Anda di halaman 1dari 8

Nota Ringkas TATACARA PERJUMPAAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA 1. KAWAD KAKI ASAS Senang diri..

.Rehatkan diri Baris, Baris sedia Mengahadap ke belakang/hadapan Bergerak ke kanan/kiri Hentak kaki kiraan 12 Dari kanan/kiri cepat jalan 2. MENDAPATKAN JUMLAH/KEKUATAN KUMPULAN BARIS SEDIA KEKUATAN KUMPULAN/DARI BELAKANG/NOMBOR BARIS, BARIS SEDIA KEKANAN LURUS..PANDANG DEPAN 3. KETUA PUTERI BERKAWAD BERTEMU GURU PEMIMPIN UNTUK MEMOHON KEBENARAN MEMULAKAN MAJLIS. Ketua puteri berhenti (hentak kaki) bersalaman dan memberi ucapan salam. ASSALAMUALAIKUM PUAN, IZINKAN SAYA MEMULAKAN TATACARA PERJUMPAANguru menjawab, SILAKANJawab TERIMA KASIH PUAN. 4. PEMBACA DOA, SEDIA UPAL-FATIHAH.. Selsai doaUP (sapu ke muka baru diturunkan tangan ke sisi)..terus menyebut..NAS ALUKAYA MAN HUALLAHU.. Selasai..Pembaca doa berkawad ke tempat nya dalam barisan. 5. PENAIK BENDERA,SEDIA 3 orang penaik bendera keluar berkawad ke tiang bendera. Turunkan dahulu bendera dan letak di bahu. Ketua Puteri menghadap tiang bendera. NEGARAKU,MULA..(ketiga-tiga bendera dinaikkan serentak.bendera Malaysia mendahului sejengkal. Penaik bendera undur setapak ke belakang. LAGU PUTERI,MULABila dah siap nyanyi, penaik bendera yang tengah akan bagi arahan, KANAN PUSING, CEPAT JALANOrang yang terakhir sampai akan sebut SIAP. UP..(bersiap sedia untuk lafaz ikrar)..dah siap, UP. 6. Guru Pemimpin berjalan dan terus berdiri di hadapan Ketua Puteri. KP memberi arahan.. KP:KAMI Ahli: PASUKAN KP:SERAMAI..ORANG SEDIA MENERIMA ARAHAN, PUAN KP: BARIS, SENANG DIRI, REHATKAN DIRI Arahan atau taklimat guru pemimpin.. BARIS< BARIS SEDIA..TERIMA KASIH PUAN KP:KELUAR BARIS

Tatacara Perjumpaan

Jahitan Asas Mata Jahitan Asas


Jahitan Sementara Jahitan Kekal Jahitan Hiasan

Jahitan Sementara:

a. Jelujur Kasar/Sama

Ciri-ciri :

Mata jelujur sama panjang di sebelah luar dan di sebelah dalam (1.25 cm) Mudah ditanggalkan.

Kegunaan: Menanda garisan pola di pakaian seperti tempat letak kocek, tempat lipatan dan menetap pelapik. Guna benang berlainan warna supaya senang dibuka setelah dimesin atau disembat. b. Jelujur Halus

Ciri-ciri:

Mata jahitan yang sama panjang iaitu 3mm - 5mm. Lebih kukuh dari jelujur kasar.

Kegunaan: Melekat lapisan fabrik sementara. Menanda garisan tengah badan hadapan dan belakang, kedudukan lubang butang, mengedutkan fabrik, mensekatakan kepala lengan, mengemas tepi fabrik yang melengkung dan sebagai hiasan. c. Jelujur Panjang dan Pendek

Ciri-ciri:

Mata jahitan yang panjang 1.25cm dan pendek 0.5cm. Jarak antara panjang dan pendek ialah 0.5cm. Lebih kukuh dan susah ditanggalkan.

Kegunaan:

Menanda garis tengah hadapan dan belakang. Menanda kedudukan sesuatu bahagian pakaian. Lebih sesuai untuk fabrik yang tebal, lembut dan licin(mudah tergelincir).

Jahitan Tangan (Kekal): a. Jahitan Penyambung -

i. Jelujur Halus Ciri-ciri: seperti Jahitan Sementara

Kegunaan: Menggantikan jahit mesin dan sebagai hiasan.

ii. Jahitan Kia

Ciri-ciri:

Sebelah luar jahitan seperti jahitan mesin dan sebelah dalam seperti jahitan batang. Boleh menggantikan jahitan mesin.

Kegunaan: Memulakan dan mengakhiri jahitan tangan tetap. Untuk melekatkan dua atau lebih lapisan fabrik dengan tetap dan kukuh. iii. Jahitan Lilit Ubi (Whip stitches)

Kegunaan:

Mengelakkan tepi kain dari berbulu. Untuk menyambung dua keping fabrik atau lebih (contoh: Tampal Cantum @ Rendarenda Untuk mengemas tepi-tepi kocek tampal, kelim belah kangkung, kelim-kelim pinggang dan lengan.

b. Jahitan Pengemas i. Jahitan Sembat (Hemming)

Ciri-ciri:

Kecil, halus, rapat, sekata dan kukuh

Kegunaan: Untuk mengekalkan kelepet pakaian atau atikel. Untuk menetapkan lipatan tepi tampal, pita dan lipatan kelim pada tangan.

Untuk menetapkan pelapik di kolar dan belah pakaian. Untuk mengemaskan kun, tepi ikatan pinggang, pelapik pada kolar dan belahan pakaian. Boleh dilihat di sebelah luar pakaian.

ii. Jahitan Insang Pari (Blanket Stitches)

Ciri-ciri:

Kukuh dan boleh dilihat pada kedua-dua belah fabrik.

Kegunaan: Mengemas tepi fabrik terutama fabrik tebal seperti flannel. Mengelakkan tepi kain dari berbulu.

Sebagai jahitan hiasaan. Jahitan Hiasan

a. Tampal Hias

Tampal hias ialah tampalan satu atau lebih kepingan fabrik yang berbentuk atau kepingan motif daripada fabrik ditampal dan dijahit ke atas pakaian atau artikel.

b. Tampal Cantum

Tampal cantum ialah cantuman beberapa keping fabrik yang sama warna atau berlainan warna, corak, bentuk dan saiz untuk menghasilkan corak yang menarik. Kepingan fabrik dicantumkan dengan mata jahitan lilit ubi untuk menghasilkan satu motif atau gambar. Motif ini kemudiannya dijahit ke atas artikel atau pakaian sebagai hiasan. Tampal cantum juga boleh dijadikan artikel besar seperti selimut, kusyen dan beg. Jahitan Sulaman

Sesuatu hiasan boleh dijahit dengan mata jahitan sulaman untuk mendapatkan satu motif yang menarik. Motif yang hendak dihasilkan boleh dijahit dengan hanya satu rupa mata jahitan seperti gambar yang dihasilkan dengan mata jahitan silang pangkah. Kombinasi dua atau lebih mata jahitan sulaman boleh diaplikasikan untuk menghasilkan satu motif yang menarik. Mata jahitan sulaman juga boleh diguna bersama tampal hias supaya hiasan menjadi lebih kreatif. Kuilting

Kuilting ialah corak yang timbul yang dihasilkan daripada tiga lapisan fabrik dilapik dengan wadding atau span nipis di tengah-tengah dan dilapis dengan sehelai kain di sebelah belakang lalu dijahit ketiga-tiga lapisan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai