Anda di halaman 1dari 14

5.

0 ANALISIS PENGGUNAAN ISTILAH ASING

Saya telah menganalisis dua jurnal yang dipilih dan dipetik dari sebuah bahan bacaan ilmiah iaitu Dewan Masyarakat. Dalam analisis tersebut, saya akan mengenalpasti penggunaan istilah asing yang terdapat dalam bahasa Melayu. Saya juga akan menentukan sama ada istilah tersebut betul dari segi singkatan, lambang, ejaan dan tatabahasa. Berikut merupakan penganalisian artikel yang telah saya lakukan :

Jurnal 1 Tajuk Penulis Tarikh

: Dewan Masyarakat : Kutukan Dunia: Keangkuhan Israel : Azlinariah Bt Abdullah : Ogos 2012

Perenggan 1 Sorotan masyarakat antarabangsa pada akhir Mei hingga awal Jun lalu dihalakan penuh kepada isu Palestin-Israel. Malah, tidak keterlaluan dikatakan bahawa isu itu menenggelamkan resah rakyat Greece yang dilanda krisis kewangan teruk; juga sedikit mengetepikan isu politik Jepun yang menyaksikan Perdana Menterinya bertukar lagi. Perkataan/istilah isu Mei,Jun akhir krisis rakyat politik Pinjaman/Serapan Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris Bahasa Arab Bahasa Inggeris Bahasa Arab Bahasa Inggeris Istilah asal issue May,June akhir crysis rayat politics

Perenggan 2 Tindakan komando Israel menyerang kapal bantuan konvoi ke Gaza, Mavi Marmara,

pada 31 Mei lalu memang menggemparkan. Episod pada subuh hari itu segera menghantar bukan sedikit kecaman, serta tidak kurang protes dari serata dunia yang mengutuk kezaliman Israel yang dianggap lanun antarabangsa itu. Perkataan/istilah Pinjaman/Serapan Istilah asal komando Bahasa Inggeris command konvoi Bahasa Inggeris convoy Episod Bahasa Inggeris episode subuh Bahasa Arab subuh protes Bahasa Inggeris protest dunia Bahasa Arab Dun-ya

Perenggan 3 12 orang rakyat Malaysia yang turut sama berada dalam konvoi kemanusian tersebut ditahan hampir dua hari sebelum dibebaskan. Israel telah menyerang Mavi Marmara dari udara dan laut. Atas alasan kapal tersebut menceroboh dan membawa senjata tajam, mereka diasak dengan serangan sehingga menyaksikan sembilan orang maut di tangan Israel. Perkataan/istilah udara senjata Pinjaman/Serapan Bahasa Sanskrit Bahasa Sanskrit Istilah asal udara senjata

Perenggan 4 Menurut Ahswadi Ismail, salah seorang rakyat Malaysia yang mengikuti bantuan konvoi tersebut, keangkuhan Israel adalah di luar batas kewarasan manusia namun sekurang-kurangnya serangan tersebut dapat menrungkai kemelut sebenar isu Palestin-Israel. Ashwad menegaskan bahawa masyarakat dunia seharusnya melihat permasalahan tersirat yang lebih besar di sebalik penahanan anak kapal Mavi Marmara dan bukan sekadar bersimpati terhadap nasib yang menimpa mereka mahupun menangisi penderitaan rakyat Palestin. Jelas Ashwad lagi, apa yang

menimpa mereka adalah terlalu minimum sekiranya dibandingakan dengan penderitaan dan kezaliman berterusan yang dihadapi oleh rakyat Palestin. Masyarakat dunia sewajarnya berterusan mengutuk Israel supaya isu Palestin mendapat pembelaan sewajarnya. Perkataan/istilah Pinjaman/Serapan konvoi Bahasa Inggeris dunia Bahasa Arab minimum Bahasa Inggeris Istilah asal convoy Dun-ya minimum

Perenggan 5 Kenyataan Ashwad itu terbukti benar apabila Israel menerima kutukan dan kecaman dari serata dunia yang melaungkan slogan anti-Israel. Namun, persoalannya, sejauh manakah protes masyarakat antarabangsa itu membawa perubahan dalam proses damai Palestin-Israel? Ini bukanlah kali pertama Israel menindas Palestin dan menyekat bantuan kemanusiaan ke Gaza. Malahan masyarakat dunia juga sudah acapkali melaungkan kemarahan terhadap Israel. Perkataan/istilah slogan protes proses Pinjaman/Serapan Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris Istilah asal slogan protest process

Perenggan 6 Penindasan Palestin menginjak tahun demi tahun sedang pada masa yang sama Israel semakin rakus menghirup darah warga Palestin. Palestin merupakan kisah benar penjajahan manusia yang menyaksikan orang yang dijajah diperlakukan sewenang-wenangnya. Ironinya, penjajahan Palestin oleh Israel dihalalkan kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat serta mendapat restu dari sesetengah masyarakat dunia. Perkataan/istilah warga kisah kuasa restu Pinjaman/Serapan Bahasa Sanskrit Bahasa Arab Bahasa Sanskrit Bahasa Sanskrit Istilah asal warga qisah kuasa restu

Perenggan 7 Malaysia yang mempunyai hubungan akrab dengan Palestin sudah pasti tidak mahu melihat konflik ini berterusan. Selain daripada pertalian darah sesama Islam, Palestin mempunyai perkongsian sejarah panjang dengan umat Islam yang berkait rapat dengan isu Baitulmaqdis dan Masjidil Aqsa. Perkataan/istilah akrab sudah konflik sejarah umat Pinjaman/Serapan Bahasa Arab Bahasa Sanskrit Bahasa Inggeris Bahasa Arab Bahasa Arab Istilah asal akrab sudah conflict sajarah ummat

Perenggan 8 Maszlee Malik, seorang aktivis yang begitu obses terhadap isu Palestin-Israel menyatakan bahawa pendekatan yang boleh mengajar Israel atas kezaliman yang dilakukan terhadap Palestin adalah dengan cara menggerakkan jentera bagi menjatuhkan Israel. Perkataan/istilah aktivis obses cara bagi Pinjaman/Serapan Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris Bahasa Sanskrit Bahasa Sanskrit Istilah asal activist obsessed cara bagi

Perenggan 9 Kenyataan beliau itu ada benarnya. Pembebasan Palestin dari penjajahan Israel banyak bergantung kepada dunia Arab yang dilihat kucar-kacir. Berikutan serangan Israel terhadap Mavi Marmara, hanya Turki yang mengambil pendekatan drastik dengan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel dan menyeru negara Arab yang lain supaya menuruti langkah yang sama. Perkataan/istilah dunia Pinjaman/Serapan Bahasa Arab Istilah asal Dun-ya

drastik diplomatik negara sama

Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris Bahasa Sanskrit Bahasa Sanskrit

drastic diplomatic negara sama

Perenggan 10 Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan menegaskan bahawa sudah tiba masanya penderitaan selama 60 tahun rakyat Palestin ditamatkan. Dengan penuh yakin, Erdogan menyatakan bahawa cuma suara itu tidak pernah bersatu sehingga menyaksikan rejim Israel yang mendapat sokongan penuh dari Amerika Syarikat terus angkuh dan mengganas di bumi Palestin. Perkataan/istilah Pinjaman/Serapan bumi Bahasa Sanskrit rakyat Bahasa Arab Istilah asal bumi rakyat

Perenggan 11 Hakikatnya, perbalahan Palestin-Israel ini boleh diselesaikan walaupun konflik ini telah lama berlanjutan. Cuma, yang menjadi penghalang terhadap usaha proses damai ini adalah berpunca dari helah dan taktik kotor Israel dan Amerika Syarikat yang dilihat sengaja menimbulkan permasalahan yang meruncing. Perkataan/istilah conflict usaha proses taktik Pinjaman/Serapan Bahasa Inggeris Bahasa Sanskrit Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris Istilah asal conflict usaha process tactics

Perenggan 12 Selain daripada isu tanah dan agama, isu perjuangan rakyat Palestin turut dikaitkan dengan isu keganasan sedangkan asas perjuangan rakyat Palestin adalah untuk melepaskan diri dari cengkaman Israel. Masyarakat dunia pula hanya mampu bersimpati melihat Palestin menggunakan batu sebagai senjata bagi melawan bedilan peluru Israel. Perkataan/istilah agama asas senjata Pinjaman/Serapan Bahasa Sanskrit Bahasa Arab Bahasa Sanskrit Istilah asal agama asas senjata

Perenggan 13 Namun demikian, tiga siri perjuangan Intifada pada 1948, 1987 dan 2000 menyaksikan bahawa Palestin meraih kemenangan walaupun hanya bersenjatakan peluru dan batu. Ini membuktikan bahawa Israel boleh ditewaskan dan pilihanraya 2005 yang berpihak kepada Hamas menunjukkan sedikit sebanyak sokongan Israel boleh dipatahkan. Perkataan/istilah siri Pinjaman/Serapan Bahasa Inggeris Istilah asal series

Perenggan 14 Rentetan dari serangan terbaru Israel ke atas kapal Mavi Marmara, protes masyarakat dunia sepatutnya membuka akal rejim tersebut. Kiranya tidak, negara dunia seharusnya bersepakat untuk memboikot barangan Israel sebagai jalan mengenakan sekatan ekonomi bagi menghalang Israel dari terus membedil Palestin dengan menggunakan senjata canggih. Perkataan/istilah akal boikot negara protes ekonomi Pinjaman/Serapan Bahasa Arab Bahasa Inggeris Bahasa Sanskrit Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris Istilah asal akal boycot negara protest economy

Perenggan 15 Secara logik, sekiranya Israel dikenakan sekatan ekonomi untuk satu jangka masa panjang, secara perlahan-lahan Palestin mempunyai harapan yang cerah untuk membina sebuah negara yang bedaulat. Perkataan/istilah logik ekonomi negara Pinjaman/Serapan Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris Bahasa Sanskrit Istilah asal logic economy negara

Perenggan 16 Meminjam kata-kata Duta Palestin ke Malaysia, Abdul Aziz AbuGhoush Walaupun percuma, warga Palestin cukup takut untuk bermimpi damai dan aman di negara sendiri. Apa salahnya kita bersatu demi memberikan mimpi itu kepada warga

Palestin, walau berapa lama sekali pun kami rela menunggu. Perkataan/istilah Duta warga rela Pinjaman/Serapan Bahasa Sanskrit Bahasa Sanskrit Bahasa Sanskrit Istilah asal Duta warga rela

Semasa menganalisis artikel di atas, dapat disimpulkan bahawa penggunaan istilah pinjaman bahasa Inggeris,bahasa Sanskrit dan bahasa Arab banyak digunakan. Hal ini kerana artikel ini banyak menggunakan bahasa yang sering digunakan pada masa kini.

Jurnal 2 Tajuk Penulis Tarikh

: Dewan Masyarakat : Ajaran Sesat Ancaman Umat Islam : Aninah Binti Janang : Ogos 2012

Perenggan 1 Pukul 11.00 malam, cahaya suram menerangi sekumpulan kanak-kanak lelaki berusia lingkungan 10 tahun. Mereka berdiri dalam satu bulatan kecil di sebuah rumah yang tidak bernombor di Gombak, Selangor. Di hadapan mereka, seorang lelaki berkulit gelap, berusia 30-an, memegang mikrofon dan sekeping kertas berwarna putih. Di luar bulatan kumpulan kanak-kanak tersebut, kelihatan puluhan orang lelaki dan wanita dewasa berdiri sambil memerhati kumpulan kanak-kanak berkenaan. Perkataan/istilah cahaya mikrofon wanita dewasa Pinjaman/Serapan Bahasa Sanskrit Bahasa Inggeris Bahasa Sanskrit Bahasa Sanskrit Istilah asal cahaya microphone wanita dewasa

Perenggan 2 Dalam suasana sunyi sepi, tiba-tiba terdengar sayup-sayup suara seorang lelaki menyanyikan lagu yang memuji-muji nama beberapa orang individu yang tidak dikenali. Selang beberapa rangkap lelaki berkulit gelap itu mendendangkan lagu tersebut, kumpulan kanak-kanak tersebut serentak menyanyikan lirik yang sama, seperti yang dinyanyikan oleh lelaki terbabit. Mereka bersahut-sahutan. Perkataan/istilah sunyi nama individu Pinjaman/Serapan Bahasa Sanskrit Bahasa Sanskrit Bahasa Inggeris Istilah asal sunyi nama individual

lirik

Bahasa Inggeris

lyrics

Perenggan 3 Semakin lama suara mereka semakin nyaring kedengaran. Kanak-kanak tersebut terkinja-kinja mengikut alunan lagu. Setiap bait lirik lagu yang dilafazkan diiringi dengan aksi melompat sambil menampar dengan kuat bahagian bahu dan dada mereka menggunakan telapak tangan masing-masing, iaitu tangan kiri menepuk dada kanan dan tangan kanan menampar dada kiri. Tamparan itu menghasilkan bunyi yang kuat dan menggamatkan. Perkataan/istilah lirik aksi Pinjaman/Serapan Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris Istilah asal lyrics Action

Perenggan 4 Semakin lama, bunyi tamparan itu semakin kuat dan kanak-kanak tersebut seperti dirasuk kerana menjerit tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Menyaksikan keadaan itu, penyanyi tersebut mengulang kembali rangkap lagu berkenaan berpuluh-puluh kali sehingga penonton yang menyaksikan upacara berkenaan asyik dan turut menyanyi serta menampar tubuh mereka. Perkataan/istilah upacara Pinjaman/Serapan Bahasa Sanskrit Istilah asal upacara

Perenggan 5 Peluh mula membasahi tubuh kumpulan kanak-kanak tersebut. Namun begitu, tiada siapa yang mampu menghentikan keseronokan luar biasa yang dialami mereka. Penyanyi terbabit meneruskan upacara tersebut tanpa mempedulikan keadaan kanak-kanak terbabit.

Perkataan/istilah upacara

Pinjaman/Serapan Bahasa Sanskrit

Istilah asal upacara

Perenggan 6 Persoalannya, tidakkah mereka berasa sakit? Mengapakah kanak-kanak tersebut berkelakuan pelik sehingga sanggup menyakiti tubuh sendiri? Mereka percaya dengan memukul tubuh badan sendiri, diri mereka dapat disucikan daripada dosa. Kebiasaannya upacara ini dilakukan sempena 10 Muharam pada setiap tahun, jelas Zulhelmi Yatim kepada penulis ketika menyerahkan rakaman video satu daripada kumpulan ajaran sesat persatuan bukan kerajaan (NGO) yang menyebarkan fahaman Syiah di negara ini. Perkataan/istilah dosa Muharam video Pinjaman/Serapan Bahasa Sanskrit Bahasa Arab Bahasa Inggeris Istilah asal dosa Muharram video

Perenggan 7 Zulhelmi Yatim, 49 tahun, yang merupakan pendakwah bebas bergerak aktif sejak 20 tahun lalu di sekitar Selangor. Beliau menjelaskan bahawa NGO terbabit ditubuhkan sejak 15 tahun lalu dan kini masih beroperasi meskipun beberapa kali program mereka diharamkan dan banyak pengikut serta pemimpin mereka ditahan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Perkataan/istilah aktif operasi program haram Pinjaman/Serapan Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris Bahasa Arab Istilah asal active operation programe haram

Perenggan 8 Begitu pun, NGO terbabit tidak pernah mengaku kalah. Mereka bangkit menentang undang-undang dan membina rangkaian yang luas. Yang lebih mengejutkan, sehingga kini NGO terbabit berjaya mengumpul lebih daripada 100 ribu orang ahli di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, 40 ribu orang ahli dipercayai berada di sekitar Selangor yang menjadi kubu kuat NGO tersebut.

Perkataan/istilah ahli negara

Pinjaman/Serapan Bahasa Arab Bahasa Sanskrit

Istilah asal ahli negara

Perenggan 9 Menurut Zulhelmi Yatim, NGO terbabit terkenal dengan fahaman Syiah yang ekstrem dengan menghalalkan nikah mutaah, menambah nama Sayidina Ali ketika mengucap dua kalimah syahadah, menolak ijmak ulama, mempercayai bahawa sesiapa yang menziarahi kubu Sayidina Husain mendapat ganjaran dari syurga, menyeksa tubuh badan dengan rantai sempena 10 Muharam, mengharuskan jimak dalam semua keadaan tanpa sebab, mengkafirkan sahabat Nabi Muhammad SAW, menyanjung Sayidina Ali secara keterlaluan, menghina isteri-isteri Nabi Muhammad SAW, dan menolak hadis yang diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah. Perkataan/istilah ekstrem nikah mutaah nama kalimah syahadah ijmak ulama syurga jimak Pinjaman/Serapan Bahasa Inggeris Bahasa Arab Bahasa Arab Bahasa Arab Bahasa Arab Bahasa Arab Bahasa Arab Bahasa Arab Bahasa Sanskrit Bahasa Arab Istilah asal extreme nikah mutaah nama kalimah syahadah ijmak ulama syurga Jima

Perenggan 10 Meskipun undang-undang di negara ini jelas menolak Syiah, kebanyakan mereka percaya bahawa mereka berada di jalan yang benar, ujar Zulhelmi Yatim. Syiah ialah salah satu mazhab terbesar dalam Islam selepas Sunni. Jika diteliti, terdapat beberapa aliran Syiah, antaranya Syiah Imam Dua Belas (merangkumi 90 peratus penduduk di Iran dan sebahagian besar penduduk Iraq), al-Kaisaniyyah, al-Zaidiyah, Imamiyyah, al-Ghulat, Ismailiyah dan Syiah Imam Bertujuh. Daripada aliran tersebut, terdapat aliran Syiah yang ekstrem. Perkataan/istilah negara percaya mazhab ekstrem Pinjaman/Serapan Bahasa Sanskrit Bahasa Sanskrit Bahasa Arab Bahasa Inggeris Istilah asal negara percaya mazhab extreme

Perenggan 11 Di Malaysia,mazhab Syiah ditolak berdasarkan peruntukan undang-undang. Hal ini demikian kerana terdapat cabang Syiah yang diamalkan oleh segelintir umat Islam dilihat cenderung kepada keganasan. Senario tersebut dibimbing mampu mengancam keselamatan negara, seperti yang berlaku di Iraq, Afganistan, dan Pakistan yang menyaksikan pertumpahan darah antara penganut Syiah dengan Sunni. Perkataan/istilah mazhab umat senario negara Pinjaman/Serapan Bahasa Arab Bahasa Arab Bahasa Inggeris Bahasa Sanskrit Istilah asal mazhab ummat scenario negara

Perenggan 12 Begitu pun, ajaran Syiah yang ekstrem bukanlah satu-satunya ajaran sesat di negara ini. Terdapat banyak ajaran sesat yang mengancam umat Islam. Ajaran sesat di negara ini umpama cendawan tumbuh selepas hujan, ujar Zulhelmi Yatim kepada penulis. Perkataan/istilah ekstrem negara umat Pinjaman/Serapan Bahasa Inggeris Bahasa Sanskrit Bahasa Arab Istilah asal extreme negara ummat

Dalam penganalisian artikel di atas, dapat disimpulkan bahawa penggunaan istilah pinjaman bahasa Sanskrit,bahasa Inggeris serta bahasa Arab telah banyak digunakan. Hal ini adalah kerana artikel menggunakan laras bahasa Inggeris dan penggunaan yang menggunakan istilah-istilah seperti ekstrem, senario dan sebagainya. Namun terdapat juga istilah-istilah pinjaman dan serapan daripada bahasa Arab iaitu umat, mazhab dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai