Anda di halaman 1dari 36

APRESIASI SENI (SENI BUSANA)

PENGENALAN
Kehebatan dan kepelbagaian pakaian tradisional Malaysia dapat dilihat di seluruh Semenanjung Malaysia yang padat dengan masyarakat berbilang kaum Setiap pakaian mencipta satu kelainan dari segi potongan, cara pemakaian dan penampilan yang berbeza-beza dari satu negeri ke negeri yang lain Penubuhan Malaysia pada tahun 1963, telah menambah lagi kekayaan pakaian tradisional di negara ini.

Kehadiran busana tradisional pelbagai etnik dari Sabah dan Sarawak telah menyerikan lagi keunggulan busana yang penuh dengan keunikan ragam hiasnya.

Pada hari ini kita dapat menyaksikan pakaian tradisional yang diwarisi oleh masyarakat berbilang kaum di Malaysia telah menjadi satu lambang atau saripati kekayaan seni masyarakat yang membanggakan. Pakaian tradisional Malaysia nyata terkenal dengan warna-warna ceria dan ia menjadi sesuatu yang indah dan menarik.

PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU


Lelaki Melayu ini mengenakan Baju Melayu Cekak Musang, berkain songket bermotifkan bunga penuh dan bersongkok. Wanita Melayu ini pula menggayakan Baju Kurung Telok Belanga yang diperbuat daripada kain songket. Kainnya disusun secara ombak mengalun. Persalinan dari kain songket ini dilengkapi dengan selendang panjang.

BAJU MELAYU
Baju Melayu merupakan satu panggilan bagi baju tradisional Melayu yang biasa di pakai oleh golongan lelaki di Malaysia dan negara serantau. Ia biasanya terbahagi kepada dua jenis utama, iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga dan potongan Cekak Musang Baju Melayu dijahit dalam dua cara iaitu berpesak atau potongan moden atau dipanggil potongan Cina. Di mana lengan baju tersebut disambungkan kepada badan baju. Iaitu secara disambung terus atau di jahitkan ke bahagian lain yang dinamakan pesak dan kekek.

BAJU MELAYU CEKAK MUSANG


Baju Cekak Musang biasanya terkenak di kawasan tengah dan utara Malaysia. Istilah Cekak Musang ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju, tengkuk cekak tinggi atau leher tegak empang leher Pengertian cekak musang merakamkan imej alami untuk leher baju yang bercekak tinggi berdiri (2.5cm) melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh lingkaran (bulat) yang dibuat dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya sementara potongan Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut, potongan Cekak Musang berbentuk seperti leher baju India hanya bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan. Baju ini mula dipakai di Johor ketika pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar

BAJU MELAYU CEKAK MUSANG

BAJU MELAYU TELUK BELANGA


Baju Melayu Teluk belanga biasanya lebih terkenal di selatan Malaysia. Baju ini mula di perkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas Johor khususnya pada abad ke-19. Ia juga dikatakan sejenis pakaian lelaki yang dikatakan telah direka oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866 untuk meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk Belanga di Singapura ke Johor Bahru. Sementara potongan Teluk Belanga pula bahagian lehernya hanya di jahit secara sulaman. Terdapat berbagai bentuk sulaman yang dipadankan seperti Mata Lalat, Tulang Belut dan sebagainya.

Cara memakai baju juga terdapat perbezaan di mana bagi baju Melayu Teluk Belanga biasanya sampin dipakai di luar baju, manakala baju Melayu Cekak Musang baju di dalam sampin.

BAJU MELAYU TELUK BELANGA

BAJU KURUNG
Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Perbezaannya terletak pada bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan mempunyai satu kocek serta perbezaan daripada segi pemakaian. Pengertian kurung secara tidak langsung telah membawa erti mengurung atau menutup anggota tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah istilah kurung diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang. Sehingga disebut dengan berbagai-bagai nama misalnya baju kurung bernyawa walaupun mempunyai pelbagai nama namun baju kurung telah menampilkan ciri-ciri tersendiri.

BAJU KURUNG

BAJU KURUNG

BAJU KEBAYA
Baju Kebaya adalah pakaian tradisional yang dikenakan oleh wanita Indonesia dan Malaysia yang dibuat dari kain kasa yang dikenakan dengan sarung, batik, atau pakaian tradisional yang lain seperti songket dengan motif warna-warni. Dipercayai kebaya berasal daripada kaum Cina yang berhijrah ke Nusantara ratusan tahun yang lalu. Lalu menyebar ke Melaka, Jawa, Bali, Sumatera, dan Sulawesi. Setelah penyesuaian budaya yang berlangsung selama ratusan tahun, pakaian itu diterima oleh penduduk setempat. Sebelum tahun 1600 di Pulau Jawa, kebaya adalah pakaian yang hanya dikenakan oleh golongan keluarga kerajaan di sana. Selama zaman penjajahan Belanda di Pulau ini, wanita-wanita Eropah mula mengenakan kebaya sebagai pakaian rasmi. Saban hari, kebaya diubah dari hanya menggunakan barang tenunan mori menggunakan sutera dengan sulaman warna-warni.

BAJU KEBAYA
Menurut Denys Lombard dalam bukunya Nusa Jawa: silang Budaya (1996) Kebaya berasal dari bahasa Arab Kaba yang bererti pakaian dan diperkenalkan lewat bahasa Portugis ketika mereka mendarat di Asia Tenggara. Kebaya diertikan sebagai jenis pakaian (atasan/blouse) pertama yang dipakai wanita Indonesia pada kurun waktu abad ke-15 atau ke-16 Masihi. Hujah Lombard tentu berterima terutama lewat analogi penelusuran lingustik yang toh sampai sekarang kita masih mengenal Abaya yang berarti tunik panjang khas Arab. Sementara sebagian yang lain percaya Kebaya ada kaitannya dengan pakaian tunik perempuan pada masa kekasiran Ming di Tiongkok, dan pengaruh ini ditularkan setelah imigrasi besarbesaran menyambangi semenanjung Asia Selatan dan Tenggara di abad ke-13 hingga ke-16 Masehi.

BAJU KEBAYA

BAJU KEBAYA NYONYA


Pakaian yang mirip baju kebaya yang disebut "nyonya kebaya" diciptakan pertama kali oleh orang-orang Peranakan daripada Melaka. Mereka mengenakannya dengan sarung dan kasut cantik bermanik-manik yang disebut "kasut manek". Kini, nyonya kebaya sedang mengalami pembaharuan, dan juga terkenal dalam kalangan wanita bukan asia. Terpisah daripada kebaya tradisional, ahli fesyen sedang mencari cara untuk memodifikasi design dan membuat kebaya menjadi pakaian yang lebih moden. Kebaya yang dimodifikasi boleh dikenakan dengan seluar jeans.

SEJARAH KEBAYA NYONYA


Bagi memahami asal-usul kebaya Nyonya, perlu diselusuri susur galur dan meninjau zaman kegemilangan kerajaan Melayu Melaka. Zaman itu juga merupakan zaman kegemilangan Peranakan Cina, sekumpulan kecil pedagang Cina yang menggabungkan pengaruh Cina dan Melayu ke dalam budaya dan gaya hidup mereka. Budaya inilah yang telah melahirkan kebaya.

Masyarakat Peranakan Cina yang bertapak di NegeriNegeri Selat, iaitu Melaka, Pulau Pinang dan Singapura membina kehidupan di sekitar kawasan di mana Britain mendirikan penempatan perdagangan mereka.

cont
Di sini, para pedagang Cina membina kediaman dan mengecap kemakmuran. Kaum lelaki masyarakat ini digelar Baba manakala kaum wanita dikenali sebagai Nyonya. Ramai ahli sejarah percaya bahawa Baba telah mengahwini campuran wanita dari Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Jawa, Sumatera, Burma dan Thailand dan menjadikan mereka Nyonya pertama. Anak gadis Nyonya ini kemudian dijodohkan dengan teruna Baba. Kumpulan ini menjadikan minat terhadap nilai-nilai keanggunan dan kesenian dalam kehidupan sebagai satu budaya.

cont...
Ini dapat dilihat daripada sulaman dan jahitan manik pada sarung bantal, hiasan dinding dan juga kebaya yang tampilkan. Sejak kecil, Nyonya diasuh oleh golongan tua dalam keluarga menjadi isteri seorang Baba yang dihormati. Paling penting, mereka mesti mempunyai penampilan yang baik, penampilan menarik dalam berpakaian terutama ditemukan dengan bakal suami atau mentua. Selepas berkahwin, Nyonya menjadi suri rumah yang menetapkan peraturan, adat resam dan juga pantang larang sendiri. Tata tertib dan peraturan gaya hidup Nyonya dapat dilihat daripada keanggunan dan kehalusan sulaman kebaya yang dijahit oleh wanita yang mempesonakan ini. Dengan cara ini, peranan kebaya Nyonya bukan sekadar menjadi pakaian yang cantik, tetapi juga mencerminkan budaya Baba dan Nyonya dan bukti kegemilangan zaman silam.

KEBAYA NYONYA

KEBAYA NYONYA

BAJU KEBAYA PANJANG


Walaupun wanita Johor terkenal dengan baju kurung, tetapi dalam acara majlis, mereka muncul juga dengan memakai kebaya, sebagai warisan daripada Kerajaan Johor-Riau. Pola baju belah panjang ini masih bersifat mengurungkan anggota badan. Secara tradisi potongannya labuh sehingga buku lali. Cuma bezanya ia berbelah dan berpesak di hadapan baju ini, umumnya dipakai sebagai pakaian di luar rumah atau upacara rasmi. Baju belah panjang ini terkenal di Melaka, Perak, Selangor dan Kedah-Perlis. Baju kurung belah ini kemudiannya dikenali sebagai baju panjang dan kebaya panjang. Tradisi ini berkembang menjadi kebaya dan bertangan panjang berpesak lurus di hadapan, berkekek dan berbelah dada yang ditutup dengan kancing atau kerongsang tiga.

BAJU KEBAYA PANJANG

BAJU KEBAYA PANJANG

PAKAIAN TRADISIONAL CINA

Pasangan ini memakai pakaian klasik Cina yang telah diubahsuai mengikut peredaran masa. Pakaian-pakaian ini biasanya diperbuat dairpada kain lembut seperti satin atau sutera.

PAKAIAN TRADISIONAL CINA


Si lelaki memakai Samfoo diperbuat daripada kain yang bermotif rekaan Cina dipadankan dengan seluar. Manakala si wanita memakai Cheongsam labuh yang ditenun dengan motif yang melambangkan kejayaan.

..cheongsam dan samfoo..

cheongsam..

samfoo..

PAKAIAN TRADISIONAL INDIA


Lelaki India menggayakan pakaian tradisional Vaishti beserta kain yang diperbuat daripada kain kapas yang ditenun dengan benang emas. Wanita India memakai Sari sutera yang juga disulami benang emas penuh yang dipadankan dengan choli ketat.

SARI

DHOTI

PAKAIAN TRADISIONAL IBAN


Lelaki suku kaum Iban menggayakan pakaian pahlawan Iban dengan mengenakan jaket atau Baju Burung dengan cawat daripada kain sirat. Mereka juga memakai kelengkapan tali pinggang, hiasan lengan dan kaki yang diperbuat daripada perak serta hiasan kepala yang dihiasi dengan bulu burung kenyalang. Wanita Iban pula memakai pakaian adat lengkap kain sarung bidang dan marek empang atau hiasan dada daripada manik berhias bebola benang. Hiasan kepalanya dipanggil sugu tinggi dan memakai tali pinggang berbentuk syiling dan gelang perak.

PAKAIAN TRADISIONAL IBAN

PAKAIAN TRADISIONAL KADAZAN


Lelaki Kadazan ini menggayakan pakaian tradisi yang sering dipakai untuk menarikan tarian Sumazau. Pakaiannya terdiri daripada baju dan seluar yang dihiasi renda emas serta hiasan kepala yang dipanggil 'siga' diperbuat daripada kain tenunan destar. Wanita Kadazan ini pula mengenakan pakaian adat atau Papar yang disulami dengan benang berwarna-warni dan berenda emas. Pakaian ini dilengkapi dengan hiasan kepala dari anyaman buluh halus yang disebut 'siung' dan aksesori tali pinggang syiling dari perak.

cont
Pakaian-pakaian tradisional ini, lazimnya diperbuat daripada kain baldu atau sutera hitam.

Anda mungkin juga menyukai