Anda di halaman 1dari 14

SCE 3101

HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

PRAKTIKAL 1 : KEPERLUAN ASAS BAGI TUMBUHAN


Objektif : Untuk menentukan keperluan asas bagi tumbuhan seperti cahaya matahari, udara dan air. Teori : Kewujudan tumbuhan di bumi ini adalah ingin melengkapkan hidupan yang berada di bumi. Tumbuhan memainkan peranan yang sangat penting dalam menstabilkan ekosistem di bumi. Fungsi tumbuhan secara kasar boleh dinyatakan sebagai kilang penghasilan gas oksigen bagi haiwan. Selain itu juga, tumbuhan juga boleh mengelakkan atau mengurangkan kesan kepada kejadian alam semula jadi seperti taufan, tsunami, banjir, tanah runtuh dan sebagainya. Secara faktanya, ahli-ahli sains telah mengkaji bahawa semua hidupan di dunia ini mempunyai keperluan asas masing-masing bagi meneruskan

kelangsungan hidup. Tumbuhan adalah salah satu benda hidup yang terdapat di bumi. Tumbuhan memerlukan cahaya matahari, air dan udara. Ketiga-tiga keperluan ini sangat penting. Jika tumbuhan tidak dapat salah satu daripada keperluan di atas, maka tumbuhan akan mati. Air akan diserap melalui akar tumbuhan manakala udara dan cahaya matahari akan diserap melalui daun-daun tumbuhan. Hanya tumbuhan yang akan melakukan proses fotosintesis. Proses fotosintesis dibuat kerana tumbuhan memerlukan makanan (tenaga). Proses ini hanya akan berlaku jika adanya kehadiran air, cahaya matahari dan udara (karbon dioksida).

PRAKTIKAL 1: KEPERLUAN ASAS BAGI TUMBUHAN

SCE 3101

HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

Fotosintesis berlaku di dalam kloroplas di dalam tumbuhan hijau. Kebiasaanya kloroplas boleh dijumpai di sel misofil, iaitu tisu hijau pada daun. Karbon dioksida akan masuk dan oksigen akan keluar daripada daun melalui lubang mikroskopik yang dikenali sebagai stomata. Kemudian, tumbuhan akan mengalami proses yang selanjutnya bagi menghasilkan glukosa (tenaga).

Selain sebagai pelengkap kepada proses fotosintesis, air juga memainkan peranan yang sangat penting dalam pembesaran dan juga pembahagian sel bagi tumbuhan. Akar tumbuhan akan menyerap air dan juga bahan-bahan mineral yang ada dalam tanah. Air akan diangkut melalui xylem. Udara yang digunakan oleh tumbuhan adalah gas karbon dioksida. Gas karbon dioksida akan dibebaskan oleh haiwan yang menggunakan gas oksigen yang dihasilkan oleh tumbuhan melalui proses fotosintesis. Justeru, kedua-dua hidupan ini mempunyai perkaitan antara satu sama lain bagi meneruskan kemandirian hidup masing-masing.
2 PRAKTIKAL 1: KEPERLUAN ASAS BAGI TUMBUHAN

SCE 3101

HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

Tumbuhan juga boleh menjalankan proses respirasi. Respirasi adalah proses pasif yang terjadi pada semua tanaman. Tujuannya adalah untuk melepaskan tenaga yang diambil dan disimpan di dalamnya. Menggunakan bahan-bahan yang terdapat daripada kawasan sekeliling, ianya berlaku kerana untuk menyediakan bahan semasa proses respirasi berlaku. Sebuah kitaran yang berterusan dari penangkapan dan pelepasan tenaga membuatkan hidupan tanaman hidup di bawah keadaan stres. Selama proses fotosintesis berlaku, tumbuhan menyimpan tenaga yang diambil pada siang hari (cahaya matahari) untuk dijadikan bahan bakar dalam proses menciptakan gula terutama di malam hari. Reaksi gelap tidak bergantung pada kehadiran cahaya. Glukosa dihasilkan. Glukosa akan dijadikan bahan bakar untuk proses respirasi.

PRAKTIKAL 1: KEPERLUAN ASAS BAGI TUMBUHAN

SCE 3101

HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

EKSPERIMEN 1 Pernyataan masalah : Adakah tumbuhan memerlukan cahaya matahari? Hipotesis : Kehadiran cahaya matahari mempengaruhi warna dan kesegaran daun tumbuhan. Pembolehubah i. ii. iii. :

Dimanipulasikan : Kehadiran cahaya matahari. Bergerakbalas Dimalarkan : : Warna dan kesegaran daun. : Jenis tumbuhan/ suhu/ kehadiran air dan udara.

Bahan dan radas i. ii. iii. iv.

Tumbuhan berdaun lebar. Vaselin. Kertas hitam. Klip kertas.

PRAKTIKAL 1: KEPERLUAN ASAS BAGI TUMBUHAN

SCE 3101

HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

Prosedur A: 1. Tumbuhan hijau diletakkan di kawasan yang dibekalkan dengan cahaya yang mencukupi yang mana tumbuhan itu boleh dilihat tanpa dikawal oleh rakan sekelas. 2. Dengan berhati-hati, kedua-dua belah daun itu ditutup dengan menggunakan vaselin. 3. Daun tersebut diperhatikan setiap hari dan daun itu dibandingkan dengan daun yang tidak ditutup permukaannya. Perubahan warna dan kesegaran daun tersebut diperhatikan.

PRAKTIKAL 1: KEPERLUAN ASAS BAGI TUMBUHAN

SCE 3101

HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

Prosedur B : 1. Satu pola telah dipotong pada salah satu sisi kertas hitam yang telah dilipat. 2. Pola tersebut telah diklipkan pada daun dan dibiarkannya melekat bersama daun untuk beberapa hari. 3. Selepas beberapa hari, kertas hitam itu dialihkan dan keputusannya diperhatikan.

PRAKTIKAL 1: KEPERLUAN ASAS BAGI TUMBUHAN

SCE 3101

HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

Keputusan : Pemerhatian Prosedur A Daun menjadi kuning. Inferens Cahaya matahari terlalu banyak masuk ke dalam daun dan tiada pertukaran Prosedur B Daun menjadi kering dan berubah warna kepada coklat. gas yang berlaku. Tidak mendapat cahaya matahari.

PRAKTIKAL 1: KEPERLUAN ASAS BAGI TUMBUHAN

SCE 3101

HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

EKSPERIMEN 2 Pernyataan masalah : Bolehkah tumbuhan hidup tanpa air? Hipotesis Pembolehubah i. ii. iii. : Kehadiran air membantu percambahan biji benih kacang. :

Dimanipulasikan : Kehadiran air. Bergerakbalas Dimalarkan : Percambahan biji benih. : Bilangan biji benih/ jenis biji benih/ kehadiran udara dan cahaya.

Bahan dan radas i. ii. iii. iv.

Biji benih kacang. 2 pasu bunga kecil. Air. Tanah, humus.

Gambar rajah :

PRAKTIKAL 1: KEPERLUAN ASAS BAGI TUMBUHAN

SCE 3101

HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

Prosedur : 1. Beberapa biji benih kacang ditanam di dalam setiap pasu bunga. 2. Kedua-dua tumbuhan ditempatkan di bawah sinaran matahari. 3. Tumbuhan A disiramkan pada setiap hari. 4. Tumbuhan B tidak disiram.

Keputusan : Pemerhatian Biji benih bercambah Biji benih tidak bercambah Inferens Biji benih mendapat keperluan air yang mencukupi. Biji benih tidak mendapat keperluan air yang cukup.

Tumbuhan A Tumbuhan B

PRAKTIKAL 1: KEPERLUAN ASAS BAGI TUMBUHAN

SCE 3101

HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

EKSPERIMEN 3 Pernyataan masalah : Bolehkah tumbuhan hidup tanpa udara? Hipotesis : Kehadiran udara mempengaruhi percambahan biji benih kacang. Pembolehubah : i. ii. iii. Dimanipulasikan : Kehadiran udara Bergerakbalas Dimalarkan : Percambahan biji benih : Kehadiran air dan cahaya matahari/ suhu

Bahan dan radas : i. ii. iii. iv. v. Biji benih kacang. 2 jag dan 2 cawan plastic. Tanah, humus. Kapas. Air.

Prosedur A : 1. Biji benih kacang ditanam di dalam jag.


10 PRAKTIKAL 1: KEPERLUAN ASAS BAGI TUMBUHAN

SCE 3101

HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

2. Kedua-dua tanah telah disiramkan sekata. Apabila gelembung udara tidak lagi kelihatan, udara telah dikeluarkan. 3. Jag yang pertama ditutup.Ini akan menghalang bekalan air kepada tumbuhan. 4. Bagi tumbuhan yang kedua, ia dikekalkan lembab dengan sentisa siramkannya jika diperlukan.

Gambar rajah :

11

PRAKTIKAL 1: KEPERLUAN ASAS BAGI TUMBUHAN

SCE 3101

HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

Prosedur B : 1. Isikan kedua-dua cawan itu dengan air. 2. Kepingan kapas diletakkan dan beberapa biji benih kacang diletakkan di atas permukaan kepingan kapas itu. 3. Biji benih kacang dimasukkan ke dalam cawan kedua yang mengandungi air dan udara telah dikeluarkan. 4. Kekalkan suhu dan cahaya yang sama pada kedua-dua cawan. Gambar rajah :

12

PRAKTIKAL 1: KEPERLUAN ASAS BAGI TUMBUHAN

SCE 3101

HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

Keputusan : Tempat Dalam balang kaca. Pemerhatian Bercambah dan menjadi layu. Inferens Biji benih tidak mendapat bekalan udara yang Prosedur A Diluar balang kaca. Bercambah dan tumbuh dengan subur. mencukupi. Biji benih mendapat bekalan udara yang mencukupi. Kapas lembap. Bercambah dan hidup dengan subur. Biji benih mendapat bekalan udara yang mencukupi. Prosedur B Tenggelam dalam air. Bercambah, layu dan terbantut. Biji benih tidak mendapat bekalan udara yang mencukupi.
13 PRAKTIKAL 1: KEPERLUAN ASAS BAGI TUMBUHAN

SCE 3101

HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

14

PRAKTIKAL 1: KEPERLUAN ASAS BAGI TUMBUHAN

Anda mungkin juga menyukai