Anda di halaman 1dari 3

JURNAL Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal : 3/8 : Ketiga : 29 Julai hingga 2 Ogos

2013 : Masalah Kawalan Kelas

1. Masalah Pada minggu ketiga, masalah major yang saya hadapi adalah kawalan kelas. Ketika mengajar Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bagi kelas 4 Dahlia (30 Julai 2013) saya hampir tidak dapat mengawal kelas. Percampuran jantina pada waktu PJ menyebabkan pelajar perempuan menjadi pasif dan pelajar lelaki menjadi terlalu aktif. Pada peringkat awal, pelajar lelaki kurang memberi perhatian terhadap apa yang dibincangkan. Apa yang mereka lakukan adalah bermain dan berbual sesama mereka. Hal ini sangat mendukacitakan saya. Ketika kelas Matematik bagi kelas 4 Kenanga, saya juga menghadapi masalah yang sama iaitu kawalan kelas. Disebabkan sikap beberapa orang pelajar yang nakal, kelas menjadi tidak tenteram. Hanya segelintir sahaja yang memberi perhatian, manakala yang lain masih sibuk dengan urusan mereka. Kegagalan kawalan kelas ini menyebabkan pengurusan masa saya juga gagal. Pada hari berikutnya, sedikit demi sedikit masalah ini berkurangan tetapi masih lagi ada dan masih lagi dalam proses pembaikan.

2. Analisis Masalah ketika kelas PJK timbul kerana percampuran jantina di dalam kelas. Kebiasaannya, kelas PJK adalah diasingkan mengikut jantina. Tetapi apabila ia digabungkan, murid perempuan menjadi malu dan murid lelaki menjadi hiperaktif. Dalam kelas matematik pula, masalah ini timbul kerana kegagalan saya memberi arahan yang jelas kepada murid tentang apa yang saya mahu mereka lakukan. Masalah kawalan kelas ini juga timbul apabila semua murid ingin berlumba-lumba menjawab soalan di hadapan kelas. Mereka menyebut saya cikgu berulang -ulang kali dengan suara yang kuat sehingga suara saya tenggelam dalam lautan suara mereka. Sekali lagi, hal ini menyebabkan pengurusan masa saya gagal.

3. Cadangan untuk Memperbaiki Saya perlu memberi arahan yang jelas dan terang kepada murid. Saya perlu menerapkan kaedah angkat tangan untuk menjawab soalan kepada murid. Suara saya perlulah kuat dan tegas agar setanding malahan lebih kuat dari suara 35 orang murid. Saya perlu mendapatkan pensyarah, ilmu mengawal dan kelas dari guru-guru dan cuba

berpengalaman,

buku-buku

internet

mempraktikkannya di dalam kelas saya. Bagi masalah mengurus masa, saya akan cuba mengurangkan aktiviti dalam setiap langkah bagi memastikan masa yang ada diguna adalah tidak terlebih.

4. Tempoh Masa Saya akan cuba mengatasi masalah ini pada sesi pengajaran akan datang kerana kawalan kelas dan pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran, sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi dengan segera, sudah tentu objektif-objektif yang telah dirancang tidak tercapai sepenuhnya

5. Tindakan Susulan Semasa membuat perancangan persediaan mengajar, saya akan membuat objektif pembelajaran yang sesuai agar masa yang digunakan adalah sesuai dengan aktiviti yang dilakukan. Bagi masalah kawalan kelas, pada waktu menjawab soalan, saya akan menerapkan kaedah angkat tangan mulut tidak berbunyi jika mahu menjawab soalan. Saya akan meninggikan sedikit tahap soalan agar murid mengambil sedikit masa untuk berfikir cara penyelesaian bagi soalan tersebut. Set induksi saya perlu sangat menarik supaya perhatian murid terarah kepada saya dan bukan kepada perkara lain.

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan : Nama Tarikh : :

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan : Nama Tarikh : :