Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW BAWAH 12 TAHUN PERINGKAT ZON SENTUL 2011

Pendahuluan Pertandingan ini merupakan acara tahunan yang tercatat dalam kalendar sukan JPWP. Pertandingan berlangsung selama seminggu iaitu 28 Mac hingga 1 April 2011 bertempat di gelanggang tertutup Taman Bolton , Gombak Selangor.

Pertandingan diadakan dalam peringkat pasukan dan regu. Dalam pertandingan peringkat pasukan sekolah telah terkandas dalam peringkat saringan pertama iaitu :-Kalah sebanyak 3 kali -Seri sekali -Menang sekali Dalam peringkat pertandingan antara regu pula pasukan sekolah telah terkandas dalam saringan kedua.

Kekuatan pasukan Pasukan ini dibentuk selama 2 tahun melalui aktiviti sepak takraw yang dijalankan sepanjang tahun 2010. Pasukan juga menggunakan khidmat jurulatih dalaman sahaja iaitu Cikgu Mohd Radzi dan beberapa orang guru yang turut membantu. Pasukan ini juga telah menjalani latihan khas serta telah diadakan perlawanan persahabatan di antara sekolah lain.

Kelemahan pasukan Sukan ini tidak menjadi target utama pemain kerana keluar di saat akhir dari menyertai pasukan

Pemain-pemain tidak mampu menahan tekanan ketika perlawnan dijalankan. Rangcangan jangka masa panjang Sebenarnya pasukan sepak takraw yang baik ialah pasukan yang mempunyai urulatih bagi aspek-aspek berikut:1) Jurulatih teknikal 2) Jurulatih tektikal 3) Pakar psikologi 4) Pakar rawatan kecemasan 5) Pengurus pasukan Setakat ini kekurangan ini hanya dibantu oleh guru-guru sahaja yang berkesempatan dan mempunyai masa terluang,jika ia dapat di jalankan secara serius pasukan sekolah akan lebih berkeyakinan dalam setiap perlawanan di peringkat zon dan negeri. Rancangan panjang guru dan jurulatih pasukan ialah melatih pemain-pemain mengikuti program asas yang akan diadakan. Di jangka bakat-bakat baru dapat dicungkil demi memartabatkan permainan sepak takraw di masa akan datang.

Disediakan oleh

(Abdul rasid Hamdan) Pengurus pasukan sepak takraw sekolah

Anda mungkin juga menyukai