Anda di halaman 1dari 3

Walaubagaimanapun, hukuman rotan juga mendatangkan kuburukan.

Keburukan pertama adalah, ia akan menyebabkan murid-murid yang disebat atau dirotan berasa trauma dan fobia. Hal ini kerana, sebelum mereka dirotan, mereka akan berasa takut. Oleh yang demikian, keseimbangan emosi mereka akan tergugat dan mereka akan mengalami gangguan emosi yang dahsyat apabila mereka disebat. Mereka juga mungkin akan kehilangan keyakinan diri dan berasa malu dan segan untuk berinteraksi dengan rakan-rakan mereka selepas mereka disebat di khalayak ramai. Bak kata pepatah' mencontengkan arang di muka sendiri'. Yang kedua, hukuman rotan boleh dianggap hukuman yang tidak berperikemanusiaan. Hal ini kerana hukuman rotan akan menyebabkan kecederaan fizikal kepada murid yang dirotan. Kecederaan yang dialami mereka adalah luka pada bahagian yang dirotan malah mungkin juga pada tulang belakang jikalau hukuman itu tidak dijalankan dengan sempurna dan berhati-hati. Bukan itu sahaja, malah muridmurid yang disebat akan dipinggirkan atau dipulaukan oleh rakan-rakan mereka kerana takut jikalau diapa-apakan. Terakhir sekali, ia mendatangkan keburukan kerana hukuman rotan adalah hukuman yang mengaibkan pelajar tersebut dan tiada siapa yang ingin berkawan dengan mereka. kaibatnya mereka akan berhenti dan tercicir dari sekolah. Dengan ramainya kadar murid-murid yang berhenti sekolah, maka meningkatlah kadar keciciran pelajar di sekolah. Ini menyebabkan masalah kedua-dua pihak iaitu pihak sekolah dan murid tersebut. Akhirnya, dalam keghairahan sekolah memupuk disiplin dalam kalangan pelajar, kadar keciciran meningkat dengan drastik. Inikah yang diinginkan oleh pihak sekolah? Berdasarkan perbincangan di atas jelaslah bahawa hukuman rotan mendatangkan kebaikan dan juga keburukan. Hukuman rotan wajar dilaksanakan sekiranya ia melibatkan kesalahan-kesalahan yang serius dan menuntut tindakan tegas daripada pihak sekolah. Namun begitu ia tidak harus dilakukan dengan sewenang-wenangnya.Tujuan hukuman rotan adalah untuk memupuk disiplin bukan untuk mengaibkan pelajar apatah lagi sehingga menyebabkan keciciran pelajar. Hukuman rotan merupakan alternatif yang terakhir sekiranya semua usaha lain seperti kaunseling dan mendapatlan kerjasama ibu bapa menemui kegagalan.Sekiranya semua pihak bekerjasama insya Allah masalah yang telah lama menjadi duri dalam daging ini akan dapat diselesaikan dengan saksama dan impian sekolah untuk melahirkan 'Sekolah Berdaya Fikir dan Negara Pencinta Ilmu akan dapat direalisasikan.

Penulisan ini akan memfokuskan tentang isu tindakan rotan yang sering menjadi buah bicara masyarakat kita pada masa kini. Sebelum mengupas lebih lanjut tentang isu ini, terlebih dahulu kita perlu tahu apa itu hukuman berat? Menurut Mohd Rashid Mohd Saad (2006), ia dapat didefinisikan sebagai sesuatu hukuman yang menyebabkan kesan ke atas tubuh badan seseorang. Sebagai contoh, di rumah apabila ibu ataupun ayah menangani anak ataupun dengan menggunakan rotan ke atas tubuh badan mereka dan di dalam institusi penjara pula, seorang penjenayah yang melakukan jenayah berat seperti membunuh dan sebagainya. Walaupun kedua-dua contoh di atas menimbulkan kesan tragis ke atas orang yang dihukum, namun ia dibolehkan. Ini kerana, jika sesuatu hukuman itu didasari oleh keadilan, maka ia tidak menjadi isu yang hendak diperdebatkan. Namun, bagaimana pula jika merotan dijalankan mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di institusi sekolah ? Ramai yang tidak setuju dengan tindakan ini. Oleh itu, bagaimana kita boleh membentuk modal insan yang memiliki nilai moral yang tinggi selain daripada hukuman ini. Tujuan merotan yang menimbulkan kesan yang tidak memcacatkan anggota tubuh pelajar difokuskan dalam penulisan ini. Daripada segi logiknya, perbuatan merotan yang tidak menimbulkan kesan kecacatan fizikal selalu menjadi isu di kebanyakkan sekolah di Malaysia mahupun di seluruh dunia. Mengapa isu ini menjadi satu perbalahan besar antara pihak yang menyokong dan pihak yang menentang? Merotan ; jika dibenarkan oleh KPM dilakukan secara adil ke atas seseorang murid yang melanggar peraturan yang ditetapkan oleh sekolah, dikenakan hukuman sedemikian atas dasar setelah nasihat, amaran dan denda yang dikenakan masih tidak mengubah tingkah laku negatif murid tersebut. Selain itu, merotan dilakukan oleh orang yang dipertanggungjawabkan oleh pihak sekolah, tidak menimbulkan kecacatan fizikal, dengan penuh rasa menjaga kepentingan menjaga keseimbangan sistem sekolah demi keselamatan murid lain dan juga dilakukan oleh guru bukan mengikut emosi atau perasaan membalas dendam adalah dibolehkan. Adakah dengan menghapuskan hukuman merotan di sekolah-sekolah di negara-negara maju ada menunjukkan penurunan kes-kes disiplin di sekolah? Kajian-kajian yang dijalankan di negara maju walaupun dapat membuktikan yang penderaan kanak-kanak adalah berleluasa tetapi mereka tidak dapat membuktikan yang merotan dengan teknik yang betul dan tidak mencacatkan anggota badan pelajar dapat memberi tekanan mental dan fizikal ke atas pelajar-pelajar sekolah. Di samping itu, tidak ada satu pun kajian yang menunjukkan, merotan dengan teknik yang betul dan dengan tujuan mendisiplinkan pelajar adalah tidak berkesan. Kebanyakkan kajian yang dijalankan oleh ahli psikologi tidak menggunakan kaedah penyelidikan yang betul. Ini menyebabkan kita dapat menolak dapatan kajian yang dilihat sebagai berat sebelah dengan tujuan membuktikan pendapat mereka dan bukan dapatan kajian mereka. Banyak kajian yang dilakukan cenderung hendak membuktikan kes penderaan kanak-kanak yang dilakukan oleh ibu bapa yang tidak bertangungjawab dan bukannya penggunaan rotan oleh guru selepas nasihat, amaran dan denda yang digunakan tidak mengubah tingkah laku pelajar. Terdapat beberapa pemikir barat memberi pandangan tentang hukuman rotan ini. Antaranya, Friedman dan Schonberg (1994), mentakifkan perbuatan memukul sebagai tujuan mendisiplinkan anak-anak bagi membentuk sahsiah diri yang sempurna. Ini termasuklah kesempurnaan moral dan etika. Memukul anak mereka dengan tujuan hendak mengubah perangai mereka menjadi baik berlainan daripada penderaan kanak-kanak bagi tujuan mendisiplinkan mereka. Manakala, Larzelere (2001) mengatakan dalam keadaan tertentu, menggunakan hukuman berat seperti merotan membuatkan anak itu lebih berdisiplin berbanding anak-anak yang tidak dikenakan hukuman

dan hanya menggunakan nasihat, amaran ataupun denda. Jika hukuman berat ini kerap dan tidak memalukan pelajar, ia adalah hukuman paling baik bagi mendisiplinkan anak-anak. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan di sini bahawa, merotan sebenarnya tidak terlalu teruk dan tidak mencederakan anggota pelajar walaupun kanak-kanak akan berasa pedih dan sakit. Ia Cuma bertujuan bagi menyatakan hukuman yang diberikan adalah kerana kesalahan yang sudah beberapa kali dinasihati dan diberi amaran. Hukuman ini perlu dijalankan selepas merancang dengan teliti teknik-teknik terbaik supaya tidak mencederakan pelajar dan bukan kerana marah atau dendam. Biasanya guru perlu merasionalkan kenapa pelajar dirotan dan menyatakan kebaikan supaya pelajar terus menjaga disiplin. Walau bagaimanapun, hukuman tersebut hendaklah dijalankan di tempat tersembunyi seperti di dalam bilik pengetua dan elakkan di tempat terbuka. Guru juga harus ada belas kasihan pada pelajar dan tidak mencederakan pelajar dengan kesan luka. Jika hukuman rotan masih tidak berkesan, pelajar tersebut dinasihatkan dihantar ke pakar-pakar psikiatri atau kaunseling untuk memperbaiki tingkahlakunya. Berdasarkan pendapat tersebut, jelaslah di sini bahawa hukuman rotan ke atas pelajar yang melakukan kesalahan disiplin dengan cara yang betul adalah satu tindakan yang wajar. Semua pihak harus membuka minda terhadap hukuman ini dan menerimanya sebagai membentuk diri pelajar ke arah yang baik dengan berkesan. Ini kerana, pelajar sekarang semakin berani mencuba sesuatu yang boleh merosakan diri mereka seolah-olah pihak sekolah tiada hukuman yang tegas dalam pengawalan disiplin pelajar. Diharap, melalui tindakan ini akan dapat membantu membentuk jiwa dan diri pelajar dengan berkesan. Walau bagaimanapun semua pendidik tidak harus mengambil kesempatan ini dengan memberi hukuman rotan sesuka hati tanpa alasan yang sewajarnya. Misalnya, guru harus mematuhi etika memberi hukuman rotan kepada murid. Guru perlu diberi pelbagai kursus berkaitan hal ini bagi membolehkan guru mengawal emosi dan memberi hukuman tersebut dengan cara yang betul supaya hukuman yang dikenakan tidak menyebabkan kecacatan kepada pelajar.

Anda mungkin juga menyukai