Anda di halaman 1dari 23

EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling 7 PISMP

Ambilan Januari 2010

TERAPI INTERVENSI KAUNSELING KANAK-KANAK Pengenalan Terapi di dalam Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat bermaksud suatu rawatan bagi sesuatu penyakit fizikal, mental atau jiwa secara proses pemulihan tanpa penggunaan ubat atau pembedahan dalam mengatasi masalah fizikal, emosi atau social yang dihadapi oelh seseorang. Definisi yang lebih tepat lagi adalah terapi merupakan kaedah untuk membantu seseorang pelajar untuk bergerak balas terhadap aktiviti atau kemahiran.Menurut Kamus Perubatan Mosby (2001), terapi telah didefinisikan dengan rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan bertujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal. Definisi terapi dalam konteks pendidikan pula ialah kaedah yang membantu seseorang anak murid untuk bergerak balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran. Konsep terapi dalam konteks pendidikan ialah didasari dari konsep kepelbagaian kategori individu berkerperluan khas. Dengan itu, kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah dan ketidakupayaan pembelajaran mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor. Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, Intervensi membawa makna campur tangan dalam urusan dua pihak yang berlainan. Defini intervensi di dalam pendidikan pula membawa maksud mengubah dan membuka pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang bermasalah supaya menerokai, memulih dan mempertingkatkan keyakinan diri. Manakala, kaunseling pula adalah satu perhubungan yang dicirkan oleh keyakinan, saling memprcayai dan kemesraan yang membolehkan klien memperoleh kestabilan dalam menyelesaikan masalah dengan bantuan kaunselor. Intervensi yang berasaskan pendekatan kaunseling merupakan tindakan yang dilakukan oleh kaunselor dalam membina program bimbingan 19

EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling 7 PISMP

Ambilan Januari 2010

dan kaunseling yang lebih komprehensif. Bentuk intervensi kaunseling yang dijalankan juga perluah bersesuaian dengan jenis permasalahan yang dihadapi oleh klien dalam meningkatkan keberkesanan program kaunseling yang dijalankan.

19

EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling 7 PISMP

Ambilan Januari 2010

Terapi Bermain Konsep Terapi Bermain Permainan selalunya dikaitkan dengan cara bermain. Permainan selalunya dikaitkan dengan kanak-kanak yang dianggap oleh orang dewasa sebagai satu perbuatan yang membuang masa dan tidak produktif. Sebaliknya jika kita kaji, permainan adalah satu aktiviti yang dapat membantu kanak-kanak dalam perkembangan sahsiah dan pertumbuhan fizikal dan ia utama dalam perkembangan kanak-kanak dari aspek fizikal, intelek, sosial dan emosi. Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Carr pula dalam teorinya mengatakan bahawa main adalah penting kepada kanakkanak untuk meluahkan pendapat masing-masing. Semasa bermain, kanak-kanak akan menggunakan pancaindera dan minda yang tidak secara langsung menuju ke arah pembelajaran menyelesaiakan masalah. Bermain menampakkan sesuatu proses yang mendatangkan kesukaan. Dengan kata lain, kanak-kanak itu akan membuat sesuatu kerana ia suka berbuat demikian dan berhenti apabila dia telah bosan maka aktiviti tersebut boleh dikatakan bermain. Tambahan pula jika kita meneliti konsep bermain itu, di mana sesuatu permainan akan mengembangkan fizikal dan mental kanak-kanak melalui peraturan tertentu. Kanak-kanak akan lebih tertarik dalam melaksanakan sesuatu aktiviti atau penyelesaiain masalah dengan cara bermain. Apabila konsep bermian yang digunapakai telah digunakan sebagai terapi di dalam aspek intervensi kaunseling bagi kanak-kanak maka ianya akan dikenali sebagai terapi bermain. Secara praktiknya, terapi bermain adalah salah satu model pelbagai dimensi yang dikonseptualisasi berdasarkan konsep-konsep tertentu seperti menganggap bahawa melalui kaeedah bermain maka kanak-kanak akan lebih mudah memahami keadaan dunia ini dan member peluang kepada kanak-kanak itu sendiri dalam 19

EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling 7 PISMP

Ambilan Januari 2010

menemui dan menroka identity masing-masing. Malah melalui unsure simbolik yang terdapat di dalam konsep beramin itu sendiri akan member peluang kepada kanak-kanak dalam mengkaji serta menguji pilihan secara imaginasi. Dari aspek psikologi pula, terapi main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar. Maka di sini dapat dikatakan bahawa terapi permainan adalah satu terapi interaksi sosial yang menyediakan kesempatan untuk belajar keterampilan sosialemosional dan meningkatkan ketahana emosional. Sementara kebanyakan kanak-kanak akan belajr keterampilan social daripada pengamatan mereka atau melalui intruksi yang eksplisit, pengajaran tambahan, latihan dan pembinaan.

19

EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling 7 PISMP

Ambilan Januari 2010

Kaedah Perlaksanaan Terapi Bermain Terapi bermain dapat digunakan dengan baik sebagai penilaian mahupun sebagai terapi. Bermain merupakan salah satu bentuk terapi yang sesuai digunakan untuk berinteraksi dengan kanak-kanak serta membantu seorang kanak-kanak itu meluahkan perasaan atau emosi mereka. Terapi ini sesuai digunakan sebagai terapi intervensi kaunseling kanak-kanak kepada kanak-kanak yang mengalami gangguan tingkah laku dan fizikal yang meluas seperti gangguan bahasa, gangguan kelakuan , gangguan hiperaktiviti kurang daya tumpuan (ADHD) dan autism. Kenapa bentuk terapi bermain sesuai digunakan kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah gangguan berikut?. Hal ini kerana kebanyakkan kanak-kanak tersebut mempunyai masalah dalam memberi tumpuan , konflik diri, masalah sosial dengan kanak-kanak lain dan sikap suka menyendiri. Bagi menangani masalah gangguan berkenaan maka terapi bermain menggunakan beberapa kaedah atau teknik dalam memulihkan kanak-kanak tersebut. Antaranya ialah bermain dengan anak patung dan boneka,yang dikatakan membuatkan kanak-kanak dapat melahirkan perasaan dan pemikiran mereka. Ini kerana sewaktu bermain dengan permainan ini maka ianya membentuk identiti diri dengan anak patung yang dimainkan malah mainan tersebut boleh menjadi media untuk mengekpresikan perasaan secara langsung serta dapat meluahkan perasaan secara selamat dan sihat. Djiwandono (2005) menyatakan bahawa kanak-kanak dapat memindahkan konflik yang ada di dalam dirinya ke dalam boneka dan mengurangkan tekanan yang di alami Teknik dalam terapi bermainlain pula adalah seperti main pasir. Menurut Malinda & William (2000), terapi bermain pasir merupakan teknik psikoterapeutik yang membolehkan pesakit menyusun objek kecil dalam kotak mengandungi pasir dan membina dunia pasir mengikut dimensi dunia realitinya. Terapi bukan lisan seperti terapi pasir ini adalah yang paling berkesan untuk mengakses dan melepaskan perasaan tidak sedarkan diri. . 19

EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling 7 PISMP

Ambilan Januari 2010

Sambil kanak-kanak main pasir, mereka dapat melakonkan semula peristiwa atau trauma yang telah berlaku dalam hidup mereka. Perasaan kanak-kanak dinyatakan dalam tingkah laku mereka terutama kelakuan mula untuk mengganggu orang lain atau mengganggu kehidupan keluarga dalam beberapa cara. Bermain dengan pasir memberikan kanak-kanak peluang untuk meluahkan kehidupan perasaan mereka dalam pergerakan, bunyi, simbol dan imej dengan lebih berkesan dan ringkas . Maka melalui terapi bermain, kanak-kanak dapat melibatkan diri dengan bermain dengan pelbagai aktiviti yang bersesuaian dengan masalah gangguan yang dialami malah dapat mengembangkan penumpuan yang lebih baik, meningkatkan keyakinan diri dan belajar bersosial serta berinteraksi secara betul dengan kanak-kanak lain.

19

EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling 7 PISMP

Ambilan Januari 2010

Faedah Terapi Bermain Bermain pada anak-anak ibarat bercakap pada orang dewasa. Jika diberikan peluang, maka kanak-kanak akan mengeluarkan perasaan dan keperluan dengan ekpresi atau tindakan atau proses - takut, puas, marah, bahagia, kecewa - menyerupai orang dewasa. Maka melalui bermainkankkanak dapat menyatakan perasaan atau masalah yang dihadapi secara nonverbal dan hal ini lebih mudah berbanding secara lisan. Ketika kanak-kanak itu meluahkan perasaan melalui permainan maka mereka membawa perasaan tersebut ke dalam peringkat kesedaran, sehingga akhirnya mereka akan terbuka, menerima, dan belajar mengendalikan atau menolaknya (Axline dalam landreth, 2001). Hartup & Smothergill (dalam landreth, 2001) menyatakan bahawa dalam bermain, kanak-kanak dapat mengurangkan tegangan, mengendalikan kecemasan, bertindak balas secara wajar, atau memanifestasikannya dalam penerimaan. Melalui terapi bermain kanak-kanak sebenarnya secara tidak langsung telah berupaya mengukuhkan lagi keterampilan, ketangkasan, imaginasi malah mampu pula menganalisis masalah. Proses secara tidak langsung tadi meliputi pelbagai tahap pergerakan seperti meraih, menggenggam, berjalan, memegang, menjulur, menyentuh, menggigit, menjilat dan lain-lain lagi. Proses ini boleh digelar sebagai proses penerokaan melalui lima pancaindera.

19

EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling 7 PISMP

Ambilan Januari 2010

Terapi Bercerita Konsep Terapi Bercerita Cerita berbentuk naratif telah digunakan oleh setiap budaya

masyarakat sejak permulaan tamadun sebagai hiburan, pengekalan budaya dan ianya telah pun berkesan ke atas pemupukan nilai murni dan nilai moral di kalangan kanak-kanak sejak kecil lagi. Menurut Kamus Dewan , cerita adalah jalinan dan susunan mengenai kejadian dan hal-hal yang berlaku sama ada benar ataupun merupkan khayalan pencerita sahaja. Justeru kini aktiviti bercerita bukan sahaja digunakan untuk hiburan malah ianya digunakan sebagai salah satu kaedah terapi untuk menyampaikan peristiwa dengan menggunakan perkataan, imej dan suara. Terapi bercerita itu juga dapat digunakan sebagai satu teknik untuk menyalurkan sesuatu maklumat melalui perkataan, gambar dan bunyi yang sering kali dilakukan melalui teknik improvisasi. Terapi bercerita merupakan salah satu terapi yang mengetengahkan konsep bercerita sebagai idea utama dalam terapi bercerita. Pada masa yang sama, ahli teoris menganggap bercerita adalah satu cara yang berkesan untuk membina rapo. Di samping itu, terapi ini dapat mengenali kanak-kanak dengan lebih mesra lagi. Selain daripada itu, melalui terapi ini murid dapat menyerap nilai-nilai pembelajaran melalui watak di dalam sesebuah cerita tanpa memikirkan tentang masalah mereka sendiri Oleh kerana dalam sebuah cerita mengandungi nilai-nilai murni yang boleh diterapkan ke dalam setiap individu terutama kanak-kanak dan ditambah pula dengan sifat intrinsic kanak-kanak yang suka mendengar cerita maka terapi bercerita dijadikan sebagai salah satu pendekatan yang paling berkesan untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah tingkah laku bermasalah. Semasa mereka menyampaikan cerita masing-masing, kanakkanak berkongsi maklumat penting mengenai diri serta keluarga mereka, di samping melahirkan perasaan yang terpendam. Akibatnya, guru bimbingan

19

EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling 7 PISMP

Ambilan Januari 2010

dan kaunseling lebih memahami konflik kanak-kanak serta dinamika keluarga mereka.

19

EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling 7 PISMP

Ambilan Januari 2010

Kaedah Perlaksanaan Terapi Bercerita Bercerita dapat digunakan sebagai salah satu pendekatan yang baik dan menarik dalam memberikan terapi kepada kanak-kanak. Kanak-kanak yang bermasalah selalunya menghadapi kesukaran dalam meluahkan dan menyampaikan perasaan mereka secara terbuka dan terus. Oleh itu, guru atau kaunselor perlu mencari sumber yang berkaitan dalam masalah yang dihadapi atau pengalaman hidup yang pernah dilalui oleh murid tersebut. Berdasarkan sumber tersebut maka seorang kanak-kanak akan lebih terdorong untuk meluahkan perasaan secara tidak langsung. Malah sekiranya kanak-kanak terbabit mempunyai masalah, maka menjadi tugas dan tanggungjawab guru atau kaunselor dalam membantu kanak-kanak terbabit dalam meluahkan atau menyampaikan sesuatu perkara tanpa segan ataupun malu. Terapi bercerita sesuai dijalankan secara berkelompok ataupun individu. Kaunseling kelompok melibatkan perhubungan individu yang menekankan aspek kekuatan, fikiran, perasaan dalam aktiviti pembelajaran, peribadi dan sosial. Corey (1981). Oleh sebab itu pelaksanaan terapi bercerita dalam kelompok memudahkan perkongsian pengalaman antara ahli kelompok. Namun demikian penggunaan teknik ini dalam kaunseling kelompok memerlukan syarat proses kaunseling berpusatkan klien iaitu empati, penerimaan tanpa syarat, dan kongruen/ keikhlasan. Terdapat beberapa kaedah perlaksanaan terapi bercerita antaranya ialah mengadakan sesi beg cerita ajaib di mana objektif kaedah ini adalah untuk membina satu cerita berdasarkan objek ajaib. Peralatan yang digunakan ialah satu beg kertas yang mengandungi pelbagai objek. Ketua kumpulan akan mempunyai pelbagai objek di dalam sebuah beg kertas. Setiap ahli kumpulan perlu mengambil satu bagi setiap seorang. Objek tersebut boleh diambil daripada objek yang digunakan setiap hari seperti berus gigi, batu, bulu ayam dan sebagainya. Objek tersebut akan diletakkan di dalam sebuah beg yang tidak menampakkan bahagian dalam beg. Dengan 19

EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling 7 PISMP

Ambilan Januari 2010

tidak memandang ke dalam beg, ahli kumpulan akan menarik objek secara rawak. Objek tersebut dianggap ajaib dan penting dalam penceritaan. Ahli kumpulan diberikan beberapa minit untuk membuat cerita berdasarkan objek yang dipilih. Ahli kumpulan akan menceritakan sebuah cerita berdasarkan objek tersebut. Teknik kedua dalam terapi bercerita adalah dengan menggunakan kaedah yang konvensional iaitu buku cerita. Kaedah ini memerlukan murid untuk mereka sebuah buku cerita dan kaedah ini paling banyak digunapakai dan mudah difahami oleh guru atau kaunselor dalam memahami luahan perasaan kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak akan memilih sebuah cerita atau mereka sebuah cerita mereka sendiri. Setelah mereka memilih cerita atau mereka cerita, kanak-kanak tersebut akan mula membina sebuah buku cerita. Penghasilan buku cerita boleh dilakukan berdasarkan kekreatifan kanak-kanak tersebut. Teknik ketiga ialah dengan menggunakan gambar yang akan merangsang visual dan imaginasi serta perhatian kanak-kanak kepada lebih terperinci. Kaedahnya adalah dengan menunjukkan gambar yang menunjukkan objek dengan lebih dekat. Gambar tersebut boleh diambil dengan sendiri atau diambil daripada majalah. Perlu dipastikan bahawa gambar tersebut mempunyai tekstur dan warna yang pelbagai. Kanak-kanak akan memberikan pandangan mereka tersendiri tentang gambar yang dilihat. Selepas itu, kanak-kanak akan mereka sebuah cerita berdasarkan pandangan mereka tentang gambar yang dilihat. Teknik terapi bercerita kapsul masa adalah yang kerap juga digunakan oleh guru atau kaunselor. Malah dengan menggunakan kaedah kapsul masa ini maka kanak-kanak akan lebih merasa selesa dalam menceritakan tentang masa lepas.Kaedah ini dilakukan dengan meminta kanak-kanak tersebut untuk membawa gambar, lukisan, atau barang peribadi yang penting dalam hidup mereka atau kanak-kanak tersebut juga boleh menulis cerita tentang peristiwa dan kejadian yang penting dalam hidup mereka. Kemudian kanak19

EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling 7 PISMP

Ambilan Januari 2010

kanak terbabit akan mereka sebuah kotak atau tiub daripada surat khabar, gambar majalah atau lukisan mereka. Sebelum meletakkan barang peribadi ke dalam kotak tersebut, kanak-kanak tersebut akan menceritakan tentang kejadian di sebalik barang tersebut dan mengapa barang tersebut penting bagi mereka. Apabila barang telah diletakkan ke dalam kapsul masa, kapsul tersebut akan ditutup dan mereka tidak dibenarkan membuka sehingga sampai suatu masa mengikut arahan guru ataupun kaunselor dan dari situlah guru mahupun kaunselor memainkan peranan dalam memahami dan mengetahui perkara di sebalik perasaan kanak-kanak berkenaan. Melalui kaedah-kaedah yang ada maka kita dapat lihat bahawa kanakkanak juga membaut tafsiran terhadap pengalaman hidup mereka yang manis, pahit atau traumatic dalam kehidupan mereka. Mereka akan cuba mengaitkan beberapa peristiwa tertentu menjadi satu turutan yang merentasi tempoh masa mahupun mereka menyembunyikan perasaan tersebut melalui barangan kepunyaan mereka. Walaupun begitu, seorang guru atau kaunselor perlu mahir dalam mentafsir mesej yang dikemukakan secara simbolik. Ini kerana kadang kala perkara yang dieceritakan oleh kanak-kanak tersebut adalah hasil dari imaginasi mereka yang tinggi. Maka oleh itu, guru atau kaunselor perlu menggunakan kaedah yang pelbagai dalam mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak tersebut.

19

EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling 7 PISMP

Ambilan Januari 2010

Faedah Terapi Bercerita Melalui terapi bercerita, kanak-kanak akan mengambil cerita yang disampaikan akan diambil menjadi teladan dalam menjalani kehidupan mereka. Di dalam sebuah cerita juga ia merangkumi pelbagai pengalaman emosi dan ianya sangat membantu kanak-kanak memilih perkataan yang bersesuaian dan diperlukan dalam menyatakan perasaan yang sedang mereka alami serta dapat membantu kanak-kanak tersebut untuk memahami perasaan tersebut. Terapi bercerita mempunyai kelebihan dan faedah yang tersendiri. Antaranya ialah kanak- kanak dapat meluahkan perasaan terpendam dan berkongsi maklumat diri sesama kawan-kawan mereka. Hal ini membolehkan mereka berasa diri mereka dihargai dengan adanya perkongsian masalah dalam kaunseling kelompok. Secara tidak langsung, ahli-ahli kumpulan akan cuba untuk menyatakan langkah penyelesaian kepada rakan-rakan mereka terhadap masalah yang dihadapi. Terapi bercerita ini merupaka suatu teknik yang berkesan bagi menyemai kemahiran berkomunikasi kepada kanakkanak (Trencher,1991). Terapi ini juga memberi kelebihan kepada guru atau kaunselor kerana dapat memahami konflik kanak-kanak dengan lebih senang secara sukarela. Melalui aktiviti bercerita, murid akan memegang sesuatu watak dan secara tidak langsung cara untuk mereka menyelesaikan masalah dalam cerita yang perlu mereka ceritakan akan menonjolkan masalah-masalah yang dihadapi oleh murid. Guru akan dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid terutamanya murid yang bersikap pasif di dalam kaunseling kelompok. Kepercayaan dalam ahli kumpulan dapat diwujudkan terutamanya dalam terapi kelompok. Hal ini dapat dilihat melalui kemahiran interpersonal yang dipelajari seperti komunikasi mata, berunding dan menerima pandangan orang lain dan membantu sesebuah kumpulan untuk membuat keputusan secara bersama.

19

EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling 7 PISMP

Ambilan Januari 2010

Di samping itu juga, melalui terapi ini juga, kanak-kanak juga dapat meluahkan perasaan yang terpendam secara refleks atau tidak langsung melalui perwatakan yang ditonjolkan semasa mereka memegang sesuatu watak ketika bercerita. Selain daripada itu, kanak-kanak dapat mengembangkan lagi kemahiran fizikal mereka dalam bercerita dan ekspresi emosi mereka melalui bahasa tubuh. Tambahan itu, melalui aktiviti sebegini akan menjadikan pembelajaran social yang dialami oleh kanak-kanak bermasalah menjadi sihat dan positif lalu menggalakkan rasa diterima dan selesa di kalangan mereka. Selain daripada itu, kanak-kanak juga dapat menambah keyakinan diri untuk mengeksperesikan perasaan dan idea di mana pendekatan ini memerlukan penglibatan murid secara aktif. Malah dengan melaksanakan pelbagai aktiviti di dalam terapi bercerita ini maka ianya akan membantu kanak-kanak dalam meluahkan perasaan mereka dengan lebih sihat di mana mereka tidak perlu bergaduh, menjerit atau melakukan kerosakan harta benda di sekeliling mereka. Dengan terapi bercerita, mereka dapat mengaitkan masalah yang dihadapi sekaligus menyelesaikan masalah dengan bimbingan dan pendapat guru., kaunselor dan kawan-kawan.

19

EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling 7 PISMP

Ambilan Januari 2010

Terapi Seni Konsep Terapi Seni Seni membawa maksud yang terlalu global kerana setiap individu menjalani kehidupan dengan pengalaman seni yang tersendiri dan berbeza . Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga (1997) yang menerangkan definisi seni adalah membawa makusd karya termasuklah sajak, lukisan, muzik dan lain-lain yang dicipta dengan bakat atau kecekapan dan hasil daripada sesuatu ciptaan. Menurut Ensiklopedia Malaysiana (1996), seni itu adalah satu istilah yang digunakan bagi sesuatu yang indah-indah pada pandangan pancaindera manusia sama ada melalui penglihatan atau pendengaran. Menurut buku M.A.J Beg, Fine Arts in Islamic Civilization (1981) menyatakan bahawa pemikir Islam iaitu Imam Al-Ghazali memperkatakan bahawa seni itu indah melalui pandangan kecantikan dan keindahan. Oleh kerana seni sering dikaitkan dengan keindahan, ketenangan dan kecantikan maka terapi seni telah diwujudkan di dalam kelompok terapi intervensi bagi kanak-kanak. Terapi Seni adalah satu bentuk psikoterapi yang menggunakan media seni sebagai mod komunikasi utamanya. Terapi Seni adalah satu profesion kesihatan mental yang menggunakan proses kreatif seni membuat untuk memperbaiki dan meningkatkan fizikal, mental dan emosi individu semua peringkat umur. Ia adalah berdasarkan kepercayaan bahawa proses kreatif yang terlibat dalam seni diri ungkapan membantu orang ramai untuk menyelesaikan konflik dan masalah, membangunkan kemahiran interpersonal, mengurus tingkah laku, mengurangkan tekanan, meningkatkan keyakinan diri dan kesedaran diri, dan mencapai wawasan Klien yang boleh menggunakan terapi seni boleh mempunyai pelbagai kesukaran, kurang upaya atau diagnosis. Ini termasuk, sebagai contoh, masalah kesihatan emosi, tingkah laku atau mental, pembelajaran atau kurang upaya fizikal, hidup menghadkan syarat, otak-kecederaan atau keadaan neurologi dan penyakit fizikal. Terapi Seni mengintegrasikan bidang 19

EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling 7 PISMP

Ambilan Januari 2010

pembangunan manusia, seni visual (lukisan, lukisan, ukiran, dan bentuk seni yang lain), dan proses kreatif dengan model kaunseling dan psikoterapi. Terapi seni ini ialah seni adalah medium kepada komunikasi simbolik. Pendekatan ini yang sering disebut sebagai seni psikoterapi, menekankan produk-gambar, lukisan dan ekspresi seni lain. Terapi ini membantu dalam menzahirkan masalah-masalah, emosi dan konnflik.

19

EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling 7 PISMP

Ambilan Januari 2010

Kaedah Perlaksanaan Terapi Seni Terapi seni boleh disediakan untuk kumpulan, atau individu,

bergantung kepada keperluan pelanggan. Ianya bukan satu aktiviti rekreasi atau pengajaran seni, walaupun sesi-sesi boleh menyeronokkan. Pelanggan tidak perlu mempunyai apa-apa pengalaman atau kepakaran dalam seni yang sebelumnya. "

19

EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling 7 PISMP

Ambilan Januari 2010

Faedah Terapi Seni

19

EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling 7 PISMP

Ambilan Januari 2010

Terapi Muzik Konsep Terapi Muzik Albert Einstein pernah menyatakan bahawa mempelajari muzik bukan sahaja meningkatkan kreativiti individu malah meningkatkan daya logikal seseorang itu. Secara mudahnya, mempelajari muzik boleh merangsang kedua-dua aktiviti otak. Jadi, memang muzik sesuai digunakan sebagai terapi ataupun rawatan kepada kita. Muzik merupakan ragam seni yang berpengaruh terhadap audiennya tanpa intepretasi. Muzik sebenarnya berkait rapat dengan emosi, sebabnya, penghasilan muzik datang daripada emosi manusia itu sendiri. Muzik telah memainkan peranan yang besar dalam membentuk emosi individu.Muzik sebenarnya mempunyai suatu kuasa, semangat, ataupun ubat yang boleh menjadikan kita tenang, marah, sedih, rindu, sayu, menangis, seronok dan sebagainya. Muzik juga dikatakan mampu merangsang sel-sael saraf sehingga perasaan manusia boleh diperlemah, diperkuat atau dialihkan. Muzik juga terbukti dapat membantu dalam proses pembelajaran. Satu tinjauan yang dijalankan di Amerika Syarikat ke atas penuntut kolej menunjukkan bahawa tahap kecerdikan dapat dipertingkatkan dengan mendengar muzik gubahan Mozart. Muzik penggubah termasyhur itu berupaya menurunkan denyutan jantung dan membuat anda bersantai. Maka, tidak hairanlah jika muzik digunakan sebagai alat terapi. Menurut Dr. Sharol Lai Sujak (2008), Terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal. Ia adalah satu teknik klinikal dan evidence -based yang dijalankan oleh pakar dan berdasarkan kepada fakta-fakta hasil kajian

19

EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling 7 PISMP

Ambilan Januari 2010

Kaedah Perlaksanaan Terapi Muzik Muzik digunakan untuk merawat kanak-kanak yang mempunyai sawan, Attention Deficit Disorder (ADD), mental, kemurungan, tekanan dan insomnia

19

EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling 7 PISMP

Ambilan Januari 2010

Faedah Terapi Muzik Terapi muzik mempunyai teknik rawatan tertentu yang memerlukan seseorang pesakit itu melalui penafsiran klinikal khusus. Melalui teknik itu, pakar terapi akan menjalankan program muzik terapi membabitkan teknik mendengar pilihan muzik tertentu, memainkan alat muzik, menyanyi, perbincangan lirik muzik, mengarang dan mengubah lagu, membuat persembahan berkumpulan, hipnosis muzik, menari atau melukis menggunakan muzik. Tujuannya untuk mengalih kesakitan dan tekanan yang sesak ditanggung pesakit menggunakan medium muzik.Mungkin ada yang tertanyatanya, apa kaitannya terapi muzik dengan kecantikan? Jangan anda lupa, tahap kesihatan mental sebenarnya banyak mempengaruhi kesihatan emosi dan jasmani kita.Malah, ada yang mengaitkan jiwa yang tenang terpancar melalui air muka seseorang. Justeru, apabila mental bebas daripada sebarang tekanan, pasti wajah akan kelihatan awet muda dan berseri-seri secara semula jadi.Dalam sejarah kebudayaan Islam sendiri, muzik tidak sekadar sebagai hiburan tetapi turut mempunyai peranan penting dalam kehidupan. Al-Farabi menghasilkan buku dan teori mengenai muzik dan ia dijadikan rujukan Barat sehingga sekarang. Begitu juga barisan ulama termasuk Dr Yusuf al-Qaradawi dikatakan pernah mengaitkan muzik dengan naluri dan perasaan seseorang sehingga membentuk bakat, perasaan dan keperibadian.Katanya, jika tujuan seni itu digunakan untuk kebaikan, begitu jugalah hukumnya. Justeru, seni itu bersifat neutral, tidak sekadar untuk hiburan malah membawa banyak kebaikan tersirat jika diselidik penggunaannya. Selain itu kami juga memperolehi maklumat mengenai terapi muzik melalui satu artikel(Music Therapy for disable children).Artikel ini telah ditulis oleh Ashley Bell di sebuah sekolah(Brooke Point High School,California). . Di 19

EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling 7 PISMP

Ambilan Januari 2010

dalam artikel ini penulis menyatakan bahawa terapi muzik boleh digunakan untuk merawat bukan hanya kanak-kanak autisme, tetapi juga kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran sindrom down, masalah pendengaran, lemah anggota badan dan masalah kerencatan mental. Menyedari hakikat bahawa kanak-kanak normal biasanya sukakan muzik, maka penulis telah menjadikannya sebagai elemen penting dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Hasilnya begitu menggalakkan. Penulis artikel hanya menyatakan bahawa terapi muzik memang sesuai digunakan untuk membantu kanak-kanak bermasalah pembelajaran berdasarkan daripada artikel-artikel lain, jurnal dan juga kajian yang dilakukan oleh pakar- pakar terapi muzik Walaubagaimana pun kami amat bersetuju dengan penulis bahawa terapi muzik amat berkesan bukan sahaja dengan kanak-kanak normal terapi ia amat membantu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dengan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Satu contoh yang diberikan di dalam artikel ini di mana seorang kanak-kanak sindrom down bernama Josh Clark berumur lapan tahun. Josh di rawat oleh seorang pakar terapi muzik iaitu Giannina, L.Hofmeister-Connoly. Mereka melakukan latihan berbeza untuk mengenali nombor, huruf dan juga nama akhir Josh. Gianna merasakan bahawa cara yang paling baik untuk menolong Josh mengingati nama akhirnya ialah melalui lagu yang disukainya iaitu Twinkle, twinkle, twinkle little star. Gianna dapati bahawa Josh dengan mudah mengingati rentak lagu tersebut dan menyanyikan hurufhuruf dalam nama akhirnya. Dalam satu minggu Josh telah dapat mengeja Clark. Di sini, penulis menyatakan, tanpa terapi muzik mungkin ia akan memakan masa yang lebih lama untuk Josh mengingat dan mengeja Gianna, ahli terapi muzik Josh menyatakan bahawa seseorang mempunyai berbagai cara dan strategi yang berbeza untuk belajar, dan pakar juga tidak dapat menyatakan dengan tepat bagaimana otak memproses maklumat. Tetapi 19

EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling 7 PISMP

Ambilan Januari 2010

muzik boleh menolong melahirkan proses tersebut. nama akhir keluarganya. Mungkin beberapa minggu atau beberapa bulan. Kanak-kanak, malah sehingga ke peringkat usia remaja merupakan golongan yang amat menggemari muzik dan nyanyian. Oleh kerana itu, maka peluang harus diambil oleh para guru untuk menggunakan elemen seni dan muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah terutama untuk kanak- kanak bermasalah pembelajaran. Ini amat bertepatan sekali dengan penggunaan elemen nyanyian dan bermain alat muzik khususnya untuk menghafal dan memahami gambarajah. Bagi murid-murid atau kanak-kanak bermasalah pembelajaran, cara nyanyian didapati amat berkesan. Mereka dapat dengan sendirinya melalui improvisasi, menghafal dan menyebut huruf-huruf dalam nyanyian dengan lebih mudah. Aktiviti sebegini bukan sahaja dapat membantu murid-murid atau kanak-kanak bermasalah pembelajaran tersebut mengenali, menyebut dan menghafal huruf, malah aktiviti pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih menghiburkan dan menyeronokkan bukan sahaja murid malahan guru juga. Ini terbukti apabila kanak-kanak yang menjadi responden di dalam artikel ini mampu untuk mengingat dan menghafal malah kanak-kanak yang menghadapi masalah sukar bercakap, akhirnya memberi respon melalui terapi muzik. Ini dipercayai merupakan hasil daripada aktiviti nyanyian yang dijalankan oleh kanak-kanak tersebut dengan bimbingan ahli terapi mereka. Temu bual dengan ibu bapa responden dan ahli terapi jelas membuktikan bahawa kaedah nyanyian melalui terapi muzik amat berkesan dan menyeronokkan kanak-kanak tersebut.

19