Anda di halaman 1dari 12

SAYYID JAMALUDDIN AL-HUSSEIN @ SAYYID HUSSEIN JAMADIL KUBRA (1310-1453)

Sayyid Jamaluddin Al-Hussein atau Sayyid Hussein Jamadil Kubro[1] adalah salah seorang putera kepada Amir al-Muazhzham Syah Maulana Ahmad Sayyid (Ahmad Syah Jalal). Beliau adalah seorang 'patriach', induk atau nenek moyang kepada kebanyakan ulama di Nusantara, antaranya para Wali Songo. Beliau mempunyai sebelas orang adik beradik yang cukup terkenal dan tersohor di Patani, Jawa dan Samudera-Pasai[2]. Mereka adalah: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Sayyid Jamaludin al-Hussien Sayyid Muhyiddin Syah Sayyid Alaudin Abdullah Sayyid Amir Syah Jallal Sayyid Alwi Kutub Khan Sayyid Hasanudin Sayyid Qadir Binahsan Sayyid Ali Azamat Syihabudin Umar Khan Sayyid Sheikh Mohamad Arifin Syah atau Tok Kelumpang Al-Jarimi Al-Fatani 10. Sayyid Syeikh Mohamad Saman Syah Al-Fathani atau Syeikh Thanaudin Al-Fathani atau Dato' Adi Putra[3] 11. 12. 13. 14. Sayyid Nik Al-Fathani Syariff Qamaruddin Sayyid Majduddin Sultan Sulaiman al-Baghdadi[4]

Sekitar pertengahan abad ke 14 Masihi, Sayyid Hussein Jamadil Kubro telah meninggalkan India dengan membawa bersama tiga orang saudaranya iaitu Syarif Qamaruddin, Sayyid Majduddin dan Sayyid Thanauddin[5] untuk mengembangkan

dakwah Islamiyyah ke sebelah timur. Mereka menuju ke arah Kesultanan Samudera-Pasai di Sumatera Utara yang telah berkembang menjadi pusat Islam Nusantara menggantikan peranan Baghdad di Iraq yang mengalami kehancuran akibat penyerangan Tatar. Waktu itu Kesultanan Samudera-Pasai berada di bawah pemerintahan Sultan Alaiddin Ahmad Malik al-Zahir II (1326-1350) yang masyur itu. Baginda inilah sultan yang mendapat kunjungan dari Ibnu Batuttah pada tahun 1345 dan 1346 Masihi. Pada masa inilah Kerajaan Samudera-Pasai berada di puncak kecemerlangan dan kegemilangan sehingga menjadi terbilang di seluruh penjuru dunia, sehingga orang-orang Arab dan Eropah sendiri telah menamakan Pulau Sumatera bersempena nama Kesultanan Samudera ini, iaitu Samodra atau Samotra pada lidah Arab dan Sumatera pada lidah bangsa-bangsa Eropah. Menurut catatan Ustadz Dr Hilmi Bakar al-Mascaty[6] : Rombongan para Sayyid dari Kerajaan Islam Tughlug India ini mendapat sambutan dan penghormatan besar di Kerajaan Islam Pasai, karena mereka adalah para ulama dan maulana yang mengajar Islam. Apalagi Sultan Malik al- Zahir II dan ayahandanya, Sultan Malik al-Zahir I atau nendanya Sultan Malik al-Saleh adalah keturunan dari para Sultan Perlak (Maulana Sayyid Abdul Aziz Syah) dan Raja Jeumpa (Syahir Nawi-Shahriansyah Salman) yang kedua-duanya bertemu pada jalur Imam Jaafar Sadiq, cucu dari Sayyidina Hussein bin Fatimah binti Rasulullah SAW[7] Itulah sebabnya mengapa rombongan Sayyid Jamaluddin dan Maulana Malik Ibrahim mendapat sambutan dan penghormatan luar biasa oleh Sultan dan para petinggi Kerajaan Samudera-Pasai. Karena memang sebelumnya hubungan antara Kesultanan Samudera-Pasai dengan Kesultanan Delhi, sebagai negeri asal rombongan Sayyid Jamaluddin, sudah terhubung rapat yang dibuktikan dengan adanya ulama besar dari Delhi di Kerajaan Samudera-Pasai iaitu Maulana Amir Daulasa sebagaimana disebutkan Ibnu Batutah[8]. Mungkin saja kedatangan Sayyid Jamaluddin merupakan sebuah kelanjutan muhibbah antara Pasai dan Delhi. Maka tidak menghairankan apabila Sayyid Jamaluddin memilih Pasai sebagai tujuannya, kerana kebesaran Pasai sudah menjadi legenda dalam Kesultanan Delhi. Sebagaimana kedudukan Maulana Amir Daulasa pada Kerajaan Pasai, maka tidak diragukan bahwa Sayyid Jamaluddin dengan rombongannya, termasuk Grand Master gerakan Wali Songo di tanah Jawa, Maulana Malik Ibrahim, juga mendapat kedudukan terhormat di Kerajaan Pasai. Mereka telah menjadi tokoh-tokoh utama dan sentral yang mempengaruhi kebijakan Kerajaan Islam Pasai, khususnya pada zaman pemerintahan Sultan Malik al-Zahir II, atau penggantinya Sultan Zainal Abidin dan Sultan Salahuddin. " Peranan mereka bukan hanya sebagai tokoh agama saja, tapi juga mengurusi masalah-masalah politik internasional, membangun jaringan politik

internasional yang menghubungkan antara dunia Arab, Parsi, India, Cina dengan dunia Islam Nusantara yang berpusat di Kerajaan Islam Pasai. Di antara fokus mereka adalah mengembangkan kekuasaan Kerajaan Islam Pasai ke seluruh Nusantara agar menjadi patron bagi Kerajaan Islam di seluruh Nusantara. Kerana dengan semakin besarnya kekuasaan dan wilayah Kerajaan Pasai akan mempermudah gerakan Islamisasi Nusantara, termasuk strategi jitu untuk meredam perkembangan Kerajaan Buddha Siam di sebelah barat dan Kerajaan Hindu Majapahit di sebelah timur[9]. Bagaimanapun kelicinan pelaksanaan gagasan tersebut dalam Kesultanan Samudera Pasai menemui halangan yang besar apabila berlaku suatu peristiwa di luar jangkaan sejurus kemangkatan Sultan Malik az-Zahir dalam tahun 1350 Masihi. Putera yang menggantikan baginda, iaitu Sultan Zainal Abidin masih terlalu muda, maka tinggallah pemerintahan dalam tangan orang-orang besar kerajaan. Putera ini kemudian diculik oleh tentera Siam, dengan bantuan hulubalang Pasai yang khianat, kemudian di bawa ke istana Sukhothai. Orang-orang besar Pasai terpaksa datang menyembahkan 'bunga emas' ke negeri Siam, menghadap rajanya mohon diserahkan kembali Sultan Samudera-Pasai yang masih muda itu. Raja Siam mengizinkan dengan syarat Samudera-Pasai terus membayar ufti untuk masa-masa akan datang sebagai tanda takluk bawah kerajaannya, maka terpaksalah dituruti kemahuannya demi keselamatan Sultan Zainal Abidin. Belum pun pulih daripada peristiwa yang mengejutkan itu, datang pula serangan dari angkatan perang Majapahit. Baik hulubalang Samudera-Pasai mahupun tentera Siam tidak mempunyai cukup kekuatan untuk mempertahankan serangan tersebut sehingga menjadi lemah akibat pukulan hebat dari dua kuasa iaitu Kerajaan Buddha Siam dan Kerajaan Hindu Majapahit[10]. Mujurlah kesultanan tersebut masih mampu bertahan dan berfungsi terus sebagai pusat pancaran, rujukan, peradaban serta pendidikan Islam untuk waktu yang lama termasuklah dari Kesultanan Melayu Melaka yang mula tersinar bintangnya bermula akhir abad ke 14 Masihi. Natijah daripada dua peristiwa yang getir itu, maka pasukan alim-ulama yang gigih merencanakan program-program Islamisasi serta pengluasan politi Islam Nusantara dari markaz mereka dalam Kerajaan Samudera-Pasai terpaksa menukar strategi. Kebetulan waktu itu telahpun wujud suatu bentuk kerjasama diantara Kesultanan Samudera-Pasai dan Langkasuka (yang berada di bawah pemerintahan Raja Bharubhasa@ Sultan Mahmud). Kerjasama atau kesatuan yang dimaksudkan itu diberikan nama Negeri Chermin. Raja Bharubhasa yang diislamkan oleh seorang ulama Pasai mempunyai pertalian kekeluargaan dengan al-Marhum Sultan Malik az-Zahir, kerana adinda baginda yang bernama Puteri Chendana adalah permaisuri Sultan Samudera-Pasai

yang waraq itu[11]. Dan Raja Bharubhasa sememangnya mendambakan kesinambungan gagasan 'Pamalayu Kartanegara[12]' yang menguasai seluruh Asia Tenggara, lalu mengambil inisiatif mewujudkan empayar Chermin dalam tahun 1339 Masihi yang meliputi utara Semenanjung Tanah Melayu, Champa, SamuderaPasai dan berpusat di Langkasuka (di Patani)[13]. Raja Bharubhasa telah bergabung dengan Patih Gaja Mada dari kerajaan Majapahit untuk membina empayar besar di Nusantara menggantikan kuasa Srivijaya. Dalam tahun 1357 Masihi, Patih Gajah Mada dan Raja Bharubhasa telah berjaya menewaskan Siam, lalu mengisthtiharkan Kota Jiddah[14] di Kelantan sebagai ibukota empayar Majapahit Barat, sementara kepulauan Jawa menjadi Majapahit Timur.

Mungkin atas sebab inilah Sayyid Hussein Jamadil Kubra dan rakan-rakannya mengambil keputusan mengubah markaz mereka ke Kota Jiddah di Kelantan sekitar tahun 1350an, untuk bergabung dengan penguasa Islam baru yang kuat, iaitu Raja Bharubhasa, ipar kepada Sultan Malik az-Zahir Pasai, demi kesinambungan agenda Islamisasi Nusantara. Maka setelah mempersiapkan diri dengan berbagai perlengkapan dakwah, berangkatlah rombongan Sayyid Hussein Jamdil Kubro ke arah barat. Riwayat tradisional Kelantan menyebut bahawa sebelum sempat mendarat di Semenanjung Tanah Melayu, rombongan Sayyid Hussein Jamadil Kubro telah menghadapi ujian yang besar dari Allah SWT yang mana kapal yang mereka naiki hampir karam di lautan. Dalam keadaan yang getir itu Sayyid Hussein telah memanjatkan doa kepada Allah SWT supaya diselamatkan dan berikrar akan mendirikan sebuah masjid jika terselamat dari bencana karam itu. Sekonyong-konyong datang bantuan dari Allah SWT dalam bentuk sekawan ikan kekacang yang berpusu-pusu berenang ke bahagian kapal yang mengalami kebocoran lalu menyumbat diri masing-masing pada tempat yang terdapat lubanglubang air di kapal itu. Dalam masa yang sama, sekawan ikan kekacang yang lain telah menolak kapal itu sehingga selamat mendarat di Kampung Laut di Tumpat, Kelantan. Atas bantuan Allah yang menyelamatkan rombongan Sayyid Hussein dari musibah kapal karam, mereka terus bersujud dan bersolat sunnat dua rakaat sejurus mendarat. Belum pulih dari kejutan peristiwa yang hampir meragut nyawa rombongan Sayyid Hussein, tiba-tiba mereka dikejutkan sekali lagi dengan satu lagi pertolongan dari Allah SWT apabila muncul seekor tupai putih di hadapan Sayyid Hussein, lalu berlari pantas ke arah serumpun pohon buluh betong tidak berapa jauh dari situ. Tupai putih itu terus memakan umbut pokok buluh betong itu sehingga kenyang sebelum beredar puas.

Seperti kata pepatah orang tua-tua, 'pucuk dicita, ulam mendatang', kebetulan Sayyid Hussein dan saudaranya semua sedang kelaparan dan dahaga yang bersangatan selepas mengalami ujian getir sebelumnya, maka berkeinginanlah mereka untuk mencuba apa yang dimakan oleh tupai putih itu. Ekoran dari peristiwa ikan kekacang dan rebung buluh betong itu, kononnya Sayyid Hussein Jamadil Kubro telah bersumpah dan mewasiatkan anak-cucunya supaya jangan makan ikan kekacang dan rebung buluh betong bagi mengingati dan memuliakan peristiwa karamah dari Allah SWT tersebut. Sesiapa dari zuriatnya yang melanggar pantang-larang itu, biasanya akan terkena alahan, gatal-gatal atau hilang ingatan. Susulan daripada peristiwa 'Karam Di Laut' itu, maka sebagai memenuhi ikrarnya, Sayyid Hussein dan saudaranya telah mendirikan Masjid Kampung Laut [15]yang pertama; yang kemudiannya dipindahkan oleh kerajaan ke Nilam Puri, Kota Bharu sehingga sekarang ini. Sempurna pembinaan Masjid Kampung Laut, rombongan Sayyid Hussein terus belayar mudik ke hulu sungai sehingga sampai ke sebuah bukit yang dipanggil 'Bukit Panau'[16]. Mereka mendaki bukit tersebut sehinggalah sampai ke puncaknya waktu hampir Maghrib, lalu memulakan ritual amal ibadat dan bersuluk sehinggalah pada waktu hampir dinihari. Sekonyong-konyong bumi bergegar, angin bertiup kencang seolah-olah memberi petanda sesuatu yang luarbiasa bakal terjadi lagi. Dan benarlah tekaan rombongan Sayyid Hussein kerana dengan tiba-tiba malam yang gelap-gelita dan hitam pekat menjadi bercahaya kilau-kemilau. Hal ini mencetuskan kegemparan masyarakat sekitar Bukit Panau, lalu mereka beramairamai bergegas mendaki bukit tersebut untuk melihat apa yang berlaku. Belum pulih kejutan penduduk tempatan yang beragama Hindu-Buddha pada siang tadi kerana turut menyaksikan peristiwa luarbiasa yang dialami oleh rombongan Sayyid Hussein Jamadil Kubro (kisah ikan kekacang dan tupai putih), kali ini digemparkan pula dengan kejadian aneh di Bukit Panau yang tiba-tiba bersinar dengan cahaya kilau-kemilau yang begemerlapan. Dalam keadaan aneh, pelik dan bingung, masyarakat tempatan menjadi lebih tergamam apabila sejurus sampai di puncak Bukit Panau, berlaku satu dentuman yang amat kuat seolah-olah 'petir' yang cahayanya putih berkilau dan memancar terus dari rombongan Sayyid Hussein Jamadil Kubro menuju ke langit dan membentuk suatu imej yang menyerupai tudung saji yang digunakan oleh masyarakat Melayu. Secara spontan terpacul keluar perkataan 'kilat...kilatan' daripada penduduk tempatan sehingga riwayat menyebut dari situlah bermula asal nama Kelantan sampai sekarang ini. Selepas itu rombongan mubaligh tersebut meneruskan perjalanan sehingga sampailah ke Kota Jiddah, tempat persemayaman Raja Bharubhasa. Kedatangan

mereka disambut penuh mesra dan beradat, apatah lagi mereka bukan calangcalang orang, tetapi merupakan waris bangsawan dari Kesultanan Delhi dan pernah menjadi tamu istimewa pula kepada Kesultanan Samudera-Pasai tidak berapa lama sebelumnya. Justeru hanya beberapa bulan selepas ketibaan rombongan Sayyid Hussein Jamadil Kubro, langsung dinikahkannya dengan kaum keluarga Raja Bharubhasa. Isterinya yang pertama adalah adik perempuan Raja Bharubhasa sendiri yang bernama Puteri Linang Cahaya[17]. Dari perkahwinan ini beliau dikurniakan seorang putera yang bernama Sayyid Barakat Zainal Alam[18] dan seorang puteri yang bernama Siti Aisyah[19]. Pada kira-kira tahun 1355 Masihi Sayyid Hussein berkahwin pula dengan puteri Raja Champa (Sultan Zainol Abidin) yang bernama Puteri Ramawati. Daripada perkahwinan ini maka lahirlah Sayyid Ibrahim Asmoro@Sunnan Nggesik[20] yang tersenarai dalam kumpulan Wali Songo. Sewaktu umurnya hampir 80 tahun Sayyid Hussein sekali lagi dipertemukan jodoh, kali ini dengan Puteri Selindong Bulan iaitu cucu saudara kepada isterinya yang pertama iaitu Puteri Linang Cahaya. Puteri Selindung Bulan adalah puteri kepada Sultan Baki Syah ibni Raja Bharubhasa[21]. Kemudian Sayyid Hussein telah menukar nama Puteri Selindong Bulan kepada Puteri Syahirah. Daripada perkahwinan ini maka dalam tahun 1366 Masihi lahirlah Sayyid Ali Nurul Alam yang kemudiannya nanti menjadi Perdana Menteri Majapahit II di Kelantan bergelar Patih Aria Gajah[22] yang dikaitkan dengan beberapa peristiwa dengan Laksamana Hang Tuah. (Di Patani, Ali Nurul Alam terkenal dengan nama Sultan Qunbul setelah dilantik menjadi sultan di Patani Darussalam). Pada awal abad ke 15 Masihi Sayyid Jamaluddin atau Sayyid Hussein Jamadil Kubra telah menghantar anaknya Ibrahim Asmoro itu ke Tanah Jawa dangan disertai oleh anak Ibrahim, Maulana Rahmatullah (Sunan Ampel) dan Maulana Ishaq. Sunan Ampel bertanggungjawab merencanakan pembangunan kerajaan Islam pertama di Jawa, iaitu di Bintoro, Demak dan seterusnya telah memilih salah seorang anak muridnya, Raden Patah sebagai sultan pertama di kerajaan tersebut dengan gelaran Sultan Alam Akbar Al-Fattah. Dari zuriat Sunan Ampellah lahirnya tiga lagi dari kumpulan Wali Songo, iaitu Maulana Makhdum Ibrahim (Sunan Bonang), Syarifuddin Hasyim (Sunan Drajat), dan seorang puteri yang kemudiannya berkahwin dengan Raden Mas Syahid (Sunan Kalijaga), seorang wali dari suku Jawa asli yang juga tersenarai sebagai salah seorang dari kumpulan Wali Songo. Salah seorang putera Maulana Ishaq yang bernama Raden Paku (Sunan Giri) telah membangunkan Giri sebagai gerakan mujahid yang terkemuka dengan menyediakan para mubaligh yang bekerja keras menyatukan kerajaan Pulau Madura, Bawean, Kangean, Ternate dan Maluku di bawah panji-panji Islam.

Maulana Ishaq juga mempunyai seorang puteri bernama Syarifah Siti Maimunah (Siti Rubiah) yang kelak berkahwin dengan Sultanul Ariffin Syeikh Ismail (Pulau Besar, Melaka), sementara puterinya yang seorang lagi iaitu Syarifah Siti Sarah (Syarifah Siti Rodziah) pula berkahwin dengan saudara Syeikh Ismail yang bernama Sayyid Ibrahim[23]. Dari zuriat putera Sayyid Jamaluddin yang bernama Sayyid Ali Nurul Alam pula, lahirlah tiga putera yang sekali lagi menyumbangkan mubaligh-mubaligh mengikut teladan bapa saudara dan sepupu-sepupu mereka. Ketiga putera ini ialah Wan Hussein, Wan Abu Abdullah Umdatuddin@Wan Bo Tri-Tri dan Wan Alimuddin@Wan Demali[24]. Dari sinilah Ali Nurul Alam telah mempeloporkan gelaran Wan pada anak cucu keturunannya. Gelaran Nik dan Long juga adalah diasalkan dari anak cucu putera Nurul Alam dari zuriat Wan Abu Abdullah yang merupakan pengasas Kerajaan Champa dari dinasti ahlul-bait. Beliau juga menjadi moyang bagi keturunan yang mewarisi kerajaan Patani dan Kelantan. Seorang lagi tokoh yang juga tersenarai dalam kumpulan Wali Songo di Tanah Jawa, ialah Syarif Hidayatullah, tetapi lebih terkenal dengan gelaran Sunan Gunung Jati. Beliau merupakan putera Wan Abu Abdullah dan mengasas kesultanan Banten dan Cirebon. Putera Ali Nurul Alam yang bernama Wan Hussein pula bertanggungjawab mengasaskan sistem pondok di Patani . Dua orang puteranya, Wan Abu Yusuff (Chai-Ya-Ma-Fou-yan) dan Wan Abd Kadir (Kou Lai) telah berpeluang mewarisi kerajaan Champa dari bapa saudara mereka Wan Bo Tri-Tri. Wan Demali pula dihantar berdakwah ke kawasan Johor Riau (Pulau Bintang). Dari sini dapatlah disimpulkan bahawa ketiga-tiga putera Ali Nurul Alam ini telah menyumbangkan ramai para mubaligh dan raja-raja yang memerintah di beberapa wilayah Nusantara sebagaimana yang dipelopori dan dibuat oleh kebanyakan kerabat mereka yang lainnya dari keturunan Sayyid Jamaluddin AlHussein. Sesungguhnya Allah SWT telah memberi kemulian kepada cabang ahlulbait dari titisan zuriat Sayyid Jamaluddin yang telah memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam di beberapa bahagian Nusantara khususnya di Indonesia dan Tanah Melayu. Sayyid Alwi Thahir al-Haddad dalam bukunya Kitab Kuning, Pesantren (alHaddad 1403:8-11) ada mencatatkan seperti berikut:

Putera Syah Ahmad, Jamaluddin dan saudara- saudaranya konon telah mengembara ke Asia Tenggara.. Jamaluddin sendiri pertamanya menjejakkan kakinya ke Aceh (Pasai) dan Kamboja, Pattani kemudian belayar ke Semarang dan menghabiskan waktu bertahun-tahun di Jawa, hingga akhirnya melanjutkan pengembaraannya ke Pulau Bugis, di mana dia meninggal.

Sayyid Hussein Jamadil Kubro, seorang pendakwah gigih, wali besar dan induk kepada ramai alim-ulama Nusantara ditakdirkan menghadap Illahi di daerah Wajok, Sulawesi Selatan. Tahun kedatangannya ke Sulawesi adalah 1452M dan tahun wafatnya 1453M. Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh tokoh Islam yang besar ini. Ameen ya Rabbal 'alameen. [1]Nama lainnya ialah Sayyid Akbar dan Sayyid Jamaluddin Al-Akbar. Di Patani digelar juga dengan 'Abar' atau 'Ibar' yang bermaksud 'terlebih mempunyai kebajikan' atau 'terlebih banyak kebajikan'. [2]Pendapat lain menyebut adik beradiknya seramai 11 atau 13 orang. Penulis mencatatkan 14 nama di atas hasil kajian daripada beberapa sumber. [3]Syeikh Thanauddin terkenal sebagai tok guru kepada hulubalang Melaka yang hebat dan tersohor, iaitu Dato' Laksamana Hang Tuah. Beliau mempunyai beberapa gelar lain seperti Sayyid Muhammad Saman, Dato' Adi Putra dan Panglima Hitam.Beliau disebut sebagai ulama pertama yang sampai di Pulau Besar, Melaka, sebelum kedatangan rombongan Sultanul Ariffin Syeikh Ismail yang merupakan cicit kepada Sultanul Awliya Syeikh Abdul Qadir Jilani dari titisan Sayyidina Hassan RA. [4]Sultan Sulaiman pernah mendirikan sebuah kerajaan di Siam (Thailand), dikenali dengan gelaran al-Baghdadi, kemungkinan kerana pernah tinggal lama di Baghdad. Rujuk KH Ali bin Abdri Azmatkhan, KH Fathul Azhim Khatib Azmatkhan dll, manuskrip IKHAZI, Dari Sebuah Keluarga Untuk Umat (Latar Belakang Pendirian Ikatan Keluarga Azmatkhan al-Husaini Indonesia) [5]Riwayat lain mencatatkan kedatangan Sayyid Hussein dengan 6 orang adik beradiknya, menjadikan jumlah mereka 7 orang kesemuanya. Maka di Kelantan dan Patani mereka terkenal dengan gelaran 'Wali Tujuh'. dan Sayyid Hussein berperanan sebagai ketua bagi Wali Tujuh ini [6]Ustadz Dr Hilmy Bakar al-Mascaty,makalah Kerajaan Jeumpa Aceh; Kerajaan Islam Terawal di Aceh, Aceh Institute Organization (internet). [7]Pakar sejarah Aceh iaitu Sayyid Dahlan bin Abdurahman al-Habsyi telah mempeloporkan suatu teori alternatif kepada salasilah Raja-raja Samudera-Pasai yang menurutnya adalah sebenarnya berasal dari titisan ahlul-bait Rasulullah SAW kerana moyang kepada Raja-raja ini dari Kerajaan Perlak (dari dinasti Johan Berdaulat) yang bernama Syarianshah Salman Farisi dikatakan bernasab kepada Sayyidina Hussein bin Sayyidatina Fatimah binti Rasulullah SAW.

[8]Ibnu Batutah juga mencatatkan beberapa pembesar Kesultanan SamuderaPasai yang merupakan ulama atas angin, iaitu Amir Daulasa dari Delhi, Qadi Amir Said dari Shiraz dan ahli hukum Tajuddin dari Isfahan.

[9]Ibid [10]Prof Dr. Hamka, Sejarah Umat Islam, 1997, hlm 705-707 [11]Seorang lagi adindanya yang bernama Puteri Linang Cahaya bakal berkahwin dengan Sayyid Hussein Jamdil Kubro. Hj Abdul Halim Bashah, Raja Campa & Dinasti Jembal dalam Patani Besar (Patani, Kelantan, Terengganu), Pustaka Reka, 1994, hlm 34-37 [12]Suatu gagasan yang diilhamkan oleh kaum kerabat Raja Bharubhasa yang bernama Kartanegara (Kerajaan Singhasari 1268-1292M, mertua kepada pendiri empayar Majapahit Raden Wijaya), iaitu untuk meluaskan politik di seluruh Nusantara melalui persekutuan negeri-negeri serumpun dalam menghadapi ancaman dari musuh2 luar seperti tentera Mongol (Kublai Khan), Sukothai (Siam) dan Die Viet (Vietnam). [13]Hj Abdul Halim Bashah, op.cit, hlm 35 [14]Kota Jiddah terletak tiga batu dari Bukit Panau, kota tersebut telah terbenam ke dalam bumi dan ditenggelami air, kini dikenali sebagai Danau Tok Uban (jajahan Pasir Mas), Kelantan. Kota Jiddah yang bermaksud 'Permata menjadi ibukota baru bagi empayar Cermin selepas berpindah dari Kota Mahligai di Langkasuka (Patani) berikutan serangan Siam dari kerajaan Sukhotai. [15]Melalui firasat Saiyid Thanauddin (Sang Adi Putra) yang menjadi guru kepada cucu saudaranya Sunan Bonang dan Sunan Giri (serta Laksamana Hang Tuah), kononnya Masjid Kampung Laut ada hubungan dengan kebangkitan Islam di Nusantara pada suatu masa nanti. [16]Pada zaman dahulu kala, Bukit Panau merupakan aras tanda bagi kapal-kapal antarabangsa kerana bentuknya yang unik seperti piramid itu dapat dilihat dari laut ketika berada di perairan Laut China Selatan. Waktu itu Bukit Panau diakses melalui Sungai Kelantan yang berada di sebelahnya. Kapal-kapal mudah sahaja melalui Sungai Kelantan yang luas itu. [17]Selain Puteri Linang Cahaya, Raja Bharubhasa mempunyai 3 lagi saudara perempuan, iaitu Puteri Chandana yang berkahwin dengan Sultan Malikuz-Zahir ibni Sultan Malikussaleh, dari Kesultanan Samudera-Pasai, Che Siti Wan Kembang yang memerintah Tanah Sri Indah Sekebun Bunga (selatan Kelantan) dan Raja Devi Durga yang memerintah Lamuri di Aceh. [18]Abdul Halim Bashah, keratan akhbar, Menyingkap lembaran sejarah Kelantan -Pusat Perkembangan Dakwah Nusantara, Harakah, 16 April, 1993M. Rujuk juga manuskrip IKHAZI, Tim Penyusun, Dari Sebuah Keluarga Untuk Umat (Latar Belakang Pendirian Ikatan Keluarga Azmatkhan al-Husaini Indonesia), Laman Web www.azmatkhanalhusaini.com

[19]Puteri inilah yang kemudian nanti bakal berkahwin dengan Sheikh Khalikul Idrus dan melahirkan Radin Muhamad Yunus. Raden Muhammad Yunus berputerakan Pati Unus, Sultan Demak Kedua (1518-1521M). Ia adalah menantu Raden Patah, pendiri Kesultanan Demak. Pada tahun 1521 Masihi, Pati Unus memimpin penyerbuan ke Melaka melawan pendudukan Portugis. Pati Unus syahid dalam pertempuran ini dan dimakamkan di Pulau Besar.Pati Unus dikenal juga dengan julukan Pangeran Sebrang Lor kerana pernah menyeberangi Laut Jawa menuju Melaka untuk melawan Portugis. [20]Beliau mempunyai banyak nama lain seperti Ibrahim Asmarakandhi, Ibrahim alAkbar, Ibrahim al-Hakim, Ibrahim al-Hadrami al-Fatani, Ibrahim al-Ghazi, Sayyid Ibrahim Zainul Akbar, Sunan Ngessik, Zainuddin Al-Akbar Ibrahim, Karimul Makhdum dan Syarif Aulia. Syeikh Ibrahim Asmoro mempunyai banyak nama kerana giat berdakwah di seluruh pelosok Nusantara termasuk di Champa, Patani, Tanah Jawa dan Selatan Filipina (Sulu dan Mindanao). [21]Dalam tahun 1467 Masihi, kerajaan Siam telah berjaya menawan Empayar Chermin menyebabkan Sultan Baki Syah dan kaum keluarganya terpaksa berhijrah ke Champa yang merupakan kerajaan bersaudaranya. [22]Bezakan Patih Aria Gajah Mada Majapahit-Kelantan ini dengan Patih Gajah Mada di Majapahit-Jawa. Kedua-dua Gajah Madah ini adalah orang yang berbeza dalam zaman yang berbeza di tempat yang berbeza. Patih Gajah Mada Majapahit-Jawa (meninggal sekitar tahun 1364M) adalah seorang panglima perang dan tokoh yang sangat berpengaruh pada zaman empayar Majapahit yang berpusat di Jawa serta membantu mengantarkan Majapahit ke puncak kejayaan, khusus dalam masa pemerintahan raja Majapahit yang bergelar Prabu Hayam Wuruk (1350-1389M). Pada hari ini kerajaan republik Indonesia telah menetapkan Gajah Mada sebagai salah satu Pahlawan Nasional dan merupakan simbol nasionalisme serta persatuan Nusantara. Sedangkan Patih Aria Gajah Mada adalah nama gelar bagi Sayyid Ali Nurul Alam (lahir 1366M) yang berpusat di Patani. Beliau pernah berhijrah ke Champa untuk berdakwah di sana dan kemudian kembali ke Patani. Pernah menjadi Perdana Menteri bagi kerajaan Majapahit-Kelantan bergelar Sultan Qunbul. [23]Menurut waris Sultanul Arifiin Syeikh Ismail (Pulau Besar, Melaka) yang bernama Pak Syeikh Mohamad Din, Maulana Ishaq adalah mertua Syeikh Ismail. Beliau mempunyai dua isteri iaitu Puteri Sekardadu (yang melahirkan 4 orang anak termasuk Sunan Giri) dan Puteri Cempaka Biru Siti Fatimah yang melahirkan 7 orang anak termasuk Syarifah Maimunah dan Syarifah Siti Sarah. [24]Hj Abdul Halim Bashah (Abhar), Raja Champa & Dinasti Jembal dalam Patani Besar, hlm 70

Dipetik dari buku 'Ahlul-Bait (keluarga) Rasulullah SAW & Ulama-Umara di Alam Melayu', untuk maklumat lanjut, lihat pada bahagian Laman Utama>Biodata Penulis>Karya Penulis

Buku Kini anda boleh mendapatkan beberapa tajuk daripada buku-buku karangan kami dengan harga yang lebih rendah melalui pesanan dalam web ini.

Senarai tajuk dan harga buku-buku tersebut adalah: 1. Tajuk buku: 'Ahlul-Bait (keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu', (kulit lembut). Jika pesanan dibuat melalui laman web ini, harga buku hanya RM 40 sahaja (harga pasaran RM50) 2. Tajuk buku: 'Ahlul-Bait (family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates' (soft cover). Jika pesanan dibuat melalui laman web ini, harga buku hanya RM 50 sahaja (harga pasaran RM 60) 3. Tajuk buku: 'Ahlul-Bait Rasulullah SAW dan Ulama Umara di Alam Melayu' (kulit lembut). Jika pesanan dibuat melalui laman web ini, harga buku hanya RM 45 sahaja (harga pasaran RM 55) 4. Tajuk buku: 'Ketuanan Islam dan Pertuanan Raja-raja Melayu' (kulit lembut). Jika pesanan dibuat melalui laman web ini, harga buku hanya RM 50 sahaja (harga pasaran RM 60) 5. Tajuk buku: ''Tun Seri Lanang, Sejarah dan Warisan Tokoh Melayu Tradisional' (kulit lembut). Jika pesanan dibuat melalui laman web ini, harga buku hanya RM 40 sahaja (harga pasaran RM 50) 6. Tajuk buku: 'Menjejak Warisan Melayu Islam Beraja' (kulit lembut). Jika pesanan dibuat melalui laman web ini, harga buku hanya RM XX sahaja (harga pasaran RM XX)

7. Tajuk buku: 'Perang Bendahara Pahang 1857-1863; Menelusi Peranan British' (kulit lembut). Jika pesanan dibuat melalui laman web ini, harga buku hanya RM XX sahaja (harga pasaran RM XX). Untuk semua tajuk buku di atas, sila tambah RM10 untuk bayaran poslaju++ (Semenanjung Malaysia sahaja). Sila buat pembayaran anda pada akaun Maybank2u atas nama Suzana binti Othman, No akaun: 162106746392 dan hantarkan notifikasi pembayaran pada no bimbit berikut, iaitu : 013-3944609.

Anda mungkin juga menyukai