Anda di halaman 1dari 2

c) Apa yang telah dicapai sepanjang praktikum?

Banyak perkara yang telah saya capai sepanjang praktikum dan aspek yang telah saya capai saya terangkan berdasarkan empat bidang tugas yang telah saya laksanakan. Untuk bidang tugas pertama iaitu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, aspek pertama yang telah saya pelajari adalah daripada aspek kawalan kelas menggunakan kawalan suara. Pada praktikum kali ini, suara saya kuat dan lantang banyak membantu saya menarik balik perhatian murid dan mengekalkan perhatian mereka. Namun saya perlu mengawal suara iaitu dengan mengawal intonasi agar unsur penegasan menggunakan suara tidak membosankan pelajar. Aspek kedua yang telah saya pelajari adalah dari segi bagaimana merancang P & P dengan baik dengan memahami kegunaan setiap fasa yang digunakan dalam model Lima Fasa Needham. Sebagai contoh, selama ini saya berpendapat bahawa fasa orientasi merupakan fasa untuk memperkenalkan tajuk pengajaran namun saya lupa bahawa fasa ini digunakan untuk menarik minat pelajar untuk fokus dalam P & P pada hari tersebut. Oleh itu, saya perlu merancang dan melaksanakan aktiviti untuk fasa orientasi ini dengan tujuan untuk menarik minat pelajar supaya mereka mempunyai semangat ingin tahu untuk mendorong mereka fokus di semasa P & P berjalan. Untuk bidang tugas yang kedua iaitu dari aspek pelaksanaan aktiviti GERKO, iaitu pelaksanaan latihan sukan, saya telah pelajari kepentingan ansur maju dan teknik lakuan untuk menguasai sesuatu kemahiran. Sebagai contoh, dalam acara lompat tinggi, saya dapati banyak pelajar yang ingin mencuba melompat palang tersebut berasa takut dengan palang dan melompat palang menggunakan belakang kerana tidak diajar teknik lakuan yang betul untuk melompat tinggi. Maka, dengan pengetahuan teknik teknik lakuan dan ansur maju lompat tinggi yang telah saya pelajari pada semester lepas iaitu untuk subjek Olahraga, saya membimbing pelajar pelajar tersebut ansur maju dan teknik lakuan yang betul. Aspek kedua yang telah saya pelajari adalah kepentingan motivasi kepada para pelajar untuk menambahkan usaha dan semangat untuk berlatih dengan gigih. Saya mendapati ramai pelajar turun untuk berlatih sukan dan tidak pernah putus bertanya sama ada latihan sukan berlangsung

atau tidak pada waktu petang. Ini adalah kerana apabila saya turun untuk bersama sama mereka berlatih, mereka bermotivasi dengan kehadiran guru. Kehadiran guru adalah penting kerana mereka perlu bimbingan dan pemantauan. Saya dapati juga mereka lebih bersemangat untuk berlatih setelah saya memuji mereka yang berjaya melakukan lompatan atau larian dengan baik. Untuk bidang tugas yang ketiga iaitu melaksanakan projek, saya mempelajari bahawa kita perlu membina hubungan yang baik dan ikhlas dengan murid. Hal ini adalah kerana semasa guru pelatih dikehendaki mencuci dan membersihkan tangga, murid murid yang mengenali kami datang untuk menolong kami membersihkan tangga tersebut dan mereka tidak mengenal erti letih bersama sama kami menghabiskan kerja tersebut. Aspek kedua yang telah saya pelajari adalah dari segi mengorsanisasikan kerja sebelum mengarahkan pelajar dan memulakan kerja. Hal ini adalah kerana di pertengahan kami melaksanakan kerja, kami terpaksa mengulang balik membersihkan tangga kerana pembersihan dari bahagian atas tangga belum dilakukan. Apabila dinilai balik kesilapan yang kami lakukan, kami mendapati bahawa kami tidak mempunyai arahan yang jelas dan teratur untuk melakukan pembersihan. Untuk bidang tugas yang keempat iaitu pelaksanaan tugas khas, apa yang telah saya pelajari daripada Teach In, kita harus mempunyai pelbagai pengetahuan dan tidak semestinya berpengetahuan dalam subjek yang kita ajar sahaja. Sebagai contoh, setelah menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru kepada kelas yang saya Teach In, murid murid mengajak saya menyanyi dan saya tergagap gagap menyanyi kerana saya tidak tahu lirik lagu yang mereka nyanyikan walaupun lagu itu popular. Oleh itu, saya perlu peka terhadap perkara perkara yang diminati oleh pelajar untuk membina hubungan yang baik dengan mereka.

Anda mungkin juga menyukai