Anda di halaman 1dari 15

PENDAHULUAN Bermula tahun 2011, KSSR diperkenalkan sebagai mengisi proses tranformasi oleh KPM bagi memastikan sistem

pelajaran Malaysia setanding dengan piawaian antarabangsa. Kurikulum baru ini diharapkan berupaya mencorak dan membentuk generasi yang memenuhi tuntutan FPK bagi menjamin kejayaan negara menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri pada tahun 2020. Matlamat utamanya adalah untuk melahirkan generasi yang bukan sahaja maju dari segi kebendaan tetapi juga tinggi akal budinya dan kukuh jati dirinya. Sejajar dengan tranformasi kurikulum kebangsaan yang berlaku, sistem pentaksiran juga mengalami tranformasi. Pentaksiran baru ini tidak lagi bergantung kepada peperiksaan berpusat semata-mata tetapi juga merangkumi pencapaian murid-murid secara total dan holistik. Penilaian bukan sahaja melalui peperiksaan berpusat yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan dan Majlis Peperiksaan Malaysia tetapi juga menerusi cerapan yang dijalankan di peringkat sekolah oleh guru-guru dan beberapa pihak lain yang diiktiraf. Jelasnya, pentaksiran yang lebih komprehensif ini diharapkan dapat mengukur secara lebih tepat dalam usaha mengenal pasti pencapaian sebenar seseorang murid dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani ketika dibangku sekolah. Sejajar untuk memastikan kelancaran pelaksanaan KSSR, KPM telah menyediakan seramai 2,205 Jurulatih Utama (JU) yang bertanggungjawab melatih guru di seluruh negara. KSSR juga dapat berfungsi sebagai agen perubahan bagi mencapai objektif untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi sebagaimana yang dimatlamatkan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

PERUBAHAN DALAM KSSR 1. Reka Bentuk Kurikulum KBSR 3M FOKUS Membaca Menulis Mengira KSSR 4M Komunikasi ASAS/TUNJANG Manusia dan alam REKA BENTUK sekelilingnya Perkembangan diri Individu Membaca Menulis Mengira Menaakul

Komunikasi Kerohanian, Sikap Dan Nilai Kemanusiaan Ketrampilan Diri Perkembangan Fizikal Dan Estetik Sains Dan Teknologi

REKA BENTUK KURIKULUM

Linear

Modular

Tiga elemen nilai tambah baru telah diperkenalkan dalam KSSR iaitu elemen kreatif dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang bertujuan memenuhi keperluan murid

bagi

membangunkan

modal

insan

yang

holistik,

berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi, berkemahiran tinggi serta berkeperibadian mulia. Elemen nilai tambah yang diperkenalkan di dalam KSSR ini antara lain adalah sebagai langkah pertama kementerian membentuk modal insan yang berpontensi untuk merealisasikan dasar-dasar negara seperti Wawasan 2020, sejajar dengan cabaran keenam wawasan 2020 iaitu mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan. Transformasi ini bertujuan untuk menyusun dan menambah baik kurikulum sedia ada supaya lebih baik dan sejajar dengan perkembangan zaman. Ia telah dilaksanakan merangkumi dua tahap iaitu tahap 1 (tahun 1, 2 dan 3) dan Tahap 2 (tahun 4, 5, dan 6). Bagi tahap 1, ia berfokus kepada 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul), Kemahiran Asas ICT, perkembangan fizikal, kognitif sikap dan nilai. Manakala, bagi tahap 2 pula, ia berfokuskan pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M, menguasai kemahiran yang lebih kompleks, perkembangan fizikal kognitif dan nilai murni dan ditambah dengan elemen-elemen tambahan iaitu kreativiti dan inovasi keusahawanan. 2

Berdasarkan jadual perbezaan di atas, dapat dilihat asas atau tunjang reka bentuk KBSR adalah berasaskan kepada 3 tunjang, namun dalam KSSR telah ditambahkan menjadi 6 asas sebagaimana berikut: Komunikasi Penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi. Kerohanian, sikap dan nilai Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai. Sains dan teknologi Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi Perkembangan fizikal dan estetika Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi Kemanusiaan Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan Ketrampilan diri Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri kokurikulum. Kesimpulannya, perubahan dalam reka bentuk kurikulum dari KBSR kepada KSSR adalah bermatlamat untuk melahirkan murid-murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi memenuhi keperluan semasa untuk menghadapi cabaran abad ke-21. Ia juga bertujuan melahirkan murid yang bukan hanya tahu secara teori semata-mata, sebaliknya dapat mengamalkannya secara praktikal untuk menjalani kehidupan yang lebih baik seiring dengan perubahan zaman. melalui aktiviti kurikulum dan

2. Peruntukan Masa MASA DALAM SEMINGGU (MINIT) BIL MODUL SK MODUL TERAS ASAS 1 Bahasa Malaysia 360 3 300 300 SJKC SJKT

2 3

Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil Pendidikan Islam

300

150 360

150

360 180 120 60 30 180 120 60 30 180

4 Pendidikan Moral 5 6 7 Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Matematik

60 30 180

MODUL TERAS TEMA Dunia Seni Visual 8 Dunia Muzik Dunia Sains dan Teknologi MODUL ELEKTIF 9 BCSK/BTSK/B. Arab/B. Iban 90 30 1380 30 1380 30 1380 60 30 60 60 30 60 60 30 60

Perhimpunan Jumlah

Berdasarkan jadual di atas, berlaku beberapa perubahan yang ketara pada peruntukan masa kepada beberapa mata pelajaran khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Begitu juga dengan mata pelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Bahasa Melayu diperuntukkan sebanyak 360 minit seminggu manakala Bahasa Inggeris pula sebanyak 300 minit seminggu. Bagi mata pelajaran Pendidikan Islam mula, peruntukan waktu yang diberikan masih sama, cuma yang membezakannya ialah pembahagian waktu tersebut di mana dalam KSSR, penekanan lebih diberikan kepada pendidikan tilawah al-quran iaitu selama 3 waktu atau 90 minit seminggu. Bagi Bahasa Arab pula telah dinaikkan daripada 2 waktu seminggu kepada 3 waktu seminggu. Penekanan lebih kepada mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah disebabkan untuk meningkatkan kemahiran murid-murid dalam menggunakan dan menguasai kedua-dua bahasa ini dalam kehidupan seharian mereka. Bukan itu sahaja, bahkan program MBMMBI turut diperkenalkan sebagai strategi untuk meningkatkan lagi kemahiran berbahasa Melayu dan berbahasa Inggeris murid-murid sebagai bekalan masa hadapan mereka kelak. Pertambahan waktu tilawah alquran dalam Pendidikan Islam pula adalah bermatlamat untuk melahirkan generasi celik alquran serta mengamalkannya dalam kehidupan harian kerana al-quran adalah panduan 4

hidup yang terbaik. Maka, disebabkan itulah penekanan dalam aspek tilawah al-quran diambil kira dan ditambahkan masa dalam pengajarannya di sekolah. Kesimpulannya, penambahbaikan dari segi peruntukan masa yang lebih kepada mata pelajaran tertentu yang penting dilihat amat relevan dalam melahirkan generasi yang bukan hanya cerdik dan pintar tetapi juga baik akhlak dan amalannya.

3.

Pengurusan Kurikulum Konsep Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ianya berlandaskan prinsipprinsip KBSR iaitu pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid, pendidikan seumur hidup. Dalam konteks transformasi kurikulum membawa maksud proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik berdasarkan kurikulum persekolahan sedia ada dengan mengambil kira keperluan-keperluan perubahan kepada aspek asas kurikulum seperti struktur kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan kurikulum dan pengurusan sekolah. Perubahan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dari aspek reka bentuk kurikulum, organisasi kurikulum, bahan kurikulum, pentaksiran, peruntukan masa dan struktur persekolahan. Kurikulum Berasaskan Standard KSPK dan KSSR digubal dalam bentuk standard kandungan dan standard pembelajaran Standard Kandungan Standard Pembelajaran Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Satu penetapan kriteria atau kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

4. Bahan Sepert yang kita sedia maklum,penggunaan portfolio atau sistem fail akan membantu guru ddalam memudahkan guru dalam melaksanakan tugas mereka untuk menyemak rekod pengajaran murid yang teah disimpan. Kaedah pendokumentasian yang betul dan tersusun akan mewujudkan sistem pengumpulan hasil kerja yang sistematik dari sebelumnya. Tambahan lagi, dokumen-dokumen yang telah disimpan dapat menjadi bukti kepada setiap perkembangan murid sepanjang tempoh pembelajarannya disekolah. Seterusnya

pendekatan baru yang diperkenalkan ini juga membolehkan guru menilai murid dengan lebih berkesan dan teratur. Kenyataan ini teah disokong oleh Guru Penyelaras PBS SK Taman Bukit Maluri, Cheong Oi Li. Murid-murid akan dinilai secara adil dan saksama sebagai 5

individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bkat,kemahiran, dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang ain. Guru tidak dibenarkan membuat perbandingan dalam kalangan murid dan meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan mereka yang pernah digunakan sebelum ini. Melalui pengenalan dan dasar pelaksanaan KSSR, guru akan mengukur tahap pembelajaran murid menerusi standard prestasi yang berupaya menentukan tahap penguasaan mereka mengikut band bermula dari satu hingga enam. Dalam pada itu,penggunaan band seperti yang telah ditetapkan akan memberi ruang kepada guru untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang kebolehan murid dalam mengikuti prestasi proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) di dalam kelas serta mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi kelemahan yang dihadapi murid. Keadaan ini adalah selaras dengan tujuan sistem ini diperkenalkan iaitu untuk membantu guru mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

5. Pedagogi KSSR melibatkan penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai bagi mewujudkan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan terhadap kaedah dan teknik perlulah dilakukan secara berhati-hati supaya cara-cara ini tidak menghalang guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan berkesan. Kaedah projek yang diasaskan oleh John Deney misalnya,mengglakkan pelajar mempelajari sesuatu nilai pengalaman,pemerhatian ,dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan. Dalam segi penggunaan teknik pula, guru boleh menggunakan apa sahaja teknik yang difikirkan sesuai sama ada teknik penerangan, teknik mengkaji, teknik penyelesaian mudah, teknik bercerita, dan teknik perbincangan.

6. Kedah pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) Sistem PBS adalah salah satu usaha kerajaan melalui Kementerian Pelajaran untuk membangunkan modal insan secara holistik dengan menekankan penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika dan moral yang tinggi. Sebagaimana yang dimaklumi, murid Tahun 1 di seluruh negara mulai tahun 2011 merupakan perintis terhadap pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum baru ini adalah menggantikan kurikulum lama yang dikenali sebagai Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). KSSR telah mengurangkan penekanan terhadap peperiksaan. Sungguhpun demikian, sekolah masih tetap perlu menilai pencapaian murid-murid KSSR bagi memastikan murid-murid ini berada di landasan yang betul dalam mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Untuk memastikan satu pelaporan perkembangan murid-murid ini secara holistik dapat dilaksanakan maka pendekatan dan cakupan sistem pentaksiran ini berbeza daripada biasa iaitu melalui Pentaksiran Sekolah yang menggunakan kaedah Pentaksiran Rujukan Standard.

Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Pelaporan pencapaian murid KSSR dalam setiap mata pelajaran tidak lagi berbentuk gred (berdasarkan peratus markah yang diperolehi dalam peperiksaan) sebaliknya mereka akan dilabelkan dengan menggunakan band iaitu tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki (band 1 hingga band 6) yang menggambarkan sejauh mana murid-murid telah menguasai sesuatu standard seperti yang dijelaskan dalam deskriptor. Penentuan band murid-murid ini dalam setiap mata pelajaran perlu disokong dengan evidens yang telah ditetapkan dalam dokumen standard prestasi mata pelajaran tersebut. Pentaksiran perlu dilakukan ke atas semua mata pelajaran yang diajar di sekolah: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Arab Pendidikan Islam Pendidikan Moral Matematik Pendidikan Khas Pendidikan Jasmani 7

xi. xii. xiii. xiv.

Pendidikan Kesihatan Dunia Sains dan Teknologi Dunia Seni Visual Dunia Muzik

Guru mata pelajaran perlu membina instrumen yang merupakan alat untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain. Instrumen ini boleh dalam bentuk ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi dan ujian amali. Setelah instrumen ini digunakan ke atas murid maka barulah ia boleh dijadikan sebagai evidens. Untuk membina instrumen ini guru perlu merujuk Dokumen Standard Prestasi mata pelajaran masing-masing yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Dokumen ini mengandungi pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan

pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band).

Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran. Melalui sistem pentaksiran yang baru ini, adalah diharapkan agar sistem pendidikan kita mampu untuk mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

ISU DALAM PELAKSANAAN KSSR 1. Rangkaian Internet Dalam melaksanakan KSSR, rangkaian internet yang laju dan memuaskan amat penting. Dalam perbincangan mengenai rangkaian internet, terdapat beberapa isu yang boleh dibangkitkan. Pertama, talian internet yang lambat dan kurang memuaskan. Ramai guru yang merungut disebabkan keadaan sistem talian yang kurang memuaskan di mana talian yang sentiasa sibuk dan sukar diakses. Situasi ini menyebabkan guru terpaksa membuang masa melayari internet berjam lamanya untuk mengisi data yang tidak sampai 10 minit. Adakalanya, mereka juga terpaksa berjaga lewat malam untuk online bagi mengisi data kerana hanya pada waktu tersebut sahaja talian agak laju dan tanpa gangguan. Jadi, secara tidak langsung keadaan sebeginilah yang menjadi bebanan kepada guru kerana mereka terpaksa membuat kerja sekolah walaupun di luar waktu sekolah, sedangkan pada waktu-waktu tersebut mereka seharusnya bersama dengan keluarga ataupun tengah lena diulit mimpi. Tidur yang terganggu dan rehat yang tidak mencukupi merupakan salah satu faktor penyebab guru hilang semangat untuk mengajar dengan baik. Kedua, ketiadaan talian internet di sekolah-sekolah terutamanya di kawasan pedalaman dan luar Bandar. Jika diteliti, tidak semua sekolah memiliki jaringan internet. Manakala, bagi sekolah-sekolah yang telah wujud jaringan wireless, kebanyakannya kurang baik dan lambat. Bagi sekolah pedalaman yang sukar mendapat akses internet, guru-guru terpaksa pergi ke kawasan bandar atau pekan yang mempunyai akses internet untuk mengisi hasil pentaksiran yang dilakukan secara manual. Situasi tersebut sedikit sebanyak membebankan guru-guru sehingga mereka terpaksa mencuri masa lain untuk melaksanakan tugasan pengisian data dalam sistem. Selain itu, isu lain ialah masih ramai lagi guru guru yang kurang mahir dalam bidang ICT terutamanya guru-guru generasi lama. Pengenalan penggunaan internet yang pada asalnya bertujuan untuk membantu meringankan tugasan guru, sebaliknya telah menambahkan lagi bebanan masalah kepada guru-guru tersebut. Apatah lagi, guruguru warga emas yang merasakan memahirkan diri dalam bidang ICT agak sukar dan membebankan mereka. Oleh itu, pihak KPM perlu mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengatasi masalah buta ICT di kalangan guru-guru sedia ada supaya matlamat asal pendidikan yang ingin direalisasikan dapat dicapai dengan jayanya seperti mengadakan kursus atau bengkel ICT secara percuma kepada golongan tersebut. 2. Guru Kurang Pendedahan Mengenai Kaedah Pelaksanaan Sebenar KSSR Isu guru kurang pendedahan dalam pelaksanaan sebenar KSSR adalah satu isu yang besar yang harus dipandang serius kerana guru adalah penggerak utama dalam 9

merealisasikan pelaksanaan KSSR agar objektif dapat dicapai. Hal ini terjadi adalah disebabkan tidak semua guru diberikan latihan khusus tentang kaedah pelaksanaan KSSR. Kebanyakan mereka hanya sekadar dimaklumkan tentang pelaksanaan KSSR dan tidak diberikan penerangan secara terperinci. Sekiranya adapun, mereka hanya mendapat maklumat yang ringkas daripada pihak sekolah menyebabkan ada di kalangan mereka yang masih kabur dan kurang jelas tentang pelaksanaan sebenar mengikut garis panduan yang ditetapkan. Apatah lagi, dalam pelaksanaan KSSR, fokus bukan hanya kepada kemahiran 3M (Membaca, Menulis dan Mengira), sebaliknya telah ditambah lagi satu M menjadikannya 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul). Pertambahan kemahiran menaakul juga menyebabkan guru-guru bertambah kabur tentang konsep sebenar kaedah penaakulan yang diingini kerana mereka sendiri tidak dapat mendefinisikan maksud menaakul itu sendiri dengan betul dan tepat. Mereka juga berada dalam kekaburan tentang penggunaan kaedah dan pendekatan yang sesuai semasa pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran dalam usaha menerapkan dan meningkatkan kemahiran menaakul kepada murid-murid. Oleh itu, kursus dan latihan yang berterusan perlu diberikan kepada setiap guru yang mengajar KSSR secara berperingkat supaya mereka jelas dan betul-betul menguasai apa yang diingini dalam melaksanakan KSSR. Walaubagaimanapun, kebanyakan guru yang ditemui menyatakan pelaksanaan KSSR itu amat baik dalam meningkatkan kualiti generasi masa depan, namun begitu, penambahbaikan perlu terutamanya dalam tranformatif guru-guru. Sekiranya, guru-guru belum ditranformatifkan dan belum benar-benar menguasai kehendak yang diingini oleh kerajaan, bagaimana mungkin pelaksanaan tersebut dapat dijayakan.

3. Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) Pentaksiran berasakan sekolah sering dikaitkan dengan isu-isu seperti sistem yang sukar diakses, kurangnya kemahiran dan pengetahuan guru tentang PBS dan juga bebanan kerja yang berlebihan kepada guru-guru. Masalah ini disuarakan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dan terdapat juga keluhankeluhan dari guru-guru yang mengunapakai sistem ini. Masalah talian internet yang sentiasa sibuk dan sukar diakses menyebabkan ramai guru yang merungut kerana mereka terpaksa menghabiskan masa mereka dengan menunggu dihadapan komputer hampir berjam-jam lamanya hanya untuk memasukkan data pelajar-pelajar ke dalam komputer. Tambahan pula, banyak keluhan dari guru-guru yang mengatakan bahawa hal ini berlaku disebabkan pihak kementerian hanya menyediakan satu server sahaja 10

bagi seluruh guru-guru di Malaysia menyebabkan sistem itu menjadi terlalu lambat. Mereka juga turut berpendapat bahawa penyediaan server yang disediakan oleh pihak kementerian adalah tidak bersesuaian jika dibandingkan dengan jumlah bilangan guruguru di Malysia yang akan menggunakan sistem itu. Jadi, masalah ini telah menyukarkan lagi tugas guru-guru yang kini bukan sahaja bekerja dalam waktu tugasan mereka malah turut mengerah tenaga dan memperuntukkan masa mereka di luar waktu tugasan bagi menyelesaikan kerja-kerja PBS ini. Selain itu, tiadanya pendedahan awal tentang dasar pentaksiran guru berasaskan kurang sekolah sebelum dan ianya dilaksanakan tentang

menyebabkan

mempunyai

kemahiran

kefahaman

pengetahuan dan proses pelaksanaan dasar PBS itu sendiri. Ramai guru-guru yang mengatakan bahawa pada tahun pertama dasar PBS ini dijalankan, keadaan pelaksanaannya sangat tidak teratur. Maklumlah kebanyakan guru-guru masih tidak tahu hala tuju sebenar PBS tapi perlu mengikut arahan dari pihak atasan, bahkan apabila disoal oleh ibu bapa tentang apa itu PBS, guru juga tidak pasti untuk menerangkan dengan lebih lanjut. Walaubagaimanapun, isu yang semakin menjadi bualan dalam kalangan guru-guru sejak PBS dijalankan adalah bebanan kerja-kerja yang berlebihan. Hal ini banyak mengganggu emosi guru-guru menyebabkan aktiviti mengajar menjadi kerja kedua bagi mereka. Contohnya, setelah penat melakukan kerjakerja PBS, emosi guru pastinya terganggu mengakibatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran turut terjejas. Antara kerja-kerja harian guru-guru kini ialah menanda kertas-kertas soalan, menyediakan kertas-kertas soalan, menyusun fail-fail PBS bagi setiap pelajar, mengisi maklumat pelajar-pelajar dalam sistem dan banyak lagi. Hal ini tidak boleh dipandang ringan oleh sesetengah pihak kerana guru itu ibarat lilin yang membakar diri demi anak-anak bangsa. Mereka mempunyai tanggungjawab besar untuk mendidik pelajar-pelajar mereka. Mungkin ada pihak yang mengatakan bahawa kerja-kerja PBS ini tidaklah terlalu sukar melaksanakannya tetapi bak kata pepatah berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bukan itu sahaja, sikap pilih kasih serta tidak jujur dalam aspek pemarkahan juga turut menjadi isu dalam pelaksananaa PBS. Dimana dikhuatiri guru-guru yang mempunyai hubungan

kekeluargaan dengan anak muridnya atau pun tidak, boleh menyebabkan guru itu memberi pencapaian yang tidak bersesuaian dengan tahap murid tersebut. Akhirnya, kejayaan yang diperolehi bukan daripada usaha mereka sediri tetapi daripada usaha guru-guru mereka bagi memudahkan kerja mereka. Oleh itu, apa yang diharapkan terutama sekali pihak pendidik ialah sistem PBS ini menjadi satu sistem yang mesra pengguna, mudah di akses dan penilaian yang dibuat semestinya telus.

11

4. Beban Tugas Guru Selain tugas guru untuk mendidik, guru juga perlu mengurus kebajikan serta kesihatan pelajar seperti pengurusan Skim Bantuan Tuisyen, Kumpulan Wang Amanah Plejar Miskin (KWAPM), Skim Pinjaman Buku Teks dan biasiswa. Guru juga menguruskan penyelengaraan bangunan, perabot, keceriaan sekolah, kawalan penggunaan

kemudahan sekolah, pengurusan stor dan perolehan. Di samping itu, guru juga perlu menjalankan dan menjayakan pelbagai program yang dianjurkan oleh pihak sekolah seperti Program Hari Anugerah Kecemerlangan, Program 3K, Program Sekolah Penyayang dan Program Kecemerlangan Sukan. Selain program-program sekolah, guru turut terlibat dengan program yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), kementerian lain, agensi bukan kerajaan dan pihak swasta. Antara program itu ialah Sambutan Hari Kebangsaan, Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia, Sambutan Hari Keputeraan Sultan serta majlis-majlsi rasmi kerajaan negeri. Menurut Roslan Madon (2010), Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM), walaupun sudah ada garis panduan menanganai tugas yang perlu dilaksanakan, kadangkala guru perlu juga melaksanakan kerja lain yang diluar bidang mereka seperti membuat pemeriksaan kesihatan dan mata murid. Katanya, tugas ini sepatutnya dilakukan oleh kakitangan Jabatan Kesihatan Malaysia dan bukannya guru. beliau menegaskan lagi bahawa sekolah tidak sepatutnya dibebankan dengan aktiviti anjuran agensi lain dan boleh menolak kerjasama dengan agensi luar melainkan kerjasama tersebut member keutamaan kepada keperluan murid dan tidak membebankan guru. Guru juga terbabit dalam pengurusan asset sekolah dan inventori sedangkan ini bukanlah tugas utama guru, sebaliknya ini adalah bidang tugas pejabat. Walaubagaimanapun, guru perlu memikul tanggungjawab berkenaan kerana pembantu stor yang pernah diwujudkan pada suatu ketika dahulu telah dimansuhkan. Tambahan lagi, guru turut melakukan tugas memasukkan data berkaitan maklumat guru dan murid ke dalam Sistem Maklumat Murid (SMM) dan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang memerlukan guru mengisi maklumat profil pelajar serta maklumat keputusan peperiksaan pelajar bagi membolehkan ibu bapa melihat prestasi anak-anak mereka. Antara beban tugas guru yang lain ialah, mengutip yuran tambahan, menyediakan laporan kantin, laporan aktiviti surau, mengurus Rancangan Makanan Tambahan serta mengurus Rancangan Susu Tambahan. Kesemua senarai tugas yang diluar daripada bidang pengajaran jelas menunjukkan guru-guru pada masa kini terbeban dengan tugas-tugas lain yang melabihi tugas utama iaitu mendidik pelajar. Bagi mengatasi masalah ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia mencadangkan agar pihak pentadbir sekolah mengurangkan bilangan jawatankuasa 12

pada peringkat sekolah kepada jumlah yang lebih wajar. Pada masa ini terdapat sekolah yang mempunyai hamper 40 jawatankuasa dalam bidang pengurusan dan pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid serta kebersihan, kecriaan dan keselamatan murid yang memerlukan curahan masa dan tenaga guru yang bukan sedikit. Pengurangan jawatankuasa boleh dilakukan dengan penggabungan dan pemansuhan jawatankuasa. Walaupun begitu, pembahagian tugas di sekolah perlu dilakukan secara adil untuk mengelakkan bebanan tugas tertumpu kepada guru tertentu sahaja.

13

KESIMPULAN Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mendukung cita-cita murni dan unggul dengan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan murid yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21. Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuklah pembuat dasar, pelaksana, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan. Hal ini kerana, kurikulum baru ini tidak akan memberi impak yang positif jika pihak-pihak tersebut tidak bekerjasama. Kementerian Pelajaran Malaysia secara berterusan menyemak kurikulum bagi memastikan pelaksanaan kurikulum di sekolah melengkapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menghadapi cabaran semasa dan masa depan. Semoga bermula dari tahun 2013 ini, industri pendidikan dapat menunjukkan perkembangan dan kemajuan dalam bidang pendidikan di negara ini, khususnya bagi melahirkan contoh modal insan dalam kalangan masyarakat yang beriman, berakhlak dan mempunyai jati diri yang unggul. Hanya di bahu merekalah kepimpinan negara pada masa depan terpikul dengan penuh tanggungjawab dan bijaksana. Oleh itu, peribahasa melentur buluh biarlah daripada rebungnya haruslah diberi penekanan dalam bidang pendidikan negara bagi memastikan setiap individu mendapat taraf dan nilai pendidikan yang sama rata dan bersesuaian mengikut tahap umur dan fizikal mereka.

14

RUJUKAN

1. Noriati A. Rashid et. al (2010), Guru dan Cabaran Semasa, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2. Sidek Baba (April 2009), Sistem Pendidikan Negara Perlu Transformatif, Majalah Pendidik, Bil. 59.

3. Ahmad Mohd Salleh (2008), Pengajian Agama Islam & j-QAF: Metodologi dan Pedagogi Pendidikan, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. 4. Ali Ab Ghani (April 2009), 6 Tunjang Transformasi Kurikulum Kebangsaan, dalam kertas kerja Pembentangan Teras 2 PIPP, Majalah Pendidik.

5. http://www.slideshare.net/AisyahGhazali/kbsr-kssr diambil pada 20 Mei 2013

6. http://www.slideshare.net/ssuser19c7d8/pembentukan-dan-pelaksanaan-kbsr-dankssr diambil pada 20 Mei 2013.

7. http://www.scribd.com/doc/104749456/Ulasan-Dan-Analisis-Artikel diambil pada 20 Mei 2013.

15

Anda mungkin juga menyukai