Anda di halaman 1dari 14

MOHD FIRDAUS BIN MOHD JAMIL

PPG SAINS 2 AMBILAN JUN 2011

LAPORAN AMALI 1 Tajuk Tujuan : Mengenal Pasti Batuan. : Mengenalpasti dan mengelaskan 6 jenis batuan mengikut spesifikasi.

Pengenalan : Batuan merujuk kepada himpunan galian-galian dalam kumpulan-kumpulan batuan seperti batuan igneus, enapan dan metamorfosis yang membentuk bahagian kerak bumi atau litosfera yang biasanya dalam keadaan padu, padat dan keras. Batuan igneus merujuk kepada batuan yang terhasil daripada penyejukan dan pemejalan magma dan lava hampir permukaan ataupun di permukaan bumi. Proses pembentukan batuan igneus : Batuan igneus berasal daripada penyejukan dan pemejalan magma dan lava. Suhu magma yang tinggi ( dalam lingkungan 700 C 1 200 C ) dalam kerak bumi menyebabkan batuan sentiasa dalam tekanan yang tinggi. Apabila tekanan berkurangan secara tiba-tiba, batuan yang cair akan menular keluar melalui celah-celah kerak bumi sebagai magma dan lava. Penyejukan dan pemejalan magma dan lava akan menghasilkan pelbagai jenis batuan igneus. Penyejukan dan pemejalan magma dalam rekahan batuan akan menghasilkan batuan igneus rejahan manakala penyejukan dan pemejalan lava di permukaan bumi akan menghasilkan batuan igneus terobosan.

MOHD FIRDAUS BIN MOHD JAMIL

PPG SAINS 2 AMBILAN JUN 2011

Batuan enapan merujuk kepada batuan yang terbentuk secara berlapis-lapis akibat daripada proses pemendapan, perekatan dan pemampatan serpihan batuan, kelodak, pasir, lumpur dan cengkerang oleh agen-agen seperti air, angin dan gasier. Pembentukan batuan enapan : Bahan-bahan yang terdapat di dalam batuan enapan terhasil melalui peluluhawaan batuan. Bahan-bahan ini kemudiaannya diangkut dan dimendapkan di kawasan tertentu oleh agen-agen pengangkutan seperti air yang mengalir, angin dan glasier. Bahan-bahan ini kemudiaannya dimendapkan secara lapisan demi lapisan. Lapisan ini menjadi mampat melalui proses pemadatan dan perekatan. Dalam proses pemadatan, lapisan enapan di lapisan atas akan menekan turun lapisan bawah. Akibat tekanan yang tinggi dari lapisan atas, bahan enapan yang halus seperti pasir dan lempung akan melekat lalu membentuk batuan. Batuan metamorfosis merujuk kepada batuan yang asalnya batuan igneus atau enapan yang telah mengalami perubahan sama ada daripada segi tekstur dan komposisi kimia atau kedua-duanya akibat daripada tekanan yang tinggi, dan suhu yang tinggi. Proses pembentukan batuan metamorfosis Berasal daripada batuan igneus atau enapan yang bertukar kepada batuan jenis lain melalui proses metamorforsis.

MOHD FIRDAUS BIN MOHD JAMIL

PPG SAINS 2 AMBILAN JUN 2011

Batuan bertukar kepada batuan lain akibat daripada haba dan tekanan yang tinggi serta perubahan dalam susunan mineral batuan berkenaan. Batuan metamorfosis berbeza daripada batuan-batuan lain dari segi struktur, tekstur, warna dan kandungan mineral. Terdapat dua cara proses metamorfosisma berlaku iaitu metamorfosisma serantau dan metamorfosisma sentuhan. Radas dan bahan : Penimbang elektronik,silindir penyukat,bikar,piring petri,kanta pembesar,berus,6 jenis batu,air. Prosedur : 1. Sampel batu-batuan yang terdapat di sekeliling dibawa ke makmal. 2. Dengan menggunakan jadual 1 dibawah, perbezaan yang terdapat dalambatubatuan dibincangkan. 3. Dengan menggunakan hubungan antara jisim/isipadu, ketumpatan batuandicari. 4. Melalui data-data yang telah dikumpulkan, jenis batuan dinamakan. 5. Teknik-teknik lain untuk mengklasifikasi atau menamakan batuan digunakan.

MOHD FIRDAUS BIN MOHD JAMIL

PPG SAINS 2 AMBILAN JUN 2011

Keputusan : Jadual 1 : Klasifikasi dan ciri-ciri batuan.


BIL JENIS BATUAN WARNA JISIM KETUMPATAN KILAUAN KEKERASAN LAPISAN TEKSTUR CORAK

1.

Ungu 17.5 g kehitaman

15 cm

Lembut

Berlapis

-Kasar -Segi bersudut

Sekata

Igneus

2.

Putih dan kelabu

11.5 g

4 cm

Keras

Berlapis

-Kasar -Berbatuan kecil -Segi bersudut

Tidak sekata

Enapan

3.

Putih

59.1 g

10 cm

Keras

Tidak berlapis

-Licin -Sfera tidak bersegi

Tidak sekata

Metamorfik

MOHD FIRDAUS BIN MOHD JAMIL

PPG SAINS 2 AMBILAN JUN 2011

Jadual 1 : Klasifikasi dan ciri-ciri batuan


BIL JENIS BATUAN WARNA JISIM KETUMPATAN KILAUAN KEKERASAN LAPISAN TEKSTUR CORAK

4.

Perang kelabu

13.8 g

7 cm

Keras

Tidak berlapis

Igneus

-Batuan kecil timbul -Bersudut -Batu berongga

Tidak sekata

5.

Merah jambu berbintik

13.0 g

5 cm

Lembut

Berlapis

-Berbintik hitam -Bersudut

Sekata

Enapan

6.

Oren kemerahan

3.7 g

3 cm

Lembut

Berlapis

-Berbatuan kristal -Sfera bersudut

Tidak sekata

Metamorfik

MOHD FIRDAUS BIN MOHD JAMIL

PPG SAINS 2 AMBILAN JUN 2011

Jadual 2 : Ketumpatan batuan

JISIM (g) BIL JISIM (g) ISIPADU (cm) ISIPADU (cm) 1. 17.500 15.000 17.500 15.000 KETUMPATAN (gcm) 1.166

2.

11.500

4.000

11.500 4.000

2.875

3.

59.100

10.000

59.100 10.000

5.910

4.

13.800

7.000

13.800 7.000

1.971

5.

13.000

5.000

13.000 5.000

2.600

6.

3.700

3.000

3.700 3.000

1.233

MOHD FIRDAUS BIN MOHD JAMIL

PPG SAINS 2 AMBILAN JUN 2011

Perbincangan : Tiap-tiap batu-batan berbeza daripada yang lainnya, baik tentang corak, bentuk rupa, warna, ketelusan air, cara terjadinya, mahupun kekuatannya menahan kuasa gondolan. Bagi ahli-ahli geologi yang mengkaji kandungan dan perkembangan bumi secara fizikal, pengetahuan tentang batu-batan ini sangatlah penting. Begitulah juga bagi ahli-ahli Geografi. Mereka perlu mempunyai pengetahuan asas tentang jenis jenis batu-batan yang biasa terdapat dan juga hubungannya dengan rupa bumi. Batu-batan juga menjadi asas bagi tanah-tanih dan sedikit sebanyaknya menentukan jenis jenis tumbuhan dan penggunaan tanah-tanih di sesuatu kawasan. Oleh itu kita perlu mengetahui dan mengenal batu-batan yang terdapat di sekeliling kita. Batuan pertama yang kami temui ialah batu igneus.Ianya berwarna ungu kahitaman,bersifat lembut dan berlapis.Mempunyai tekstur yang kasar dan segi bersudut.Jisim batu ini ialah 17.5 gram dan mempunyai ketumpatan 15 cm.Batu kedua ialah batu igneus.Ianya berwarna putih dan kelabu. Ianya tidak berkilau, keras dan

berlapis-lapis. Dari segi strukturnya, ianya kasar, berbatuan kecil dan seginya bersudut serta ketumpatannya adalah 4 cm. Batu yang ketiga dikenalpasti sebagai batu metamorfik, ianya bewarna putih,berkilau, tidak berlapis, bertekstur licin dan sfera tidak bersegi. Ia mempunyai ketumpatan 10 cm. Batu keempat adalah batu igneus dan berwarna kelabu kekuningan. Ciri-cirinya adalah berkilau, keras dan tidak mempunyai lapisan. Teksturnya berbatuan kecil yang timbul,bersudut dan berongga.ketumpatannya adalah 7 cm.Batu kelima adalah

metamorfik, berwarna merah jambu serta mempunyai bintik-bintik hitam kecil. Ianya juga berkilau,lembut dan mempunyai lapisan. Ciri-cirinya adalah berbintik-bintik hitam serta bersudut. Ketumpatannya pula adalah 5 cm.Batu yang terakhir ialah batu metamorfik yang berwarna oren kemerahan. Ianya berkilau, lembut dan mempunyai lapisan. Ciri-cirinya adalah berbatuan kristal dan bersudut sfera.Ketumpatannya pula ialah 3 cm. Batuan igneus terjadi akibat daripada penyejukan dan pembekuan magma dari dalam kerak bumi. Batu ini biasanya berbentuk hablur, tidak berlapis-lapis dan tidak mengandungi fosil. Batu igneus boleh dikelaskan berdasarkan kandungan bahan-bahan

MOHD FIRDAUS BIN MOHD JAMIL

PPG SAINS 2 AMBILAN JUN 2011

logam di dalamnya. Jikalau batuan ini mengandungi lebih banyak silika maka batu itu digolongkan sebagai batuan asid. Sebagai batuan granit, batuan igneus jenis asid ini tidaklah padat dan lebih muda warnanya daripada batuan bes. Batuan bes pula lebih padat dan lebih hitam warnanya kerana banyak mengandungi oksid bes, seperti besi, aluminium dan magnesium. Batu enapan terjadi daripada enapan yang terkumpul di kawasan perairan. Kejadiannya memakan masa yang panjang. Batuan ini dapat dibezakan daripada batuan jenis lain oleh sifat-sifatnya yang berlapis-lapis. Oleh sebab itu batuan ini disebut batu-batan berlapis. Tebal lapisannya berbeza-beza dari beberapa sentimeter hingga ke beberapa meter. Bentuknya kasar atau berbiji-biji halus, mungkin juga lembut atau keras. Bahan-bahan yang membentuk batuan enapan ini mungkin telah diangkut oleh sungaisungai, glasier, angin atau binatang-binatang. Batuan enapan tidak berhablur dan seringkali mengandungi fosil-fosil binatang, tumbuh-tumbuhan dan hidup-hidupan halus. Batuan enapan inilah yang paling berbeza sekali cara kejadiannya jika dibandingkan dengan batuan lain, Tekanan dan haba yang sangat tinggi akan menyebabkan semua batu-batuan, baik batuan igneus mahupun batuan enapan akan bertukar menjadi batuan metamorfosis. Sifat-sifat asal batuan tersebut mungkin berubah oleh kuasa-kuasa tersebut di atas taditerutamanya apabila pergerakan bumi yang sangat kuat berlaku dan dengan cara ini tanah lempung akan berubah menjadi batu loh, batu kapur menjadi batu marmar, batu pasir menjadi kuarzit, batu granit menjadi gneis, syal menjadi syis, arang batu menjadi grafit dan grafit menjadi berlian. Kesimpulan : Melalui proses ini maka dapat disimpulkan bahawa mineral memainkan peranan utama dalam kehidupan dan taraf hidup manusia. Ia menjadi semakin penting dan pada masa ini kita bergantung terhadap mineral dalam pelbagai perkara, dari pembinaan bangunan pencakar langit hingga kepada pembuatan alatan elektronik teknologi tinggi.Selain daripada itu batu-batuan ini juga menjadi penting kepada ahli-ahli geologi terutamanya dalam menentukan umur bumi.

MOHD FIRDAUS BIN MOHD JAMIL

PPG SAINS 2 AMBILAN JUN 2011

JURNAL REFLEKSI Assalamualaikum wbt . Pertamanya, saya ingin memanjatkan jutaan rasa syukur ke hadrat Ilahi untuk segala-galanya. Bagi semester kali ini, SCE 3110 Bumi dan Angkasa telah menjadi salah satu subjek major yang dibimbing oleh seorang pensyarah iaitu Pn Badariah. Subjek ini adalah salah satu subjek Sains yang berkaitan dengan kajian bumi dan angkasa. Bagi menjalani dan memenuhi pembelajaran subjek ini, kami dikehendaki untuk menyiapkan kerja kursus yang memerlukan beberapa tajuk pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) dan 3 laporan praktikal. Antara tajuk PPIK ialah 1) Mengenal Pasti batuan. 2) Awan dan Cuaca dan 3)Laporan Bentuk Muka Bumi Setempat. Tiga peringkat perlu dikuasai sepenuhnya bagi menyiapkan tugasan projek ini. Peringkat pertama ialah pemerolehan ilmu dimana saya perlu mendapatkan sebanyak mana maklumat berkenaan tajuk-tajuk dalam subjek ini. Kemudian, bagi peringkat kedua, iaitu peringkat penguasaan ilmu. Peringkat ini adalah ketika menjalani amali secara

berkumpulan. Pemerhatian, mengumpul maklumat dan merekodkan pemerhatian dilakukan sewaktu peringkat ini. Manakala bagi peringkat ketiga iaitu peringkat pemindahan ilmu, bagaimana saya dan ahli kumpulan berbincang, menganalisis dan membuat keputusan bagi menghasilkan pengurusan grafik berkaitan tajuk PPIK, laporan PPIK dan laporan praktikal secara individu. Tugasan PPIK memerlukan saya membuat amali dan menjawab soalan yang

berbentuk pedagogi. Setiap tajuk juga memerlukan maklumat yang telah di proses dalam bentuk pengurusan grafik. Bagi tugasan PPIK yang pertama iaitu mengenal pasti batuan. Saya menjawab soalan yang diberi berdasarkan pengetahuan sedia ada dan hasil analisis daripada maklumat yang telah dikumpulkan. Daripada tajuk ini, saya telah mempelajari tentang jenis-jenis batuan yang terdapat di bumi kita. Aktiviti pemerhatian dijalankan supaya

pemerolehan ilmu itu lebih berkesan dan akan diingati. Selain itu, kaedah pelaksanaan amali ini boleh memberi idea kepada saya untuk menjalankan aktiviti ini disekolah nanti.

MOHD FIRDAUS BIN MOHD JAMIL

PPG SAINS 2 AMBILAN JUN 2011

Tajuk kedua iaitu awan dan cuaca memberikan pengetahuan yang mendalam berkenaan dengan jenis-jenis awan dan ciri-cirinya. Rekabentuk eksperimen itu dijalankan secara visual dan perbincangan berikutan ketiadaan bahan untuk membuat perbandingan mengenai jenis-jenis awan secara terperinci. Namun begitu, melalui perbincangan, idea dan gambaran rekabentuk amali itu diperoleh. Oleh itu, pembelajaran secara berkumpulan adalah salah satu stail pembelajaran yang berkesan. PPIK terakhir iaitu laporan bentuk muka bumi setempat adalah kesinambungan daripada tajuk sebelum ini. Bagi tugasan melaksanakan amali Sains, kami menjalankan tugasan secara koperatif. Perbincangan dalam menganalisis data dijalankan bagi membolehkan kami bertukar-tukar pandangan dan menerima pandangan rakan-rakan yang lain. Namun begitu bagi tugasan menulis laporan , saya laksanakan secara individu. Sepanjang amali yang ketiga kami mendapat pelbagai pengalaman dan pengetahuan yang berguna antaranya bentuk muka bumi kawasan kajian, jenis-jenis hidupan, keadaan sosio ekonomi masyarakat setempat dan sebagainya. Secara keseluruhannya, sepanjang proses menyiapkan tugasan projek ini, saya dapati bahawa kelamahan dalam pengurusan masa memberi impak yang besar dalam menghasilkan tugasan yang bermutu. Selain itu, kekurangan berinteraksi dengan orang yang pakar seperti pensyarah pebimbing juga antara satu faktor, banyak keputusan dibuat dalam keadaan yang masih ragu-ragu. Oleh itu, saya perlu lebih rajin untuk berjumpa dengan pensyarah bagi membolehkan saya dibimbing dengan baik dalam melaksanakan tugasan projek ini. Selain itu bagi membendung masalah ini sentiasa berlaku, motivasi dalam diri dan keyakinan terhadap diri sendiri dalam membuat tugasan awal adalah penting dan perlu dilakukan. Pengurusan masa yang effisen boleh dibuat dengan menyediakan jadual waktu belajar dalam buku rancangan peribadi. Sikap yang negatif seperti suka bertanggung hendaklah diperbaiki supaya hasil yang bermutu dapat dihasilkan tanpa berlaku tekanan. Bagi mengurangkan sikap bertanggunh, saya perlu sentiasa menulis LIST -TO-DO supaya saya sentiasa ingat dan buat perkara mengikut keutamaanya.

10

MOHD FIRDAUS BIN MOHD JAMIL

PPG SAINS 2 AMBILAN JUN 2011

Alhamdulillah, dengan kerjasama yang baik oleh setiap ahli kumpulan membolehkan kami menyiapkan kesemua tugasan yang diperlukan pada masa yang telah ditetapkan. Walaupun banyak masalah yang dihadapi, saya dan rakan berusaha untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan upaya yang ada. Setiap masalah dihadapi bersama dan sokongan serta sikap tolong-menolong adalah nilai yang membantu kami menghasilkan tugasan ini secara optimum. Banyak pengajaran yang diperolehi dari tugasan ini, antaranya ialah, setiap masalah boleh diselesaikan dan kepentingan pengurusan masa. Selain itu, pemikiran yang kreatif dan kritis dengan sikap menerima pandangan orang lain adalah salah satu pengajaran yang dapat saya pelajari semasa menyiapkan tugasan ini. Oleh hal yang demikian, saya cukup berharap agar tugasan ini diterima seadanya dan semoga ia memberi manfaat kepada sesiapa sahaja. Sekian, Terima kasih.

11

MOHD FIRDAUS BIN MOHD JAMIL

PPG SAINS 2 AMBILAN JUN 2011

Lampiran.

Struktur batuan diperhatikan dengan bantuan kanta pembesar.

Jisim batuan diambil dengan penimbang elektronik.

12

MOHD FIRDAUS BIN MOHD JAMIL

PPG SAINS 2 AMBILAN JUN 2011

Radas semasa isipadu batu diambil .

Batu-batuan yang telah dikumpul dari tempat yang berbeza.

13

MOHD FIRDAUS BIN MOHD JAMIL

PPG SAINS 2 AMBILAN JUN 2011

Rujukan :

Buku : Rusly M. & Nurashikin A. (2006).Geografi Alam Sekitar Fizikal.Pearson Longman. Selangor Darul Ehsan.

Internet : http://ms.wikipedia.org/wiki/Batuan_enapan

http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcT7l6NXkUYTOlvZBOwYLxiwATasLcwPm5V8V YsiVxKLpFXxE6pn

http://dzakibelajar.blogspot.com/2013/05/jenis-jenis-batuan.html

14

Anda mungkin juga menyukai