Anda di halaman 1dari 1

JASMANI

-Perkembangan jasmani kanak-kanak amat pesat semasa bayi. -Perubahan berlaku dari segi rupa dan fizikal. -Kanak-kanak pada peringkat 6 - 12 tahun merupakan kanak-kanak yang aktif perlu diberi peluang bersuara dan bergerak untuk gerak kerja mereka. -Kanak-kanak pada peringkat sekolah rendah mempunyai otot-otot yang belum matang. -Untuk itu, latihan pergerakan dan seni visual yang kerap akan dapat mematangkan pergerakan.

EMOSI
-Pada peringkat kanak-kanak, perkembangan emosi agak cepat dan sekata berbanding dengan keadaan semasa di peringkat prasekolah. - terkawal mula belajar mengenai emosi dan perasaan orang lain. -Melalui seni juga, dia akan dapat memahami dan meluahkan perasaan. Jika emosinya stabil ketika melukis dalam seni visual, lukisan yang dihasilkan akan cantik dan kreativitinya akan lebih menyerlah. -Begitu juga dalam permainan muzik: cara kanak-kanak itu bermain alat dapat dipantau. Jika kuat pukulan alat muzik, mungkin terdapat gangguan emosi. -Pada peringkat ini, guru perlu membuat penyesuaian dengan bentuk-bentuk emosi yang diingini dan tidak diingini.

ROHANI
aktiviti kerohanian dapat dibentuk iaitu dengan banyak menumpukan kepada aktiviti-aktiviti yang melibatkan kerohanian dan moral seperti: -Penggunaan senikata lagu; -Elakkan daripada mengutuk kanak-kanak. Sebaliknya, perbanyakkan kata-kata memuji dan menghormati kanak-kanak.

ESTETIKA

INTELEK
-Telah dapat menguasai konsep pengekalan tentang paduan nombor, berat dan padatan. -Penguasaan konsep ini membolehkan mereka menguasai susunan angka dan mengelaskan benda dengan berbagai-bagai cara mengikut kualiti seperti saiz dan berat. Penguasaan proses pemisahan diri pula membolehkan mereka memahami konsep pembalikan. Ini kerana mereka mempunyai semangat ingin tahu dan keinginan untuk terus belajar. -Pada peringkat 11 ke 12 tahun, berlaku perubahan daripada pengolahan secara konkrit kepada pengolahan secara formal

SOSIAL
Berdasarkan teori pembelajaran sosial oleh Albert Bandura elemen sosial akan terbabit kerana pembelajaran akan diperolehi dengan berdasarkan kepada: Melihat, Meniru, dan memerhatikan tingkahlaku orang lain. Peniruan juga boleh dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu: (a) Meniru Secara Langsung dan Tidak Langsung (i) Proses membolehkan kanak-kanak memerhatikan tingkah laku model semasa mengajar. (ii) Proses ini berlaku secara tidak langsung (b) Peniruan Melalui Sekatlakuan dan Ketaksekatlakuan (i) Peniruan sekatlakuan ini berlaku dalam keadaan yang tertentu, tetapi tidak sesuai dilakukan dalam keadaan atau situasi yang lain. (c) Peniruan Melalui Elistasi (i) Akan terus melakukan apa yang dilakukan oleh orang lain jika dia sudah mengetahui cara melakukan tingkahlaku tersebut.

- telah mula memahami aspek estetik di mana mereka boleh menilai konsep keindahan dan kecantikan. -Untuk itu, latihan- perlu diperbanyakkan supaya kanak-kanak dapat mempelajari konsep penghargaan terhadap sesuatu apa yang dilihat atau dilakukan. - Konsep perkongsian hendaklah ditekankan supaya konsep estetik dapat ditanam seterusnya.

Anda mungkin juga menyukai