Anda di halaman 1dari 3

PERSONALITI INTROVERT DAN CARA PENYELESAIANNYA Seseorang guru harus menitikberatkan keadaan murid-muridnya daripada peringkat awal, terutamanya

pada peringkat sekolah rendah lagi iaitu tapak utama asas pendidikan. Oleh itu, semua guru perlu memainkan peranan penting dalam mendidik dan membentuk sikap atau ciri-ciri personaliti yang positif terhadap murid-muridnya supaya rancangan pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih lancar dan teratur. Guru yang cemerlang adalah guru yang mampu melahirkan insan yang sempurna daripada segi jasmani, emosi dan intelek. Guru transformasi mengamalkan sikap moral dan membangkitkan motivasi dalaman yang tinggi ketika menjalankan tugas.1 Berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru di dalam kelas, sudah tentu terdapat murid-murid yang mempunyai ciri-ciri sifat introvert. Individu yang disifatkan sebagai introvert pula menunjukkan ciri-ciri seperti pasif, gemar berseorangan, pemalu, sensitif, cermat reflektif atau sentiasa berfikir terlebih dahulu sebelum bertindak dan kurang bersedia menanggung risiko. Individu ini nampak lebih tenang tetap agak penakut. Mereka tidak sukakan sesuatu kejutan dan sesuatu yang diluar jangkaan.2 Bagi mengatasi masalah dan membantu muridmurid yang mempunyai sifat introvert seperti pemalu, pendiam dan suka mengasingkan diri maka, guru hendaklah memastikan keterlibatan murid-murid tersebut di dalam kelas adalah lebih kerap. Antara aktiviti yang boleh dipraktikkan oleh guru terhadap murid yang bersifat introvert terutamanya adalah di dalam kelas iaitu melibatkan murid tersebut di dalam aktiviti berkumpulan. Dengan penglibatan aktiviti berkumpulan atau mengetuai apa-apa sahaja aktiviti yang dijalankan di dalam kelas dan dengan cara ini, murid akan berasa bersemangat serta lebih berkeyakinan. Murid yang bersifat introvert boleh dilatih dengan melantik murid berkenaan sebagai ketua kumpulan atau menguruskan sesuatu aktiviti harian kelas seperti menjadi ketua kumpulan untuk pertandingan kuiz atau sebagai pencatat markah. Begitu juga pengurusan sesuatu aktiviti kelas seperti mengutip dan menghantar buku latihan, guru memberi arahan kepada murid supaya membuat pengumuman untuk peringatan kepada rakan-rakan berkaitan kerja sekolah atau tugas harian untuk kebersihan kelas dan sebagainya. Aktiviti seperti ini dapat memberi peluang kepada murid untuk membuat perubahan diri dengan cuba untuk berinteraksi lebih banyak bersama ahli-ahli lain di dalam kumpulannya serta belajar untuk mengawal keadaan di dalam kumpulan dan kelas murid tersebut.

1 2

Guru Sebagai Pemimpin, Abdullah Sani Yahya (2007), hlm 43 Pedagogi: strategi dan teknik mengajar dengan berkesan, Shahabuddin Hashim (2007), hlm 17

Pada masa yang sama, guru juga boleh menggalakkan murid menyertai aktiviti kelab sukan, permainan dan badan beruniform. Contohnya menjadikan murid tersebut sebagai ahli ajk, memasukkan murid tersebut di dalam mana-mana pertandingan yang bersesuaian dengan kebolehannya atau melantik beliau sebagai ketua komando bagi unit perbarisan sambil memberi keyakinan kepada murid tersebut. Secara tidak langsung dapat menjauhkan ciri-ciri yang terdapat pada seorang yang bersifat introvert iaitu suka bersendirian dan pemalu dalam diri murid tersebut. Sifat seperti ini harus dikikis daripada diri seseorang bergelar pelajar dari awal lagi supaya mereka dapat berinteraksi dengan berani dan mudah bergaul dengan orang lain tanpa perasaan malu. Selain itu, melibatkan murid yang bersifat introvert dengan aktiviti-aktiviti yang mudah dan setimpal dengan kebolehan murid tersebut. Kebiasaannya murid yang bersikap introvert mudah berasa rendah diri dan tidak yakin dengan kebolehannya. Justeru, guru perlu menyediakan aktiviti pembelajaran yang menarik tetapi mudah untuk difahami oleh pelajar tersebut dan beri peluang kepadanya untuk murid itu mencuba. Contohnya mengadakan soal jawab bersama rakan-rakan sekelas berkaitan sesuatu pelajaran iaitu dengan memberi soalan matematik yang mudah, membuat pertandingan meneka perkataan atau

melengkapkan perkataan, dan sebagainya yang dapat menarik minat murid bersifat introvert. Setelah murid tersebut melakukan, sama ada betul atau pun salah, guru perlu memberi kata-kata semangat supaya ia tidak merasa rendah diri sebaliknya dapat menambahkan keyakinan dalam diri murid tersebut dan tidak takut untuk mencuba melakukan berulang kali walaupun salah.

Aktiviti yang lain pula adalah dengan mengadakan sesi kaunseling untuk mengenal pasti punca yang menyebabkan seorang murid bersifat introvert. Guru harus memberi dorongan yang berterusan dan sokongan kuat kepada murid yang mengalami masalah introvert. Ini kerana guru adalah insan yang paling hampir dengan semasa waktu persekolahan. Contohnya guru perlu selalu untuk mendekati murid introvert ketika masa yang bersesuaian seperti pada waktu rehat, di mana sebahagian guru yang bertugas akan membuat rondaan di beberapa kawasan dan bercerita sesuatu yang menarik minat atau mendengar masalahnya sambil memberi kata-kata motivasi kepada murid tersebut. Mungkin dengan cara berikut, murid tersebut akan berasa ceria dan terasa dirinya sentiasa di ambil berat oleh gurunya. Ini menambahkan lagi motivasi di dalam diri murid tersebut dan potensi perubahan bagi murid yang bersikap introvert dapat menunjukkan lebih ke arah yang positif.

Cara yang terakhir adalah dengan berusaha untuk membantu pelajar tersebut meningkatkan konsep kendirinya keranan ianya amat penting untuk diterapkan dalam diri murid yang bersifat introvert. Konsep kendiri yang positif tetap akan membantu seorang introvert menjadi lebih bersifat sosial dan optimistik dalam pandangan hidupnya. Menurut Abraham Maslow, manusia selalu cuba mendapatkan kesempurnaan kendiri bagi membentuk perkembangan personaliti positif.3 Shalon dan Bolus (1982), menjelaskan konsep kendiri sebagai tanggapan individu berkenaan dirinya.4 Cohen (1995), menyatakan individu mungkin mempunyai konsep kendiri yang tinggi atau rendah.5 Contohnya, guru perlu menjalankan aktiviti pembelajaran yang menarik seperti kotak beracun, kerap mendekati murid tersebut dengan memberi kata-kata semangat atau perangsang tentang sikap yakin pada diri, tidak mudah rasa rendah diri, sentiasa mencuba supaya lebih berani tanpa rasa malu untuk melakukan dan sebagainya. Konsep kendiri amat penting kerana ianya merupakan perasaan, nilai, matlamat, dan kepercayaan individu pada dirinya sebagai seorang yang unik.

RUJUKAN 1) Guru Sebagai Pemimpin, Abdullah Sani Yahya (2007), hlm 43 http://books.google.com.my/books?id=daHmYfYxl9AC&pg=PT52&dq=falsafah+pendidikan+guru&hl =en&sa=X&ei=A4p4UZm8Bci3rgfY_4Bw&ved=0CDwQ6AEwAw 2) Pedagogi: strategi dan teknik mengajar dengan berkesan, Shahabuddin Hashim (2007), hlm 17 http://books.google.com.my/books?id=gD5AKc5OzAsC&pg=PA17&dq=PERSONALITI+INTROVERT+D AN+EKSTROVERT&hl=en&sa=X&ei=6lxtUZHRGoalrQfuxoGoBw&ved=0CEoQ6AEwBA#v=onepage&q= PERSONALITI%20INTROVERT%20DAN%20EKSTROVERT&f=false 3) Panduan Mengurus Remaja Moden, Mohd Sharani Bin Ahamd (2004), hlm 17 dan 20 http://books.google.com.my/books?id=nqSv4RFJJqYC&pg=PA16&dq=tingkah+laku+sifat+introvert& hl=en&sa=X&ei=BXV4UdGiK5GnrAfGu4GwCA&ved=0CDQQ6AEwAQ#v=onepage&q=tingkah%20laku %20sifat%20introvert&f=false

Panduan Mengurus Remaja Moden, Mohd Sharani Bin Ahamd (2004), hlm 17 dan 20 Panduan Mengurus Remaja Moden, Mohd Sharani Bin Ahamd (2004), hlm 17 dan 20 5 Panduan Mengurus Remaja Moden, Mohd Sharani Bin Ahamd (2004), hlm 17 dan 20
4

Anda mungkin juga menyukai