Anda di halaman 1dari 17

Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh 31150 Hulu Kinta, Perak Darul Ridzuan.

BMM 3110 SINTAKSIS


Pensyarah pembimbing: En. Noor Azni B. Yahya

Disediakan oleh: Nur NaIlah Bt Samsor Fathin Husna Bt Mohd Arif

Tatabahasa ialah peraturan berdasarkan sesuatu teori tertentu yang menghuraikan ayat-ayat dalam sesuatu bahasa dengan kaedah yang paling mudah, tepat dan lengkap. Ayat mengandungi unsur klausa, manakala klausa pula terbentuk daripada unsur frasa dan frasa pula terdiri daripada bentuk-bentuk perkataan. Perkataan frasa klausa ayat
AYAT KLAUSA Pelajar sekolah itu sedang beratur. pelajar sekolah itu sedang beratur

FRASA
PERKATAAN pelajar

pelajar sekolah itu


sekolah itu

sedang beratur
sedang beratur

Bentuk-bentuk kata pelajar, sekolah, itu, sedang dan beratur masing-masing

tergolong sebagai perkataan kerana sifatnya sebagai bentuk yang terkecil dan
bebas iaitu bentuk yang dapat berdiri sendiri dengan membawa erti atau fungsi tatabahasa. Perkataan-perkataan ini boleh disusun dan membentuk dua rangkai kata yang disebut frasa: pelajar sekolah itu merupakan satu unit binaan atau konstruksi yang mengandungi hanya subjek tanpa predikat. Kemudian, frasa pelajar sekolah itu diperluas menjadi klausa pelajar sekolah itu sedang beratur yang mengandungi subjek pelajar sekolah itu dan predikat sedang beratur. Klausa tersebut akan menjadi ayat apabila di dalamnya terkandung satu unit pengucapan yang lengkap dengan intonasi yang sempurna.

AYAT
Unit pengucapan yang mengandungi makna yang lengkap yang pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan serta mengandungi intonasi yang sempurna. Setiap bahasa mempunyai jumlah ayat yang tidak terhad bilangannya. Namun demikian, daripada ayat-ayat tersebut hanya terbahagi kepada dua golongan iaitu ayat dasar dan ayat terbitan. Ayat dasar turut disebut sebagai ayat inti yang daripadanya dapat dibentuk atau diterbitkan berbagai-bagai ayat yang lain yang disebut pula sebagai ayat terbitan atau ayat transformasi dalam istilah bahasa moden.

Melalui proses seperti perluasan, penggantian pengguguran

atau penyusunan semula unsur-unsur (konstituen) yang


terkandung dalam sesuatu ayat dasar, proses perubahan atau penerbitan ayat ini boleh berlaku.

Setiap ayat mempunyai pelbagai jenis ragam ayat seperti ayat


tanya, ayat perintah dan sebagainya. Dalam berbagai-bagai jenis dan ragam ayat ini hanya ayat penyata dan ragam ayat aktif sahaja yang boleh menjadi ayat dasar di mana kesemua jenis dan ragam ayat lain boleh

bersifat ayat terbitan.

Dalam ayat, unsur atau konstituen yang terkandung adalah

klausa dan bilangan klausa yang terkandung dalam sesuatu


ayat akan menentukan jenis ayat tersebut, iaitu sama ada jenis ayat tunggal atau ayat majmuk.

Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi hanya satu klausa.


Contohnya: Ahmad askar.

Ayat majmuk pula mengandungi lebih daripada satu klausa.


Contohnya: Ahmad askar tetapi adiknya guru. Budak itu sedang tidur ketika kami sampai di rumahnya.

KLAUSA
Satu rangkaian perkatan yang mengandungi subjek dan predikat yang menjadi konstituen kepada ayat. Klausa terbahagi kepada dua jenis iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas. Klausa bebas ialah klausa yang dapat berdiri sendiri dan bersifat sebagai ayat lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Contoh klausa: dia sedang belajar Klausa dia baik hati mengandungi subjek dia dan predikat sedang belajar dan sekiranya diucapkan dengan intonasi yang sempurna dan betul, klausa tersebut akan menjadi ayat lengkap: Dia sedang belajar. Klausa bebas juga boleh menjadi sebahagian daripada ayat yang lebih luas dan kompleks seperti: Janganlah ganggu pelajar itu kerana dia sedang belajar.

Klausa janganlah ganggu pelajar itu kerana ialah klausa tidak bebas kerana klausa tersebut tidak dapat berdiri dengan sendiri. Klausa yang tidak dapat berdiri dengan sendiri disebut sebagai klausa tak bebas. Dalam ayat yang mengandungi klausa bebas dan tak bebas, klausa bebas tersebut disebut sebagai klausa utama manakala klausa tak bebas disebut sebagai klausa kecil.
Janganlah ganggu pelajar itu kerana Klausa tak bebas Klausa kecil dia sedang belajar klausa bebas klausa utama

FRASA
Frasa didefinisikan sebagai unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan atau satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Binaan frasa mengandungi sama ada hanya subjek atau hanya predikat. Frasa juga boleh menjadi konstituen kepada klausa atau konstituen kepada frasa itu sendiri. Misalnya, bentuk kata ikan ialah frasa kerana bentuk tersebut boleh diperluas menjadi seekor ikan, ikan emas, seekor ikan emas, seekor ikan emas dewasa dan sebagainya.

PERKATAAN
Perkataan ditakrifkan sebagai bentuk bebas yang terkecil yang boleh berdiri sendiri dan binaannya tidak boleh dipisahkan kepada bentuk tatabahasa yang lebih kecil lagi. Sebagai contoh, kain, mereka dan ini merupakan antara bentuk perkataan kerana sifatnya sebagai bentuk tatabahasa yang bebas, terkecil dan

mempunyai makna.
Bentuk-bentuk ujaran seperti jalan raya, bunga raya dan menggantikannya tidak boleh digolongkan sebagai bentuk perkataan kerana masing-masing

boleh dibahagi atau diperkecil kepada bentuk yang lebih kecil dengan
membawa erti atau fungsi tatabahasa iaitu jalan + raya, bunga + raya dan menggantikan + nya yang kesemuanya merupakan frasa.

Bentuk-bentuk seperti meng-, -kan, ter-, -lah dan sebagainya tidak boleh dianggap sebagai perkataan kerana masing-masing tidak dapat berdiri sendiri walaupun setiap satu daripadanya membawa fungsi tatabahasa. Golongan perkataan yang utama adalah seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif dan beberapa golongan perkataan bukan utama seperti kata sendi nama, kata hubung dan sebagainya.

Binaan Ayat
Ayat Dasar & Ayat tunggal

Ayat Dasar
Dikenali juga sebagai ayat inti Sumber bagi pembentukan
Ayat tunggal Ayat majmuk

Dalam Bahasa Melayu, pola atau struktur binaan ayat dasar mempunyai bentuk yang tetap

Pola Pola 1 (FN+FN) Pola 2 (FN+FK) Pola 3 (FN+FA) Pola 4 (FN+FSN)

Subjek Frasa Nama Frasa Nama Frasa Nama Frasa Nama

Predikat Frasa Nama Frasa Kerja Frasa Adjektif Frasa Sendi Nama

Contoh ayat dasar berdasarkan pola


POLA
FN+FN FN+FK FN+FA FN+FSN

AYAT
Saya / Amir Saya / belajar Saya / bijak Saya / ke sekolah

Ayat Tunggal
Mempunyai satu klausa sahaja Satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat seperti ayat dasar Semua ayat dasar boleh menjadi ayat tunggal Ayat tunggal dan ayat dasar berbeza mempunyai perbezaan

Perbezaan ayat tunggal dan ayat dasar


Ayat Dasar Ayat Tunggal

Subjek + predikat

Struktur ayat

Subjek + predikat Predikat + subjek (ayat songsang) Kereta itu merah Merahnya kereta itu

Kereta itu merah Ayat penyata Rumah itu besar

Contoh Jenis ayat Contoh

Boleh selain dari ayat penyata


Wah, besarnya rumah itu!

Anda mungkin juga menyukai