Anda di halaman 1dari 3

JURNAL Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal : 4/8 : Keempat : 19 hingga 23 Ogos 2013

: Masalah Kawalan Kelas 2

1. Masalah Pada minggu ini masalah major yang saya hadapi adalah masih kawalan kelas bagi tahun 4 Cempaka. Pada 21 Ogos 2013, saya mendapat kunjungan mengejut dari pensyarah untuk memerhatikan pengajaran saya. Pada awal PdP, murid belajar dalam keadaan tenang. Tetapi bermula dari langkah 2 iaitu ketika aktiviti berkumpulan, ada murid yang tidak berpuas hati apabila kumpulan lain siap terlebih dahulu. Mereka memadam jawapan yang diberikan oleh kumpulan lain dan menulis nama kumpulan mereka bagi jawapan itu. Bermula dari hal ini, ada ahli-ahli kumpulan mulai bergaduh kerana memadam jawapan, ada yang berteriak dari belakang mengadu dan mengejek tentang perbuatan rakan sekelasnya itu. Pada ketika ini, kawalan kelas saya hampir tidak terkawal. Pendekatan yang saya ambil ialah dengan memberhentikan aktiviti kumpulan dan semua murid kembali ke tempat masing-masing. Saya diam, tanda menyuruh mereka diam.

2. Analisis Pada kebiasaannya murid akan lebih menjaga perangai mereka apabila guru diperhatikan oleh pensyarah, tetapi bagi kelas ini, mereka langsung tidak menghiraukan kedatangan pensyarah yang berada di belakang kelas. Hal ini kerana, pada sebelum ini mereka telah pernah belajar dengan guru-guru praktikum. Pemerhatian dari pensyarah adalah perkara biasa bagi mereka. Masalah ketika aktiviti berkumpulan bermula apabila ada kumpulan yang siap awal dan mereka menulis jawapan mereka di papan putih. Ini menyebabkan ada kumpulan lain yang meniru perkataan dan jawapan yang ditulis itu. Selain itu, budaya ejek-mengejek di dalam kelas juga mencetuskan kemarahan pelajar lain. Ini menjadikan masalah yang kecil menjadi semakin besar apabila lebih ramai murid yang terlibat. Bermula dari situlah, kawalan kelas saya semakin longgar.

3. Cadangan untuk Memperbaiki Saya perlu memberi arahan yang jelas dan terang kepada murid. Saya perlu memperbaiki kaedah memberi jawapan bagi aktiviti berkumpulan Saya perlu memberi peneguhan negatif kepada murid yang bertindak di luar kawalan. Saya perlu memberi pengajaran kepada murid yang mengganggu PdP, iaitu dengan mengasingkannya di hadapan atau belakang kelas selama 5 minit. Saya perlu memberi peneguhan positif kepada murid yang bersikap baik di dalam kelas supaya murid lain diberi motivasi untuk meniru perbuatan baik itu. Ketika aktiviti berkumpulan, saya perlu menetapkan peraturan disiplin, iaitu kumpulan yang paling berdisiplin akan dikira sebagai pemenang manakala kumpulan yang tidak berdisiplin walaupun jawapan mereka betul dan siap awal, mereka tidak dikira sebagai pemenang. Suara saya perlulah kuat dan tegas agar setanding malahan lebih kuat dari suara 35 orang murid. Saya perlu mendapatkan pensyarah, ilmu mengawal dan kelas dari guru-guru dan cuba

berpengalaman,

buku-buku

internet

mempraktikkannya di dalam kelas saya.

4. Tempoh Masa Saya akan cuba mengatasi masalah ini pada sesi pengajaran akan datang kerana kawalan kelas dan pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran, sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi dengan segera, sudah tentu objektif-objektif yang telah dirancang tidak tercapai sepenuhnya

5. Tindakan Susulan Semasa membuat perancangan persediaan mengajar, saya akan membuat objektif pembelajaran yang sesuai agar masa yang digunakan adalah sesuai dengan aktiviti yang dilakukan. Bagi masalah kawalan kelas, pada waktu menjawab soalan, saya akan menetapkan peraturan yang sesuai supaya murid tidak bertindak di luar batasan. Saya akan meninggikan sedikit tahap soalan agar murid mengambil sedikit masa untuk berfikir cara penyelesaian bagi soalan tersebut. Set induksi saya perlu sangat menarik supaya perhatian murid terarah kepada saya dan bukan kepada perkara lain.

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan : Nama Tarikh : :

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan : Nama Tarikh : :

Anda mungkin juga menyukai