Anda di halaman 1dari 13

Pendahuluan : -Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap

dan kepercayaan. -Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat seseorang manusia. Proses pembelajaran berlaku di mana-mana tempat dan pada sebarang masa.

Kamus Dewan -pembelajaran sebagai proses belajar untuk memperolehi ilmu pengetahuan dan menjalani latihan . Pandangan ahli kognitif -sebagai satu proses dalaman yang menghasilkan perubahan tingkahlaku yang agak kekal. Pandangan behavioris -perubahan dalam tingkahlaku iaitu cara seseorang bertindak dalam sesuatu situasi. Psikologi humanis -proses yang dapat membantu seseorang mencapai sempurna kendiri dan nilai individu.

Pembelajaran sepanjang hayat -Satu usaha yang berterusan untuk memperolehi dan memindahkan pengetahuan ,nilai murni dan kemahiran. -kita harus belajar sepanjang hidup kita dan yang paling penting sekali pembelajaran mestilah melahirkan tindakan pro-kehidupan. -sebagai contoh,pendidikan prasekolah yang menggembirakan dan bermakna akan dapat mengekalkan minat untuk terus belajar dalam diri seseorang itu sejak kecil hinggalah ke akhir hayat.

-sebagai suatu pendemokrasian pendidikan . -merangkumi program meningkatkan pengetahuan, kemahiran, dan kompetensi sama ada secara formal di sekolah ,pusat latihan vokasional atau secara tidak formal - berdasarkan pengalaman dan latihan di tempat kerja. -menjadi agenda penting,malahan telah menukar cara berfikir masyarakat. Pendidikan formal -pengajaran dan pembelajaran secara sistematik dan teratur. -berdasarkan falsafah dan sistem pendidikan sesebuah negara.

Pendidikan tidak formal -proses yang berlaku sepanjang hayat. -kaedah pembelajarannya tidak sistematik. -diperolehi daripada aktiviti harian. -dijalankan di luar kelas formal untuk pembelajaran khusus bagi kumpulan tertentu.

-Islam sejak awal menyatakan belajar ilmu itu adalah wajib. -berterusan dari buaian hingga ke liang lahad. -berkait rapat dengan sabda Rasulullah SAW dalam hadisnya yang bermaksud tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad. -membawa maksud pembelajaran sepanjang hayat. -agama Islam tidak bermula dengan perintah penyembahan atau ketundukan kepada Allah. -sebaliknya dimulakan dengan perintah yang berkaitan dengan pendidikan iaitu suruhan membaca sebagai salah satu wahana untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.

-manusia perlu mengenal Tuhannya dengan ilmu dan dan seterusnya mengharungi kehidupan dengan pembelajaran berterusan. -memastikan kelangsungan hidup secara lebih bermaruah dan lebih bermakna. -pembelajaran begini dapat memperbaiki kehidupan seseorang melalui peningkatan kemahiran kerja,pengislahan sahsiah diri dan bertambahnya ilmu pengetahuan. -kewajipan mencari ilmu harus difahami sebagai suatu proses sepanjang hayat dan bukan setakat tempoh atau umur tertentu.

Menurut Delors et.al -empat prinsip pembelajaran sepanjang hayat: i.Pembelajaran untuk mengetahui. ii.Pembelajaran untuk melakukan. iii.Pembelajaran untuk menjadi apa dan siapa. iv.Pembelajaran untuk tinggal bersama. -empat prinsip ini membentuk pembelajaran yang sempurna.

Menurut Tough -proses pembelajaran berlaku pada setiap masa kehidupan. -dipengaruhi oleh suasana di mana kita berada . -sama ada secara langsung atau tidak langsung. -apa yang berlaku di sekeliling kita adalah suasana yang sangat radikal dari sudut transformasi sosial. -menyebabkan perubahan-perubahan ketara terhadap tabiat kerja dan gaya hidup. -menjadi cabaran kepada semua orang dan hanya melalui pembelajaran yang berterusan,cabaran akan dapat diatasi. -ilmu dapat diolah semula sebagai sesuatu yang dapat memberi manfaat dan kesenangan.

-kemunculan ekonomi digital berasaskan teknologi maklumat,multimedia dan internet,negara memerlukan pekerja berpengalaman dan proses inovasi yang berterusan. -akan berlaku penggabungan antara belajar dan bekerja. -kita akan belajar walaupun sambil bekerja dan sebaliknya. -inilah yang dinamakan konsep pembelajaran sepanjang hayat. -bagi masyarakat kita bersedia menerima perubahan zaman,pengetahuan serta kemudahan capaian mestilah digunakan.

-tanpa mengira golongan masyarakat sama ada di bandar atau luar bandar. -tidak wujud jurang antara golongan bermaklumat dan tidak bermaklumat sekiranya capaian kepada maklumat itu adalah murah serta mudah. -akan merubah serta melaksanakan proses inovasi bagi meningkatkan pengetahuan sepanjang hidup. -sistem ekonomi tradisional pula,kehidupan dibahagikan kepada dua bahagian. i.masa untuk belajar ii.masa untuk bekerja.

-usaha untuk membudayakan pembelajaran sepanjang hayat merupakan sebahagian strategi pembelajaran. -sebagai pendidik, harus dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang dinamik. -setiap guru harus menerima dan menambah ilmunya melalui pembelajaran sepanjang hayat untuk disebarkan kepada para pelajar. -mengamalkan prinsip-prinsip pembelajaran sepanjang hayat agar sentiasa mempertingkatkan mutu kehidupan dan dapat membentuk individu yang berfikiran rasional, inovatif,kreatif , dan mempunyai daya tahan fizikal dan fizikal.

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai