Anda di halaman 1dari 11

GOLONGAN KATA GOLONGAN KATA 1) 2) 3) 4) Kata nama Kata kerja Kata adjektif Kata tugas

KATA NAMA Subgolongan kata nama: a) kata nama am b) kata nama khas c) kata ganti nama

Kata Nama Am a) konkrit (konsep kebendaan kambing, sungai, jambatan, pekerja) b) abstrak (konsep mujarad mimpi, idaman, perpaduan, kemerdekaan)

Kata Nama Khas a) hidup (manusia Azhar, Suria, P. Ramlee) hidup (bukan manusia Tompok, Sang Rangkak, Vanda Diana) b) tak hidup (Johor Bahru, Kepala Batas, Gunung Tahan, Naza Citra)

Kata Ganti Nama a) tunjuk (umum ini, itu) tunjuk (tempat sini, situ, sana) b) diri (tanya siapa, apa, mana) orang (pertama aku, saya, beta, patik, kami, kita) orang (kedua saudara, kamu, engkau, tuanku, anda) orang (ketiga ia, dia, beliau, mereka, -nya)

KATA KERJA Subgolongan kata kerja: a) kata kerja tak transitif b) kata kerja transitif Kata Kerja Tak Transitif a) tak berpelengkap (bangun, tersenyum, berjalan, melancong, meninggi)

b) berpelengkap (beransur, tinggal, menjadi, berbuat, ada, berbantalkan) Kata Kerja Transitif a) aktif (membeli, melihat, memasukkan, mengabaikan, memperisteri) b) pasif (dibeli, dilihat, dimasukkan, diabaikan, diperisteri)

KATA ADJEKTIF Subgolongan kata adjektif: a) sifatan (baik, sihat, segar, layu, tegap, sibuk, tenang) b) warna (putih, biru, kuning, hijau, merah, ungu, perang) c) ukuran (panjang, pendek, nipis, cetek, kecil, tohor) d) bentuk (bulat, bundar, leper, bujur, lonjong) e) pancaindera (rasa sedap, manis, masam, kelat, tawar) (pandang cantik, molek, hodoh, ayu, buruk) (dengar merdu, mersik, nyaring, bising) (bau harum, wangi, busuk, hapak) (sentuh halus, licin, keras, kasar, lembut) f) waktu (cepat, spontan, lewat, lambat, awal) g) cara (laju, deras, perlahan) h) perasaan (rindu, geram, asyik, berahi, benci) i) jarak (jauh, dekat, hampir, nyaris)

KATA TUGAS Subgolongan kata tugas: a) kata hubung (dan, atau, kerana) b) kata seru (wah, amboi, aduh) c) kata tanya (apa, siapa, bagaimana) d) kata perintah (sila, tolong, harap) e) kata pangkal ayat (hatta, maka, syahadan) f) kata bantu (akan, sudah, pernah) g) kata penguat (sangat, paling, nian) h) kata penegas (juga, -lah, -tah, pun) i) kata nafi (bukan, tidak) j) kata pemeri (ialah, adalah) k) kata sendi nama (dari, dengan, di, ke) l) kata pembenar (ya, benar, betul) m) kata bilangan (dua, segala, masing-masing) n) kata arah (atas, bawah, dalam) o) kata adverba (begini, selalu, diam-diam) p) kata pembenda (-nya) q) kata penekan (-nya)

Kata Adverba Perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan frasa sendi nama dari segi cara, masa, dan tempat.

Bentuk Kata Adverba a) jati (semalam, kelmarin, sering kali, saling, sekali gus, sentiasa, nanti, serentak) b) asalnya kata adjektif (laju, besar, lesu, panjang, tinggi, hampir, selalu) c) asalnya kata kerja (berkilat, mengiring, meninggi, menyala, berseri) d) bentuk gandaan (gandaan penuh betul-betul, pura-pura, sedikit-sedikit, cepat-cepat) (gandaan separa bermalam-malam, semahu-mahunya, sepandai-pandai) (gandaan berentak sedu-sedan, hingar-bingar, susup-sasap, mundar-mandir)

Ayat contoh: 1) Pelancong itu akan tiba esok dari England. 2) Dia hampir terjatuh ketika menyidai pakaian. 3) Ketam ialah haiwan yang berjalan mengiring. 4) Dia betul-betul gembira dengan kepulangan anaknya. 5) Mereka sesat bermalam-malam di puncak gunung itu. 6) Pahlawan itu akan dikenang selama-lamanya. 7) Hartawan itu berbelanja besar-besaran untuk majlis tersebut. 8) Anak itu menangis sedu-sedan apabila ditinggalkan ibunya.

PENGGOLONGAN KATA

KATA NAMA

Kata nama terbahagi kepada 3 golongan, iaitu: i) Kata Nama Khas ii) Kata Nama Am iii) Kata Ganti Nama

Kata Nama Khas

Kata Nama Khas merujuk kepada nama ruang, binatang, tempat dan benda secara khusus. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 86), kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. (Nik Safiah Karim et al : 2004 : 86).

Rajah 2: Peta Konsep Penggolongan Kata Nama Khas

Kata Nama Am

Kata Nama Am ialah perkataan yang merujuk kepada benda-benda atau perkara-perkara yang umum sifatnya (Nik Safiah Karim et al: 2004 : 87). Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis dan kemudian dibahagikan pula kepada beberapa pecahan kecil.

Rajah 3: Peta Konsep Penggolongan Kata Nama Am

Kata Ganti Nama

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Kata ganti nama dibahagikan kepada dua sub-golongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 88). i) Kata Ganti Nama Tunjuk: Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti pada kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujukkan itu (Nik Safiah Karim, 1989 : 64). Ada dua kata ganti nama tunjuk iaitu ini untuk menunjukkan pada yang dekat dan itu untuk menunjukkan ada yang jauh. ii) Kata Ganti Nama: Ganti nama diri pula dibahagikan kepada ganti nama diri orang dan ganti nama diri tanya. Ganti nama diri orang terdiri daripada ganti nama diri orang pertama, ganti nama diri orang kedua dan ganti nama diri orang ketiga. (Nik Safiah Karim, et al : 1989 : 63).

Rajah 4: Peta Konsep Penggolongan Kata Ganti Nama **************************************************************************************

KATA KERJA
Kata kerja menyatakan perbuatan. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 139), kata kerja sebagai satu golongan kata boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu: i) Kata kerja transitif ii) Kata kerja tak transitif

Rajah 5: Peta Konsep Penggolongan Kata Kerja

Kata Kerja Transitif

Menurut Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 143) Subjek 1. Ibu Kata Kerja Transitif Objek memasak kari ayam bola

2. Ahmad menendang

Contoh: 1. Emak memasak (kata kerja transitif) kari ayam (objek) 2. Kakak membelikan (kata kerja transitif) Kartini kamus.

Kata Kerja Tak Transitif


Kata kerja yang tidak mengambil apa-apa objek. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 90). Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 140), kata kerja tak transitif dapat dibahagikan kepada dua subgolongan, iaitu: i) ii) Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap Kata kerja tak transitif berpelengkap

Contoh: 1. Murid-murid berbaris (kata kerja tak transitif) 2. Pasukan hoki berlatih (kata kerja tak transitif) setiap petang.

di

padang

sekolah

Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap Kata kerja tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 141)

Subjek Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap Pelengkap 1. Mereka bermain bola di padang 2. Azli tinggal di Pahang

Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap Kata Kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut. (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 140)

Subjek Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap Keterangan 1. Mereka makan di Restoran Sahur 2. Dia membeli-belah di Singapura

**************************************************************************************

KATA ADJEKTIF
Kata adjektif menerangkan sifat atau keadaan bagi suatu kata nama atau frasa nama.

Kata adjektif disertai dengan kata keterangan amat, paling dan sangat.

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata adjektif dapat dibahagikan kepada sekurangkurangnya sembilan kumpulan berdasarkan makna perkataannya, iaitu:

Rajah 6: Peta Konsep Jenis-jenis Kata Adjektif

Kata Adjektif 1. Kata Adjektif Sifat / Keadaan 2. Kata Adjektif Warna 3. Kata Adjektif Ukuran 4. Kata Adjektif Bentuk. 5. Kata Adjektif Waktu. 6. Kata Adjektif Jarak 7. Kata Adjektif Cara 8. Kata Adjektif Perasaan 9. Kata Adjektif Pancaindera.

Maksud Menerangkan sifat atau keadaan Menerangkan warna Menerangkan ukuran Menerangkan bentuk atau rupa. Menerangkan konsep masa

Contoh Cerdik, bijak, cantik, rajin. Biru, merah, kuning, hijau, putih Tebal, nipis, tinggi, rendah, panjang, pendek. Bulat, bujur Baru, lambat, lama, lewat, silam.

Menerangkan konsep ruang antara dua Jauh, dekat. benda atau keadaan. Menerangkan keadaan kelakuan atau Pantas, perlahan, jarang. ragam. Pemalu, ragu-ragu, rindu, Menerangkan konsep perasaan. sayang. Menerangkan konsep rasa, pandang, Bising, wangi, kasar, masam, dengar, bau dan sentuh. pahit, manis, licin.

Perbandingan Dalam Frasa Adjektif Perkataan yang digunakan dalam perbandingan frasa adjektif adalah seperti, se, lebih, paling, ibarat dan laksana.

Contoh ayat: 1. Amira pandai. 2. Amira pandai seperti Kancil. (pandai seperti membawa maksud hampir sama, kesamaan) 3. Amira sepandai Nora. (sepandai membawa maksud sama) 4. Amira lebih pandai daripada Nora. (lebih pandai menunjukkan darjat / tingkat yang lebih) 5. Amira paling pandai dalam kalangan murid di dalam kelas 1Biru. (kata penguat paling menunjukkan sangat pandai). Mengikut Tatabahasa Dewan, terdapat tiga darjah perbandingan kata adjektif iaitu darjah biasa, darjah bandingan dan darjah penghabisan. Perbandingan dengan darjah biasa Perbandingan dengan darjah biasa tidak melibatkan kata penguat / kata perbandingan. Kata adjektif cantik, besar dan rajin tidak dibandingkan dengan sesuatu. 1. Rumah ini cantik. 2. Dewan itu besar. 3. Dia rajin. Perbandingan dengan darjah bandingan Dalam Tatabahasa Dewan, penggunaan awalan se- untuk menyatukan darjah bandingan. Kata adjektif awalan se- menunjukkan bandingan sama. 1. Wajah Sujinah secantik ibunya. 2. Buku ini tidak semahal buku itu. 3. Kereta Amin sebesar kereta Azman. Awalan se- membawa maksud sama atau hampir sama. Kata Adjektif dibandingkan dengan benda lain yang membawa maksud mirip / sama. 1. Dia garang seperti harimau. 2. Amira cantik seperti bidadari. ****************************************************************************************

KATA TUGAS

Rajah 7: Peta Konsep Penggolongan Kata Tugas

Kata Hubung
Perkataan yang bertugas untuk menghubungkan atau menyambungkan dua ayat tunggal atau lebih daripada dua ayat tunggal. Ayat yang terhasil daripada penyambungan dua ayat atau lebih daripada dua ayat dinamakan ayat majmuk. Kata hubung terbahagi kepada 2 iaitu: Kata Hubung Gabungan Kata hubung gabungan menyambungkan dua ayat yang sama penting kedudukan. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 239), kata hubung gabungan ialah jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama taraf sifatnya. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini disebut ayat majmuk gabungan. Contoh: 1. Dia membuka almari lalu mengambil bajunya. 2. Roziah mendengar radio sambil menggosok baju. Kata Hubung Pancangan
Kata hubung pancangan ialah jenis kata hubung yang menyampaikan klausa-klausa tidak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk.

Kata hubung pancangan menyambungkan satu ayat induk dengan satu atau lebih ayat kecil. Ayat utama Ayat Kecil 1. [ Asmah senyum ] kerana [ dia sangat gembira ] 2. Kami akan berhenti menjalani latihan bola sepak jika hujan bertambah lebat. 3. Dia tidak putus asa walaupun dia tidak berjaya dalam temuduga tersebut.

Menurut Tatabahasa Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 :240), kata hubung pancangan ialah jenis kata hubung yang menyambung klausa-klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu: 1. Kata hubung pancangan relatif 2. Kata hubung pancangan komplemen 3. Kata hubung pancangan keterangan Kata hubung pancangan relatif Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 240), kata hubung pancangan relatif atau ringkasnya kata relatif ialah kata yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan satu klausa kecil yang lain. Bentuk kata hubung pancangan relatif ialah "yang". Kata hubung pancangan komplemen Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 241), kata hubung, pancangan komplemen berfungsi menghubungkan satu klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada satu klausa utama. Dua contoh kata komplemen yang sering digunakan ialah "bahawa" dan "untuk". Kata hubung pancangan keterangan Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 241), kata hubung pancangan keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada satu klausa utama. Contoh kata keterangan adalah seperti; "kerana, hingga, kalau, agar, jika, sungguhpun, supaya, apabila".

Anda mungkin juga menyukai