Anda di halaman 1dari 12

1.

KESELAMATAN DAN ORGANISASI BENGKEL

Keselamatan semasa di bengkel Kemahiran Hidup sangatlah penting untuk anda mematuhinya kerana didalam bengkel terdapat pelbagai jenis bahaya yang akan berlaku jika anda cuai semasa berada di dalam bengkel tersebut. Di Dalam topik ini anda akan belajar tentang peraturan-peraturan semasa di bengkel, cara untuk membina organisasi bengkel, kandungan kotak pertolongan cemas dan langkahlangkah pertolongan cemas serta penggunaan alatan pemadam api.

1.1 Peraturan Keselamatan

INFO

BENGKEL
1. Buka semua tingkap dan pintu untuk memudahkan pengudaraaan 2. Jangan masuk bengkel tanpa kebenaran buku 3. Bersihkan bengkel selepas menggunakannya. 4. Letakkan beg atau buku-buku di luar bengkel 5. Pastikan kotak pertolongan cemas diletakkan di tempat yang mudah dicapai 6. Jimatkan penggunaan sumber air dan elektrik (Rajah 1.1.1 menunjukkan peraturan keselamatan bengkel)

PERINGATAN: Sentiasa bekerja di tempat yang

ALATAN
1. Jangan menggunakan alatan yang telah rosak 2. Simpan peralatan di tempat khas selepas digunakan. 3. Jangan membawa peralatan keluar dari bengkel 4. Elakkan daripada membiarkan terlalu banyak alatan di atas meja 5. Gunakan alatan yang sesuai bagi sesuatu kerja yang hendak dibuat. 6. Laporkan kepada guru jika terdapat alatan yang hilang atau rosak dengan segera.

TIP KESELAMATAN Kamu perlu memberi perhatian kepada perkara yang berikut:

1) Bekerjasama dengan guru dan rakan


2) Mematuhi dan mengikuti tunjuk ajar guru 3) Merancang kerja yang akan dilaksana 4) Kreatif dalam melaksanakan kerja

(Rajah 1.1.2 menunjukkan peraturan keselamatan alatan)


PERINGATAN Setiap murid perlu mematuhi peraturan keselamatan bengkel untuk mengelakkan berlaku sebarang kecederaan atau kemalangan

DIRI
1.Laporkan segera sebarang kemalangan kepada guru yang bertugas 2. Murid hendaklah meminta kebenaran guru terlebih dahulu sebelum menggunakan mana-mana alatan atau mesin 3. Pakai pakaian yang sesuai atau apron 4. Lakukan kerja dengan cara yang betul, sentiasa berhati-hati dan tidak lalai 5. Murid mestilah mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan di bengkel 6. Jangan bergurau dengan kawan-kawan. 7. Jangan memakai barang hiasan semasa di dalam bengkel 8. Fahami langkah kerja sebelum memulakannya 9. Tanya guru sekiranya terdapat sebarang keraguan. 10. Cuci tangan selepas melakukan aktiviti. (Rajah 1.1.3 menunjukkan peraturan keselamatan diri)

Sumber internet :
http://zaharinorlin.blogspot.com/2011/12/organisasi-bengkel-dankeselamatan.html

1.2

Organisasi Bengkel

Pengurusan bengkel yang baik mestilah mempunyai seorang ketua dan penolong yang dipilih di kalangan murid yang bertanggungjawab dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Permilihan fomen dan penolong fomen ini dilakukan sendiri oleh murid bagi mendapat kerjasama daripada rakan sekelas. Fomen bertanggungjawab menguruskan dan menyelia murid-murid lain dalam kelasnya bagi melaksana organisasi bengkel.
Memupuk semangat berpasukan dan saling bekerjasama

Membantu guru dalam penyediaan alatan dan bahan

TUJUAN ORGANISASI BENGKEL

Memastikan kebersihan bengkel dijaga

AKRONIM : S,K,K,B
Untuk keselesaan dan keselamatan murid

Tujuan Organisasi Bengkel : Memupuk semangat berpasukan Memastikan kebersihan bengkel Untuk keselesaan dan keselamatan bengkel Membantu guru

(Rajah 1.2.1 menunjukkan tujuan organisasi bengkel) Carta Organisasi dalam Bengkel Kemahiran Hidup KETUA FOMEN CIKGU DAHARI FOMEN ABRAR ISKANDAR

PENOLONG FOMEN QAISARA BATRISYA

KUMPULAN A
Menyusun dan memeriksa alatan

KUMPULAN B
Menyapu lantai dan membuang sampah

KUMPULAN C
Menutup tingkap, suis lampu, kipas dan memadam papan putih

KUMPULAN D
Mengumpul dan menyimpan baki bahan kerja dan projek

(Rajah 1.2.2 menunjukkan contoh carta organisasi Bengkel Kemahiran Hidup)

Tugas-tugas setiap kumpulan itu ditukar bagi memberi peluang kepada setiap ahli kumpulan daripada kumpulan A,B,C dan D memikul tanggungjawab bersama-sama menjaga bengkel. Contoh jadual pembahagian tugas ada lah seperti dibawah : JADUAL KERJA TUGAS 1) Menyusun dan memeriksa alatan 2) Menyapu lantai dan membuang sampah 3) Menutup tingkap, suis lampu, kipas dan memadam papan hitam 4) Mengumpul dan menyimpan baki bahan kerja dan projek (Jadual 1.2.3 menunjukkan contoh jadual pembahagian tugas)
PERINGATAN SUMBER INTERNET : http://zaharinorlin.blogspot.com/2011/12/jad ual-kerja.html Lantai yang licin boleh mengakibatkan kemalangan di dalam bengkel.

1 A B C D

MINGGU 2 3 B C C D A D A B

4 D A B C

1.3

Kotak Pertolongan Cemas

Setiap murid perlu tahu bahawa ada pepatah malang tidak berbau oleh itu anda perlulah bersiap sedia untuk menghadapi bahaya yang akan mendatang oleh itu anda sangatlah digalakkan untuk memperlajari teknik-teknik asas pertolongan cemas.

Prinsip-Prinsip Asas Pertolongan Cemas KESAKSAMAAN- Tidak membezakan antara kaum,bangsa,agama ataupun darjat.

BERKECUALI- Tidak akan menyebelahi mana-mana pihak dari segi fahaman politik atau idealogi. SUKARELA- Setiap bantuan dan pertolongan yang diberikan itu haruslah dilakukan secara sukarela BERKEYAKINAN- Setiap ahli pertolongan cemas haruslah sentiasa berada dalam keadaan yang sungguh yakin dan tenang semasa menghulurkan bantuan dan pertolongan. CEPAT DAN TANGKAS- Ahli pertolongan cemas haruslah sentiasa berada dalam keadaan bersedia dan bantuan yang diberi itu haruslah cepat dan tangkas tetapi tidak gopoh. (Rajah 1.3.1 menunjukkan prinsip-prinsip pertolongan cemas)

Kandungan kotak pertolongan cemas KOTAK PERTOLONGAN CEMAS PERALATAN Antiseptik Kain kasa Plaster Kapas Krim antiseptik Minyak angin Kain pembalut Gunting kecil Kain anduh TUJUAN Mematikan Kuman Pada Luka Membersihkan luka Membalut Luka Kecil Menyapu Ubat Pada Luka Mematikan kuman pada luka Disapu pada tempat sakit Membalut luka besar Memotong lebihan kain

Menyokong tangan yang patah atau terseliuh (Rajah 1.3.2 menunjukkan kandungan peralatan di dalam kotak kecemasan)

Teknik teknik asas pertolongan cemas

Lilit lurus pada tapak tangan

Bawa pembalut ke atas pada ibu jari

Buat lilian berselang di atas dan bawah tangan. Sudahkan lilitan dan semat hujung kain dengan pen penyemat

(Rajah 1.3.3 menunjukkan cara merawat kecederaan pada tangan)

mulakan dari siku

bawa lilitan berselang di atas dan di bawah siku

Sudahkan lilitan dan semat hujung kain dengan pin penyemat

(Rajah 1.3.4 menunjukkan cara merawat kecerderaan pada siku)

Sejukkan dengan air paip sehingga kesakitan lega

Tanggalkan jam pada anggota

Balut pada pada tempat melecur, Jangan balut terlalu ketat

(Rajah 1.3.5 menunjukkan cara merawat melecur pada pengelangan tangan)

SUMBER INTERNET http://zaharinorlin.blogspot.com/2011/12/merawat-luka.html

1.4 Alat Pemadam Api

Kebanyakkan bahan yang terdapat di bengkel Kemahiran Hidup merupakan bahan yang mudah terbakar. Oleh itu, setiap bengkel Kemahiran Hidup mesti sekurangkurangnya mempuyai 1 alat pemadam api. Murid juga perlu tahu, cara penggunaannya supaya segala kejadian yang tidak diingini berlaku.

(Rajah 1.4.1 Langkah- langkah pengendalian Alat Pemadam Api)

Langkah-langkah
Tanggalkan pin keselamatan Pastikan silinder alat pemadam api dalam posisi menegak Halakan pemancut ke arah pangkal api dan mengikut arah angin Tekan pemicit untuk memadamkan api
(Rajah 1.4.1 Langkah- langkah pengendalian Alat Pemadam Api)

TIP KESELAMATAN

PERINGATAN Sentiasa mematuhi peraturan keselamatan

Pastikan bahan mudah terbakar dan bahan beracun diasingkan dan disimpan di dalam almari berkunci

Jenis-jenis alat pemadam api Jenis bahan pemadam api Air Buih Debu Kering Karbon Dioksida Punca api / bahan bakar Kayu, sampah sarap, plastik dan kain. Minyak, cat, petrol, lekar, thinner dan gas Semua jenis bahan Minyak, cat, petrol, lekar, gas dan peralatan elektrik Label A B ABC BC

(Rajah 1.4.2 menunjukkan jenis-jenis alat pemadam api)

Jika berlaku kemalangan di bengkel, rekodkan dalam buku Rekod Kemalangan dan Kecerderaan. Bil 1 Tarikh Nama Murid Tahun 4K Kemalangan/ kecederaan Jari terluka terkena mata gergaji Tindakan Cuci luka dengan antiseptik, letak ubat luka dan balut Sapu krim penyejuk Catatan guru Rawatan dalaman

16/8/2013 Alif bin Cha

2/9/2013

Aisya Balqis bt Halim

5M

Tangan melecur terkena besi pateri

Rawatan dalaman

(Rajah 1.4.3 menunjukkan contoh buku rekod Kemalangan dan Kecederaan)


AKRONIM : T,P,H,T
Tujuan Organisasi Bengkel : Tanggalkan pin picu Pastikan selinder alat pemadam api sentiasa tegak Halakan pemancut ke arah pangkal api dan mengikut arah angin Tekan Pemicit untuk memadamkan api

TIP KESELAMATAN Patuhi arahan semasa menggunakan alatan. Jauhkan bahan mudah terbakar daripada punca api Gunakan alatan elektrik dengan kebenaran guru

Pilih jawapan yang paling sesuai.

JAWAB DAHULU SEBELUM MENYEMAK JAWAPAN

1. Sikap yang manakah dapat menyebabkan berlakunya kemalangan di dalam bengkel? a) Teliti b) Sambil lewa c) Berhati-hati d) Bekerjasama

2. Apakah yang perlu kamu lakukan jika jari kamu terluka ketika menggergaji kayu? a) Memanggil ambulans b) Melaporkannya kepada guru c) Berlari keluar dari bengkel d) Membalut luka dengan kertas las

3. Antara alat keselamatan yang berikut, yang manakah perlu ada di dalam bengkel? I Kotak jahitan II Kotak pertolongan cemas III Alat pemadam api IV Kotak komponen elektronik

a) I dan II b) I dan IV

c) II dan III d) III dan IV

Isi tempat kosong 4. Sebelum menyapu minyak dan membalut luka, luka tersebut hendaklah dicuci menggunakan __________________. 5. _______________ digunakan untuk menyokong tangan yang patah atau terseliuh. 6. _______________ disapu dengan antiseptik digunakan untuk membersihkan luka. Manakala ______________ digunakan untuk menyapu ubat pada luka tersebut.

Padankan dan suaikan dengan jawapan yang betul. Jenis Pemadan Api 7. A Bahan Pemadam Api
KARBON DIOKSIDA

8.

DEBU KERING

9. C 10. D

AIR

BUIH

Maklum Balas kepada Aktiviti

1. B 2. B 3. C 4. Antiseptik 5. Kain anduh 6. Kain kasa, kapas

Jenis Pemadan Api 7. A

Bahan Pemadam Api


KARBON DIOKSIDA

8.

DEBU KERING

9. C 10. D

AIR

BUIH