Anda di halaman 1dari 14

PERKEMBANGAN PROFESIONALISME SEPANJANG HAYAT UNTUK GURUGURU YANG BERADA DI SEKOLAH KLUSTER DAN RASIONALNYA.

SEKOLAH KLUSTER

LATAR BELAKANG
Penubuhan Sekolah Kluster terkandung dalam Bab 9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006. Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan.

MAKSUD SEKOLAH KLUSTER


Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.

TUJUAN SEKOLAH KLUSTER


Melonjakkan kecemerlangan sekolah menerusi lonjakan saujana dlm aspek modal insan & kepimpinan Menggemilangkan sekolah yg boleh dijadikan role model & show case Mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah sehingga mengharumkan nama negara di arena antarabangsa

KRITERIA PEMILIHAN SEKOLAH KLUSTER


Pemilihan sekolah kluster akan dibuat berdasarkan kepada kluster berikut: Sekolah Rendah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Orang Asli. Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah Seratus Tahun, sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya, dan Sekolah Model Khas. Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SPK) dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV). Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Swasta Institusi lepas menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG)

PEMILIHAN SEKOLAH TERSEBUT PERLU MEMENUHI PRASYARAT DAN SYARAT BERIKUT:


PRASYARAT PERTAMA

Pengukuran Standard Sekolah: Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf Cemerlang berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

PRASYARAT KEDUA

Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Menengah) Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam PMR dan SPM 3 tahun berturut-turut: SBP : GPS 2.5 dan ke bawah SMKA : GPS 3.0 dan ke bawah

SMT : GPS 4.0 dan ke bawah


SM Harian : GPS 4.0 dan ke bawah Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah): Sekolah Rendah Harian : 80% dan ke atas murid lulus semua mata pelajaran dalam UPSR, atau Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan; atau

SYARAT PEMILIHAN
Kecemerlangan murid dalam aspek: Akademik Kokurikulum Sahsiah Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan. Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum. Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan. Keberkesanan pelaksanaan program KPM Sekolah berwatak

Latihan dalam perkhidmatan Budaya menyelidik Kolaborasi dan musyawarah

Amalan reflektif

PERKEMBANGAN PROFESIOMALISME GURU DI SEKOLAH KLUSTER

Akses maklumat daripada pelbagai sumber

BUDAYA KOLABORASI DAN MUSYAWARAH


Guru-guru perlu berkerjasama dan saling berunding dengan baik dengan semua warga sekolah terutamanya pihak pentadbir dan guru-guru lain.

RASIONALNYA
Hasil kerjasama dan perbincangan mampu meningkatkan kejayaan dalam sesuatu program. Ini kerana hasil kolaborasi penting bagi membina kesepakatan. Ini akan melancarkan segala urusan dan perjalanan program. Seterusnya dapat mengembangkan professionalisme guru-guru.

CONTOH
Di sekolah Kluster, kebiasaanya guru-guru di sekolah ini adalah daripada golongan pakar dan cemerlang. Mereka ini akan sentiasa mendapat jemputan. Adalah penting bagi guru berkenaan untuk mempunyai kesepakatan dengan pihak pentadbir dan guru lain bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham.

AMALAN REFLEKTIF
Refleksi merupakan usaha penuh sedar seseorang individu memeknakan pengalamannya ke arah membentuk meningkatkan celik akal mengenai kepercayaan, sikap, pengetahuan dan amalan sendiri membuat justifikasi serta mengemukakan cadangan dan tindakan untuk membaiki diri.

RASIONALNYA
Dalam konteks perguruan, kebolehan membuat transformasi dan refleksi membolehkan guru sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru hasil daripada apa yang telah dilaluinya.

CONTOH
Di sekolah kluster, amalan reflektif merupakan perkara biasa yang dilakukan oleh guru. Hal ini kerana mereka perlu selalu melakukan perubahan semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran apabila berhadapan dengan pelajar yang mempunyai tahap pencapaian yang tinggi. Mereka akan berasa cepat bosan apabila dan hilang tumpuan apabila menggunakan strategi pengajaran yang sama.

BUDAYA MENYELIDIK
Satu usaha ke arah menggalakkan para guru mengamalkan budaya ilmu melalui aktiviti penyelidikan. Apabila amalan ini dapat dilaksanakan, maka para guru dapat menjadikan penyelidikan sebagai satu cara bagi tujuan mempertingkatkan profesionalisme mereka.

RASIONALNYA
Meningkatkan daya keyakinan diri melalui usaha berkongsi pengalaman dan boleh perbaiki prestasi dan kepuasan kerja. Memberi peluang kepada guru untuk menjadi agen perubahan dengan membuat refleksi dan menganalisis kekuatan dan kelemahan diri.

CONTOH
Di sekolah kluster, pelajar terdiri daripada mereka yang mempunyai tahap pencapaian yang tinggi. Justeru, guru perlu sentiasa mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi memudahkan pencapaian objektif mereka dan dapat memahami, mengubah dan memperbaiki amalan diri. Dengan adanya budaya menyelidik dalam kalangan guru dapat menyedikan guru sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap proses pengajaran dan pembelajarannya.

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

RASIONALNYA

Kursus dalam perkhidmatan memberikan Meningkatkan ilmu guru fokus pada peningkatan ilmu dan kemahiran guru terutama dalam Meningkatkan pengetahuan guru dalam pengurusan sekolah, sains dan teknologi, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, pengurusan kokurikulum, transformasi kurikulum, pentaksiran dan penilaian, disamping latihan-latihan berhubung pedagogi terkini dan mastery learning

CONTOH
Meningkat ilmu golongan guru sekolah kluster daripada segi pengurusan sekolah memandangkan sekolah kluster merupakan sekolah yang perlu cemerlang daripada aspek pengurusan sekolah. Sebilangan guru dihantar ke kursus untuk menghadiri kursus berkenaan tentang pengurusan di sekolah. Kemudian, setelah kembali daripada kursus, guru tersebut perlu menyampaikan semula informasi2 yang diperolehi tersebut kepada pihak pentadbir, guru-guru lain serta staf-staf sekolah.

AKSES MAKLUMAT DARIPADA PELBAGAI SUMBER


Perkembangan TMK membolehkan pelbagai maklumat diakses daripada pelbagai sumber.

RASIONALNYA
Memberi peluang kepada individu menguasai pelbagai maklumat. Menggantikan P&P guru dalam BD terutamanya guru yg terpaksa menghadiri kursus

CONTOH
Rich Internet Ria- sumber yg menyediakan modul pembelajaran kendiri secara atas talian (online) cth : Sekolah kluster sekolah yang cemerlang dalam klusternya dari aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Bagi menjamin kecemerlangan akademik muridnya, guru di sekolah kluster boleh menyedia sumber pemb. kendiri secara online sebagai akses tambahan supaya murid boleh meningkatkan penguasaan akademiknya. Akses pelbagai sumber ini bertepatan dengan sekolah kluster kerana terdiri drpd murid2 yang cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai