Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
FIZIKAL
PERSEPSI
KREATIVITI
KOGNITIF
Penganjuran aktiviti seni visual yan tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyaai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan.
FIZIKAL
Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan dan koordinasi tangan serta merta.
KREATIVITI
Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangakan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek didalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir.
PERSEPSI
Murid lebih mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasil seni, produk dan objek yang terdiri daripada disekeliling mereka.
Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Matapelajaran psv juga menganjurkan semangat kerjasama didalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk.
KEPENTINGAN PSV DALAM MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG SEIMBANG MENGIKUT FPK
Kanak-kanak perlu didedahkan kepada seni kemahiran kognitif supaya mereka matang serta otak kanan mereka akan dibangunkan dan kedua-dua hemisfera bekerja seiring, sekali gus mencapai sepenuhnya potensi minda.
Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain.
Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual PSV membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.
Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif.
Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual.
Pendidikan seni visual mampu melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual.
Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.