Anda di halaman 1dari 1

PEPERIKSAAN PRA-UPSR T6 2013 Kamu pernah mengalami peristiwa yang mencemaskan. Ceritakan peristiwa tersebut.

Peristiwa Yang Mencemaskan Hujan sudah turun tidak berhenti-henti selama seminggu.Air di kawasan rumahku sudah mula melimpah.Kami sekeluarga mula berasa cemas. Kami mendapati hujan terus turun dengan lebat dan air mula memasuki ruangan dapur rumah. Ibu mengarahkan aku menjaga adik kecilku. Aku akur dengan arahan ibuku walaupun aku terasa bimbang. Tidak lama kemudian,air semakin naik.Kami sekeluarga mula berkemas.Aku membantu ayah dan ibu mengangkat barang dan diletakkan di tempat yang tinggi.Air mula sampai ke paras pinggang. Ayah segera menelefon pihak keselamatan untuk meminta bantuan.Kami terpaksa duduk di tempat tinggi sementara menunggu bantuan tiba.Ayah juga sempat menutup suis elektrik sebagai langkah keselamatan Tidak lama kemudian sebuah bot tiba di rumah kami.Ayah hanya membawa sedikit pakaian dan dokumendokumen penting.Kami kemudian dibawa ke sebuah pusat pemindahan banjir. Aku bersyukur kerana kami sekeluarga terselamat daripada peristiwa yang mencemaskan ini.Namun aku sedih kerana banyak harta benda,haiwan ternakan dan tanamtanaman ayahku musnah.