Anda di halaman 1dari 44

STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN (SEGAK) SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

SEGAK

Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia ( SEGAK ) Dirancang selari dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah.

Rasional

Gaya hidup masyarakat Malaysia kini bertambah sedentari. Kecergasan yang optimum boleh membantu murid dalam melaksanakan aktiviti harian tanpa berasa letih dan lesu. Selaras dengan itu, satu aktiviti kecergasan yang terancang perlu dilaksanakan dengan sempurna mengikut prosedur yang ditetapkan bagi setiap item ujian Dinilai mengikut norma yang telah ditetapkan. Dengan ini, satu penilaian yang standard dapat diukur.

Penyelesaian Masalah

SEGAK mula diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005. Ujian ini dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya ke sekolah mulai sesi persekolahan tahun 2008 berdasarkan pekeliling iktisas bil 4 / 2008. Pelaporan hasil ujian ini akan mendapat pengiktirafan sijil secara peperiksaan berpusat.

Rasional Ujian

Rekod penilaian kecergasan memberi maklumat tentang tahap kecergasan murid. Dijalankan secara sistematik perlu diadakan dua kali setahun dan Dapat memotivasikan murid mengamal gaya hidup sihat. Murid akan lebih bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri Memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kesejahteraan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah merealisasikan Wawasan 2020.

Definisi Kecergasan Fizikal


Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi individu perlindungan daripada ancaman penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan pelbagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi dan keupayaan individu untuk bertanding dalam aktiviti sukan dengan bertenaga, berdaya kuasa, kekuatan, berdaya tahan, kemahiran dan sebagainya. Falls, 1980

Matlamat
Murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum.

Objektif
Murid dapat : mengetahui kepentingan kecergasan fizikal; melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pentadbir sekolah; menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu; melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik; dan pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa.

Prosedur

Semua murid perlu menjalani ujian-ujian kecergasan fizikal yang dicadangkan dalam buku panduan ini. Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut peringkat umur, keupayaan murid dan mengambilkira peralatan serta tempat ujian dijalankan. Umur murid dikira pada 1 hb. Januari untuk rujukan norma. Ujian ini boleh dijalankan semasa atau di luar waktu pengajaran Pendidikan Jasmani. Ujian ini juga mesti dilengkapkan pada hari yang sama. Guru melatih murid terlebih dahulu dan murid digalakkan membuat ujian secara individu, bersama rakan atau keluarga mereka.

Urutan Ujian SEGAK


Ujian ini mesti dilengkapkan mengikut urutan secara berterusan. Urutan item bateri ujian adalah seperti berikut;

Naik Turun Bangku ( 3 minit ) Tekan Tubi ( 1 minit ) Ringkuk Tubi Separa (1 minit ) Jangkauan Melunjur

Sebelum Ujian

Ukuran antropometrik untuk mendapatkan Indeks Jisim Badan perlu dibuat sebelum melakukan ujian ini.

Nama Ujian: Indeks Jisim Badan (BMI-for-age)


Tujuan:

Menilai komposisi badan


Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5

Tahap:

Jantina:

Lelaki dan Perempuan


Pengukur tinggi Penimbang berat Borang skor Pengukuran ini hendaklah dilaksanakan sebelum ujian kecergasan bermula.

Alatan dan kemudahan:


Pengurusan dan organisasi:

Prosedur:

Murid dikehendaki menimbang berat badan dalam ukuran kilogram dan mengukur ketinggian dalam meter.

Kira indeks jisim badan berdasarkan formula berikut: Indeks Jisim Badan = Berat badan (kg) Tinggi (m) x Tinggi (m)

Nama Ujian: Naik Turun Bangku 3 minit


Tujuan:

Menilai Daya Tahan Kardiovaskular


Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5

Tahap: Jantina:

Lelaki dan Perempuan


Permulaan Naik Turun Bangku Bangku - Ketinggian 30.5 cm Jam Randik Borang Skor Rakaman atau Metronome

Alatan dan kemudahan:

Naik Turun Bangku 3 minit

Pengurusan dan organisasi:


Aktiviti dijalankan berpasangan. Letakan bangku di atas lantai yang rata dan selamat.(Pastikan bangku tidak bergerak semasa ujian dijalankan.) Sediakan rakaman atau metronome rentak 96 detik seminit.

Permulaan Naik Turun Bangku

Prosedur:

Ujian murid memakai kasut sukan yang sesuai.

Murid berdiri tegak dengan kaki kanan atau kiri (yang mana sesuai) diletakkan di atas bangku.
Penguji akan memberikan isyarat mula. Murid melakukan pergerakan naik dan turun (kaki kiri naik, kaki kanan turun diikuti kaki kiri turun, kemudian kaki kanan naik atau sebaliknya).

Prosedur:

Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 96 detik seminit selama 3 minit. Selepas tamat murid dikehendaki duduk serta merta. Kira kadar nadi selepas 5 saat tamat perlakuan dengan kiraan dilakukan oleh guru atau menggunakan Polar Heart Rate Monitor. Kadar nadi diambil dalam jangkamasa 1 minit. Jika murid tidak menamatkan lakuan selama 3 minit, skor murid ini dibatalkan.

KADAR NADI DIAMBIL SELAMA SATU MINIT

Nama Ujian: Ujian Tekan Tubi

Tujuan:

Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 Lelaki Kawasan lapang dan rata. Span ( 5 cm tinggi x 15 cm panjang x 10 cm lebar). Jam Randik. Ujian dilaksanakan secara berpasangan. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.

Tahap:

Jantina:

Alatan dan kemudahan:


Pengurusan dan organisasi:


Prosedur:

Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan jari-jari kaki. Badan diluruskan. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.

SPAN ( 5 cm x 15 cm x 10 cm ).

BADAN DILURUSKAN DALAM KEADAAN SEDIA

Prosedur:

Tekan tubi diteruskan sehingga satu minit atau murid tidak berupaya meneruskannya. Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna mengikut arahan 1 hingga 3. Murid dibenarkan berehat dalam keadaan sedia dalam perlakuan jangkamasa 1 minit. Murid B mengira dan merekod bilangan lakuan Murid A.

Nama Ujian: Ujian Tekan Tubi Suaian

Tujuan:

Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5

Tahap:

Jantina:

Perempuan
Kawasan lapang dan rata. Span ( 5 cm tinggi x 15 cm panjang x 10 cm lebar ). Jam randik. Ujian dilaksanakan secara berpasangan. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.

Alatan dan kemudahan:


Pengurusan dan organisasi:


Prosedur:

Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan lutut yang bengkok. Kaki bersilang. Badan diluruskan.

Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span.


Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.

Prosedur:
Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak berupaya meneruskannya. Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna mengikut arahan 1 hingga 3. Murid dibenarkan berehat dalam keadaan sedia dalam perlakuan jangkamasa 1 minit. Murid B mengira dan merekod bilangan lakuan Murid A.

Ujian Tekan Tubi Suaian

Bersedia

Lakuan Bengkok Siku

Lakuan Lurus Tangan

Kiraan Satu Ulangan Lakuan

Nama Ujian: Ringkuk Tubi Separa ( partial curl-up) 1 minit


Tujuan :

Menguji daya tahan dan kekuatan otot abdomen Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 Lelaki dan perempuan Pita lekat bersaiz 2.5 cm Pita ukur Jam randik Lekatkan pita pelekat secara selari pada lantai di kiri dan kanan. Jarak antara pita adalah 10 cm.

Tahap : Jantina : Alatan dan kemudahan :

Pengurusan dan organisasi:

Prosedur :

Ujian ini dijalankan dengan murid memakai kasut yang sesuai. Murid A baring dengan lutut bengkok 90 darjah dan tumit kaki sentiasa menyentuh lantai. Buka kaki seluas bahu. Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari menyentuh bahagian luar pelekat pertama.

Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu diangkat supaya jari tengah kedua-dua tangan menyentuh bahagian luar pelekat kedua.

Prosedur :

Bahagian bawah/belakang badan hendaklah rata dan jari tengah pada kedudukan asal (ulang prosedur 4) sebelum melakukan ulangan yang seterusnya. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 50 detik seminit selama 1 minit. Murid B mengira ulangan perlakuan. Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A : Berasa tidak selesa. Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan penanda kedua. Tumit diangkat.

RINGKUK TUBI SEPARA

Panduan guru
Lakuan ringkuk yang tidak sempurna: Bahagian bawah/belakang badan tidak menyentuh lantai. Tumit diangkat. Badan/ bahu senget. Punggung terangkat. Lutut tidak bersudut 90 darjah (tegak).

Ringkuk Tubi Separa

Bersedia

Ringkuk

Kedudukan asal

Kiraan Satu Ulangan Lakuan

Lekatkan pita pelekat secara selari pada lantai di kiri dan kanan. Jarak antara pita adalah 10 cm.

10cm

Nama Ujian: Jangkauan Melunjur


Tujuan:

Mengukur fleksibiliti
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 Lelaki dan perempuan Alat pengukur jangkauan Borang skor. Gunakan alat pengukur jangkauan yang disediakan.

Tahap:

Jantina:

Alatan dan kemudahan:


Pengurusan dan organisasi:

Prosedur:

Murid duduk melunjur tanpa kasut. Tumit kaki di letak di belakang penanda 23 sentimeter. Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian. Rakan memegang lutut.

Tapak tangan kanan ditindih di atas belakang tapak tangan kiri dalam keadaan hujung jari tengah hendaklah sama. Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita pengukur.

JANGKAUAN MELUNJUR

Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin

Lutut sentiasa lurus

Prosedur:

Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat tanpa menyentap. Murid diberi tiga percubaan berturut-turut. Percubahan terbaik diambil kira sebagai skor. Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir. Tidak perlu merekod dalam titik perpuluhan. Murid yang membantu memegang lutut pelaku tidak menganggu pelaku.

BORANG UJIAN SEGAK


PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN UJIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN (SEGAK) (UJIAN : PRA / POST ) TARIKH :
NAMA PENUH TINGKATAN

UMUR TINGGI (meter) BERAT (kg) SKOR BMI


(INDEKS JISIM BADAN = BERAT/TINGGIXTINGGI )

UJIAN

Ulangan

Markah

UJIAN

Ulangan

Markah

NAIK TURUN BANGKU (3m)


TEKAN TUBI (1 m)

RINGKUK TUBI SEPARA (1 m)


JANGKAUAN MELUNJUR

NORMA UJIAN KECERGASAN FIZIKAL MURID (SEGAK)


LELAKI 15 TAHUN
Skor Naik Turun Bangku Tekan Tubi Ringkuk Tubi Separa Jangkauan Melunjur 5 75 ke bawah 30 ke atas 23 ke atas 46 ke atas 4 76 97 24 29 19 22 37 45 3 98 120 2 121 142 1 143 ke atas 12 ke bawah 9 ke bawah 16 ke bawah

18 - 23 13 - 17 14 - 18 10 - 13 27 - 36 17- 26

NORMA UJIAN KECERGASAN FIZIKAL MURID (SEGAK) (Perempuan 17 tahun)


SKOR
NAIK TURUN BANGKU (kadar nadi) TEKAN TUBI

3
98 120

2
121 142 10 14

1
143 ke atas 9 ke bawah

75 ke 76 97 bawah 24 ke atas

20 23 15 19

RINGKUK TUBI SEPARA


JANGKAUAN MELUNJUR

31 ke atas
41 ke atas

16 18 12 15
35 40 28 34

8 11
22 27

7 ke bawah
21 ke bawah

KEPUTUSAN KESELURUHAN
SETELAH MELAKUKAN 4 UJIAN, SILA RUJUK KEPADA SKALA MARKAH KESELURUHAN UNTUK MENENTUKAN TAHAP KECERGASAN BAGI TUJUAN PEMARKAHAN BIL.
1. 2. 3. 4. 5.

JUMLAH SKOR KESELURUHAN


18 HINGGA 20 MARKAH 15 HINGGA 17 MARKAH 10 HINGGA 14 MARKAH 7 HINGGA 9 MARKAH 4 HINGGA 6

GRED
A B C D E

PERNYATAAN
CEMERLANG SANGAT BAIK BAIK SEDERHANA PERLU USAHA LAGI

ULASAN SKOR UJIAN KECERGASAN FIZIKAL UJIAN TEKAN TUBI


SKOR ULASAN
Tahniah. Kekalkan kecergasan fizikal anda dengan meneruskan latihan berkala supaya tidak berlaku kebolehbalikan. Kekalkan kecergasan fizikal anda dengan meneruskan latihan berkala dan melakukan prinsip tambah bebanan. Tingkatkan kecergasan fizikal anda dengan menggunakan prinsip tambah bebanan.

CADANGAN AKTIVITI
Buat latihan 3 kali seminggu sekurangkurangnya 20 minit setiap kali seperti bermain bola tampar, ping pong atau hoki. Buat latihan 3 kali seminggu sekurangkurangnya 30 minit setiap kali seperti bermain bola tampar, badminton atau hoki. Buat latihan 4 kali seminggu sekurangkurangnya 20 minit setiap kali seperti bermain bola tampar, badminton atau bola keranjang. Buat latihan 4 kali seminggu sekurangkurangnya 30 minit setiap kali seperti bermain bola tampar, bola jaring atau bola baling. Disiplinkan diri anda. Buat aktiviti tekan tubi selama 5 minit setiap pagi dan petang. Kekerapan latihan memainkan peranan penting dalam latihan. Selain itu anda perlu melakukan riadah setiap hari. Berjalan laju dan bersukan setiap petang.

5 4

3
2 1

Anda perlu pertingkatkan kecergasan fizikal. Dapatkan nasihat guru Pendidikan Jasmani anda. Perlu berusaha dengan menjalani latihan yang khusus untuk membina kekuatan dan dayatahan otot dengan bimbingan guru Pendidikan Jasmani.

Sekian, terima kasih. SELAMAT MENJALANKAN TUGAS

Anda mungkin juga menyukai