Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Dinilai menerusi perlakuan berlari, melompat dan melontar. Diperkembangkan lalu diperbaiki dari semasa ke semasa sehingga menjadi sukan yang kemudiannya dipertandingkan. Tujuan diadakan pertandingan :
untuk mencari siapa yang lebih pantas, melompat lebih tinggi atau melontar lebih jauh daripada yang lain.
SEJARAH AWAL
Dilihat pada sejarah awal Sukan Olimpik Kuno ( Greece ). Bermula pada tahun 776 SM, sehingga kini. Diadakan setiap empat tahun sekali sehingga tahun 397 SM. Olahraga merupakan acara yang mendapat perhatian ramai.
kemunculan beberapa kelab olahraga yang lain selepas itu seperti: Universiti Oxford adalah antara beberapa universiti yang terawal menubuhkan pasukan olahraga, iaitu dikenali sebagai Exeter College Athletics Club yang ditubuhkan pada tahun 1850. Tahun 1860-an merupakan tempoh perkembangan sukan olahraga yang pesat di England
1866 Kejohanan Olahraga Kebangsaan yang pertama telah dianjurkan oleh Amateur Athletics Club di England. Tahun 1876 Kejohanan Olahraga Antarabangsa pertama antara England dan Ireland.
Abad ke-20 ramai atlet dari Amerika Syarikat menyertai Kejohanan Sukan Olimpik.
Olahraga turut diperkenalkan ke Amerika Syarikat dan Kanada. Kemunculan sukan olahraga di Amerika Syarikat telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat negara tersebut.
Penghujung abad ke-19 dan awal abad ke20, ahli-ahli olahraga Amerika Syarikat menunjukkan prestasi yang membanggakan.
Perkembangan seterusnya ialah ke negaranegara Eropah yang lain. Di negara-negara lain juga dturut diadakan kejohanan olahraga yang disertai oleh peserta-peserta luar negara. Perjumpaan olahraga seperti Sukan Olimpik telah menjadi medan perjumpaan para olahragawan dari seluruh dunia untuk mengukur kebolehan dan keupayaan para peserta masing-masing dalam bidang olahraga.
Australia dan New Zealand juga berjaya melahirkan olahragawan yang mampu menandingi peserta dari negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Kebanyakan negara mula menubuhkan persatuan olahraga masing-masing setelah beberapa tahun olahraga diperkenalkan di negara mereka.
Persatuan-persatuan ini bertujuan menjadi badan penyelaras kepada setiap aktiviti dan kejohanan yang diadakan serta yang disertai oleh negara berkenaan. Bertindak sebagai badan yang bertanggungjawab ke atas perkembangan dan kemajuan olahraga di negara masingmasing.
Dengan adanya persatuan-persatuan olahraga, peserta-peserta mengambil bahagian dalam kejohanan yang dianjurkan oleh mana-mana persatuan yang bergabung dengan Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) atau anjuran badan dunia itu sendiri.