Anda di halaman 1dari 27

Edited by Foxit Reader

Copyright(C) by Foxit Software Company,2005-2007


For Evaluation Only.

KANDUNGAN BAHASA MELAYU 1 SPM


PROGRAM CEMERLANG BAHASA MELAYU TAHUN 2008

BAHAGIAN A : BAHAN RANGSANGAN

1. Kepentingan/faedah/kebaikan pengangkutan moden.


2. Langkah-langkah/cara-cara untuk mengatasi keracunan makanan.
3. Usaha-usaha/cara-cara memajukan industri desa ( Fokus : Jenis-jenis kraftangan Malaysia)

BAHAGIAN B : RESPON TERBUKA

1. Pelancongan – sebab-sebab/keistimewaan Malaysia sebagai destinasi pelancongan.


2. Pelancongan kesihatan – faktor-faktor/sebab-sebab.
3. Keluarga impian saya – ciri-ciri
4. Gejala sosial dalam kalangan remaja – punca-punca/masalah.
5. Semangat cinta akan negara – peranan keluarga
6. Warga tua – usaha-usaha menghargai
7. Persediaan menjadi penulis yang berjaya.
8. Progam 3K – usaha-usaha yang perlu dijalankan.
9. Rahsia kejayaan mendidik anak-anak.
10. Disiplin Teras Kejayaan
11. Faedah kegiatan kokurikulum
12. Semangat kejiranan
13. Sukan – Kepentingan sukan dan usaha-usaha memajukan sukan
CONTOH KARANGAN
Kepentingan Pengangkutan Moden

Pada masa ini, sistem pengangkutan moden amat penting bagi tujuan perhubungan. Antara
contoh pengangkutan moden yang terdapat di Malaysia ialah monorel, komuter, kapal terbang
serta kapal laut. Kemajuan pengangkutan moden di Malaysia membawa pelbagai kepentingan
kepada negara.

Pengangkutan moden menjadikan perjalanan yang dilakukan lebih mudah dan cepat.
Hal ini kerana pengangkutan moden tidak menggunakan sistem jalan raya biasa. Melalui
pengangkutan moden seperti monorel dan komuter, masyarakat tidak lagi menghadapi masalah
kesesakan jalan raya. Sebagai contoh, pengguna dari Seremban dapat sampai dengan lebih cepat
ke Kuala Lumpur dengan menggunakan perkhidmatan komuter. Jelas bahawa pengangkutan
moden dapat menjimatkan masa sesuatu perjalanan.

Selain itu, pengangkutan moden amat penting untuk kita pergi ke sesuatu tempat yang
jauh. Hal ini kerana pengangkutan moden dengan teknologi canggih berupaya bergerak dengan
pantas. Di samping itu, masyarakat juga dapat merancang perjalanan dengan mengikut jadual.
Sebagai contoh, mereka yang menunaikan fardhu haji di Mekah mengambil masa yang singkat
untuk pergi ke sana. Justeru, masyarakat dapat mengurangkan masalah yang dihadapi sebelum
terciptanya pengangkutan moden.

Di samping itu, pengangkutan moden dapat memajukan ekonomi negara. Hal ini kerana
dengan menggunakan pengangkutan moden kuantiti barangan yang dapat dibawa lebih banyak.
Kos pengangkutan juga dapat dijimatkan kerana barangan tidak perlu diangkut berulang kali.
Sebagai contoh, dengan menggunakan kapal laut kita dapat membawa muatan dengan jumlah
yang besar. Jelas bahawa pengangkutan moden dapat memudahkan proses perniagaan sama ada
di dalam atau di luar negara.

Seterusnya, pengangkutan moden dapat memajukan industri sektor pelancongan di


negara kita. Para pelancong boleh menggunakan sistem pengangkutan moden ini untuk pergi ke
banyak destinasi pelancongan. Mereka tidak lagi berhadapan dengan masalah pengangkutan
untuk pergi ke kawasan pulau dan tanah tinggi. Sebagai contoh, para pelancong boleh
menggunakan perkhidmatan feri atau kapal terbang untuk pergi ke Pulau Langkawi. Terbukti
bahawa pengangkutan awam memainkan peranan penting dalam memajukan ekonomi di
Malaysia.

Kesimpulannya, kemajuan pengangkutan moden memberikan pelbagai manfaat kepada


masyarakat dan negara. Rakyat Malaysia harus memberikan sokongan kepada kerajaan dan
pihak swasta dalam usaha memajukan pengangkutan moden agar negara dapat “duduk sama
rendah dan berdiri sama tinggi” dengan negara-negara maju. Tindakan ini penting bagi
membantu negara mencapai tahap negara maju pada tahun 2020.
Edited by Foxit Reader
Copyright(C) by Foxit Software Company,2005-2007
For Evaluation Only.

CONTOH KARANGAN
Usaha-usaha mengatasi keracunan makanan

Sejak akhir-akhir ini, kes keracunan makanan semakin kerap disiarkan oleh media massa.
Keracunan makanan bukan hanya berlaku di sekolah tetapi juga di rumah apabila makanan
dicemari kuman. Oleh itu, semua pihak perlulah bekerjasama untuk mengatasi masalah
keracunan makanan.

Antara usaha mengatasi masalah keracunan makanan adalah mengamalkan kebersihan


diri dan makanan pada setiap masa. Amalan menjaga kebersihan diri dan makanan dapat
mengelakkan kita terkena keracunan makanan. Masak makanan yang hendak dimakan dengan
sempurna bagi memastikan tiada kuman di dalamnya. Sebagai contoh, buah-buahan dan sayur-
sayuran perlulah dibasuh sehingga bersih sebelum dimasak atau dimakan. Jelas bahawa dengan
mengamalkan kebersihan pada setiap masa dapat mengelakkan kita terkena keracunan makanan
bak kata pepatah “kebersihan asas kesihatan”.

Selain itu, ibu bapa juga berperanan untuk mengatasi masalah keracunan makanan.
Ibu bapa perlu mengelakkan mengajak anak-anak mereka makan di kedai ataupun warung yang
kotor di tepi-tepi jalan. Hal ini kerana kita tidak pasti tahap kebersihan makanan di situ kerana
mungkin terdedah kepada persekitaran yang tercemar. Sebagai contoh, makanan tersebut
mungkin terdedah kepada serangga dan haiwan pembawa penyakit seperti lipas, lalat dan tikus.
Untuk itu, amalkan budaya makan di rumah bersama-sama keluarga bagi memastikan kebersihan
tahap makanan.

Pengusaha makanan mesti memastikan makanan yang disediakan bebas daripada


bakteria yang menjadi punca keracunan makanan. Hal ini demikian kerana kebanyakan
masyarakat terpaksa makan di luar rumah akibat kesuntukan masa bekerja. Pengusaha makanan
perlu membersihkan makanan sebelum dimasak serta mengelakkan makanan yang dijual sentiasa
terdedah. Sebagai contoh, peniaga kedai makanan perlu memastikan makanan mereka tidak
dihinggapi lalat. Jelas terbukti bahawa peranan pengusaha makanan amat penting bagi mengatasi
masalah keracunan makanan.

Masyarakat juga perlu memberikan kerjasama dalam usaha mengatasi masalah


keracunan makanan bak kata pepatah “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat”. Masyarakat harus mengambil berat tentang kedai makan yang mengabaikan
kebersihan. Masyarakat harus membuat aduan kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan
yang segera jika ada kedai makanan yang kotor. Mereka boleh melaporkan masalah tersebut di
pejabat kesihatan daerah.

Peranan kerajaan penting untuk mengatasi masalah keracunan makanan. Hal ini
demikian kerana pihak kerajaan mempunyai kuasa untuk menilai tahap kebersihan sesebuah
kedai. Mereka perlu melakukan pemeriksaan mengejut secara kerap di semua kedai makan tanpa
perlu menunggu laporan yang dibuat. Peniaga yang bersalah perlu dkenakan hukuman berat
seperti dikenakan denda dan digantung lesen perniagaan. Terbukti bahawa peranan kerajaan
amat penting bagi mengatasi masalah keracunan makanan.

Kesimpulannya, isu keracunan makanan dapat diatasi jika semua pihak memainkan
peranan yang sewajarnya. Semua pihak mesti mengutamakan kebersihan dalam makanan dan
minuman. Usaha-usaha mengatasi masalah keracunan makanan perlu dilakukan bersungguh-
sungguh agar masalah ini dapat diatasi sepenuhnya.
CONTOH KARANGAN
Usaha-usaha memajukan industri desa

Pada masa ini industri desa semakin berkembang di negara kita. Pelbagai produk industri
desa telah dipasarkan untuk keperluan masyarakat. Untuk memajukan lagi industri desa, pelbagai
usaha perlu dijalankan dengan kerjasama semua pihak.

Usaha pertama yang boleh dilakukan ialah kerajaan memberikan bantuan dan galakan
kepada mereka yang berminat. Bantuan dan galakan yang berterusan penting terutama kepada
pengusaha yang baru sahaja menjalankan sesuatu industri desa. Kerajaan boleh memberikan
bantuan modal dan khidmat nasihat secara berterusan. Sebagai contoh, kerajaan perlu banyak
mengadakan kursus yang berkaitan industri desa seperti batik, kraftangan dan makanan
tradisional. Peranan kerajaan penting agar industri desa terus berkembang maju di negara kita.

Selain itu, penggunaan alat-alat teknologi moden penting untuk meningkatkan keluaran
dan kualiti industri desa. Penghasilan produk industri desa yang semakin meningkat dan
berkualiti penting untuk mewujudkan daya saing. Pihak yang terlibat perlu mengadakan kursus
tentang cara menggunakan peralatan mesin dan jentera. Sebagai contoh, penggunaan mesin
penting untuk menghasilkan produk industri desa yang berkaitan dengan pembuatan makanan
tradisional. Jelas bahawa penggunaan alat teknologi moden, akan menarik lebih ramai lagi
mereka yang berminat menceburkan diri dalam industri desa.

Untuk memajukan lagi industri desa kerajaan boleh memperkenalkan konsep”Satu


Daerah Satu Produk”. Melalui cara ini, setiap kampung perlu menghasilkan sesuatu produk dan
memasarkan sendiri barangan mereka. Dalam hal ini, mereka perlu diberikan bimbingan,latihan
dan cara-cara untuk memulakan sesuatu industri desa. Sebagai contoh, kerajaan negeri Melaka
telah memperkenalkan rancangan ”Satu Daerah, Satu Industri”. Sesungguhnya, setiap kerajaan
negeri boleh mencontohi usaha tersebut untuk mengembangkan ekonomi masyarakat khususnya
di luar bandar.

Seterusnya, kerjasama semua pihak penting untuk memasarkan keluaran industri desa.
Keluaran industri desa yang unik serta berkualiti mampu menarik perhatian masyarakat luar.
Pameran-pameran perlu diadakan dengan lebih kerap untuk memperkenalkan lagi keluaran
industri desa kepada masyarakat. Sebagai contoh, pihak swasta seperti TV3 boleh membantu
memperkenalkan industri desa melalui program Jom Heboh.

Kesimpulannya, masyarakat yang menjalankan industri desa perlulah merebut peluang


sepenuhnya yang disediakan oleh kerajaan. Mereka perlulah meningkatkan ilmu serta kemahiran
bagi menghasilkan produk tempatan yang berkualiti. Kita amat berharap agar industri desa yang
dijalankan di negara kita terus seiring dengan kemajuan Negara.
CONTOH KARANGAN
Tajuk : Sebab-sebab memilih Malaysia sebagai tempat / destinasi pelancongan.

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai keistemewaan tersendiri. Ramai


pelancong sama ada dari luar dan dalam memilih Negara kita sebagai destinasi pelancongan.
Apakah sebab-sebab rakyat Malaysia memilih untuk melancong di Negara sendiri.

Antara sebabnya ialah keindahan alam semulajadi yang menarik terdapat di Negara ini.
Malaysia mempunyai hutan yang menarik dan dipenuhi dengan flora dan fauna. Tempat-tempat
ini boleh menenangkan fikiran seseorang contohnya Taman Negara Endau, Rompin, Gua Niah di
Sarawak dan lain-lain. Bak kata pepatah, jauh perjalanan luas pemandangan.

Di Malaysia juga terdapat banyak tempat bersejarah yang boleh dilawati contohnya
negeri Melaka. Terdapat bangunan-bangunan bersejarah seperti Kota A.Famosa, tugu-tugu lama
peninggalan penjajah, Muzium Negara dan lain-lain. Dengan melancong, seseorang itu juga
dapat menambah ilmu pengetahuan.

Malaysia juga mempunyai pantai-pantai yang menarik. Di Pantai dan di Pulau


membolehkan seseorang pelancong itu menghilangkan tekanan dan mendapat hiburan. Rakyat
Malaysia yang melancong bersama keluarga boleh mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.
Sebagai contoh Pulau Pinang, Pulau Tioman, Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Port Dickson,
Desaru, Kota Tinggi dan lain-lain.

Malaysia juga popular dengan pusat-pusat beli-belah yang terkenal. Contohnya Mega
Mall di Kuala Lumpur, Mahkota Parade di Melaka, The Summit, Alamanda, Mid-Valley dan
lain-lain. Barangan yang dijual setanding dengan luar negara. Selain itu terdapat juga pelbagai
kraftangan yang boleh dijadikan cenderamata. Pelancong sangat suka barangan Kraftangan
Malaysia kerana menarik dan harganya murah. Pada setiap tahun, diadakan promosi harga
barangan dan jualan mega. Oleh itu rakyat Malaysia tidak perlu melancong ke luar Negara
kerana Malaysia mempunyai segala-galanya.

Kesimpulannya, melancong di Malaysia banyak mendapat kebaikan dan dapat


memajukan sektor pelancongan Negara.
CONTOH KARANGAN
Langkah memajukan sukan Negara

Acap kali negara kita menganjurkan sukan berprestij di dunia seperti Formula One ,Le
Tour De Langkawi,Sukan komenwell dan sebagainya.Pecapaian Malaysia sebagai penganjur
tidak dapat dinafikan kehebatannya. Walakin begitu, pencapaian Malaysia sebagai peserta
amatlah mengecewakan. Oleh hal yang demikian, pelbagai usaha haruslah dilakukan untuk
memajukan sukan negara.

Punca utama para atlet tidak bergiat lama dalam bidang ini kerana tiada jaminan masa
depan kepada mereka. Oleh itu, suatu usaha harus dilakukan untuk menjamin masa depan
mereka. Terutama peluang pekerjaan jika berlaku kecederaan kepada mereka. Selain itu, elaun
dan pencen harus diberikan kepada mereka yang bergiat aktif dalam mewakili Malaysia, tidak
kira sama ada atlet tersebut menang ataupun kalah. Di samping itu, suatu organisasi harus
ditubuhkan untuk menjaga kebajikan atlet Malaysia.

Bak kata pepatah, meluntur buluh biar dari rebungnya. Oleh itu, untuk membentuk atlet,
pendedahan haruslah dimulakan dari peringkat kanak-kanak. Sekolah sukan haruslah dibina di
setiap daerah atau di setiap negeri. Sekolah sukan berkaitan pula dibina dari peringkat sekolah
rendah. Di sekolah tersebut, kelengkapan sukan haruslah lengkap. Segala ilmu seperti teknik
pernafasan yang betul diajar selain teknik menguasai permainan sukan yang dipilih. Subjek
sukan dimasukkan dalam silibus dan diuji, sama seperti ujian bagi mata pelajaran lain. Oleh itu,
pelajar tersebut akan memandang serius dalam subjek tersebut.

Di peringkat sekolah pula, Bulan kesukanan perlulah diadakan. Pelbagai aktiviti


kesukanan haruslah diadakan dan hadiah yang menarik pula perlulah ditawarkan sebagai
ganjaran. Selain itu, perlawanan persahabatan dalam sukan serta perlawanan peringkat sekolah
haruslah ditingkatkan untuk mencungkil bakal terpendam para pelajar yang seharusnya menjadi
pelapis atlet yang sedia ada. Sementelahan, kemudahan untuk sukan dan peruntukan untuk
membeli peralatan sukan haruslah disediakan selain galakan daripada pihak guru dan ibu bapa.

Konklusinya, semua pihak haruslah bekerjasama untuk memajukan lagi sukan di negara
kita. Pihak Kerajaan haruslah giat menjalankan kajian untuk memantapkan lagi sukan negara.
Semua pihak termasuklah ibu bapa seharusnya memberi bimbingan dan galakan kepada anak-
anak yang berkecenderungan terhadap bidang sukan. Majulah sukan untuk negara.
CONTOH KARANGAN
Keluarga Impian Saya

Keluarga ialah sebuah institusi yang terdiri daripada bapa, ibu ,anak-anak, saudara maara dan
sebagainya. Sebagai seorang biasa, semua orang mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia.
Saya juga ingin memiliki keluarga yang bahagia.

Keluarga impian saya mestilah mempunyai keluarga yang sempurna. Keluarga impian
saya mestilah mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Sebagi contoh, bapa saya seorang
tokoh korporat yang berjaya manakala ibu saya seorang usahawan yang berjaya. Segala
kelengkapan dan permintaan saya akan dipenuhi oleh kedua ibu bapa saya.Mereka juga tidak
mempunyai masalah untuk memberi wang yang secukupnya kepada saya apabila saya
memerlukannya.

Saya mengimpikan keluarga yang mengamalkan cara hidup ajaran agama dan patuh
kepada agama. Ahli keluarga saya tidak meningalkan sembahnyang, sentiasa merendah diri, suka
melakukan amal Kebajikan, pemurah dan sebagainya. Tuhan akan sentiasa memberkati keluarga
saya dan memberikan kami kebahagiaan hidup di dunia mahupun di akhirat.

Selain itu, keluarga impian saya mestilah saling menyanyangi antara satu sama lain dan
tidak mempraktikan perasaan seperti enaau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.
Ahli keluarga terutamanya kedu ibu bapa saya mestilah mementingkan anak-anaknya daripada
urusan kerjanya. Mereka hendaklah sedia mendengar masalah saya ataua adik beradik yang lain
dan membantu menyelesaikan masalah tersebut. Ibu bapa saya juga perlu memantau pencapaian
akademik dan sahsiah saya supaya saya tidak leka dalam mencapai hasrat mereka untuk melihat
saya berjaya kelak.

Di samping itu, keluarga impian saya mestilah mempunyai latar pendidkan yang
cemerlang dalam pelajaran. Misalnya, ibu bapa saya memiliki ijazah Sarjana Muda, abang dan
kakak saya memiliki Ijazah dan sebagainya.

Kesimpulannya, sebagai manusia , kita menginginkan keluarga yang sempurna. Walau


bagaimanapun, tidak ada manusia yang dilahirkan sempurna. Kita hanya merancang tetapi Tuhan
yang menentukan.
CONTOH KARANGAN
Usaha-usaha Menghargai Warga Tua

Warga tua merupakan golongan yang paling berjasa kepada negara. Mereka telah melalui
pelbagai rintangan dan dugaan untuk membesarkan anak-anak.. Namun, pada hari ini warga tua
sering diabaikan dan jasa mereka dilupakan oleh masyarakat.
.
Keluarga perlu menyayangi warga tua. Warga tua yang terdiri daripada ibu melahirkan
kita dan bapa pula mencari rezeki untuk membesarkan kita. Pengorbanan mereka perlu dibalas
dengan sebaik-baiknya. Sebagai anak kita perlu menjaga ibu bapa kita ketika mereka tua dan
tidak menghantar mereka ke rumah orang-orang tua.

Di sekolah,guru boleh menasihatkan pelajar agar menghormati warga tua. Warga tua
yang terdiri daripada ibu bapa kita perlu disayangi dan dihormati. Anak-anak perlu bertutur
dengan sopan apabila berhubung dengan ibu bapa mereka kerana syurga teletak di telapak kaki
ibu.

Kerajaan juga perlu menghargai warga tua. Kerajaan boleh menyediakan pelbagai
kemudahan untuk warga tua. Sebagai contoh, warga tua akan mendapat rawatan percuma di
hospital kerajaan ataupun kadar bayaran rendah di hospital atau klinik swasta.

Media massa seperti surat khabar dan televisyen boleh menyiarkan cerita-cerita berkaitan
penderitaan hidup warga tua. Hal ini menyedarkan kita tentang pentingnya warga tua dalam
hidup kita. Oleh itu, kita tidak boleh mengabaikan warga tua.

Pihak swasta perlu membantu warga tua. Mereka boleh mengutip derma untuk
mengurangkan beban warga tua manakala kunjungan ke rumah orang-orang tua dapat
mengeratkan hubungan .Warga tua akan berasa diri mereka dihargai dan disayangi.

Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu berusaha untuk menghargai jasa dan pengorbanan
warga tua. Kita tidak boleh mengabaikan warga tua kerana merekalah yang melahirkan kita dan
membesarkan kita.
CONTOH KARANGAN
Peranan Remaja Untuk Menjayakan Wawasan Negara.

Remaja terdiri daripada golongan muda yang berusia 13 tahun hingga 18 tahun. Remaja
memainkan peranan penting dalam memajukan negara dan golongan inilah yang mudah
terpengaruh dengan gejala sosial. Dalam hal ini, pelbagai pihak perlu berusaha untuk
memastikan remaja kini dapat memainkan peranan dalam menjayakan wawasan negara iaitu
menjadikan Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020.

Remaja perlu belajar bersungguh-sungguh. Hanya dengan pelajaran sahajalah,seseorang


itu boleh mengubah nasib dirinya,keluarga,masyarakat dan juga negara. Tanpa ilmu
pengetahuan,remaja tidak boleh mencipta rekaan-rekaan baru dan dengan ini kita masih
bergantung kepada negara luar dari segi teknologi. Remaja sepatutnya modal insan cemerlang
yang boleh mereka cipta sesuatu kerana remaja perlu menjadi penyumbang teknologi, bukannya
pengguna teknologi semata-mata.

Selain itu, remaja perlu menjauhkan diri daripada rakan-rakan yang terjebak dalam
masalah sosial. Janganlah melibatkan diri dalam vandalisme,gengsterisme,peras ugut dan
penyalahgunaan dadah. Kesemua gejala ini akan merosakkan diri remaja itu dan memalukan
keluarga. Kerajaan pula terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk menyelesaikan
masalah ini. Alangkah baiknya jika remaja menggunakan masa yang terluang dengan aktiviti-
aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku dan mengumpul setem. Lantaran itu,remaja yang
berwawasan perlu menghargai masa dengan sebaik-baiknya kerana masa itu emas.

Di samping itu, remaja juga perlu mematuhi segala peraturan dan undang-undang negara
agar negara aman dan rakyat dapat hidup dalam harmoni. Apabila remaja mengamalkan sikap
yang terpuji dan tidak melanggar undang-undang negara,barulah segala wawasan negara dapat
dijalankan dengan sempurna.

Remaja juga perlu menjayakan segala program yang dianjurkan oleh kerajaan. Remaja
sepatutnya menjadi teladan yang baik kepada adik-adik mereka dengan berusaha bersungguh-
sungguh bagi menjayakan kempen-kempen seperti Kempen Anti merokok,Kempen Cintailah
Sungai kita dan Kempen Galakan Membaca. Remaja yang menjadi tonggak negara akan dapat
memainkan peranan penting dalam menjayakan wawasan negara.

Dalam usaha menjayakan wawasan negara, remaja boleh memberikan sumbangan tenaga
dan idea yang berterusan agar aspirasi negara untuk menjadi negara maju akan terlaksana. Untuk
mencapai hasrat itu,remaja yang berwawasan perlu banyak membaca bahan-bahan berbentuk
pengetahuan dan berusaha untukmeningkatkan keupayaan diri dari pelbagai aspek seperti
pengetahuan ICT yang membolehkan mereka memperoleh pengetahuan tanpa batasan menerusi
internet. Mereka boleh bertukar-tukat idea dengan remaja dari negara lain dan seterusnya boleh
menjana idea untuk menjayakan wawasan negara.

Konklusinya,remaja memainkan peranan penting dalam menjayakan wawasan negara.


Remaja yang berkualiti,merupakan pemangkin kecemerlangan negara.Oleh itu,marilah kita
bersama-sama berganding bahu untuk mewujudkan remaja yang benar-benar
berwawasan,berdedikasi dan berketerampilan dan akhirnya negara kita akan maju setanding
negara maju yang lain.
CONTOH KARANGAN
Disiplin Teras Kejayaan Akademik

Seseorang yang berjaya dalam hidup biasanya merupakan orang yang mematuhi peraturan,
menghargai masa dan mempunyai matlamat hidup. Dalam hal ini ,bagi seorang pelajar,disiplin
merupakan teras kejayaaan akademik.Mengapakah disiplin begitu penting dalam kehidupan
seorang pelajar? Marilah kita lihat hubungan erat antara disiplin dengan kejayaan akademik
seseorang itu.

Pelajar yang berdisiplin dapat menguruskan masa dengan sempurna . Mereka tidak
membuang masa dengan sia-sia kerana masa yang berlalu tidak akan kembali lagi.Apabila
pelajar belajar mengikut masa yang ditetapkan dan mengikut jadual waktu yang
disediakan,sudah tentu dia dapat belajar dengan tenang dan dapat menjawab soalan-soalan
peperiksaan dengan mudah. Akhirnya,pelajar yang berdisiplin ini akan mendapat kejayaan dalam
akademik.Di sini, jelas menunjukkan bahawa disiplin merupakan teras kejayaan akademik.

Selain itu, pelajar yang berdisiplin juga dapat mengawal diri mereka daripada melakukan
perkara-perkara negatif seperti peras ugut, buli, vandalisme dan penyalahgunaan dadah. Mereka
juga tidak akan bergaul dengan rakan-rakan yang tidak bersekolah. Mereka akan belajar
bersungguh-sungguh dan akhirnya berjaya dalam peperiksaan. Dalam hal ini, disiplin merupakan
benteng yang ampuh yang mampu mengekang remaja atau pelajar terjebak dalam kemelut sosial
yang kian meruncing kini.

Di samping itu, pelajar yang berdisiplin biasanya mempunyai sahsiah yang baik. Mereka
akan menghormati ibu bapa,guru,dan orang-orang yang lebih tua. Hal ini bertepatan dengan
hasrat kerajaan menerusi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mahu mewujudkan insan yang
seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek. Hanya pelajar yang berdisiplin dan
memiliki akhlak yang mulia sahaja yang mampu mencipta kecemerlangan dalam bidang
akademik.

Pelajar yang berdisiplin mampu mencipta kecemerlangan dalam akademik. Hal ini
demikian kerana pelajar yang menjalani kehidupan seharian dengan teratur dan sempurna
mampu menjana fikiran mereka untuk menghasilkan inovasi baru menerusi kajian dan penemuan
baru serta eksperimen. Komitmen serta keiltizaman yang tinggi dalam kalangan remaja yang
berdisiplin mampu mewujudkan kejayaan,bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi dalam
kerjaya mereka setelah mereka meninggalkan alam persekolahan nanti.

Berdasarkan perbincangan di atas tadi, jelas menunjukkan bahawa disiplin merupakan


teras kejayaan akademik.Orang yang berdisiplin akan memperoleh kejayaan dalam hidup kerana
dia mampu membezakan antara perkara yang baik dengan perkara yang buruk. Oleh itu,marilah
kita bersama-sama mewujudkan generasi yang berdisiplin agar mereka dapat merealisasikan
impian negara.
CONTOH KARANGAN
Peranan Ibu Bapa dalam Mengurangkan Gejala Sosial

Dalam meniti arus kemodenan ini, pelbagai penyakit sosial yang mampu meranapkan
peradaban bangsa dan negara melanda golongan remaja. Akhir-akhir ini, berita mengenai
golongan remaja yang terjebak dalam gejala sosial kerap terpampang di dada akhbar. Isu ini
menjadi suatu isu yang hangat diperkatakan dan sering menjadi buah mulut orang ramai. Antara
penyakit sosial yang dimaksudkan ialah gejala vandalism, buli dan ponteng. Keutuhan institusi
keluarga begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga institusi keluarga
diibaratkan seperti batu bata dalam sesebuah bangunan. Malah, institusi keluarga begitu penting
dalam usaha menangani gejala sosial sehingga kempen Rumahku Syurgaku diadakan secara
besar-besaran. Program ini menekankan kepentingan rumah diibaratkan sebagai syurga untuk
memastikan keutuhan institusi keluarga. Oleh itu, ibu bapa perlulah menyahut cabaran bagi
menghalang golongan remaja daripada terjebak dalam gejala sosial.

Sebenarnya, golongan ibu bapa wajarlah mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak
mereka dan mengasuh anak-anak bagai menatang minyak yang penuh. Ibu bapa perlu
menganggap anak-anak sebagai kurniaan Tuhan yang tidak ternilai dan mendidik anak-anak
dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Sikap sesetengah ibu bapa yang hanya sibuk
mengejar harta kekayaan perlulah dikikis sama sekali. Mereka tidak sedar bahawa nilai
kebendaan dan materialistik yang ada pada diri mereka akan menyebabkan mereka terlalu sibuk
dengan kerja mereka sehingga mengabaikan anak-anak mereka. Contohnya, pada hujung
minggu, ibu bapa perlulah meluangkan masa mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti riadah
bersama-sama anak-anak mereka. Ibu bapa bolehlah membawa remaja makan angin di
destinasi-destinasi yang menarik di negara kita. Hadis ada menyatakan bahawa anak-anak
diibaratkan seperti kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Sememangnya, ibu bapa perlu
mampu mengimbangi kepentingan keluarga dan kerjaya mereka kerana anak-anak mereka amat
memerlukan kasih sayang seorang ayah dan ibu.

Golongan remaja perlulah dibekalkan dengan didikan agama dan moral yang sempurna.
Ibu bapa perlulah menekankan kepentingan ajaran agama terhadap pembentukan mental remaja
kerana didikan agama dan moral dapat menjamin bahawa remaja akan dapat membezakan antara
perkara yang baik dengan yang buruk dan seterusnya mendorong remaja mengawal tingkah laku
mereka. Tanggapan sesentengah ibu bapa bahawa tanggungjawab mereka tidak lebih daripada
menyekolahkan dan menyediakan makan minum anak-anak tidak benar sama sekali. Mereka
juga harus memastikan bahawa anak-anak mereka mendapat ajaran agama yang sempurna.
Sebagai contoh, ibu bapa perlulah meluangkan masa untuk membekalkan ajaran agama kepada
anak-anak mereka sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Didikan
agama yang dibekalkan kepada remaja dapat memastikan bahawa anak-anak mereka mempunyai
benteng diri yang kukuh untuk menolak ajakan rakan-rakan untuk melibatkan diri dalam apa-apa
tindakan yang mampu memburukkan imej diri dan merosakkan nama baik sesebuah keluarga.

Bukan itu sahaja, pihak ibu bapa perlulah bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-
anak mereka dengan mengikuti perkembangan anak-anak mereka di sekolah. Dari semasa ke
semasa, ibu bapa perlu mengambil inisiatif untuk menghubungi pihak sekolah untuk mengetahui
masalah-masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah
menghadirkan diri dalam sebarang pertemuan antara ibu bapa dan guru. Dengan ini, pihak
sekolah, guru dan ibu bapa akan dapat bermuafakat dan bekerjasama untuk membantu remaja
yang bermasalah dengan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Ibu bapa perlu memastikan
bahawa nasihat yang diberikan oleh mereka kepada anak-anak mereka tidaklah bagai
mencurahkan air ke daun keladi. Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Masalah remaja
perlu dikesan sebelum terlambat kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Ibu
bapa memainkan peranan untuk menjaga kepentingan anak-anak mereka dengan meletakkan
kepentingan anak-anak mereka dan meletakkan kepentingan anak-anak mereka melebihi harta
benda dan wang ringgit.

Bukan itu sahaja, ibu bapa haruslah menjadi teladan kepada anak-anak mereka. Ibu bapa
sememangnya perlu memastikan segala tingkah laku dan pertuturan mereka kerana segala
perlakuan mereka akan diperhatikan oleh anak-anak mereka. Malah, segala tingkah laku ibu bapa
akan ditiru oleh anak-anak mereka. Contohnya, ibu bapa yang mempunyai tabiat buruk seperti
merokok perlulah bertaubat dan berhenti merokok kerana anak-anak mereka berkemungkinan
besar akan terpengaruh dan seterusnya merokok. Ibu bapa perlulah mengatasi apa-apa kelemahan
yang ada pada diri mereka agar perbuatan mereka tidak akan menyebabkan anak-anak mereka
terdedah kepada amalan yang kurang sihat. Ibu bapa tidak harus bersikap seperti ketam
menyuruh anaknya berjalan betul. Dengan ini, golongan remaja tidak akan terpengaruh
dengan tabiat buruk ibu bapa mereka dan seterusnya tidak akan melakukan gejala sosial yang
mampu menghancurkan masa depan mereka.

Kesimpulannya, gejala sosial yang menjadi duri dalam daging perlu dihapuskan dari
akar umbinya kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Ibu bapa perlulah
mengambil langkah-langkah yang drastik dan berkesan bagi memastikan golongan remaja tidak
akan menjangkiti sebarang penyakit sosial kerana remajalah yang akan mencorakkan negara
pada masa hadapan. Mereka harus dibimbing agar akan menjadi modal insan yang berintegriti
dan berwawasan. Secara tidak langsung, impian negara untuk melahirkan golongan yang
berminda kelas pertama akan dapat direalisasikan.
CONTOH KARANGAN
Semua pelajar wajib menyertai kegiatan kokurikulum. Huraikan kebaikan kegiatan kokurikulum.

Kegiatan kokurikulum dapat didefinisikan sebagai kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah.
Kegiatan ini termasuklah kegiatan sukan dan permainan, pertubuhan pakaian seragam dan kelab
atau persatuan. Setiap pelajar diwajibkan supaya menyertai sekurang-kurang satu daripada setiap
aktiviti tersebut. Kegiatan kokurikulum ini bukan sahaja dapat memberikan keseronokan
malahan dapat mendatangkan pelbagai kebaikan kepada pelajar yang menyertainya.

Salah satu kebaikan yang diperoleh daripada kegiatan kokurikulum ialah para pelajar dapat
meningkatkan daya kepemimpinan. Daya kepemimpinan ini dapat dipupuk apabila seseorang
pelajar dilantik sebagai ketua dalam sesuatu kegiatan. Daya kepemimpinan ini juga amat berguna
kepada para pelajar apabila sudah dewasa. Sebagai contohnya, pelajar yang pernah memimpin
sesuatu pertubuhan seperti pengakap, kadet remaja, dan sebagainya, mereka akan lebih yakin
untuk menjadi pemimpin sesuatu organisasi pada suatu hari nanti. Oleh itu, daya kepemimpinan
ini haruslah dipupuk sejak awal lagi kerana kalau hendak melentur buluh biarlah dari
rebungnya.

Selain itu, kesihatan yang baik dan otak yang cerdas akan diperoleh daripada kegiatan
kokurikulum. Kebanyakan pelajar di sekolah lebih suka menyertai kegiatan sukan atau
permainan disebabkan faktor-faktor tertentu. Kegiatan sukan ini dapat membina stamina yang
kuat serta membolehkan para pelajar mengeluarkan peluh, iaitu salah satu bahan perkumuhan
manusia. Sebagai contohnya, aktiviti sukan dan permainan seperti bola sepak dapat membina
kekuatan stamina, manakala sukan catur pula akan mencerdaskan minda seseorang. Pepatah
Melayu mengatakan bahawa badan sihat, otak cerdas.

Seterusnya, kegiatan kokurikulum juga dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan
pelajar. Semangat perpaduan ini adalah amat penting dalam mewujudkan negara yang aman dan
makmur. Semangat perpaduan dapat dipupuk apabila pelajar berbilang kaum bekerjasama bagai
aur dengan tebing dalam sesuatu kegiatan. Sebagai contohnya, pelajar berbilang kaum mewakili
pasukannya untuk bertanding dalam acara sukan yang diadakan setiap tahun seperti dalam
pasukan bola sepak. Secara tidak langsung, hubungan antara pelajar akan bertambah erat dan
kukuh ibarat isi dengan kuku serta bersatu untuk mencapai matlamat yang diharapkan kerana
bersatu teguh bercerai roboh.

Kegiatan kokurikulum juga dapat mengembangkan potensi seseorang pelajar. Sesetengah


pelajar tidak mengetahui kelebihan yang terdapat pada dirinya. Melalui kegiatan kokurikulum,
kelebihan itu akan dapat diketahui apabila seseorang pelajar bergiat dalam kokurikulum. Sebagai
contohnya, ada pelajar yang tidak mengetahui kelebihan yang ada pada dirinya, tetapi setelah
menyertai kegiatan kokurikulum, bakatnya terserlah dan terus bergiat dalam acara yang diminati,
yang akhirnya menjadi juara di kelabnya. Dengan ini, pelajar itu akan berpeluang untuk
mewakili kelabnya untuk bertanding pada peringkat sekolah. Secara tidak langsung, kejayaan
pada peringkat sekolah ini akan membawa pelajar ini untuk mewakili daerah, negeri, dan
kemudiannya negara.

Kesimpulannya, pihak sekolah hendaklah memainkan peranan supaya pelajar bergiat cergas
dalam kegiatan kokurikulum. Hal ini demikian kerana kegiatan kokurikulum ini memberikan
peluang kepada para pelajar untuk menjadi lebih giat dan cergas. Selain itu, kerjasama daripada
semua pihak terutamanya ibu bapa harus diperkukuh supaya segala aktiviti yang dirancang dapat
dilaksanakan. Pepatah Melayu mengatakan bahawa hati gajah sama dilapah, hati kuman sama
dicecah. Oleh itu, semua pelajar digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum
supaya pelajar yang berdaya saing, berketerampilan, kreatif dan inovatif dapat dihasilkan.
CONTOH KARANGAN
Langkah-langkah yang harus diambil supaya semangat kejiranan dalam kalangan
penduduk dapat ditingkatkan.

Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di
belakang rumah kita. Jika kita tinggal di dalam satu taman atau di sebuah kampung yang sama,
mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang
akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan membantu kita apabila kita menghadapi
kesusahan nanti. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa "Jiran sepakat membawa berkat".
Jadi, kita perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam
melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, langkah-langkah yang wajar hendaklah diambil untuk
memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat.

Langkah primer yang harus diambil ialah mengadakan aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti
gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang
akan dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berkenal-kenalan antara
satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran
mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang
mengatakan bahawa “tak kenal maka tak cinta”. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan
secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk
kenduri-kendara, dan sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat menjalinkan dan meningkatkan
hubungan sesama jiran.

Selain itu, kita juga hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu
sambutan perayaan. Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh
semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat. Melalui acara rumah terbuka, jiran dapat
bertanya khabar dan bercerita tentang pengalaman dengan lebih dekat. Seterusnya, melalui
majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan
berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Sebagai contoh, semasa
perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali, dan sebagainya majlis-
majlis rumah terbuka hendaklah dijadikan acara tahunan. Tegasnya, majlis rumah terbuka
mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan berkenalan dengan lebih erat
lagi.

Di samping itu, kita juga hendaklah mengadakan aktiviti Hari Keluarga untuk memupuk
semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Semasa aktiviti ini diadakan, semua
ahli keluarga jiran akan turut serta untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti berkayak,
memasukkan air ke dalam botol, terompah gajah, dan sebagainya. Apabila aktiviti Hari Keluarga
diadakan, kemesraan akan terjalin bukan sahaja antara ibu dengan bapa, malah anak-anak juga.
Aktiviti seperti ini hendaklah diadakan di padang bola sepak, gelanggang bola tampar, taman
rekreasi, atau padang sekolah yang berhampiran. Jadi, melalui aktiviti ini, hubungan yang erat
sesama jiran dapat dibentuk yang secara tidak langsung akan menimbulkan perasaan ingin
membantu antara satu dengan yang lain seperti yang terungkap dalam peribahasa Melayu ke
bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.

Bukan itu sahaja, kita juga harus menggalakkan rakyat supaya melibatkan diri dalam aktiviti
sosial seperti persatuan atau pertubuhan. Penduduk setempat mestilah membentuk satu persatuan
yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur. Persatuan atau pertubuhan ini hendaklah
melibatkan semua penduduk sebagai ahli. Dewasa ini, banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan
dalam masyarakat seperti Pertubuhan Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan dan
Kemajuan Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian, dan sebagainya. Sebagai contoh, melalui
Pertubuhan Rukun Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan
taman untuk mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku. Hal ini dapat kita lihat
dalam peribahasa Melayu, iaitu ibarat aur dengan tebing yang mementingkan semangat
sandar-menyandar atau saling membantu dalam kehidupan.

Seterusnya, kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung dalam kalangan rakyat


sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan. Dalam hidup
bermasyarakat, kita digalakkan menziarahi jiran kita. Melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui
masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai contoh, kita perlu berkunjung ke
hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkan ke hospital kerana menghidap
sesuatu penyakit atau kemalangan. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawa berat
mata memandang berat lagi bahu memikulnya, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang
pada prinsip cubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Maksudnya ialah jika kita mempunyai
semangat kejiranan yang tinggi, kita akan dapat merasai segala kesusahan dan keperitan yang
dialami oleh jiran kita. Jadi, melalui lawatan kita itu, sekurang-kurangnya kita dapat
meringankan penderitaan yang dialami oleh jiran kita itu.

Kesimpulannya, kita perlu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat.
Dalam era globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang
lain semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu “bagai enau dalam
belukar melepaskan pucuk masing-masing”. Jika hal ini dibiarkan, semangat kejiranan akan
luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara. Ada pepatah yang mengatakan
bahawa “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat
kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah
sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita
sentiasa aman, harmoni dan sejahtera.
CONTOH KARANGAN
Peranan ibu bapa memupuk minat anak-anak supaya gemar membaca.

Anak-anak dalam zaman ini tidak suka membaca. Mereka lebih suka menghabiskan masa lapang
mereka dengan melepak di kompleks beli-belah atau menonton televisyen daripada membaca
bahan bacaan yang berguna. Jika tidak membaca, mereka akan kekurangan ilmu pengetahuan
atau tidak mengetahui perubahan yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu
memainkan peranan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan anak mereka.

Satu daripada peranan ibu bapa ialah ibu bapa hendaklah menyemaikan tabiat suka membaca
dalam kalangan anak mereka.Tabiat ini harus ditanamkan sejak kecil lagi bak kata pepatah,
"kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya". Dalam hal ini, ibu bapa perlu
menyediakan bahan bacaan untuk anak-anak. Sebagai contohnya, ibu bapa hendaklah
mewujudkan perpustakaan mini di rumah untuk menggalakkan anak-anak membaca. Apabila
anak selalu membaca, mereka akan menjadi seronok lalu menjadikan amalan membaca sebagai
hobi kerana “alah bisa tegal biasa”.

Selain itu, ibu bapa sendiri juga harus menanamkan sikap suka membaca kepada diri sendiri
sebagai teladan kepada anak-anak. Apabila melihat ibu bapa membaca, anak-anak juga akan
terpengaruh untuk mengikut jejak langkah ibu bapa mereka yang suka membaca. Misalnya, ibu
bapa yang tidak suka membaca dan hanya menggalakkan anak-anak mereka membaca dianggap
bagai ketam mengajar anaknya berjalan betul. Oleh yang demikian, ibu bapa mestilah menjadi
contoh kepada anak-anak dengan menjadikan amalan membaca sebagai hobi kerana bagaimana
acuan begitulah kuihnya.

Di samping itu, ibu bapa juga hendaklah sering membawa anak-anak ke perpustakaan atau ke
kedai-kedai buku. Apabila mereka berada di perpustakaan atau di kedai buku, mereka berpeluang
untuk memilih buku-buku yang diminati untuk dibeli atau dibaca. Melalui cara ini, ibu bapa
dapat menyuburkan minat membaca dalam kalangan anak mereka.

Bukan itu sahaja, ibu bapa juga hendaklah menggalakkan anak-anak untuk membaca buku
dengan cara mendaftar anak mereka menyertai kelab buku. Melalui penyertaan dalam kelab
buku, anak-anak akan menyertai pelbagai aktiviti dan mengetahui perkembangan buku yang
terkini. Sebagai contohnya, anak-anak boleh menjadi ahli Kelab Buku Ilmiah yang ditubuhkan
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Apabila anak-anak menjadi ahli kelab buku, mereka
didedahkan dengan pelbagai perkara yang berkaitan dengan buku dan mereka tidaklah menjadi
seperti katak di bawah tempurung.

Kesimpulannya, ibu bapa harus sedar akan peri mustahaknya membaca kerana para pujangga
sering mengingatkan pembaca bahawa membaca jambatan ilmu. Ibu bapa harus menanamkan
sikap suka membaca dalam kalangan anak mereka kerana membaca akan menjadikan minda
anak-anak mereka cerdas. Oleh hal yang demikian, ibu bapa mestilah menjadi pendorong untuk
menyemaikan minat membaca dalam kalangan anak mereka. Jika anak-anak sudah jatuh cinta
dengan aktiviti membaca, kejayaan dalam bidang pelajaran akan terbentang luas di depan
mereka pada masa depan. Sebagai contohnya, ibu bapa hendaklah membawa anak-anak
seminggu atau dua minggu sekali ke kedai buku atau ke perpustakaan.
CONTOH KARANGAN
Peranan ibu bapa dalam pembentukan disiplin anak-anak dalam membentuk masyarakat
yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sebagaimana kita sedia maklum, anak-anak bagaikan kain putih yang suci lagi kudus
yang perlu diwarnakan oleh ibu bapa yang membesarkannya. Sebagai anak yang menjadi
harapan ibu bapa, kita harus sedar bahawa segala perbuatan positif dan negatif akan
mencerminkan imej keluarga. Sejak kecil, kita dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh
oleh orang tua kita. Setiap belaian kasih dan sayang yang diberikan kepada kita penuh dengan
harapan masa depan. Malangnya, masalah sosial dan kadar jenayah bagai bisul menjadi nanah
dalam masyarakat pada zaman yang penuh dengan cabaran. Saya berpendapat bahawa ibu bapa
memainkan peranan penting dalam pembentukan disiplin anak-anak.

Jika dibandingkan antara ibu bapa dahulukala dengan ibu bapa zaman globalisasi ini, kita
dapat mengetahui bahawa anak-anak dulu lebih kerap dipukul. Sejak kempen antidera diperluas,
ibu bapa mula menjauhkan diri mereka dengan rotan. Daripada perspektif orang tua-tua, setiap
sebatan dan hukuman yang diterima dapat memberi tamparan insaf kepada diri anak-anak yang
melakukan kesalahan. Namun, saya percaya bahawa ibu bapa perlu tegas dan mendisiplinkan
anak-anak sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan pendisiplinan yang
kukuh dan ketegasan yang bertempat, anak-anak akan berfikir dua kali sebelum melakukan
kesalahan.

Selain ketegasan dan pendisiplinan, pendidikan formal perlu disalurkan oleh ibu bapa
demi mematangkan fikiran anak-anak. Dengan pendidikan yang diterima, akal dan perasaan
ingin memberontak dalam kalangan anak dapat diatasi. Hal ini demikian kerana anak-anak
dikawal ketat dari segi peraturan sekolah. Dengan peraturan sekolah yang efektif dan jadual
pelajaran yang ketat, nescaya anak-anak tidak akan mempunyai masa yang terluang untuk
melakukan perkara yang membelakangkan undang-undang. Pendidikan formal yang efektif dapat
menjadi tulang belakang pendirian teguh anak-anak dalam mendisiplinkan diri agar tidak
melakukan perbuatan yang menconteng arang di muka ibu bapa.

Ajaran agama dan moral merupakan elemen yang maslahat dalam memperkukuh
keimanan diri anak-anak demi mengekang hati dan perasaan yang ingin melanggar tatasusila.
Masalahnya kini, ibu bapa bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
kerana sibuk mengejar kebendaan dan kedudukan dalam masyarakat. Mereka alpa dengan
tanggungjawab keibubapaan yang asas, yakni mendidik anak-anak dengan ajaran agama dan
moral. Sebagai contoh, ibu bapa haruslah menerangkan kepentingan menjaga moral dan tingkah
laku yang murni demi mengukuhkan sahsiah diri. Dengan saluran yang betul dan tepat, anak-
anak dapat didisiplinkan dan dibentuk menjadi modal insan yang berketerampilan dan
berkewibawaan.

Mengikut Doktor Fazilah Kamsar, pakar motivasi yang terbilang, anak-anak akan
menjadi berdisiplin jika kita menerangkan sebab dan akibatnya jika dia membuat kesalahan. Hal
ini demikian kerana nasihat yang bernas daripada ibu bapa lebih berkesan daripada jeritan marah
yang membuang masa dan tenaga. Anak-anak perlu diterangkan kesannya jika mereka merokok
atau akibat daripada perbuatan ketidakjujuran mereka. Langkah ini penting agar akal anak-anak
yang waras dapat dibentuk untuk membuat keputusan yang baik supaya tidak menyesal atas
perbuatan diri kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Langkah ini amat
penting agar anak-anak dapat dimatangkan dari segi psikologi sekali gus pencorakan disiplin diri
mereka terbentuk secara semula jadi.

Di samping itu, ibu bapa mestilah menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak
mereka. Oleh sebab bagaimana acuan, begitulah kuihnya; ibu bapa berperanan penting
mempamerkan disiplin yang tinggi di depan anak-anak. Tamsilannya, ibu bapa haruslah
membuang sampah di tong sampah dan menjaga kelakuan diri di khalayak ramai agar dicontohi
oleh anak-anak mereka. Anak-anak yang mencontohi sikap positif ibu bapa pasti tidak akan
membuat perkara yang menyalahi peraturan. Oleh hal yang demikian, ibu bapa mestilah
menjauhi sikap ketam yang mengajar anaknya berjalan betul tetapi diri sendiri berjalan senget.

Kesimpulannya, pencorakan disiplin anak-anak dari rumah, yakni daripada komitmen ibu
bapa amat berkesan. Ibu bapa harus menyedari hakikat bahawa masa depan anak-anak juga
ditentukan oleh ajaran dan teguran membina daripada mereka. Anak-anak yang berdisiplin dapat
meyakinkan ibu bapa dengan kejayaan akademik dan kokurikulum sekali gus menjadi warga
yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Oleh hal yang demikian, saya berharap ibu bapa
menginsafi tanggungjawab mereka dalam pembentukan disiplin anak-anak agar tidak menyesal
selepas anak-anak terjerumus dalam kancah kebejatan sosial. Kebobrokan sikap anak-anak
mestilah dikekang daripada menjadi duri dalam daging masyarakat kerana nusa tercinta ini
memerlukan tenaga mereka untuk menggapai impian Wawasan 2020.
Edited by Foxit Reader
Copyright(C) by Foxit Software Company,2005-2007
For Evaluation Only.

CONTOH KARANGAN

Kebaikan sektor pelancongan kepada negara kita.

Apabila kerajaan mula mengisytiharkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990, usaha ini
menunjukkan bahawa kerajaan semakin memberikan perhatian yang serius kepada industri
pelancongan kerana langkah ini berpotensi memajukan ekonomi negara. Setiap tahun bilangan
pelancong yang datang ke Malaysia semakin meningkat. Persoalannya, apakah kebaikan yang
diperoleh negara dalam usaha mempromosikan negara yang kita cintai ini, iaitu Malaysia kepada
pelancong dari luar negara.

Satu daripada kebaikan sektor pelancongan negara ialah kita dapat memperkenalkan negara
Malaysia ke seantero dunia. Misalnya, melalui kejohanan perlumbaan kereta Formula 1 di litar
Sepang, Sukan Komanwel 1998, kita dapat mempopularkan negara kita dalam kalangan peminat
sukan dunia. Selain itu, kita dapat membuktikan bahawa kita mampu menjadi tuan rumah bagi
sukan berprestij dunia yang lengkap dengan pelbagai kemudahan prasarana. Slogan ”Malaysia
Boleh’’ telah membuktikan keupayaan negara kita dalam penganjuran sukan yang bertaraf
antarabangsa tersebut. Melalui penganjuran Kejohanan F1, Malaysia dapat dipromosi ke seluruh
dunia dengan kos yang rendah melalui siaran langsung kejohanan tersebut ke seluruh dunia. Ini
membuktikan bahawa tarikan penganjuran sukan bertaraf dunia bukan sahaja menggalakkan
kedatangan pelancong ke negara kita bahkan dapat mempromosi Malaysia kepada dunia luar
secara meluas dengan kos yang minima bertepatan dengan maksud peribahasa, ”Sambil
Menyelam Minum Air”.

Seterusnya, sektor pelancongan juga dapat meningkatkan ekonomi negara dari segi
pengaliran wang asing masuk ke negara kita. Pelancong yang datang dari negara luar terpaksa
menukar mata wang negara mereka kepada mata wang Ringgit Malaysia sebelum boleh
berbelanja di sini. Ini dapat dilakukan sama ada di bank tempatan mahupun di pusat pertukaran
mata wang asing. Mata wang asing ini kemudian disimpan untuk digunakan ketika membiayai
perbelanjaan mengimport barang dari luar negara. Peniaga mata wang asing juga mendapat
keuntungan daripada pernigaan yang dijalankan. Pengaliran masuk mata wang asing ke negara
kita bukan sahaja menguntungkan entiti perniagaan bahkan dapat digunakan untuk membeli
barangan keperluan asas untuk rakyat tempatan dari luar negara.
Sektor pelancongan dapat memajukan industri kraftangan di Malaysia. Barangan kraftangan
buatan rakyat tempatan bukan sahaja bermutu bahkan harga yang ditawarkan amat berpatutan.
Barangan kraftangan buatan rakyat Malaysia yang diperbuat daripada kain batik, seramik, kayu,
perak, kaca dan kulit amat cantik dari segi reka bentuk dan sesuai dijadikan cenderahati kepada
pelancong. Pelancong pasti membeli-belah barangan kraf tangan buatan Malaysia seperti batik,
kain songket, dan lain-lain sebagai buah tangan buat keluarga atau rakan mereka. Kedatangan
pelancong asing ke Malaysia bukan sahaja memajukan industri kraf tangan ke luar negara kita
bahkan menjadi periuk nasi kepada pengusaha kraftangan tempatan.

Sektor pelancongan dapat memajukan bidang perniagaan di Malaysia. Pelancong asing yang
datang ke Malaysia memerlukan tempat penginapan, makanan dan minuman, perkhidmatan
pengangkutan, juru pandu pelancong dan perkhidmatan lain. Pelancong asing amat menggemari
makanan sama ada makanan tradisonal mahu pun makanan barat di Malaysia. Mereka diberi
pilihan yang amat banyak sama ada menikmati makanan di hotel bertaraf lima bintang, medan
selera yang besar dan berhawa dingin mahupun di kedai dan warung yang terletak di tepi jalan.
Mereka juga boleh menikmati hidangan makanan laut di restoran yang didirikan secara terapung
di atas air. Sambil menikmati makanan, mereka dapat menghirup panorama yang amat cantik
dan menghirup udara segar di tepi laut. Permintaan yang tinggi terhadap makanan ini
mewujudkan peluang perniagaan yang luas kepada usahawan tempatan. Pusat-pusat penginapan
juga giat dibina bagai cendawan tumbuh selepas hujan di kawasan peranginan seperti di pulau
dan tepi pantai. Pelancong asing diberi pilihan untuk menginap di hotel bertaraf lima bintang,
resort atau menginap secara pakej seperti ”Eco-Tuorism” yang membolehkan pelancong asing
menginap di rumah kampung dan mempelajari cara hidup masyarakat termasuk cara berpakaian,
makanan tradisional dan sebagainya. Pelancong juga memerlukan perkhidmatan pengangkutan
untuk bergerak dari satu lokasi pelancongan ke lokasi yang lain. Ini membolehkan pengusaha
bidang pengangkutan seperti bas, teksi, van, bot, feri dan lain-lain mendapat peluang untuk
menjalankan perniagaan. Tidak dinafikan peluang yang datang memberi rezeki yang melimpah
ruah kepada peniaga yang ringan tulang.

Sektor pelancongan dapat memperkenalkan budaya Malaysia yang unik lagi istimewa
kepada dunia luar. Hal ini demikian kerana Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang
kaum dan etnik seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Iban dan lain-lain. Kaum-kaum di
negara kita yang mempunyai adat, budaya dan cara pemakanan yang berbeza dan istimewa
mampu menarik minat pelancong asing. Selain itu, sektor pelancongan dapat mempromosikan
warisan budaya yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas ke serata dunia. Pelancong
yang datang ke suatu destinasi pelancongan boleh dihidangkan dengan persembahan kesenian
tradisional misalnya wayang kulit, makyung, dikir barat, ronggeng dan kuda kepang. Mereka
juga diberi peluang untuk mencuba permainan tradisional seperti sepak raga, galah panjang,
congkak, batu seremban dan lain-lain. Pakaian tradisional seperti baju kurung yang diperbuat
daripada kain batik dan songket boleh cuba dipakai oleh pelancong asing. Keseronokan
pengalaman yang dibawa pulang ke negara asal pelancong akan menjadi memori indah yang
akan menggamit mereka untuk datang semula ke negara kita. Keunikan budaya masyarakat
Malaysia yang berjaya dipromosi melalui sektor pelancongan sebenarnya memberi imej yang
sangat baik kepada negara Malaysia.

Akhir kalam, industri pelancongan banyak memberikan sumbangan yang besar terutama dari
segi ekonomi kepada negara kita. Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan
tebing untuk mempromosikan Malaysia di mata dunia kerana tak kenal maka tak cinta.
CONTOH KARANGAN

Langkah-langkah yang perlu diambil untuk menghadapi kenaikan harga barang.

Belakangan ini, kenaikan harga barang telah melanda negara kita. Kenaikan ini menyebabkan
perbelanjaan rakyat Malaysia semakin bertambah. Bagi golongan yang hidup seperti kais pagi
makan pagi, kais petang makan petang, kenaikan ini sudah pasti menimbulkan beban kepada
mereka. Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menghadapi
kenaikan ini bak kata pepatah ingat sebelum kena jimat sebelum habis.

Satu daripada langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah ini ialah setiap rakyat
Malaysia perlulah mempraktikkan amalan berjimat cermat. Amalan ini dapat dilaksanakan
dengan mengurangkan perbelajaan atau ikat perut. Sebagai contohnya, jika pada suatu ketika
dahulu kita membelanjakan semua pendapatan kita, perbelanjaan tersebut hendaklah
dikurangkan kepada 50 atau 60% sahaja. Wang selebihnya hendaklah kita simpan. Melalui cara
ini, kita dapat mengurangkan pengaliran wang di pasaran dan seterusnya dapat mengurangkan
permintaan terhadap sesuatau barangan sekali gus dapat mengurangkan kenaikan harga barang.

Selain itu, ketua sesebuah keluarga pula hendaklah merancang perbelanjaan keluarga dengan
teliti. Semua perbelanjaan hendaklah dibuat berdasarkan keperluan yang sebenarnya. Hal ini
bermaksud barang-barang yang tidak diperlukan hendaklah diketepikan. Sebagai contohnya,
setiap ahli keluarga hendaklah menangguhkan pembelian pakaian yang berjenama mahal,
peralatan perabot, dan sebagainya. Mereka hendaklah menumpukan pembelian barangan
keperluan utama seperti beras, gula, tepung, dan sebagainya.

Di samping itu, semua ahli masyarakat hendaklah memboikot barang-barang di pasaran yang
harganya naik secara mendadak. Dalam hal ini, masyarakat hendaklah bersatu hati seperti yang
terungkap dalam pepatah Melayu, iaitu bersatu teguh bercerai roboh. Sebagai contohnya,
masyarakat janganlah membeli ayam daging di pasar yang mengalami kenaikan harga yang tidak
munasabah. Apabila pembeli memboikot pembelian terhadap ayam daging tersebut dalam
tempoh tertentu, harga ayam tersebut akan turun kembali.

Bukan itu sahaja, pihak kerajaan pula hendaklah sentiasa membuat pemantauan dan mengambil
tindakan yang tegas terhadap mana-mana pihak yang menaikkan harga barangan tanpa mendapat
kelulusan daripada pihak kerajaan. Pegawai yang bertanggungjawab hendaklah mengadakan
lawatan secara mengejut dari semasa ke semasa untuk memastikan penjual mematuhi peraturan
yang telah ditetapkan atau tidak bersikap seperti lintah darat. Sebagai contohnya, mana-mana
penjual yang menaikkan harga barangan secara sesuka hati atau cuba memasang lukah di
pergentingan, mereka hendaklah didakwa di mahkamah. Tindakan ini akan menyebabkan
mereka tidak berani untuk mengambil kesempatan dalam suasana negara menghadapi kemelut
kenaikan harga minyak.

Kesimpulannya, kenaikan harga barang telah menyusahkan banyak pihak. Oleh itu, semua pihak
haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menangani masalah ini. Bagi sesetengah
pihak pula, janganlah bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.
Semua rakyat Malaysia mestilah bertindak seperti ke bukit sama-sama didaki dan ke lurah sama-
sama dituruni untuk mencari jalan bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku. Sebagai pengguna
pula, kita mestilah memboikot barang-barang tertentu jika ada pihak yang ingin mengambil
kesempatan dalam situasi genting yang bagai telur di hujung tanduk ini.
CONTOH KARANGAN

Langkah-langkah menjaga kesihatan

“Kesihatan melambangkan kekayaan” dan “Badan sihat, otak cerdas” sering diungkapkan oleh
orang ramai. Oleh itu, kesihatan amat penting kepada kita dan kita wajar menjaganya dengan
sempurna. Kita sanggup melakukan pelbagai aktiviti untuk mencapai tahap kesihatan optimum
seperti mengambil pelbagai produk kesihatan dan ubat-ubatan.

Langkah pertama yang perlu kita amalkan untuk menjaga kesihatan adalah dengan mengambil
makanan yang berkhasiat dan seimbang setiap hari. Justeru, kita harus mengambil makanan
daripada semua kelas makanan pada kadar yang betul seperti yang disyorkan oleh piramid
makanan. Antara makanan yang berkhasiat termasuklah sayur-sayuran yang kaya dengan serat
dan vitamin, bijirin, buah-buahan, hidupan laut, dan hasil tenusu yang membekalkan protein.
Kita harus memastikan bahawa kita hanya mengambil makanan yang berkualiti sahaja.

Selain pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat, kita perlu beriadah dan melakukan
senaman atau bersukan. Hal ini perlu ditekankan sekiranya kita jarang melakukan kerja berat.
Dengan beriadah atau bersukan, kita dapat menggerakkan otot badan dan membolehkannya
berfungsi dengan baik. Di samping itu, kita juga dapat membakar lemak yang berlebihan dan
mengeluarkan peluh. Aktiviti bersenam juga dapat melancarkan pengaliran darah dalam tubuh ke
jantung dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Pihak kerajaan menggalakkan masyarakat
melakukan aktiviti sukan untuk mencegah seseorang daripada menghidapi kencing manis, sakit
jantung, dan tekanan darah tinggi.

Akhirnya, ubat yang paling mujarab untuk mengekalkan kesihatan seseorang adalah dengan
mempunyai rehat dan tidur yang secukupnya. Setiap orang digalakkan tidur tidak kurang
daripada enam jam sehari. Kita juga harus berehat bagi mengekalkan kesihatan yang stabil.
Orang yang tidak mempunyai rehat yang cukup tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja
yang dilakukan dan melaksanakannya dengan baik. Malah mereka mudah berasa letih dan
senang jatuh sakit. Oleh yang demikian, masa sekurang-kurangnya lapan jam sehari
diperuntukkan untuk berehat dan tidur amat perlu ditekankan.

Kesimpulannya, kerajaan amat menitikberatkan kesihatan rakyat dengan menyediakan pelbagai


kemudahan kesihatan di samping melancarkan kempen “Rakyat Sihat, Negara Maju.” Rakyat
yang sihat dapat menyumbang kepada pembangunan negara dan menjadi pekerja yang produktif.
Justeru, setiap rakyat harus bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri seperti kata cogan
kata mencegah lebih baik daripada merawat.
CONTOH KARANGAN
Kempen Budi Bahasa

Yang merah itu saga, yang kurik itu kendi. Yang indah itu bahasa yang elok itu budi”,
demikianlah ungkapan yang menggambarkan kepentingan berbudi bahasa dalam kehidupan
masyarakat kita. Ungkapan ini disusuli pula dengan bidalan yang mengatakan bahawa budi
bahasa tidak boleh dijual beli. Namun, semuanya ini hanya suatu retorik sehingga kerajaan
terpaksa melancarkan Kempen Berbudi Bahasa untuk menghidupkan kembali budaya berbudi
bahasa ini.
Kempen Berbudi Bahasa yang dilancarkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan
Warisan (KeKKWa) baru-baru ini jelas menunjukkan betapa kroniknya budi bahasa masyarakat
kita pada hari ini. Melalui kempen ini, kita digalakkan supaya memberi ucapan dalam salam dan
senyuman manis sebagai tanda perkenalan atau menjalinkan hubungan yang lebih mesra. Dengan
cara ini, kita akan dapat membersihkan jiwa nurani kita daripada sifat sombong, meninggi diri
dan ujub. Malah, agama Islam menganggap senyuman itu sebagai satu ‘sedekah’ antara sesama
manusia.

Selain memberi senyuman dan ucapan salam, amalan hormat-menghormati antara satu
sama lain juga amat dianjurkan melalui kempen itu. Amalan ini akan dapat menjalinkan
kemesraan dan seterusnya merapatkan hubungan masyarakat majmuk di negara ini. Apatah lagi
jika penghormatan itu diberikan kepada orang tua tidak kira di mana-mana sahaja kita berada.
Bukankah pepatah ada menyebut bahawa yang muda kita kasihi manakala yang tua harus kita
hormati? Sekiranya amalan ini dapat dipraktikkan, saya yakin bahawa matlamat kempen ini
dapat dicapai dalam jangka masa yang sangat singkat.

Bagi kakitangan kerajaan dan swasta yang bertugas di bahagian kaunter, layanan mesra
terhadap pelanggan atau orang ramai yang berurusan di kaunter mestilah diberi keutamaan.
Layanan yang sedemikian bukan sahaja akan memberi kepuasan maksimun kepada orang ramai
bahkan dapat meningkatkan imej kerajaan atau agensi tertentu yang selama ini telah tercalar.
Pada masa yang sama, amalan bertegur sapa yang dicanangkan melalui Kempen Berbudi Bahasa
ini dapat memenuhi aspirasi kerajaan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang bersifat
penyayang.

Secara tuntas, amalan berbudi bahasa bukan bersifat sementara atau hangat-hangat tahi
ayam. Sebaliknya, amalan ini harus menjadi paksi kehidupan kita yang mesti diteruskan kerana
amalan ini merupakan nilai-nilai murni yang telah kita warisi sejak turun-temurun. Bak kata
pepatah, hidup dikandung adat mati dikandung tanah.

Disediakan oleh: Cikgu Musri Kadir


SMK Balung Tawau
www.riekadier.blogspot.com