tarikh Lahir : 15 FEBRUARI 1990 7. Tempat Lahir : KG. PASIR PEKAN 8. No. Tel : 014-8408084 9. Alamat Tempat Tinggal Kini : INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, KM 7.75 JLN KLUANG, 83009 BATU PAHAT, JOHOR 10. Alamat Surat Menyurat : LOT 1025, LORONG MADRASAH KG. JIAS, 17000 PASIR MAS, KELANTAN 11. Alamat E-Mail : Frankly_girlz@yahoo.com 12. Kelulusan Tertinggi Dan Tahun : SPM 2007 13. Nama Bapa / Penjaga: MOHAMAD YUSSOF B MAMAT 14. Pekerjaan Bapa / Penjaga : SENDIRI 15. No. Tel (Rumah) : 16. No. Tel Mudah Alih : 019-9149302 Tarikh : ........................................ Tanda Tangan Pelatih

(NOOR AIDA BT MOHAMAD YUSSOF)

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniNya dapat juga kami menyiapkan tugasan PJM 3106 Anatomi dan Fisiologi dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Ucapan ribuan terima kasih ditujukan khas kepada pensyarah kami iaitu En Suhaimi B Sahat kerana telah banyak membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini. Beliau tidak lokek berkongsi ilmu pengetahuan dan banyak mencurahkan pendapatnya untuk penambahbaikan tugasan ini. Kami amat bersyukur kerana dalam proses menyiapkan tugasan ini banyak ilmu yang diperolehi. Kumpulan kami terdiri daripada empat orang. Kami banyak menghabiskan masa bersama berbincang dan memikirkan program senaman yang sesuai untuk mengira kadar denyutan nadi masing-masing. Terima kasih ditujukan kepada ahli kumpulan kami kerana telah bertungkus-lumus menyiapkan tugasan ini. Selain itu, terima kasih juga kepada kawan-kawan lain yang sama-sama memberi semangat dan pertolongan secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini.

Sekian, terima kasih.

PENGENALAN

Antara fungsi utama sistem rangka adalah pergerakan. Pergerakan manusia melibatkan juga penggunaan sendi. Pengetahuan dan kefahaman tentang pergerakan dan penggunaan sendi dapat membantu guru mengenalpasti pergerakan yang betul dan sesuai kepada pelajar. Kadar denyutan nadi rehat pula adalah suatu tanda taraf kecerdasan aerobik kita. Suatu program aerobik akan menpertingkatkan kecergasan jantung kita. Formula pengiraan kadar denyutan nadi karvonen merupakan salah satu kaedah pengiraan kadar denyutan nadi untuk menentukan intensiti latihan atau senaman kita. Pada semester ini, kami dikehendaki menyiapkan tugasan untuk

mengenalpasti kepentingan pengiraan kadar denyutan nadi dalam program senaman. Program senaman yang kami laksanakan adalah turun dan naik bangku. Program ini lebih menumpukan kepada kemahiran manipulatif yang melibatkan gerakan loko-motor. Pergerakan ini melibatkan pergerakan badan pada pelbagai arah seperti berlari, melompat dan memanjat. Oleh itu, gerakan manipulatif motor kasar melibatkan aktiviti yang menggunakan otot besar dan bahagian yang ditumpukan adalah bahagian kaki. Disamping itu, tugasan ini juga adalah untuk mengenal pasti prosedur pengiraan kadar denyutan nadi. Prosedur pengiraannya berdasarkan cara pengambilannya, formula yang digunakan dan hasil yang diperolehi dengan menggunakan intensiti antara 60% hingga 80%. Berdasarkan tugasan ini, kami seramai empat orang telah bersama-sama menjayakan program senaman ini untuk sehari dengan mengambil nadi sebanyak 8 kali. Kemudian kami telah menyertakan graf secara individu dan secara keseluruhan untuk nelihat hasil yng diperolehi.

APAKAH KADAR DENYUTAN NADI ?

Kadar denyutan nadi adalah berapa kali nadi anda berdetik dalam masa seminit. Nadi boleh mengukur kadar denyutan nadi dengan merasa nadi arteri (rentak pengembangan dan pengucupan jantung) apabila darah dipaksa melaluinya dengan pengucupan jantung. Nadi dapat dirasa pada pergelangan tangan, leher, pangkal peha atau bahagian atas kaki - kawasan yang dekat dengan kulit. Selalunya, denyutan nadi diukur pada pergelangan tangan yang dipanggil 'radial pulse'.

Rajah diatas menunjukkan Titik untuk mengesan kadar denyutan nadi

CARA MENGUKUR DENYUTAN NADI


Diagnos penyakit melalui perabaan (palpasi) denyut nadi telah dilakukan manusia sejak zaman dahulu lagi. Pada awalnya perabaan denyut nadi dilakukan pada beberapa organ tubuh seperti leher, pergelangan tangan dan pergelangan kaki. Namun demekian perabaan pergelangan tangan lebih sering digunakan dan berkembang hingga sekarang. Nadi timbul akibat jantung mendorong darah di dalam nadi, kerana itu gerakan nadi berhubung langsung dengan jantung. Denyutan nadi juga berhubungan dengan organ-organ tubuh yang lain, seperti paru-paru, limpa, lambung, hati dan ginjal. Perubahan yang terjadi pada denyutan nadi akan mempengaruhi perubahan pada organorgan lain dalam tubuh yang sekaligus memberikan gambaran terhadap keadaan tubuh serta kelainan-kelainan yang terjadi. Melalui nadi kita juga dapat memantau perkembangan penyakit serta memperkirakan prognosisnya. Keupayaan otot jantung bekerja dapat diukur dengan cara mengira denyutan nadi. Ia dapat dirasa atau dipastikan dengan cara meletakkan keempat-empat jari kecuali ibu jari kita ke pergelangan tangan setentang dengan ibu jari atau dibahagian bawah telinga Untuk memulakan pengiraan, cari titik denyutan nadi. Kebiasaanya, nadi dikira pada pergelangan tanagn kerana kedudukannya yang mudah untuk merasa kadar denyutan nadi. Tekan jari anda ke bawah antara gugusan tendon tengah dan luaran. Kira berapa kali ia berdenyut dalam masa 10 saat, dan kemudian gandakan dengan 6. Ini akan memberikan bacaan nadi anda untuk seminit. Satu cara lagi yang popular adalah dengan mengukur pada bahagian leher.Ini selalunya dilakukan semasa menjalani senaman.Formulanya adalah sama seperti dengan mengukur pada pergelangan tangan. Mengukur kadar denyutan nadi anda pada waktu pagi atau semasa duduk tanpa sebarang senaman dikenali sebagai 'Kadar Denyutan Masa Rehat'.

Kepentingan Kiraan Kadar Denyutan Nadi

Mengukur dan merekodkan tahap kecergasan fizikal

Menganalisis dan mentafsir kecergasan fizikal.

KEPENTINGAN PENGIRAAN NADI SEMASA SENAMAN.

Mengetahui tahap kecergasan diri seseorang individu

Merancang dan melakukan tindakan susulan

KEPENTINGAN PENGIRAAN NADI SEMASA SENAMAN

Untuk mendapatkan kesan daripada latihan kecergasan kardivaskular .

Sebagai alat kawalan

Untuk mengetahui dan mendapatkan kesan daripada latihan senaman yang dilakukan.

Menentukan sama ada aktiviti yang dilakukan berintensif tinggi atau rendah

Membuatkan jantung bekerja dengan lebih efisyen bagi menyalurkan darah yang secukupnya ke seluruh badan

Mengumpulkan data asas dan susulan yang membolehkan penilaian kemajuan peserta program senaman.

Menyumbangka n data yang berguna untuk penyediaan priskripsi senaman yang melibatkan semua komponen kecergasan.'

KEPENTINGAN PENGIRAAN NADI SEMASA SENAMAN

Memotivasikan individu dengan menetapkan sasaran kecergasan yang boleh dicapai.

Menyumbangkan data yang berguna untuk penyediaan priskripsi senaman yang melibatkan semua komponen kecergasan.'

Mencapai tahap kecergasan yang diiktiraf.

Carta Alir Prosedur-prosedur pengiraan kadar denyutan nadi

Kadar nadi diambil dengan cara meletakkan jari di leher atau di pergelangan tangan

Formula yang digunakan untuk mengira kadar nadi Formula karvonen KNL = ( KNM KNR ) I + KNR = ( KNS ) I + KNR

Kadar nadi rehat KNR hendaklah diambil sebaik sahaja bangun dari tidur dan sebelum kita bergerak .

CARA MENGAMBIL KADAR NADI : Langkah 1 : Letakkan dua jari pada leher atau pergelangan tangan . Langkah 2 : Menggerakkan jari sehingga rasa denyutan nadi . Langkah 3 : Sediakan jam randik atau jam yang sesuai , tetapkan jari di tempat kesan nadi dan mula kiraan dengan 0,1,2,3 sehingga 10 . Langkah 4 : Darab bilangan denyutan nadi ( langkah 3 ) dengan 6 untuk mendapatkan kadar nadi seminit. Itulah KNR anda .

Selepas itu , Kadar nadi maksimum ( KNM) diambil dengan menggunakan Formula 220 - Umur

Untuk mengira kadar nadi simpanan ( KNS ) :KNM - KNR

Untuk mengira kadar nadi latihan (KNL ) pula I x KNS + KNR * intensiti ditentukan oleh kita

Jadual di atas menunjukkan graf kadar nadi latihan bagi seseorang individu.

Kadar Denyutan Nadi (Formula Karvonen) KNL = (KNM - KNR) I + KNR = (KNS) I + KNR I = Intensiti (tahap keamatan senaman dilakukan)

> biasanya 60% 80% daripada KNM/ 50 84% daripada KNS atau VO2max KNM = 220 UMUR

Bil. 1

Nama Abdul Munir bin Abd Rahman

UMUR 20

KNM 200

KNR 66

Abdul Azim bin Abdul Jaleel

20

200

60

Ainil Syamin Adnan

20

200

70

Noor Aida bt Mohd Yussof

20

200

72

CONTOH PENGIRAAN KADAR DENYUTAN NADI SETIAP AHLI KUMPULAN


AHLI KE - 1 NAMA UMUR JANTINA : ABDUL AZIM BIN ABDUL JALEEL : 20 TAHUN : LELAKI

LANGKAH 1 : Pengiraan Kadar Nadi Rehat (KNR)

Kadar Nadi Rehat

Purata

60

59

62

59

60

KNR

= 60

LANGKAH 2 : Pengiraan Kadar Nadi Maksimum (KNM)

KNM = 220 UMUR = 220 20 = 200

LANGKAH 3 : Pengiraan Kadar Nadi Simpanan (KNS) KNS = KNM KNR = 200 60 = 140 bpm

LANGKAH 4 : Pengiraan Kadar Nadi Latihan (KNL) Tahap Intensiti Bawah (TIB) = I x KNS = 60% x 140 = 84 bpm

Had Bawah Kadar Nadi Latihan (KNL)

= KNS (I) + KNR = 84 + 60 = 150 bpm

Tahap Intensiti Atas

= INTENSITI x KNS = 80% x 140 = 112 bpm

Had Atas Kadar Nadi Latihan (KNL)

= KNS (INTENSITI) + KNR = 112+60 = 172 bpm

Maka, julat KNL ABDUL AZIM BIN ABDUL JALEEL adalah di antara 112 bpm hingga 172 bpm.

AHLI KE 2 NAMA UMUR JANTINA :ABDUL MUNIR BIN ABD RAHMAN : 20 TAHUN : LELAKI

LANGKAH 1 : Pengiraan Kadar Nadi Rehat (KNR) Kadar Nadi Rehat 1 2 3 4 Purata

66

65

65

68

66

KNR

= 66

LANGKAH 2 : Pengiraan Kadar Nadi Maksimum (KNM)

KNM = 220 UMUR = 220 20 = 200

LANGKAH 3 : Pengiraan Kadar Nadi Simpanan (KNS) KNS = KNM KNR

= 200 66 = 134 bpm LANGKAH 4 : Pengiraan Kadar Nadi Latihan (KNL) Tahap Intensiti Bawah (TIB) = I x KNS = 60% x 134 = 80.4 bpm

Had Bawah Kadar Nadi Latihan (KNL)

= KNS (I) + KNR = 80.4 + 66 = 140.4 bpm

Tahap Intensiti Atas

= INTENSITI x KNS = 80% x 134 = 107.2 bpm

Had Atas Kadar Nadi Latihan (KNL)

= KNS (INTENSITI) + KNR = 107.2+66 = 173.2 bpm

Maka, julat KNL ABDUL MUNIR BIN ABD RAHMAN adalah di antara 80.4 bpm hingga 173.2 bpm.

AHLI KE - 3 NAMA UMUR JANTINA : AINIL SYAMIN ADNAN : 20 TAHUN : PEREMPUAN

LANGKAH 1 : Pengiraan Kadar Nadi Rehat (KNR) Kadar Nadi Rehat

Purata

70

68

70

72

70

KNR

= 70

LANGKAH 2 : Pengiraan Kadar Nadi Maksimum (KNM)

KNM = 220 UMUR = 220 20 = 200

LANGKAH 3 : Pengiraan Kadar Nadi Simpanan (KNS)

KNS

= KNM KNR = 200 70 = 130 bpm

LANGKAH 4 : Pengiraan Kadar Nadi Latihan (KNL) Tahap Intensiti Bawah (TIB) = I x KNS = 60% x 130 = 78 bpm

Had Bawah Kadar Nadi Latihan (KNL)

= KNS (I) + KNR = 78 + 70 = 148 bpm

Tahap Intensiti Atas

= INTENSITI x KNS = 80% x 130 = 104 bpm

Had Atas Kadar Nadi Latihan (KNL)

= KNS (INTENSITI) + KNR = 104+70 = 174 bpm

Maka, julat KNL AINIL SYAMIN ADNAN adalah di antara 104 bpm hingga 174bpm.

AHLI KE - 4 NAMA UMUR JANTINA : NOOR AIDA BT MOHD YUSSOF : 20 TAHUN : PEREMPUAN

LANGKAH 1 : Pengiraan Kadar Nadi Rehat (KNR) Kadar Nadi Rehat

Purata

72

70

74

72

72

KNR

= 72

LANGKAH 2 : Pengiraan Kadar Nadi Maksimum (KNM)

KNM = 220 UMUR = 220 20 = 200

LANGKAH 3 : Pengiraan Kadar Nadi Simpanan (KNS) KNS = KNM KNR = 200 72

= 128 bpm

LANGKAH 4 : Pengiraan Kadar Nadi Latihan (KNL) Tahap Intensiti Bawah (TIB) = I x KNS = 60% x 128 = 76.8 bpm

Had Bawah Kadar Nadi Latihan (KNL)

= KNS (I) + KNR = 76.8 + 72 = 148.8 bpm

Tahap Intensiti Atas

= INTENSITI x KNS = 80% x 128 = 102.4 bpm

Had Atas Kadar Nadi Latihan (KNL)

= KNS (INTENSITI) + KNR = 102.4+72 = 174.4 bpm

Maka, julat KNL NOOR AIDA BT MOHD YUSSOF di antara 102.4 bpm hingga 174.4 bpm.

REKOD DAN GRAF KADAR DENYUTAN NADI SETIAP PELAJAR SELEPAS AKTIVITI ABDUL MUNIR BIN ABDUL RAHMAN
Kadar Nadi 1 143 2 131 3 133 4 100 5 82 6 73 7 70 8 66

160 140 120 100 80 60 40 20 0 1 2 3 4 5 6 Kadar Nadi

ANALISIS GRAF KADAR DENYUTAN NADI ABDUL MUNIR


Berdasarkan graf garis di atas ia adalah carta pengiraan kadar nadi Abdul Munir B Abd Rahman semasa melakukan aktiviti turun naik bangku. Melalui graf garis di atas kita dapat melihat pada permulaan kiraan nadi selepas berhenti daripada aktiviti turun naik bangku Abdul Munir telah mencapai kadar nadi sebanyak 143bpm semasa kiraan pertama dan seterusnya turun dalam kadar yang agak cepat kepada 131bpm. Pada kiraan ketiga kiraan nadi naik sedikit kepada 133bpm. Hal ini berlaku kerana pada waktu itu emosi Abdul Munir tidak stabil dan suasana tidak selesa dan ini membuat kadar nadi naik selepas turun. Kiraan nadi seterusnya turun dengan cepat iaitu 100bpm. Seterusnya kiraan nadi kelima sebanyak 82bpm, kiraan nadi keenam sebanyak 73bpm, kiraan nadi ketujuh sebanyak 70 dan kiraan nadi kelapan sebanyak 66bpm. Setelah kiraan nadi kelapan baru dapat kadar nadi rehat Abdul Munir iaitu 66bpm. Abdul Munir memerlukan sebanyak lapan kali kiraan baru mencapai kadar nadi rehat.

ABDUL AZIM BIN ABDUL JALEEL


Kadar Nadi 1 149 2 137 3 120 4 101 5 82 6 71 7 60

160 140 120 100 80 60 40 20 0 1 2 3 4 5 6 Kadar Nadi

ANALISIS GRAF KADAR DENYUTAN NADI ABDUL AZIM


Graf garis menunjukkan kiraan kadar nadi Abdul Azim B Abdul Jaleel selepas melakukan aktiviti turun naik bangku. Pada kiraan masa pertama menunjukkan kadar nadi Abdul Azim naik dengan mendadak sebanyak 149bpm jauh beza dari kadar nadi rehat beliau iaitu 60bpm selepas melakukan aktiviti ini. Namun pada kiraan masa kedua kadar nadi Nor Sharnida turun kepada 137bpm, diikuti dengan 120bpm pada kiraan ketiga, diikuti dengan 101bpm pada kiraan keempat, seterusnya kadar nadi rehat turun dengan lancar. Pada kiraan kelima 82bpm, kiraan keenam 71bpm dan terakhir sekali kiraan ketujuh 60bpm. Abdul Azim hanya memerlukan sebanyak tujuh kali kiraan sahaja untuk mendapat kadar nadi rehat iaitu sebanyak 60bpm.

AINIL SYAMIN ADNAN


Kadar Nadi 1 160 2 137 3 140 4 120 5 96 6 90 7 81 8 70

180 160 140 120 100 80 60 40 20 0 1 2 3 4 5 6 Kadar Nadi

ANALISIS GRAF KADAR DENYUTAN NADI AINIL SYAMIN


Berdasarkan graf garis di atas ia adalah kadar kiraan nadi Ainil Syamin Bt Adnan setelah beliau melakukan aktiviti turun naik bangku. Berdasaran graf garis tersebut pada kiraan pertama Norain telah mencapai kiraan 160bpm dan seterusnya turun secara mendadak pada kiraan kedua iaitu sebanyak 137bpm. Tetapi pada kiraan ketiga nadi Ainil naik sedikit sebanyak 140bpm. Hal ini berpunca Ainil berasa tidak selesa dan member kesan kepada kiraan nadi. Pada kiraan seterusnya nadi Ainil turun dengan cepat sebanyak 120bpm. Diikuti 96bpm pada kiraan kelima. Pada kiraan keenam sebanyak 90bpm. Kiraan ketujuh sebanyak 81bpm dan pada kiraan kelapan Ainil berjaya mencapai kadar nadi rehat iaitu 70bpm.

NOOR AIDA BT MOHD YUSSOF


Kadar Nadi 1 151 2 131 3 104 4 97 5 99 6 83 7 72

160 140 120 100 80 60 40 20 0 1 2 3 4 5 6 Kadar Nadi

ANALISIS GRAF KADAR DENYUTAN NADI NOOR AIDA


Graf garis di atas menunjukkan kadar nadi Noor Aida Bt Mohd Yusof selepas melakukan aktiviti turun naik bangku. Graf garis tersebut menunjukkan pada kiraan pertama kadar nadi Noor Aida ialah 151bpm dan seterusnya turun kepada 131bpm pada kiraan kedua. Pada kiraan ketiga nadi Noor Aida dengan cepat iaitu sebanyak 104bpm. Pada kiraan keempat nadi Noor Aida turun lagi sebanyak 97bpm. Tetapi pada kiraan lima nadi Noor Aida naik sedikit sebanyak 99bpm. Mungkin Noor Aida berasa tidak tenang dan itu membuatkan nadi naik selepas turun. Seterusnya, kadar nadi Aida turun sebanyak 83bpm pada kiraan keenam. Pada kiraan ketujuh kadar nadi Aida turun sebanyak 72bpm. Noor Aida hanya memerlukan tujuh kiraan sahaja untuk mencapai kadar nadi rehat iaitu 72bpm.

REKOD DAN GRAF KADAR DENYUTAN NADI KESELURUHAN SELEPAS AKTIVITI


1 143 149 162 151 2 131 137 137 131 3 133 120 140 104 4 100 101 120 97 5 82 82 96 99 6 73 71 90 83 7 70 60 81 72 8 66 70 -

Abdul Munir Abdul Azim Ainil Syamin Noor Aida

180 160 140 120 100 80 60 40 20 0 1 2 3 4 5 6 Abdul Munir Abdul Azim Ainil Syamin Noor Aida

ANALISIS GRAF KADAR DENYUTAN NADI KESELURUHAN

ANALISIS GRAF KADAR DENYUTAN NADI KESELURUHAN


Dalam analisis pergerakan Aktiviti senaman latihan litar iaitu naik turun bangku, kami telah membuat pemerhatian terhadap Abdul Azim b Abdul Jaleel, Abdul Munir B Abd Rahman, Ainil Syamin Bt Adnan dan Noor Aida Bt Mohd Yusof di IPG Kampus Tun Hussein Onn (IPTHO) dari Rekabentuk Dan Teknologi 1 dalam analisis kami. Berpandukan pada rekod dan graf kadar denyutan nadi keseluruhan selepas melakukan aktiviti, seperti dalam graf tersebut, keempat-empat mereka ini adalah guru pelatih ambilan Julai 2008 dan usia setiap dari mereka yang dilahirkan pada tahun 1990 adalah sama iaitu 21 tahun. Terdapat pelbagai

faktor penyebab kenapa setiap daripada mereka ini merekodkan kadar nadi rehat yang berbeza, proses pemulihan semula kadar nadi rehat yang berbeza dan catatan setiap 15 saat kadar nadi direkodkan juga berbeza sehinggalah proses pemulihan tersebut ke aras kadar nadi rehat semula. Dari pengurusan & organisasi kesemua data yang dapat kita lihat, perkara yang paling kita ketahui dengan jelas ialah turun walaupun hanya melihat jadual iaitu kadar nadi rehat bagi setiap subjek, KNR bagi Abdul Azim adalah paling rendah iaitu 60 bpm dan diikuti Abdul Munir sebanyak 66 bpm, diikuti Ainil Syamim sebanyak 70 bpm berikutnya ialah Noor Aida yang merekodkan KNR paling tinggi iaitu 72 bpm. Hal ini adalah kerana, indidvidu tersebut bergantung kepada keadaan semasa bacaan KNR diambil dipengaruhi oleh tekanan fizikal dan mental, persekitaran semasa bacaan diambil atau faktor pemakanan individu terbabit. Contohnya, bacaan diambil semasa tidur atau selepas mandi akan mencatakan bacaan yang berbeza. Perbezaan yang seterusnya diambil rekod kadar nadi sejurus selepas selesai menjalani latihan litar naik turun bangku menunjukkan kadar nadi yang berbeza bagi setiap keempat-empat guru pelatih ini iaitu paling rendah Abdul Munir 143bpm, diikuti Abdul Azim 149bpm, seterusnya Noor Aida 151bpm dan terakhir sekali Ainil Syamin 162bpm. Hal ini adalah kerana tahap kesediaan menjadi penyebab utama selain cara hidup seharian yang berbeza, pengambilan supplement, pengalaman seseorang dari mereka pernah peserta sukan. Di samping itu, jika pengalaman itu digunapakai, tentulah teknik yang betul diamalkan semasa menjalani latihan litar ini walaupun selepas menjalani Latihan Litar naik turun bangku ini, kadar nadi yang rendah masih lagi relevan dan logik. Analisis perbezaan terakhir yang dapat dinyatakan di sini ialah kadar nadi pada setiap 15 saat yang sangat ketara bagi setiap guru pelatih ini. Bagi keempat-empat guru pelatih pada bacaan 15 saat kedua selepas Kadar Nadi sejurus selepas Latihan Litar dicatatkan, 15 saat berikutnya menunjukkan kadar nadi menurun paling banyak ialah kadar nadi Abdul Munir dan Noor Aida iaitu 131bpm diikuti Abdul Azim dan Ainil Syamin sebanyak 137bpm . Hal ini adalah kerana bergantung kepada faktor kaedah naik turun bangku yang digunakan. Pada kiraan nadi ketiga, kadar nadi Abdul Munir dan Ainil Syamin meningkat sedikit daripada kiraan nadi kedua iaitu 133bpm dan 140bpm. Keadaan ini disebabkan kedua-dua daripada mereka merasa tidak selesa dengan keadaan sekeliling. Manakala Abdul Azim dan Noor Aida mencatatkan penurunan iaitu 120bpm dan 104bpm. Kiraan nadi Noor Aida mencatat penurunan paling banyak pada kiraan nadi ketiga ini. Pada kiraan nadi keempat, keempat-empat kiraan nadi guru pelatih mencatatkan penurunan yang bermula dengan Noor Aida sebanyak 97bpm, diikuti Abdul Munir 100bpm, seterusnya Abdul Azim 101bpm dan akhir sekali Ainil Syamin 120bpm. Hal ini tidak mustahil untuk

berlaku kerana kadar nadi manusia boleh dipengaruhi oleh emosi dan adrenalin seseorang, akal fikiran yang menghantar isyarakat kepada jantung pada bila-bila masa sahaja untuk berdegup kencang. Oleh itu kadar nadi yang diperolehi banyak boleh berlaku kepada subjek kerana faktor-faktor di atas.

Pada kiraan nadi kelima, Abdul Azim, Abdul Munir dan Ainil Syamin mencatatkan penurunan yang mana Abdul Azim dan Abdul Munir sama kiraan nadinya iaitu 82bpm diikuti Ainil 96bpm. Situasi yang berlainan dialami oleh Noor Aida dimana kadar nadinya naik sedikit iatu 99bpm. Hal ini berlaku disebabkan keadaan emosi Noor Aida pada ketika itu berada dalam keadaan tidak stabil. Pada kiraan nadi keenam, masing-masing mencatatkan penurunan dimulakan dengan Abdul Azim 71bpm, diikuti Abdul Munir 73bpm, seterusnya Noor Aida 83bpm diakhiri dengan Ainil Syamin 90bpm. Kadar denyutan Noor Aida turun dengan mendadak. Hal ini kerana jantung memerlukan masa untuk kembali meneutralkan kembali ke nadi rehat disebabkan otot-otot, sendi dan tulang memerlukan darah yang mengandungi oksigen dipam semula semasa digunakan dalam Latihan. Pada kiraan nadi ketujuh terdapat dua orang guru pelatih yang telah mencapai kadar nadi rehat mereka iaitu Abdul Azim dan Noor Aida. Masing-masing mencatat kadar nadi rehat sebanyak 60bpm dan 72bpm. Manakala Abdul Munir dan Ainil Syamin memerlukan sehingga kiraan nadi kelapan untuk mendapatkan kadar nadi rehat iaitu sebanyak 66bpm dan 70bpm.

REFLEKSI
Alhamduillah bersyukur ke hadrat Ilahi dengan izinnya dapat saya melaksanakan tugasan PJM 3106 bagi kursus Anatomi Dan Fisiologi ini dengan jayanya. Saya telah

memperoleh pelbagai ilmu dan pengetahuan baru sepanjang saya melaksanakan tugasan yang diberikan, Kerja kursus untuk subjek ini merupakan kerja kursus projek dan kami diminta untuk membuat kertas kerja mengenai pengiraan kadar denyutan nadi dan aktiviti senaman yang sesuai dengan projek saya ini. Kerja Kursus ini merupakan kerja berkumpulan dan menjadikan ia lebih mudah kepada saya untuk menyelesaikan segala masalah dalam tugasan ini. Melalui penumpuan terhadap aktiviti senaman yang dipilih iaitu naik turun bangku, saya telah berpeluang mengkaji secara mendalam mekanisma pergerakan, malah segala yang berkaitan tulang, otot dan sendi serta pergerakan yang terlibat dapat difahami secara terperinci. Saya mengaku, bahawa tugasan yang diberikan kali ini agak mencabar dan menguji kemampuan pelajar untuk mendapatkan bahan yang sesuai, mengenalpasti bahagian-bahagian tertentu yang terlibat, serta menganalisis bahagian-bahagian tersebut. Selain itu, mekanisma pergerakan juga hendaklah ditunjukkan secara terperinci supaya dapat difahami dengan jelas. Saya bersama rakan kumpulan telah mengalami masalah ketika mendapatkan bahan yang sesuai kerana bahan rujukan yang terlalu banyak dan berbeza satu dengan yang lain. Hal ini menyebabkan kekeliruan dan kesulitan bagi memulakan kerja kursus ini. Walaubagaimanapun,hal ini dapat diatasi setelah sesi perbincangan sesama rakan, dan pensyarah, sekaligus dapat mengatasi masalah ini. Saya juga mengalami masalah untuk mengolah bahan-bahan yang diperoleh dari sumber-sumber rujukan seperti internet dan buku kerana kebanyakan bahan adalah dalam Bahasa Inggeris. Namun, saya telah sedaya upaya menterjemah bahan-bahan tersebut kedalam Bahasa Melayu walaupun terdapat sesetengah istilah yang digunapakai terpaksa dikekalkan dalam Bahasa Inggeris kerana mngambil kira makna istilah sebenar. Melalui tugasan ini juga,ia banyak memberi pengetahuan dan ilmu yang mendalam mengenai kadar nadi manusia dan sistem-sistem tubuh yang digunakan sebagai penyambung nyawa kepada manusia. Saya dapat mempelajari cara untuk mengira kadar nadi manusia iaitu kadar nadi rehat, kadar nadi maksimum dan kadar nadi latihan. Pengiraan kadar nadi sangat penting kerana melalui kadar nadi ini kita dapat menentukan kadar

intensiti latihan yang boleh dilakukan oleh seseorang nanti. Oleh itu, melalui pengetahuan dan pengalaman yang saya perolehi melalui tugasan ini, mungkin tidak menjadi masalah kepada saya untuk menghadapi masalah dan memberi latihan yang sewajarnya kepada murid-murid di sekolah apabila bergelar warga pendidik kelak. Sebagai kesimpulannya, saya sangat bersyukur dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dan berharap agar dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh ketika mengajar kelak. Saya juga amat berharap apa yang saya perolehi melalui tugasan kali ini dapat membantu saya dalam kerjaya saya pada masa yang akan datang di mana sebagai pendidik anak bangsa supaya mereka menjadi seorang yang berjaya dalam hidup mereka selain berharap agar tugasan ini dapat diterima oleh pensyarah saya. Sekian,terima kasih.

ABDUL AZIM BIN ABDUL JALEEL (PISMP SEM 3 RBT 1)

REFLEKSI
Dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani pada semester ini, subjek Anatomi dan Fisiologi merupakan subjek wajib kepada saya. Jadi, pada mulanya saya menerima tugasan yang diberikan saya berasa agak gementar kerana melihat pada soalan tugasan yang agak mencabar. Kerja kursus untuk subjek ini merupakan kerja kursus projek dan saya di minta untuk membuat kertas kerja mengenai pengiraan kadar denyutan nadi dan aktiviti senaman yang sesuai dengan projek saya ini. Kerja Kursus ini merupakan kerja berkumpulan dan menjadikan ia lebih mudah kepada saya untuk menyelesaikan segala masalah dalam tugasan ini. Saya ingin berterima kasih kepada pensyarah saya, Encik Suhaimi B Sahat kerana sudi memberi pengetahuan kepada saya mengenai Anatomi dan Fisiologi ini. Anatomi dan Fisiologi merupakan kajian mengenai tubuh badan manusia serta sistem yang terdapat dalam tubuh kita. Melalui tugasan ini, ia banyak memberi pengetahuan dan ilmu yang mendalam mengenai kadar nadi manusia dan systemsistem tubuh yang digunakan sebagai penyambung nyawa kepada manusia. Selain itu, saya juga dapat mempelajari cara untuk mengira kadar nadi manusia iaitu kadar nadi rehat, kadar nadi maksimum dan kadar nadi latihan. Pengiraan kadar nadi sangat penting kerana melalui kadar nadi ini kita dapat menentukan kadar intensiti latihan yang boleh dilakukan oleh seseorang nanti. Oleh itu, melalui pengetahuan dan pengalaman yang saya perolehi melalui tugasan ini, mungkin tidak menjadi masalah kepada saya untuk menghadapi masalah dan memberi latihan yang sewajarnya kepada murid-murid di sekolah apabila bergelar warga pendidik kelak. Selain itu,tugasan yang diberikan kepada saya dapat melatih diri saya dalam membaca buku dimana tugasan kali ini saya banyak menggunakan buku sebagai rujukan. Dan tugasan ini turut melatih diri saya supaya menjadi pelajar yang lebih berdisplin dalam menyiapkan tugasan ini.

Akhir kata, saya berharap apa yang saya perolehi melalui tugasan kali ini dapat membantu saya dalam kerjaya saya pada masa yang akan datang diimana sebagai pendidik anak bangsa supaya mereka menjadi seorang yang berjaya dalam hidup mereka. Dan saya juga berharap agar tugasan ini dapat diterima oleh pensyarah saya.

ABDUL MUNIR B ABD RAHMAN

REFLEKSI
Saya dan rakan-rakan dikehendaki menyiapkan satu tugasan untuk subjek Anatomi dan Fisiologi. Kami dikehendaki menyiapkan tugasan yang berkaitan dengan Kepentingan pengiraan kadar denyutan nadi dalam program senanaman, mengenalpasti prosedur pengiraan kadar denyutan nadi dan mengenalpasti apakah tulang-tulang, otot-otot, jenis pergerakan dan jenis sendi yang terlibat dalam aktiviti senaman yang telah kami pilih. Setelah mendapat soalan tugasan, kami dibahagikan kedalam beberapa kumpulan yang mempunyai empat orang ahli. Setelah berada didalam kumpulan, kami berbincang dan masing-masing mengeluarkan pendapat tentang pemilihan senaman yang sesuai. Akhirnya, kami memilih senaman naik turun bangku. Alhamdulillah, rakan-rakan sekumpulan saya memberi komitmen dan masing-masing bertanggungjawab untuk menyelesaikan tugasan ini. Oleh yang demikian, tugasan ini tidak terlalu beban buat saya. Akan tetapi, dalam proses penyiapan tugasan ini saya berasa agak susah kerana ianya memerlukan pengetahuan untuk menyempurnakan tugasan ini. Bagi saya yang kurang pengetahuan tentang tajuk ini semestinya berasa agak sukar. Walaupun begitu, saya dan rakan sekumpulan berusaha mencari maklumat dan belajar tentang tajuk-tajuk tersebut. Syukurlah, kami mudah memahami kiraan-kiraan dan isi-isi penting yang perlu difahami. Walaupun ianya seperti sesuatu yang baru buat saya, saya tetap seronok melakukan tugasan ini kerana saya dapat mengetahui tahap kecergasan saya apabila melakukan sesuatu aktiviti. Pelbagai pengetahuan baru yang saya perolehi apabila melakukan aktiviti ini. Contohnya apa itu kadar nadi rehat, kadar denyutan normal, pengiraan untuk mengira denyutan nadi dan bermacam-macam lagi. Selain itu, saya juga mempelajari otot-otot, rangka, saraf dan pergerakan-pergerakan yang digunakan ketika melakukan aktiviti. Melaksanakan kerja kursus ini memberikan saya banyak manfaat dan maklumat yang sangat berguna kerana ianya lebih menekankan tentang bagaimana

mengira kadar nadi, apa yang dimaksudkan dengan kadar nadi rehat dan latihan dan saya pasti semua ini dapat digunakan pada masa akan datang. Akhir kata, ribuan terima kasih diucapkan buat pensyarah, kawan-kawan dan individu-individu yang terlibat semasa proses penyiapan tugasa secara langsung ataupun tidak langsung. Semoga tugasan ini memberi seribu makna buat saya dan kawan-kawan. Sekian, terima kasih.

Ainil Syamin bt Adnan 900414-02-5560

REFLEKSI

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya akhirnya dapat juga saya menyiapkan tugasan berkumpulan PJM 3106 Anatomi dan Fisiologi dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Ribuan terima kasih di tujukan kepada pensyarah saya En Suhaimi b Sahat kerana telah banyak berkongsi maklumat dan banyak memberi kata-kata semangat untuk menyiapkan tugasan ini. Pada permulaan tugasan, saya dan rakan kumpulan yang lain sama-sama mencari idea mencipt program senaman yang mudah dan dapat mengira kadar denyutan nadi. Akhirnya kami mengambil kata sepakat untuk membina program senaman berasaskan bangku. Senaman ini adalah senaman naik dan turun bangku. Saya dan rakan sepasukan memilih senaman ini kerana ia merupakan kemahiran manipulatif yang melibatkan gerakan loko-motor. Pergerakan ini melibatkan pergerakan badan. Oleh itu, gerakan manipulatif motor kasar melibatkan aktiviti yang menggunakan otot besar dan bahagian yang ditumpukan adalah bahagian kaki. Apa yang saya perolehi sepanjang menyiapkan tugasan ini ialah saya dapat mengenalpasti dan mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperoleh pemahaman yang koheren tentang teori dan amalan. Saya telah mencari maklumat mengenai pengiraan kadar denyutan nadi sama ada melalui internet, sumber media mahupun elektronik. Walaupun susah untuk mencari maklumat mengenainya, namun berkat kesabaran, saya bejaya

memperolehinya. Disamping itu, saya juga perlu bertanggungjawab dari aspek keselamatan, bimbingan dan kebajikan tanpa mengira bangsa dan agama. Saya perlu megambil langkah berhati-hati apabila melakukan sesuatu aktiviti. Dalam tugasan ini juga, saya telah membantu rakan sepasukan

mengenalpasti kedudukan denyutan nadi masing-masing dan megira kadar denyutan tersebut mengikut formula pengiraan kadar denyutan nadi Karvonen. Untuk

pengetahuan, dalam tubuh manusia,nadi boleh dikesan di beberapa bahagian tubuh badan. Antaranya ialah seperti di bahagian leher (carotid), pergelangan lengan (radial), pergelangan siku (bisep), bahagian dada (pectorals kiri),dan juga di

bahagian kelengkang. Hal ini kerana karvonen merupakan salah satu kaedah pengiraan kadar denyutan nadi yang menentukan kadar insentisi latihan atau senaman kita. Disamping itu, saya juga dapat mengetahui dengan lebih lanjut kepentingan pengiraan kadar denyutan kerana ia dapat mengetahui tahap kecerdasan seseorang dan untuk mengetahui diri dalam keadaan normal atau tidak. Saya juga telah membuat prosedur pengiraan bersama rakan sepasukan. Kami perlu memasukkan data dengan berhati-hati kerana apabila tersilap sedikit, pasti data-data yang lain juga turut tergendala. Diharap apa yang saya dapat pada kali ini akan dipraktiskan dengan lebih sistematik. Akhir kata, ucapan ribuan terima kasih sekali lagi ditujukan kepada pensyarah saya, En Suhaimi b Sahat pensyarah matapelajaran PJM 3106 Anatomi dan Fisiologi. Sekian, terima kasih.

NOOR AIDA BT MOHAMAD YUSSOF PISMP SEMESTER3 RBT/PJ/BM KUMPULAN1

BIBLIOGRAFI
Sumber Buku

Buku Panduan Guru Tingkatan I, II, III : Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (1988). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Ceciee Starr, Beverly McMillan. (2003) Human Biology. Penerbitan Thomson Learning. Haji Gapor Ahmad. (2007) Kejurulatihan dan Sains Sukan. Kuala Lumpur : Utusan Publcations & Distributors Sdn. Bhd. Teng Boon Tong (2001). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan : Kursus Perguruan Diploma Perguruan. Selangor : Pearson Education. Vasudevan T. Arasoo. (1992) Asas Pendidikan Jasmani Peringkat Menengah dan Tinggi. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Wee Eng Hoe. (2005). Siri Pendidikan Perguruan: Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam, Selongor : Karisma Production Sdn. Bhd. Wee Eng Hoe. (1998). Siri Diploma Perguruan Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (Pengkhukusan). Shah Alam,Selangor Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Sumber Internet

http://anizyn.blogspot.com/2008/01/panaskan-badan-sebelum-bersenam.html http://zailanisomingan.wordpress.com/ http://pjpkakram.blogspot.com http://exercise.about.com/cs/fitnesstools/g/karvonen.htm http://www.briancalkins.com/HeartRate.htm