Anda di halaman 1dari 14

1.

Pengenalan

Menurut Anisah Bahyah Haji Ahmad (2006), Pendidikan merupakan perkara penting untuk mencapai kesejahteraan dan kesempurnaan hidup manusia. Ia menjadi asas dalam membina ilmu pengetahuan bagi membentuk diri dan masyarakat yang lebih dinamik serta terdidik dari sudut fizikal dan spiritual. Ia merupakan suatu proses yang mengandungi unsur-unsur

pengajaran, latihan, bimbingan dan pimpinan dengan tumpuan khas kepada pemindahan pelbagai ilmu, nilai agama dan budaya serta kemahiran yang berguna uuntuk diaplikasikan oleh individu seperti guru kepada murid atau individu yang memerlukan pendidikan itu. Menurut Mook Soon Sang (2008), Pendidikan itu bermula dari peringkat kanak-kanak lagi, kita sebenarnya mengalami proses pendidikan dari semasa ke semasa, sama ada secara formal atau tidak formal. Semasa kecil lagi kita mempelajari kemahiran menggunakan deria-deria serta anggota tubuh badan untuk mengetahui dan menyesuaikan diri dalam alam sekitar kehidupan. Pada masa kini, pendidikan adalah sangat penting kepada semua individu,, menurut Hassan Langgulung (1991), pendidikan adalah sebagai jalan untuk menambah dan memindahkan nilai kebudayaan kepada individu dalam masyarakat. Pendidikan juga sebenarnya memainkan peranan penting dalam pembangunan Negara., Dato Sri Mohd Najib,(2012) berkata bahawa Pendidikan Ialah

penyumbang utama pembangunan modal social ekonomi Negara. ia juga adalah merupakan pencetus preativiti dan penjana inovasi yang melengkapkan generasi muda dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran kerja dan menjadi pengupaya perkembangan ekonomi keseluruhannya. Sehubungan dengan itu, kerajaan perlu memastikan sistem pendidikan begara berfungsi secara berkesan untuk menjayakan Model Baru Ekonomi, Program Transformasi Kerajaan yang menjadi asas perkembangan ekonomi Negara dalam persaingan ekonomi global.

Oleh yang demikian, pendidikan boleh dirumuskan sebagai proses kesinambungan yang dilalui oleh manusia dengan cara bimbingan, latihan dan didikan khususnya berkaitan dengan perkembangan intelek, kerohanian, jasmani,social dan estetika. Dalam erti kata lain pendidikan boleh dilihat sebagai pewarisan kebudayaan dan pengembangan potensi-potensi individu pada diri manusia untuk menjadikanya sebagai manusia yang berilmu, berakhlak, sihat, berbudaya, berseni, berguna dan bertanggungjawab. Bagi memastikan setiap individu memperoleh pendidikan, maka terdapat satu organisasi yang berjuang untuk memastikan tidak ada yang tercicir dari memperolehkan pendidikan iaitulah yang dinamakan sebagai UNESCO. UNESCO telah menggariskan empat pilar sebagai panduan kemana arah tuju pendidikan yang dilaksanakan oleh Negara-negara yang terlibat dan bersatu dalama UNESCO.

2.0

Sejarah penubuhan UNESCO

United Nations Educational, Scientifin and Cultural Organization atau nama singkatannya UNESCO ditubuhkan pada tanggal 16 Nobember 1945, dan berpusat di Paris. Ia merupakan sebuah organisasi yang dibentuk untuk tujuan keamanan dan keselamatan dengan mempromosikan kerjasama antara Negaranegara yang bersifat antarabangsa melalui pendidikan, sains dan juga budaya. Keutamaan yang telah diketengahkan oleh UNESCO ialah tentang pendidikan untuk semua dalam pembelajaran sepanjang hayat.

Menurut Syed Ismail (2013) Sebanyak 192 buah Negara telah menyertai UNESCO dan Negara kita Malaysia yang tercinta ini juga turut menyertai UNESCO pada tanggal 16 JUN 1958, iaitu di setelah 13 tahun setelah tertubuhnya UNESCO dan setelah Negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Penyertaan Malaysia adalah untuk memastikan kepentingannya

dalam memajukan sektor teras UNESCO iaitu pendidikan, sains, kebudayaan dan komunikasi terus terpelihara.

3.0

EMPAT TONGGAK PENDIDIKAN UNESCO

Pada tahun 1996, UNESCO telah menetapkan 4 (empat) pilar pendidikan. Keempat-empat pilar pendidikan seperti dalam gambar rajah dibawah ini perlu diperhatikan secara bersungguh-sungguh oleh pengelola dunia pendidikan termasuklah Negara kita iaitu Malaysia.

Belajar untuk harmoni dan bekerjasama (Learning to live together)

Belajar untuk Menguasai Ilmu (Learning to know)

Tonggak Pendidikan UNESCO Belajar untuk menjadi insan berguna (Learning to be) Belajar untuk menguasai kemahiran (Learning to do)

Rajah 1A : Empat Tonggak Pendidikan UNESCO

3.1

BELAJAR UNTUK MENGUASANI ILMU

Penguasaan ilmu adalah sangat penting. Ia merupakan factor utama pembelajaran. Menurut Noriati A Rashid (2010), belajar untuk menguasai ilmu merupakan factor pembelajaran utama dimana manusia perlu untuk memahami dunia sekeliling mereka supaya dapat memperkembangkan kemahiran kerjayanya serta berkomunikasi dengan orang lain. Dalam usaha untuk menguasani ilmu, peranan guru amat penting untuk menyampaikan ilmu kepada murid. Dalam pengajaran dan

pembelajaran, terdapat pelbagai cara untuk guru membuat penyampaian yang berkesan. Antaranya ialah dengan penggunakan bahan bantu mengajar seperti gambar, bahan Maujud, bahan 2D dan 3D. Disamping itu, guru boleh mengaplikasikan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam penggunaan ICT P&P akan menjadi lebih menarik dan murid lebih rasa seronok. Selain itu, pengajaran dan pembelajaran juga akan menjadi lebih berkesan sekiranya guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran itu dengan berpusatkan kepada murid. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru yang berpusatkan murid ialah seperti aktiviti bercerita, permainan, perbincangan dan lakonan. Dalam belajar untuk menguasai ilmu, ia sebenarnya memberi implikasi terhadap belajar bagaimana untuk belajar (learning how to learn) dengan memperkembangkan tumpuan, kemahiran ingatan dan kemahiran untuk murid berfikir. Mempelajari teknik-teknik untuk belajar adalah sangat penting kepada murid kerana ia merupakan factor penting untuk murid memahami sesuatu dengan mudah dan berkesan sehingga berjaya menguasai ilmu tersebut.

Walau bagaimanapun, guru seharusnya sentiasa peka dengan hal keadaan semasa dengan mengikut trend perubahan dalam dunia ledakan maklumat dan mengemas kini pengetahuan yang baharu supaya murid menerima pengetahuan terkini yang mampu untuk bersaing standing dengan orang lain dalam era berteknologi tinggi. Contohnya pada masa kini pembelajaran menggunakan ICT adalah lebih berkesan berbanding pengajaran guru menggunakan kaedah lama iaitu cholk and talk.

3.2

BELAJAR UNTUK MENGUASAI KEMAHIRAN

Dalam pendidikan, murid bukan sahaja perlu perlu belajar ilmu pengetahuan tetapi juga untuk menguasai kemahiran. Apa yang dimaksukan ialah kemahiran-kemahiran yang membolehkan untuk

mereka aplikasikan pada masa akan datang iaitu dalam apabila masuk dalam dunia pekerjaan. Menurut Noriati A Rashid (2010), Pendidikan seharusnya dapat menyediakan peluang kepada murid untuk menguasai nilai-nilai peribadi seperti kemahiran-kemahiran insaniah atau kemahiran interpersonal. Selain itu, kemahira-kemahiran lain juga amat penting seperti kemahiran untuk berkomunikasi, kemahiran berpasukan dan kemahiran

menyelesaikan masalah. Pada masa kini cabaran bagi murid adalah sangat tinggi. Mereka perlu tahu bagaimana untuk memahirkan diri dalam kompetensi peribadi agar dapat memberikan perkhidmatan terbaik kerana dalam kebanyakkan Negara perindustrian, hampir 70-80% penduduk melibatkan sektor perkhidmatan (UNESCO). wujudnya kumpulan kecil, jaringan dan pakatan adalah menunjukkan bahawa kemahiran interpersonal adalah sangat

pendting sebagai satu kriteria dalam permohonan pekerjaan. Maka, pendidikan dalam Negara harus dapat membentuk kompetensi peribadi murid berasadkan suatu gagasan kemahiran-kemahiran teorikal dan juga

praktikal

serta

digabungkan

dengan

kemahiran-kemahiran

dalam

penyelesaian masalah, membuat keputusan, inovatif dan berpasukan.

Kemahiran tentang sesuatu perkara tidak akan dapat dikuasai oleh murid tanpa ada guru yang membimbing mereka. Oleh yang demikian, peranan guru dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sangat penting. Pada peringkat ini guru boleh membuat pelbagai aktiviti Hands-On kepada murid seperti membuat eksperimen dalam mata pelajaran yang sesuai seperti sains, membuat model-model dalam mata pelajaran kemahiran hidup dan lain-lain seperti membuat pertandingan reka cipta. Selain itu, murid perlu dilibatkan juga dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum melalui kelab dan persatuan yang ada di sekolah seperti kelab seni mempertahankan diri seni silat atau tek kwon do, kelab memasak untuk memperoleh kemahiran memasak, kelab,kemahiran hidup untuk mendapatkan kemahiran seperti pertukangan, kelab renang untuk mendapatkan kemahiran berenang, kelab kembara untuk belajar kemahiran survival dalam hutan, persatuan bahasa melayu, persatuan sains, persatuan pendidikan islam dan sebagainya. Selain kemahirankemahiran tertentu, melalui kelab dan persatuan ini, murid akan dapat kemahiran dalam menguruskan kelab dan persatuan itu sendiri apabila masing-masing diberi tugas dan tanggungjawab untuk dipikul. Bagi seorang murid yang beragama Islam, kemahiran dalam bacaan al-Quran adalah sangat dituntut iaitu kemahiran dalam tarannum al-Quran. Menurut Saidi (2012), Tarannum al-Quran merupakan satu cabang seni suara dalam bacaan al-Quran. alunan tarannum al-Quran tidak sama dengan lagu-lagu nyanyian, bahkan tidak sama dengan lagu, syair, qasidah dan najuga nasyid. Tidak ada jalan mudah untuk mendapatkan kemahiran tarannum dan menguasainya melainkan melalui pengajaran dan pembelajaran secara talaqi dan musyafahan (belajar berhadapan guru) dari guru-guru al-Quran yang mahir.

3.3

BELAJAR UNTUK MENJADI INSAN BERGUNA

Tonggak pendidikan UNESCO yang ketiga pula menurut Noriati A.Rashid (2010) ialah belajar untuk menjadi insan berguna, iaitu berguna pada diri sendiri, masyarakat, bangsa, Negara dan juga agama. Ia adalah sangat bertepatan kerana pendidikan memang seharusnya membawa murid ke arah pembentukan insan yang menyeluruh dari segi fizikal, intelek, rohani, emosi, kepekaan dan penghargaan estetika. Pendidikan perlu diberikan kepada setiap individu dengan bermula dari peringkat awal kanak-kanak lagi hinggalah peringkat remaja dalam semua aspek sehingga individu boleh berfikir secara kritis, berdikari dan berupaya membuat keputusan terhadap tindakan dalam kehidupannya. Untuk melahirkan insan yang berguna melalui pendidikan ini, guru perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada murid. Menurut Nik Zaharah (2012). Tujuan penerapan nilai murni juga adalah bagi memupuk seluruh potensi manusia, jasmani, emosi, rohani dan intelek secara bersepadu dan seimbang bagi melahirkan yang segala kegiatan dalam hidupnya berteraskan keimaan kepada Tuhan. Selain itu, penerapan nilai murni juga dapat membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup murid yang bertanggungjawab untuk membangunkan diri, keluarga, masyarakat, alam sekitar dan Negara kea rah mencapai kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat. Selain itu, peranan guru juga dalam memastikan bahawa murid menjadi insan berguna ialah guru perlu terlebih dahulu mempunyai kemahiran dan ketrampilan mengaitkan domain teori dengan praktiis dan mesti bijak membina pengetahuan dan kemhiran secara development mengikut kadar pembelajaran bagi mencapai hasrat kritis, kreatif dan inovatif.

3.4

BELAJAR UNTUK HARMONI DAN BEKERJASAMA

Yang keempat dalam tonggak pendidikan UNESCO menurut Noriati A.Rashid (2010) ialah belajar untuk harmoni dan bekerjasama. Ia adalah salah satu cabaran yang sukar dipupuk dalam dunia yang dilanda dengan konflik. Dengan ini, amat penting pendidikan di semua Negara memainkan peranan dalam menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain supaya rakyat dapat hidup aman damai dan harmoni khususnya dalam Negara kita sendiri iaitu Malaysia yang mempunyai kaum yang pelbagai dan silang budaya. Cabaran ini agak sukar kerana setiap individu atau satu kelompok sentiasa berasa mereka lebih berkuasa atau lebih berupaya sehingga mempunyai syak wasangka terhadap orang atau kumpulan lain. Sepertimana yang dicadangkan oleh UNESCO, pendidikan harus memberikan peluang kepada murid untuk meneroka dan memahami orang lain sejak peringkat awal persekolahan. Mereka perlu didedahkan kepada kepelbagaian budaya serta saling memerlukan kesedaran tentang saling memahami serta saling memerlukan antara satu sama lain demi mewujudkan satu masyarakat yang hidup secara harmoni. Pendidikan yang wujud pada hari ini perlu menjadi wadah untuk mereka belajar tentang budaya, agama dan tingkah laku setiap kaum etnik sesebuah Negara khususnya Negara kita yang mempunyai bilangan kaum dan etnik yang paling ramai di dunia antaranya melayu, cina, india, orang asli, kadazan,penan, orang bajau, dan sebagainya. Hal ini akan membantu memperjelaskan perkara yang mungkin kurang difahami oleh satu-satu kaum. Isu-isu begini perlu dibincangkan secara terbuka. Oleh hal yang demikian, sebagai guru , perlu untuk mempnyai sikap keterbukaan dan tidak mengongkong ciri ingin tahu murid mengenai budaya orang lain.

Kerelaan guru untuk membenarkan dialog dan forum tentang isu-isu ini merupakan trend pendidikan pada abad ke-21. Sekiranya murid pelbagai budaya dapat bekerjasama dalam pelbagai projek, isu-isu mengenai perbezaan atau konflik antara mereka akan hilang sama sekali. Dalam proses sebegini, projek tersebut akan menjalinkan suatu ikatan dan nilai yang sama kepada mereka berbanding dengan cirri-ciri yang membezakan mereka. Contoh yang baik boleh dilihat dari segi penyertaan dalam bidang sukan di mana tekanan dan konflik antara kelas sosial boleh diketepikan dalam semangat perpaduan untuk mencapai kejayaan demi sekolah dan Negara. Pencapaian akan dikecap jika setiap individu mengetepikan apa jua konflik serta tidak mengambil kira kedudukan dalam organisasi untuk melibatkan diri demi mencapai satu matlamat. Peranan guru amat penting dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk

menggalakkan penglibatan murid secara menyeluruh tanpa mengira latar belakang dan kaum. Untuk mewujudkan suasana harmoni dalam kalangan murid, guru perlu menerapkan nilai-nilai murni semasa mengajar serta memberikan peluang kepada murid untuk bergaul dan memahami budaya rakan-rakan mereka yang terdiri daripada pelbagai kamu dan budaya.

4.0

Tujuan Tonggak Pendidikan UNESCO

Kewujudan Tonggak Pendidikan UNESCO sebenarnya adalah untuk memenuhi keperluan pembelajaran asas kepada setiap individu tidak mengira bangsa mahu pun warna kulit. Menurut UNESCO (2008), Kanak-kanak mempunyai hak untuk berada dalam komuniti yang aman damai, hak unutk mempunyai makanan yang mencukupi dan tubuh badan yang sihat, mereka juga mempunyai hak untuk mendapatkan pendidikan yang baik dan membentuk potensi diri. Menurut Menurut syed Ismail (2013) setiap kanak-kanak,remaja

dan dewasa akan mendapat manfaat daripada peluang pendidikan yang direka sesuai dengan keperluan pembelajaran asasi mereka. Seterusnya tonggak pendidikan UNESCO yang disediakan ini juga adalah untuk membentuk wawasan, iaitu dengan menyediakan keperluan pendidikan asasi kepada semua yang memerlukan lebih daripada komitmen semula kepada pendidikan asasi yang sedia ada. Pada masa sekarang adalah diperlukan untuk perluasan wawasan yang melankaui tahap sumber sekarang, struktur institusi, kurikulum dan sistem penyampaian konvensional sementara dapat

menghasilkan yang terbaik melalui amalan pendidikan asas yang telah sedia ada. Ketiga ialah, supaya pendidikan menjadi akses kepada universal iaitu pendidikan perlu disediakan kepada semu golongan individu termasuklah kanakkanak, remaja dan juga orang dewasa. Keempat ialah supaya memberi fokus kepada pembelajaran, hal ini supaya peluang pendidikan itu sama ada ia diperluas atau tidak boleh diterjemahkan kepada pembangunan yang bermakna bagi seseorang individu atau masyarakat. Kelima pula ialah untuk memperluaskan skop. Sistem penyampaian utama untuk asas pendidikan kanak-kanak di luar keluarga adalah sekolah rendah. Keperluan pembelajaran asas untuk remaja dan dewasa adalah banyak dan seharusnya memenuhi segenap kepelbagaian sistem penyampaian. Segala peralatan kelengkapan dan saluran-saluran maklumat, komunikasi dan tindakan sosial boleh digunakan untuk menyampaikan pengetahuan yang penting dan memaklumkan serta mendidikan masyarakat terhadap sesuatu isu berkaitan dengan sosial. Tujuan keenam tonggak pendidikan UNESCO ialah untuk

menambahbaikan persekitaran. Di mana pendidikan tidak mendapat tempat di dalam pengasingan. Oleh itu, masyarakat seharusnya memastikan semua murid menerima pemakanan seimbang, penjagaan kesihatan dan sokongan fizikal dan emosi secara umum yang diperlukan untuk mengambil bahagian secara aktif dan mendapat manfaat daripada pendidikan mereka.

Kelapan ialah untuk perkukuhkan perkongsian antara Negara-negara serantau dan pihak berkuasa pendidikan tempatan yang bertanggungjawab untuk menyediakan pendidikan asas untuk semua, namun tanggungjawab untuk membekalkan kepada setiap manusia, keperluan kewangan atau organisasi tidak boleh diharapkan kepada mereka semata-mata. Pembaharuan perkongsian untuk semua peringkat adalah perlu. Yang kesembilan pula ialah untuk pembangunan dasar. Apa yang dimaksudkan adalah dasar-dasar membantu di dalam sosial kehidupan, kebudayaan dan juga sektor-sektor ekonomi. ia adalah perlu untuk

merealisasikan peruntukan dan penggunaan sepenuhnya pendidikan asas untuk pembangunan individu dan masyarakat. Tujuan tonggak pendidikan UNESCI yang kesepuluh adalah untuk menggerakkan sumber. Adalah pending untuk menggerakkan sumber

kewangan dan manusia, sektor awam, swasta dan sukarela yang sedia ada dan baru sekiranya keperluan pembelajaran asas ingin dipenuhi melalui skop tindakan yang lebih luas berbanding masa lalu. Yang terakhir ialah untuk mengeratkan perpaduan antarabangsa. ia adalah untuk memenuhi keperluan asas bagi menggantikan tanggungjawab biasa dan universal manusia. Ia memerlukan perpaduan antarabangsa dan perhubungan ekonomi yang adil dan saksama untuk memperbetulkan perbezaan ekonomi yang wujud.

5.0

Dasar KPM dan kaitannya dengan Tonggak Pendidikan UNESCO

Menurut Syed Ismail (2013), KPM merancang dan melaksanakan dasar-dasar pembangunan pendidikan bagi mencapai matlamat pendidikan selaras dengan dapatan laporan UNESCO. Antara tujuan KPM untuk membentuk pembangunan insan yang seimbang adalah seperti memperkembangkan potensi individu

secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI).

Juga untuk meningkatkan kreativiti, inovasi dan budaya ilmu dalam kalangan murid dengan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti seperti 1 murid 1 sukan, pembelajaran menggunakan ICT, program ilmiah seperti NILAM dan sebagainya. Selain itu, KPM ingin mewujudkan budaya sains dan teknologi serta pembelajaran sepanjang hayat dimana pembelajaran bukan sahaja sekadar di sekolah dan di university tetapi pembelajaran berlaku di mana-mana sahaja tanpa had masa dan juga had umur.

Pembangunan Insan yang dirancang ini juga adalah untuk menyediakan satu sistem pendidikan yang lebih cekap, berkesan dan mencapai tahap bertaraf dunia dan mampu bersaing dengan dunia lain yang lebih maju. KPM juga ingin menjadikan Malaysia ini sebagai sebuah pusat kecemerlangan pendidikan dimana orang di seluruh pelosok dunia datang ke Malaysia untuk mendapatkan pendidikan yang terbaik. Justeru itu, dengan membentuk pembangunan insane yang seimbang ini adalah diharapkan dapat meningkatkan martabat pendidikan Malaysia pada peringkat antarabangsa.

6.0

CABARAN DAN KESAN KEJAYAAN SEKOLAH MENURUT UNESCO

Dalam melaksanakna tonggak pendidikan UNESCO terdapat beberapa cabaran dan kesan kejayaan kepada sekolah. Antara cabaran-cabaran yang dihadapi ialah bagaimana guru-guru disekolah berusaha untuk melengkapkan diri murid dengan pelbagai kemahiran dari segi rohani, jasmani, intelek dan juga sosial. Antaranya ialah guru perlu membuat persediaan terlebih dahulu, dalam suasana kehidupan di sekolah yang mempunyai pelbagai budaya seperti melayu, cina, india dan lain-lain. Guru perlu bijak untuk melaksanakn sebarang aktiviti agar tidak berlaku perselisihan atau krisis perkauman. Guru boleh mengeratkan hubungan murid yang pelbagai kaum dengan melakukan aktiviti seperti bermain bola, aktiviti berkumpulan, eksperimen dan sebagainya.

Sebagai guru, perlu ada usaha yang bersungguh-sungguh untuk memperkembangkan potensi setiap murid di sekolah, sifat ikhlas itu perlu ada dalam diri setiap guru yang mengajar murid. Disamping itu, perlu ada pada diri guru ciri-ciri keperibadian dan persekitaran hidup yang selari dengan kehendak falsafah pendidikan kebangsaan (FPK), ini kerana bak kata pepatah melayu, bapa borek anak rintik, kerana dalam situasi di sekolah, para murid akan menjadikan guru mereka sebagai role model untuk mereka jadikan ikutan. Sekolah yang berjaya dalam melaksanakan tonggak pendidikan

UNESCO akan dapat dilihat menerusi beberapa perkara antaranya ialah seperti semua ssumber sekolah dikawal dengan baik. Segala kapasiti dan

kepemimpinan sesebuah sekolah itu dierkasakan. Selain itu, ukuran dan pemantauan prestasi sekolah yang mana ia dijalankan secara menyeluruh.

7.0

IMPLIKASI TONGGAK PENDIDIKAN TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN.

Berdasarkan tonggak UNESCO, pendidikan formal kini seharusnya merancang kurikulum yang memberikan ruang dan masa untuk murid melibatkan diri dalam projek kolaboratif sama ada dalam aktiviti sukan atau budaya. Murid juga perlu melibatkan diri dalam aktiviti di tempat-tempat yang mundur dan luar Bandar untuk membantu golongan yang hidup susah, miskin dan juga yang hidup serba kekurangan, serta mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti perikemanusiaan misalnya tempat berlakunya bencana alam seperti bencana banjir, tanah runtuh dan sebagainya. Dalam konteks ini, sekolah dan guru-guru boleh merancang program amal atau aktiviti dalam gerka kerja kokurikulum di mana murid menjalankan amal atau komuniti di luar Bandar dan di kawasan orang asli untuk memahami cara hidup mereka. Melalui badan beruniform pengakap juga terdapat aktiviti membantu orang lain yang susah.Pemahaman sebegini akan membolehkan murid untuk saling tolong menolong dan membantu golongan yang lebih miskin selain belajar cara hidup dan budaya mereka. Hal ini akan dapat merangsang penglibatan mmurid dalam projek kolaboratif dengan pihak tertentu dan seharusnya mewujudkan permuafakatan antara rakyat

berbilang kaum dan latar belakang. Murid juga perlu diberi peluang ketika di sekolah untuk meneroka dan memahami orang lain di awal persekolah lagi. Dengan pendedahan murid kepada kepelbagaian budaya rakyat, kerana dengan kesedaran saling hormat menghormati dan memahami serta saling memerlukan antar satu salam lain juga. Pendidikan yang ada pada hari ini adalah wajar dijadikan sebagai wadah pendidikan tentang budaya, agama, tingkah laki setiap etnik.