Anda di halaman 1dari 3

Konsep falsafah pendidikan:-

Falsafah pendidikan berasal daripada dua istilah asas iaitu falsafah dan pendidikan.

perspektif sains kognitif, sains tulen telah diibaratkan sebagai pepohon, manakala
falsafah diumpamakan seperti tanah di mana pepohon tumbuh dengan
suburnya.(Ayn Rand,Philosophy,who needs it m/s 2.

Menurut kamus dewan 1979 Pendidikan berasal daripada satu proses menyeluruh
yang bertujuan utntuk memperkembangkan kebolehan dan tingkahlaku manusia. Ia
juga merupakan proses sosial yang memberi peluang kepada seseorang individu
untuk memperoleh kemahiran sosial serta perkembangan peribadi. Di samping itu, ia
dijalankan dalam satu suasana yang terpilih serta terkawal yang diinstitusikan dan
dikenali sebagai sekolah.

Pendidikan adalah satu proses yang bertujuan untuk mempertingkatkan lagi


kedudukan manusia. Sekolah dilihat sebagai satu persekitaran khusus yang
bersamaan dengan persekitaran sosial.

Yusuf al-Qardawi (1980):-

Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal , hati dan rohani,


jasmani, akhlak, dan tingkah laku. Ia bertujuan untuk menyediakan manusia hidup
dalam masyarakat yang seiring menghadapi kebaikan dan kejahatan,kemanisan,
dan kepahitan.

Hassan langgulung (1987):-

Pendidikan merupakan proses mengubah dan memindahkan nilai-nilai kebudayaan


kepada setiap individu. Proses pemindahan ersebut telah berlakumelalui cara-cara
berikut: 1. Pengajaran – pemindahan pengetahuan daripada seorang individu
kepada individu yang lain; 2. Latihan- membiasakan diri melakukan sesuatu bagi
memperoleh kemahiran; dan 3. Indoktrinasi- menjadikan seseorang dapat meniru
apa yang dilakukan oleh orang lain. Ketiga-tiga cara ini berjalan serentak dalam
masyarakat primitif dan moden.
Takrifan pendidikan mengikut pandangan tokoh-tokoh barat, timur dan islam:-

Kesimpulan:- tokoh-tokoh islam berpendapat bahawa proses pendidikan


merupakan penyatuan semua ilmu pengetahuan di bawah al-Quran yang menjadi
teras pendidikan. Pendidikan memainkan peranan ke arah mewujudkan
kesimbangan antara potensi fizikal, intelek dan rohani manusia.

Konsep falsafah pendidikan:-

Tokoh-tokoh berpendapat pendidikan mempunyai fungsi-fungsi seperti di bawah:-

Proses sosiolisasi:- pendidikan memberi murid peluang untuk berinteraksi antara


satu sama lain supaya merekan menjadi dewasa yang berfungsi kelak.

Pembentukan budaya:- pendidikan mewujudkan serta memupuk nilai-nilai budaya.

Penempatan sosial:- pencapaian di sekolah dinilai berasaskan pencapaian


akedemik. Secara unggul, kejayaan akademik murid menjadi asas kepada kejayaan
sosial pada masa depan.

Secara umum, falsafah pendidikan adalah satu cara pemikiran yang analitikal yang
digunakan untuk menjelaskan konsep-konsep atau asas berhubung dengan
pendidikan.

Antara perkara-perkara yang menjadi tumpuan para pendidik termasuk seperti


berikut:-

I. Apakah jenis-jenis pendidikan yang kita hasratkan untuk anak-anak kita?

II. Apakah tujuan pedidikan?

III. Apakah peranan pendidikan untuk kita dan masyarakat?

IV. Apakah yang wajar diajar di sekolah?

V. Apakah kaedah pengajara yang sesuai?

VI. Apakah peranan guru?

VII. Bagaimanakah kita boleh memahami anak muruid kita dengan lebih
berkesan?

Sedarkah anda bahawa ramai guru biasa tetanya- tanya mengapa falsafah
pendidikan penting bagi seseorang guru?

Memang ketara bahawa falsafah pendidikan akan membantu seseorang guru untuk
memahami asas-asas teoritikal berhubung dengan pendidikan khususnya proses
pengajaran dan pendidikan. Pengetauan ini seterusnya akan mempengaruhi amalan
sebagai seorang guru. Sebagai contoh, katakan anda berpegang kepada falsafah
froebel bahawa minda pelajar diumpamakan sebagai tabula rasa (papan putih).
Maka dalam proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah, anda akan berusaha
mencorakan minda pelajar yang dilengkapi dengan pelbagai ilmu, kemahiran dan
nilai-nilai (termasuk sikap) yang panting. Dalam pada itu, anda mungkin akan
pelbagaikan pendekatan, kaedah, strategi, dan teknik mengajar. Dengan kata lain,
falsafah pendidikan sebenarnya membantu guru untuk menilai what ought to be dan
seterusnya membantu memupuk jenis guru yang diidamkan serta murid yang ingin
dibentuk.

Sebagai rumusan, boleh dikatakan bahawa pada abad ke-21 ini, kita sedang
mengalami banyak perubahan dalam bidang sains dan teknologi serta dilanda
dengan pelbagai jenis masalah sosial. Justeru, adalah wajar untuk kita peruntukan
sedikit masa untuk memikirkan peranan sains dan teknologi serta penyelesaian-
penyelesaian alternetif bagi mengatasi masalah-masalah rumit yang berkaitan
dengan peperangan dan konflik, pemusnahan persekitaran, ketidaksamaan sosial,
dan sebagainya. Sehubungan itu, amat penting bagi kita menggubal satu falsafah
dan epistemologi baru yang sesuai bagi generasi anak muda kita. Di samping itu,
menjadikan pendidikan sebagai satu usaha untuk memupuk pemahaman
pengantarabangsaan serta menyemai perasaan cintakan kemausiaan dalam
kalangan anak muda kita.

Anda mungkin juga menyukai