Anda di halaman 1dari 1

Pendekatan Induktif Dalam pendekatan ini guru mengajar sesuatu ilmu secara spesifik kepada umum untuk membantu

kanak-kanak memahami pembentukan konsep. Dengan ini guru perlu

mengemukakan contoh yang relevan sebelum mengajar sesuatu topik. Dan guru perlu menggalakan pelajar membuat kesimpulan tentang topik tersebut, barulah guru mula mengajar topik tersebut dari awal. Sebagai contoh, guru memberi contoh dan ciri-ciri bagi alat muzik yang bertali, barulah guru mengajar tentang alat-alat muzik . Guru perlu menjalankan aktiviti pengajaran daripada contoh kepada umum akan membimbing pelajar untuk memudahkan pelajar memahami tentang alat muzik yang bertali. Proses pengajaran dalam induktif ini menekan pengajaran yang berbentuk konkrit. Pendekatan deduktif Dalam deduktif ini, pengajaran diajar secara umum kepada spesfik untuk menjalakan proses pengajaran dengan berkesan. Oleh itu, guru perlu mengajar dari awal kepada akhir tentang sesuatu topik. Dan guru mesti mengajar konsep dulu sebelum ajar sesuatu topik. Sebagai contohnya, guru mengajar tentang alat-alat muzik. Barulah guru dapat mengajar tentang alat-alat muzik yang bertali dengan contoh yang kukuh Guru perlu menjalankan aktiviti pengajaran daripada umum kepada contoh akan membimbing pelajar untuk memudahkan

pelajar memahami tentang alat muzik yang bertali. Pendekatan Eklektik Pendekatan ini menggabungan induktif dan deduktif.guru juga mengajar secara spesifik kepada umum kepada segelintir pelajar dan juga guru mengajar secara umum kepada spesifik. Dengan ini guru perlu memahami tentang pelajar sebelum mengajar. Pendekatan Tematik Pendekatan ini adalah pengajaran secara tema. Pengajaran secara tema adalah pengajaran yag disampaikan melalui atau idea yang besar, ianya boleh dipecahkan kepada beberapa kompenen yang kecil. Dalam pendekatan ini guru perlu memilih tema yang bersesuaian dengan kehidupan murid supaya peluang untuk mengaplikasi kemahiran kepada murid seperti kemahiran asas mendengar, membaca, menulis, mengira, kemahiran penyelesaian masalah. Guru mestilah mencipta peta minda untuk tema merancang dan menggalakkan kemahiran berfikir.

Anda mungkin juga menyukai