Anda di halaman 1dari 20

GMGM2013 Organisasi & Masyarakat ISI KANDUNGAN

TAJUK

MUKASURAT

ISIKANDUNGAN PENGENALAN DEFINISI TEORI FUNGSI DAN KEPENTINGAN TEORI TEORI X DAN Y OLEH DOUGLAS MC GREGOR CIRI-CIRI ORGANISASI YANG SESUAI DENGAN TEORI X DAN Y TEORI X DAN Y DALAM ORGANISASI BALAI POLIS JINJANG PENGURUSAN PENGETAHUAN BUDAYA ORGANISASI PRESTASI INDIVIDU PENGURUSAN PERUBAHAN ORGANISASI KESIMPULAN RUJUKAN

1 2-3 4 4-5 5-6 6 7 8-10 11-13 14-16 17-18 19 20

GMGM2013 Organisasi & Masyarakat Pengenalan Apabila dikaitkan dengan masyarakat, ia merujuk kepada satu bentuk kumpulan manusia yang melakukan pelbagai aktviti di dalam satu kelompok dan mempunyai persamaan dalam banyak perkara serta mempunyai satu hubungan yang baik antara satu sama lain. Manusia pada umumnya dilahirkan seorang diri, namun dalam kehidupan yang seterusnya mereka harus berkelompok atau bermasyarakat. Manusia tidak dapat berdiri sendiri tetapi mesti bergantung kepada orang lain. Manusia tanpa manusia yang lainnya sudah tentu tidak dapat menjalani kehidupan.Oleh yang demikian organisasi sosial manusia akan cuba mewujudkan diri dalam bentuk kelompok sosial di dalam hubungannya di antara manusia dengan manusia yang lain dan apa yang paling penting adalah reaksi yang wujud akibat hubungan-hubungan tersebut. Reaksi tersebut akan menyebabkan tindakan seseorang menjadi bertambah luas dan berkembang sehingga membentuk satu organiasi sosial. Manusia sejak dilahirkan sudah mempunyai dua hasrat atau keinginan utama iaitu:1. Keinginan untuk bersama-sama dengan manusia lain di sekelilingnya iaitu masyarakat; dan 2. Keinginan untuk menjadi satu dengan suasana alam sekelilingnya. Masyarakat adalah satu kumpulan manusia yang terikat dalam sesuatu kesatuan, bertindak secara intergrasi , tetap dan stabil.( Nadel : 1953).

GMGM2013 Organisasi & Masyarakat Masyarakat moden adalah masyarakat organisasi. Manusia organisasi merupakan satu kumpulan manusia yang paling dominan dalam masyarakat moden serta mempunyai pengaruh politik dan ekonomi serta strata sosial. Kemajuan teknologi komputer telah menyebabkan perubahan yang sangat ketara dalam kehidupan manusia. Teknologi komputer telah mengubah pola perhubungan manusia. Manusia semakin bebas dengan ikatan ruang dan waktu. Kehadiran internet telah mendekatkan hubungan antara manusia di seluruh dunia yang memiliki teknologi canggih tersebut. Kini manusia hidup dalam satu jaringan informasi yang cerdas (network intelligence). Walaupun kehadiran jaringan ini meluaskan lagi perhubungan manusia, tetapi pada dasarnya ia telah menyempitkan ruang hidup kemasyarakatan. Manusia sudah tidak perlu bersemuka untuk berhubung, dan secara perlahan-lahan semangat kemasyarakatan telah hilang sungguhpun dari segi pergaulan semakin luas. (Peter Drucker : 1986)

Oleh yang demikian, organisasi bolehlah dilihat sebagai satu perspektif di mana ia bergantung kepada kepentingan, dimensi kriteria dan skop kajian., organisasi adalah unit sosial (manusia) yang dibina atau dirancang semula bagi mencapai matlamat tertentu.( Etzioni : 1970)

GMGM2013 Organisasi & Masyarakat Definisi Teori Teori adalah penerangan, iaitu satu cubaan untuk menerangkan segmen-segmen

pengalaman. Keterangan lanjut yang diterangkan oleh teori ini disebut sebagai fenomena yang berkepentingan. Kerana di dalam Teori Organisasi, fenomena yang berkepentingan adalah di anggap sebagai sebuah organisasi.( Hatch: 1997:9) Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa teori adalah satu bentuk pemikiran yang cuba menerangkan atau mengandaikan sesuatu keadaan berdasarkan kepada apa yang pernah dilihat, dilalui, dirasai (pengalaman), dan mungkin juga andaian tentang sesuatu yang belum pernah terjadi.

Fungsi Dan Kepentingan Teori Terdapat beberapa fungsi teori yang dikenalpasti iaitu: i. Ia digunakan sebagai panduan dan rujukan terhadap apa yang bakal dikaji untuk mendapatkan satu hasil tertentu samada ianya baik atau sebaliknya. ii. Teori digunakan untuk meramal sesuatu keadaan pada masa hadapan dengan membuat pelbagai andaian-andaian yang berkaitan dengan subjek yang dikaji. iii. Apabila sesuatu objek dikenalpasti, teori berfungsi untuk mengesahkan perkara tersebut melalui penyelidikan atau kajian mengikut teori-teori yang dipilih. iv. Teori juga bertujuan untuk memberi gambaran kepada sesuatu perkara yang hendak dikaji.

GMGM2013 Organisasi & Masyarakat Oleh yang demikian, teori mempunyai satu peranan yang penting dalam mengkaji sesuatu perkara kerana teori digunakan dalam mendisiplinkan kajian secara teratur dan sistematik bagi mencapai hasil kajian dan keputusan yang boleh membawa kepentingan pada masaakan datang. Teori organisasi juga mempunyai kepentingan-kepentingan mengkaji sifat manusia dalam satu organiasi atau kelompok masyarakat. Antara kepentingan teori organisasi ialah: i. Menyediakan pemahaman dan penghargaan tentang apa yg berlaku dalam sesebuah organisasi; ii. Membantu seseorang itu untuk mendalami dan memahami aspek-aspek organisasi yang signifikan agar menjadi seseorang pemimpin yang baik. iii. Mengenalpasti pembolehubah-pembolehubah dan menyediakan model agar para pengurus tahu bagaimana untuk menganalisis dan menerangkan apa yang berlaku di persekitaran organisasi dan seterusntya membolehkan mereka melaksanakan fungsi pengorganisasian ke arah yang lebih berkesan iv. Mendedahkan pelbagai aspek kehidupan dalaman dan luaran organisasi.

Teori X dan Y oleh Douglas Mc Gregor Douglas Mc Gregor adalah merupakan antara ahli-ahli teori yang banyak membincangkan tentang teori organisasi. Teori ini telah mengkategorikan manusia dalam dua keadaan iaitu X untuk memerihalkan tentang keadaan individu yang lebih kepada sifat yang negatif dan Y pula menjurus kepada individu yang melakukan

GMGM2013 Organisasi & Masyarakat perkara-perkara yang baik dan positif. Di dalam sesebuah organisasi, Mc Gregor menyimpulkan bahawa seseorang pengurus dalam orgnasisasi akan melihat seseorang pekerja akan dapat dinilai daripada andaian tentang pekerja itu sendiri. Kemudian

pengurus tersebut akan cuba membentuk subkordinat mereka mengikut beberapa tret positif yang ada dalam diri pengurus itu sendiri.

Ciri-Ciri Organisasi Yang Sesuai Dengan Teori X Dan Y Secara umumnya, setiap organiasi mempunyai cara bagaimana mengkaji atau menila pekerja-pekerja dalam organiasai supaya sentiasa bergerak aktif dalam meklaksanakan tugas harian mereka supaya matlamat organisasi dapat dicapai. Dalam membentuk organiasai terdapat ciri umum yang perlu ada dalam sesebuah organasasi iaitu: 1. Sesebuah organisasi mempunyai sejumlah manusia yang berkerja didalam nya 2. Mereka yah didalam organisasi akan terlibat antara sayu sama lain dan juga sentiasa berinteraksi sesama mereka. 3. Setyiap individu-idividu dalam organisasi mempunyai sasaran peribadi mereka sendiri yang akan dijadikan sebagai alasan bagi tindakan-tindakan mereka didalam organisasi. Sebagai contoh, sekiranya individu itu hanya berkerja untuk mendapatkan gaji semata-mata, maka individu tersebut tidak akan cuba untuk memperkembangkan kerjayanya didalam organisasi itu sendiri. 4. Interksi antara manusia didalam dapat dilihat dari segi struktur yang terdapat dalam organisasi itu.

GMGM2013 Organisasi & Masyarakat Teori X dan Y dalam Organisasi Balai Polis Jinjang Balai Polis Jinjang adalah sebuah balai polis di Kuala Lumpur yang terletak di bawah pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul (IPPD Sentul). Walaupun ia terletak di bawah IPPD Sentul ia juga mempunyai sistem organisasi untuk melancarkan segala tugas yang dipertanggungjawab dibawah pentadbirannya. Balai Polis Jinjang mempunyai 4 buah balai polis yang beroperasi di bawah pentadbiran Balai Polis Jinjang. Dengan jumlah keanggotaan seramai 150 orang termasuk Ketua Polis Balai (KPB) jumlah tersebut kecil berbanding tugas-tugas yang perlu dilakukan setiap hari. Dalam pentadbiran Balai Polis Jinjang terdapat banyak bahagian seperti rekod maklumat, persenjataan, kaunter khidmat pelanggan, penilaian prestasi dan tugas am. Oleh yang demikian, setiap bahagian ini mempunyai bentuk atau cara penilaian mereka terhadap pekerja-pekerja mereka kerana jika dilihat dari segi tanggungjawab dan juga bidang tugas pekerja ini, mereka mempunyai bentuk tugas yang amat berbeza. Bentuk masyarakat yang ada di Balai Polis Jinjang sangat rumit. Disebabkan bentuk

tugas-tugas yang berbeza teori X dan Y digunakan untuk mengaitkan

masyarakat tersebut. Ia nya bukan hanya dinilai dari peringkat pekerja bawahan malah temasuk juga pegawai iaitu KPB sebagai pengurus di Balai Polis Jinjang ini. Oleh

yang demikian, dapat kita simpulkan apabila penilaian yang bakal dilakukan oleh pengurus seharusnya memastikan setiap pengurusan menggunakan teori X dan Y, akan wujud perbezaan dari segi bentuk penilaian tetapi menggunakan teori yang sama.

GMGM2013 Organisasi & Masyarakat Pengurusan Pengetahuan Pengurusan Pengetahuan diangggap sebagai satu konsep dan instrumen untuk merealisasikan objektif sesebuah organisasi. Di dalam mengejar pencapaian tersebut, penjanaan ilmu pengetahuan merupakan proses berterusan yang signifikan bagi menentukan kejayaan pengurusan dalam organisasi (Mandle dan Winkler, 2007). Hasrat inilah yang mendorong kerajaan Malaysia untuk melaksanakan pelbagai usaha dalam meningkatkan tahap kecekapan, ketelusan dan keberkesanan system

penyampaian perkhidmatan kerajaan (service delivery system). Menurut MAMPU (2006), usaha-usaha untuk meningkatkan system penyampaian perkhidmatan yang merentasi Agensi Kerajaan adalah untuk: Mengurangkan kerenah Birokrasi Penurunan dan perwakilan kuasa Perkhidmatan kaunter Pejabat Perkhidmatan Pelanggan Pelaksanaan Standard MS ISO 9000 Pengukuran Prestasi Memanfaatkan Penggunaan ICT Jika dilihat secara menyeluruh, usaha-usaha itu memerlukan penggembelingan sumber tenaga manusia (modal insan) secara efektif dan melalui proses perancangan yang diatur dengan rapi. Lebih penting lagi, peranan pengurus, eksekutif dan kakitangan sokongan memainkan peranan penting dalam mempastikan keberkesanan

perkhidmatan kerajaan. Komitmen kerajaan Malaysia dibuktikan dengan usaha

GMGM2013 Organisasi & Masyarakat melahirkan modal insan ulul albab berilmu, kompeten, kreatif, inovatif, mempunyai jati diri, berdisiplin dan mampu bersaing di pasaran kerja antarabangsa seiring dengan pelan induk Rancangan Malaysia Ke 9 (Mohamad Sofee Razak, 2007). Dalam konteks ini, pengurusan tidak boleh dipisahkan dari aspek kemanusiaan samada ilmu pengetahuan dan juga kemahiran. Oleh sebab itu kerajaan Malaysia telah menyediakan peruntukan sebanyak RM 4.1b kepada pembangunan modal insan dalam

mengembangkan pembangunan pendidikan. Pembangunan modal insan menjadi dasar dalam memastikan program pendidikan diberikan kepada rakyat bermula dari peringkat pra sekolah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Pengurusan Pengetahuan adalah merupakan pendekatan kepada modal insan (Human Capital) kerana ia berperanan besar dalam menentukan prestasi sesebuah organisasi. Dalam konteks lebih luas lagi, modal insan mencorak hala tuju Negara ke arah wawasan yang disasarkan. Tanpa sumber manusia berkualiti sesebuah Negara akan lemah kerana ketiadaan faktor manusia yang menjadi pencetus kepada inisiatif baru dalam kegiatan sosioekonominya. Bagi menghasilkan sumber insan dinamik, ia memerlukan proses pengisian minda dengan ilmu pengetahuan. Sumber manusia yang berilmu pastinya menjadi rebutan organisasi dan juga syarikat kerana menganggap mereka (kakitangan berilmu) adalah aset berharga. Dalam pengurusan Balai Polis jinjang ia dapat di bahagi kepada beberapa bahagian antaranya ialah pengurusan maklumat. Untuk menguruskan maklumat seseorang pekerja perlu meniliti dan menyelidik setiap perkara dan menyimpannya. Oleh yang demikian, dapat kita simpulkan apabila penilaian yang bakal dilakukan oleh pengurus

GMGM2013 Organisasi & Masyarakat seharusnya memastikan setiap pengurusan menggunakan teori X dan Y, akan wujud perbezaan dari segi bentuk penilaian tetapi menggunakan teori yang sama. Pengurusan Maklumat Teori X i. ii. Tidak mencari maklumat baru Maklumat tidak diperbaharui setiap masa iii. Melakukan kerja yang dianggap sebagai bidang tugas sahaja dan tidak cuba untuk membantu kerjakerja yang diluar daripada bidang tugas. iv. Maklumat yang diterima tidak disampaikan . iv. iii. i. ii. Teori Y Sentiasa mencari maklumat baru Mengemaskini maklumat setiap masa Sentiasa berusaha pelbagai inisiatif dalam mencari data yang diperlukan. Menyampaikan maklumat penting dan berguna supaya dapat digunakan dalam kerja hakiki.

10

Oleh itu, dalam Pengurusan Maklumat, Teori X dan Y ini dapat digunakan dalam menilai pekerja yang berada di bahagian ini dan dengan teori ini juga dapat mengkategorikan pekerja samada mereka sesuai datau tidak berkerja di tempat tersebut. Ini kerana dalam organisasi Balai Polis Jinjang pengurusan maklumat seperti maklumat jenayah, maklumat kerja serta maklumat peribadi adalah sangat penting dalam mencapai tahap pengurusan organisasi yang baik.

GMGM2013 Organisasi & Masyarakat Budaya Organisasi Semua organsasi mempuyai budaya yang tidak tertulis yang mendefinisikan standarstandar perilaku yang dapat diterima dengan baik maupun tidak untuk semua individu. Dan proses akan berjalan beberapa bulan, kemudian setelah itu kebanyakan individu akan memahami budaya organiasi mereka seperti, bagaimana berpakaian untuk kerja dan lain sebagainya. (Robbins, 1999 : 282) Fungsi budaya pada umumnya sukar dibedakan dengan fungsi budaya kelompok atau budaya organisasi, kerana budaya merupakan gejala sosial. Ada beberapa fungsi budaya(Ndraha, 997 : 21): 1. Sebagai identitas dan citra suatu masyarakat 2. Sebagai pengikat suatu masyarakat 3. Sebagai sumber 4. Sebagai kekuatan penggerak 5. Sebagai kemampuan untuk membentuk nilai tambah 6. Sebagai pola perilaku 7. Sebagai warisan 8. Sebagai pengganti formalisasi 9. Sebagai mekanisme adaptasi terhadap perubahan 10. Sebagai proses yang menjadikan bangsa kongruen dengan negara sehingga terbentuk nation state

11

GMGM2013 Organisasi & Masyarakat Sedangkan menurut Robbins (1999:294) fungsi budaya didalam sebuah organisasi adalah : 1. Budaya mempunyai suatu peran menetapkan tapal batas 2. Budaya berarti identitas bagi suatu anggota organisasi 3. Budaya mempermudah timbulnya komitmen 4. Budaya meningkatkan kemantapan sistem sosial

12

Kebiasaan pada saat ini, tradisi, dan cara-cara am untuk melaksanakan pekerjaan kebanyakan berasal dari apa yang telah dilaksanakan sebelum ini dan tahap kejayaan dari usaha-usaha yang telah dilakukan. Ini membawa kita kepada sumber utama dari budaya sebuah organisasi iaitu para pengasasnya.

Pengurus organisasi secara tradisional mempunyai kesan yang penting dalam pembentukan budaya awal organisasi, kerana pengurus tersebut adalah orang-orang yang mempunyai idea awal, mereka juga biasanya mempunyai bias tentang bagaimana idea-idea tersebut harus dipenuhi. Menurut Robbins (1999: 296) Budaya organisasi merupakan hasil dari interaksi antara i. ii. Bias dan andaian pengasasnya Apa yang telah dipelajari oleh para ahli pertama organisasi, yang dilantik oleh pengasas

GMGM2013 Organisasi & Masyarakat Budaya Organisasi Teori X i. ii. iii. Datang kerja lewat Berehat terlalu lama Mencari alasan untuk tidak datang bekerja iv. Banyak bercakap daripada membuat kerja v. Selalu cuba mengelak daripada menerima kerja lebih vi. Melayan pelanggan dengan bersahaja dan tidak mesra pelanggan. vii. Hanya berkelakuan baik dengan pelanggan apabila ketua berada di kawasan kaunter. viii. Berkelakukan kurang sopan dengan pelanggan dan sentiasa memarahi pelanggan. ix. Sentiasa berada dalam keadan tidak puas hati dengan sistem kerja yang ada. ix. viii. vii. vi. v. iv. i. ii. iii. Teori Y Datang kerja lebih awal Mengutamakan kerja Menganggap kerja merupakan tanggungjawab penting Memastikan kerja sentiasa teratur sebelum membuka kaunter kepada pelanggan. Melayan pelanggan dengan sebaik mungkin dan ikhlas membantu sekiranya diminta. Tidak memerlukan arahan dan juga pemantauan yang kerap. Tahu akan prosedur kerja dan sentiasa menjaga tingkaghlaku di depan kaunter. Tidak mengaggap kehadiran pelanggan adalah satu beban kerja baginya. Mewujudkan susasana mesra dengan pelanggan dan memastikan pelanggan berpuas hati dengan

13

GMGM2013 Organisasi & Masyarakat Prestasi Individu Penilaian prestasi memberikan sumbangan yang besar kepada hak dan cara sesebuah organisasi untuk merancang masa depannya yang berkaitan dengan faktor-faktor kemanusiaan. Untuk mencapai matlamat ini setiap pekerja haruslah melibatkan diri kedalam suatu program pengembangan yang berterusan. Ianya dapat mempertingkat keupayaan seseorang penyelia menilai orang bawahan dengan tepat. Dengan itu keputusan kenaikan gaji, pengessahan jawatan, pangkat dan pengagihan tugas akan menjadi lebih mudah dan tidak mengecewakan pekerja. Ini kerana pekerja mengetahui kedudukan dan apa yang diharap dan dijangkakan oleh mereka daripada pekerjaannya. Kalau dahulunya penilaian prestasi dianggap begitu mustahak, tetapi akhir-akhir ini ia dianggap terpenting. Kepentingan tugas penilaian prestasi hendaklah dipandang sebagai satu tanggungjawab dan amanah seorang penyelia dan usaha-usaha yang tinggi hendaklah dicurahkan kepadanya. Ia seharusnya bukan dianggap satu proses yang perlu dilakukan sekaligus, tetapi adalah satu proses tanggungjawab berterusan. Oleh yang demikian proses penilaian prestasi bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah oleh semua penyelia. Ia memerlukan kerjasama dari semua peringkat dalam sesebuah organisasi. Ia perlu diterima, difahami, dan dikendalikan dengan penuh dedikasi, kejujuran dan keikhlasan oleh semua yang terlibat seperti penyelia, jabatan personel dan pekerja, kerana mereka perlu mempunyai keyakinan penuh dalam memastikan keberkesanan dan kebaikan system tersebut. Lantaran persoalan terhadap kualiti dan integriti menjadi teras untuk Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dalam penghasilan kerja mereka.Keperluan PDRM untuk berada di

14

GMGM2013 Organisasi & Masyarakat peringkat terbaik adalah sangat penting kerana kumpulan ini adalah hati dan jantung kearah menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara maju pada tahun 2020 (Abdul Karim, 1999) Satu perubahan berlaku sekarang ini bahawa pucuk pimpinan PDRM kini telah menitikberatkan kepada penilaian informal disamping cara penilaian bersistematik. Sistem penilaian prestasi dinilai menggunakan borang-borang tertentu dan nilaian dibuat secara objektif. Nilaiaan atau penilaian prestasi dalam PDRM juga dipanggil laporan sulit. Ia juga menggunakan borang yang standard yang dipanggil Polis 160 (POL 160). Kesemua ketua (pangkat kopral dan keatas) diwajibkan membuat teguran dan tunjuk ajar secara spontan supaya sesuatu kesilapan dan kesalahan itu tidak berlaku secara berterusan. Namun tidak semua ketua itu telah bersedia dan mampu memikul tanggungjawab tersebut samada disebabkan sikap negtifnya atau takut pada tindak balas daripada anggota yang dinilai atau mereka tidak mempunyai keyakinan diri. Penilaian prestasi di alam pekerjaan, mengambil kira berbagai variasi yang mana kadangkala di luar kemampuan dan kawalan seseorang pekerja. Dengan ini sudah tentunya mempengaruhi kelakuan dan hasil kerja seseorang pekerja. Dengan lain perkataan, jenis penilaian prestasi yang digunakan tidak akan dengan sendirinya menjamin kejayaan hasil penilaian. Faktor-faktor seperti kecekapan dan kebijaksanaan pegawai penilai di dalam membuat penilaian itu boleh menghasilkan penilaian yang bersifat objektif. Penilai-penilai yang membuat penilaian menurut kenyataan adalah sama genting seperti sistem yang bersifat objektif. Selain dari membuat penilaian yang objektif atau menurut kenyataan yang sebenar, pegawai-pegawai penilai juga

15

GMGM2013 Organisasi & Masyarakat memainkan peranan sebagai penemuramah, jurulatih dan penasihat. Melainkan mereka menerima latihan-latihan yang sesuai bagi peranan yang berkenaan sistem penilaian mungkin tidak akan memberi hasil sepertimana yang diharapkan. Oleh sebab itu penilaian prestasi haruslah dipandang oleh semua yang terlibat sebagai satu alat bagi perhubungan dan pembangunan sumber manusia serta bukan merupakan satu beban atau sebagai satu peluang untuk menunjukkan kuasa dan bertindak sebagai hakim.

16

Prestasi Individu Teori X i. Keputusan penilaian prestasi tidak ditunjukkan kepada individu ii. Menilai prestasi berdasarkan penilai pertama iii. Mengambil kira kesalahan lampau dalam penilaian iii. ii. i. Teori Y Menunjukkan keputusan penilaian prestasi kepada individu Menyelidik secara terperinci sebelum membuat penilaian Tidak berdendam terhadap individu yang dinilai.

GMGM2013 Organisasi & Masyarakat Pengurusan Perubahan Organisasi Tiada sesuatu di dunia ini yang kekal atau tidak berubah. Tekanan arus perubahan telah meningkat secara dramatik dalam tahun-tahun kebelakangan ini dan menunjukkan tanda akan berterusan meningkat. Persekitaran di mana Perkhidmatan Awam beroperasi sekarang telah banyak berubah. Ini termasuklah jenis pelanggan, pekerja, sektor swasta, sistem maklumat dan sebagainya. Pelanggan-pelanggan Perkhidmatan Awam kini lebih bermaklumat dan mempunyai pengharapan yang lebih tinggi terhadap kualiti, kecekapan dan keberkesanan khidmat yang diberikan. Ini menuntut kepada satu perubahan pemikiran dan budaya kerja setiap agensi kerajaan. Perubahan persekitaran sama ada dalaman dan luaran organisasi yang menuntut dan mendesak kepada perubahan pengurusan agensi kerajaan dengan lebih kerap, tetapi bentuk dan cara perubahan mungkin lebih bertambah komplek. Oleh itu adalah agak sukar untuk membuat semua jenis perubahan berjalan dengan lancar sebagaimana yang dirancang dan mampu memberi pengalaman yang menarik kepada semua orang. Namun, sentiasa ada kemungkinan kepada pendekatan mengurus perubahan dengan cemerlang, mengenal pasti situasi perubahan dan memilih cara terbaik untuk mengurus perubahan. Oleh yang demikian, setiap pengurus agensi perkhidmatan awam perlu menyediakan diri untuk mengambil bahagian dan memimpin perubahan tersebut. Bagi menjadi pengurus yang bersedia untuk memimpin perubahan, bermakna mereka perlu: menerima perubahan sebagai satu lumrah dalam kehidupan, memahami kesan perubahan ke atas organisasi dan staf, berkeupayaan untuk mengenalpasti keperluan untuk berubah dan akhirnya berkompetansi untuk mengurus perubahan dengan

17

GMGM2013 Organisasi & Masyarakat cemerlang iaitu merancang, melaksana dan menilai perubahan. Dengan lain perkataan, persediaan minda untuk menerima perubahan dan berubah adalah titik mula kepada proses mengurus perubahan dengan cemerlang.

18

Perubahan tidak patut dilakukan hanya berdasar alasan orang lain sudah berubah, tetapi ia perlu menjadi sebagai salah satu strategi untuk mencapai misi dan visi organisasi. Secara umumnya organisasi berubah adalah disebabkan untuk memberi respon kepada cabaran yang datang dari persekitaran luar organisasi seperti faktor pelanggan dan stakeholder, politikal, perundangan, ekonomi, sosial, teknologi dan alam sekitar. Namun permintaan untuk berubah boleh juga datang dari persekitaran dalaman organisasi seperti contoh perubahan mandat, perubahan pucuk pimpinan, perubahan personal, ketidakpuasan cara bekerja sekarang, keinginan untuk terus meningkatkan kecekapan dan keberkesanan kerja dan lain-lain lagi. Setiap perubahan tersebut mungkin menyeronokan atau mungkin boleh memberi ketidakselesaan atau kesusahan pada organisasi berkenaan. Kesimpulannya,setiap perubahan organisasi itu perlu diurus dengan sebaik-baiknya. Pengurusan Perubahan Organisasi Teori X i. Membuat perubahan kerana orang lain berubah ii. Menganggap pengurusan sentiasa dalam keadaan terbaik iii. Tidak ingin melihat perubahan iii. ii. i. Teori Y Mengenalpasti masalah, potensi krisis, atau peluang Untuk mencapai visi dan misi yang ditetapkan Implementasi perubahan

GMGM2013 Organisasi & Masyarakat Kesimpulan Adalah mustahil bagi msayarakat yag berada dalam sesebuah organisasi melakukan pembentukkan struktur dan sistem tanpa menggunakan kaedah-keadah serta teori-teori yang dapat membantu mereka dalam mewujudkan satu bentuk organisasi yang mencapai matlamat. Kita mengetahui organisasi adalah entity sosial yang mempunyai tujuan dan harapan dalam menjdaikan matlamat sebagai pegangan mereka, tetapi jika kajian dan juga penggunaan teori-teori tidak dianggap sebagai satu elemen penting, maka perubahan tidak akan berlaku.oleh yang demikian penggunaan teori-teori perlu dilakukan bagi mendapatkan satu bentuk penyelsaian, harapan, perancangan masa depan di dalam sesebuiah organisasi. Mungkin teori X dan Y merupakan satu teori yang boleh dianggap membatu dalam melaksanaka perubahan dalam masyarakat organinasi, tetapi teori-teori lain juga turut membantu akan perubahan yang diinginkan oleh masyarakat di dalam sesebuah organisasi. Jadi jelas bahawa, teori boleh dianggap sebagai datu panduan kepada kajia-kajian ayang akan dilakukan sesuai dengan persekitraran yang wujud dan juga keperluan untuk perubahan dalam organisasi.

19

GMGM2013 Organisasi & Masyarakat Rujukan

20

Abdul Karim M.R. (1999). The Challenging of Malaysia Public Service. Kuala Lumpur: Pelanduk. Mondy R.W (1990) Human resource management. Boston:Ally and Bacon

Black, J., & Gregersen,H. (2002) Leading Strategic Change. New Jersey: Prentice-Hall.

Sutrisno Edy, (2010), Budaya Organisasi, Kencana Prenada Media Group Jakarta Elias, Awad (2007), Managing Corporate Knowledge: The Hidden Secrets, Knowledge Management Workshop, 13-15 Nov. 2007, Shah Alam: UiTM.

http://smktk6sarjana2010.blogspot.com/2010/08/jabatan-pengurusan-pdrm.html http://www.geocities.com/nikzafri/k.htm, http//www.media-acess.com/whatis.html