Anda di halaman 1dari 1

Teori Behaviorisme Dalam teori behaviorisme, guru perlu memberi ganjaran (rangsangan) semasa pelajar membuat hasil kerja

yang baik (gerak balas Guru harus memotivasikan pelajarnya dengan ganjaran yang betul agar dapat mengawal tingkah laku yang dikehendaki dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Sebagai contoh, guru perlu memberi motivasi dalam bentuk pujian, hadiah dan kata-kata hikmat. Selain itu, guru mesti melibatkan pelajar-pelajar dalam proses pengajarannya seperti penglibatan dalam aktiviti berkumpulan. Melalui aktiviti seperti ini pelajar-pelajar dapat belajar dengan lebih berkesan kerana pembelajaran berlaku melalui pengalaman. Tambahan pula, guru perlu memberikan latihan yang kukuh untuk mengukuhkan ingatan pelajar. Selain guru yang mengajar dengan menggunakan pelbagai alat bantu mengajar dan mengadakan pelbagai jenis aktiviti dapat menambahkan minat pelajar terhadap pengajarannya dan menyebabkan pelajar minat mata pelajaran berkenaan. Sama seperti Pavlov, teori Watson juga menggalakkan rangsangan yang baik bagi mewujudkan tingkah laku positif. Sebagai guru kita harus memastikan rangsangan dalam bilik darjah (termasuk tingkah laku guru) menimbulkan perasaan keseronokkan serta keselesaan dan bukan perasaan takut atau risau.

Guru juga perlu memastikan tugasan yang diberi tidak mengelirukan supaya pelajar dapat menyelesaikannya dengan senang. Guru tidak boleh memandang rendah terhadap kejayaan yang telah dicapai oleh pelajar malah guru perlu memberikan sokongan supaya mereka tidak putus asa dan terus bercuba untuk mencapai kejayaan.

Akhirnya, guru perlu menekankan sistem pembelajaran yang bermula daripada perkara mudah kepada rumit. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran mestilah menurut hierarki kemahiran kecerdasan dan syarat di depan adalah syarat mutlak menguasai jenis pembelajaran kemudian. Berdasarkan teori gagne ini proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dilakukan secara berulang-ulang iaitu pembelajaran melalui rangkaian. Sebagai contoh pengajaran seperti pembacaan teks melalui nyanyian yang berulang kali lebih diingati oleh pelajar berbanding hanya melalui kaedah biasa seperti pembacaan teks.

Anda mungkin juga menyukai