Anda di halaman 1dari 12

DIKEMASKINI:030311

SUKAN MALAYSIA XIV, K.LUMPUR 2011 PERATURAN PERTANDINGAN BOLA BALING (LELAKI & WANITA)

1.0

PERATURAN AM 1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut peraturan terbaru Persekutuan Bola Baling Antarabangsa (IHF). Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, maka undang-undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi. Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :1.3.1 Sebarang kejadian akan diputuskan berasaskan kepada
SUKAN MALAYSIA XIV, K.LUMPUR 2011.

1.2

1.3

1.3.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan berasas kepada Peraturan Persekutuan Bola Baling Antarabangasa (IHF). 1.4 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Bola Baling SUKAN MALAYSIA XIV, KUALA LUMPUR 2011 adalah muktamad.

2.0

TARIKH PERTANDINGAN 08 Jun -12 Jun 2011

3.0

TEMPAT PERTANDINGAN Dewan Sri Putra, Kompleks Sukan Bukit Jalil

4.0

PENYERTAAN 4.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua negeri. Penyertaan hendaklah dibuat melalui Majlis Sukan masing-masing.

1/12

4.2

Setiap kontinjen hanya boleh mendaftarkan satu (1) pasukan lelaki dan satu (1) pasukan wanita sahaja yang terdiri daripada : Lelaki 1 orang 1 orang 14 orang 16 orang Wanita 1 orang 14 orang 15 orang

Pengurus Pasukan Jurulatih Pasukan Pemain (1 pasukan) JUMLAH

5.0

PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PESERTA 5.1 Hanya peserta yang lahir pada tahun 1990 dan selepasnya sahaja yang layak didaftarkan oleh sesuatu pasukan. Semua pasukan hendaklah mengemukakan dua (2) salinan Kad Pengenalan dan tiga (3) keping gambar berukuran Pasport Antarabangsa bagi setiap peserta bersama dengan Borang Pendaftaran Peserta. Bagi peserta PDRM kesahihan tarikh lahir hendaklah disahkan oleh Pengerusi/Setiausaha Majlis Sukan PDRM. Semua peserta yang menggunakan dokumen pendaftaran KPPK 1/9 atau KPPK 1/11 adalah dibenarkan. Hanya peserta yang didaftarkan dengan Yuran Pendaftaran RM 100.00 seorang mengikut Peraturan Am Perkara 6.2 sahaja yang layak menyertai pertandingan ini. Peserta-peserta gantian yang dikemukakan selepas tarikh tutup pendaftaran/semasa taklimat Pengurus Pasukan akan dikenakan Yuran Pendaftaran RM 100.00 seorang. Gantian peserta hanya boleh dilakukan kepada peserta yang telah didaftarkan sebelum tarikh tutup pendaftaran. Semua Yuran Pendaftaran peserta tidak akan dikembalikan. Tertakluk kepada Peraturan Am Perkara 21.7, peserta yang berkhidmat dengan PDRM tidak boleh mewakili mana-mana kontinjen/negeri kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Majlis Sukan berkenaan. Atlet-atlet yang sedang menuntut di pusat-pusat pengajian tinggi yang mendapat dermasiswa/biasiswa daripada Kerajaan Negeri hendaklah dibenarkan mewakili negeri yang menaja mereka. Kelayakan atlet kebangsaan adalah merujuk kepada Peraturan Am Perkara 4.6, Sukan Malaysia XIV, Kuala Lumpur 2011. Taraf pemastautin peserta adalah tertakluk kepada Peraturan Am Perkara 21.9

5.2

5.3

5.4

5.5

5.6

5.7

5.8

2/12

6.0

TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN. 6.1 6.2 Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan satu (1) hari sebelum pertandingan pertama dijalankan. Pengurus-Pengurus Pasukan dikehendaki mengemukakan senarai nama peserta beserta dengan Kad Pengenalan atau Pasport Antarabangsa, dokumen pendaftaran, KPPK 1/9 atau KPPK 1/11 yang asal untuk disahkan. Tambahan kepada bilangan peserta yang telah didaftarkan tidak dibenarkan. Senarai peserta yang disahkan semasa Taklimat Pengurus Pasukan adalah muktamad.

6.3 7.0

INKUIRI PASUKAN 7.1 Semasa ketibaan di perkampungan sukan , pengurus dan jurulatih setiap pasukan mesti melaporkan diri di sekretariat untuk menjalani inkuiri pasukan. Dokumen berikut hendaklah dikemukakan untuk semakan oleh jawatankuasa kawalan :(a) (b) (c) Borang pendaftaran (Senarai 14 pemain terakhir). Kad pengenalan pemain, atau passport, pendaftaran JPN 1/9 atau JPN 1/11 yang asal. Jersi dan seluar pendek pasukan.

7.2

dokumen

8.0

JENIS PERTANDINGAN 8.1 Tempoh permainan Secara Liga pusingan awal dan Kalah Mati dengan masa permainan 25 minit setiap separuh masa dengan 10 minit masa rehat (25 : 10 : 25) 8.2 Masa Rehat Pasukan (1 minit ) (a) Setiap pasukan dibenarkan meminta 1 minit masa rehat (Team Time-Out) sekali bagi setiap separuh masa. Pegawai yang berdaftar bagi setiap perlawanan sahaja dari mana-mana pasukan dibenarkan memohon masa rehat dengan melayangkan KAD HIJAU berukuran 15 cm x 20 cm kepada Penjaga Masa (Time Keeper). Situasi yang dibolehkan untuk memberi kebenaran berhenti untuk masa rehat 1 minit :-

(b)

(c)

3/12

Semasa pasukannya menyerang

mengawal

bola

situasi

Selepas pasukannya terkena jaringan gol atau semasa balingan gol dari pasukan sendiri setelah bola tersasar keluar. 9.0 SISTEM PERTANDINGAN Sistem pertandingan dijalankan secara liga dan cara kalah mati seperti berikut:9.1 Cara Liga Empat Kumpulan ( A, B, C dan D ) 9.1.1 Pusingan Pertama

9.1.1.1

Sekiranya 12 atau lebih pasukan mengambil bahagian, mereka hendaklah dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu A, B, C dan D. Pertandingan akan dijalankan secara liga. Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut : Johan Naib Johan Ketiga Keempat Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan C Kumpulan D

9.1.1.2

Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam empat kumpulan tersebut dengan cabutan undi mengikut undang-undang permainan bola baling. 9.1.1.3 Sekiranya pasukan yang di utamakan ( seeded ) tidak mengambil bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.

4/12

9.1.2

Pusingan Kedua (Suku Akhir) 9.1.2.1 Pemenang 1 dan Pemenang 2 dalam setiap kumpulan akan masuk ke pusingan suku akhir dan pertandingan akan dijalankan.secara kalah mati. Perlawanan adalah ditetapkan berikut : sebagaimana

9.1.2.2

9.1.2.3

Undian bagi 4 pasukan Pemenang Pertama Kumpulan akan didahulukan untuk ditempatkan di Kedudukan 1, 3, 5 dan 7. Undian bagi 2 pasukan pemenang kedua kumpulan untuk ditempatkan di Kedudukan 2 atau 4, jika Pasukan pemenang Pertama Kumpulannya telah diundi dan ditempatkan di kedudukan 5 atau 7. Manakala 2 pasukan pemenang kedua yang lain akan diundi juga untuk ditempatkan di kedudukan 6 atau 8. Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan separuh akhir akan memasuki Perlawanan Akhir bagi menentukan Johan dan Naib Johan, sementara pasukan-pasukan yang kalah akan bermain untuk menentukan tempat ketiga dan keempat.

9.1.2.4

9.1.2.5

1 2 3 4 5 6 7 8

5/12

9.2

Cara Liga Tiga Kumpulan

9.2.1 Pusingan Pertama 9.2.1.1 Sekiranya 9 hingga 11 pasukan mengambil bahagian, maka mereka hendaklah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu A, B dan C. Pertandingan akan dijalankan secara liga. Johan, Naib Johan dan tempat ketiga dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut: Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan C - Johan tahun lalu - Naib Johan tahun lalu - Tempat ketiga tahun lalu

9.2.1.2

Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam tiga kumpulan tersebut melalui undian. 9.2.1.3 Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.

9.2.2 Pusingan Kedua ( Separuh Akhir ) 9.2.2.1 Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan akan ditempatkan ke dalam kumpulan X dan Y dengan mengadakan undian. Undian akan dibuat selepas sahaja tamat pusingan pertama. Dari 3 Johan, satu akan ditempatkan ke kumpulan X dan 2 ditempatkan ke kumpulan Y. Naib Johan setiap kumpulan akan ditempatkan di kumpulan lain dari Johan kumpulannya.

9.2.2.2

9.2.2.3

9.2.2.4

6/12

9.2.3 Pusingan Akhir 9.2.3.1 Johan kumpulan X akan melawan Johan kumpulan Y untuk menentukan Johan dan Naib Johan. Naib Johan Kumpulan X akan melawan Naib Johan kumpulan Y untuk menentukan tempat ketiga dan keempat.

9.2.3.2

9.3

Cara Liga 2 kumpulan. 9.3.1 Pusingan Pertama 9.3.1.1 Sekiranya 6 hingga 8 pasukan mengambil bahagian, pasukan hendaklah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B. Johan dan tempat keempat dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan A dan naib Johan serta tempat ketiga ditempatkan dalam kumpulan B Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam 2 kumpulan dengan cabutan undi. Sekiranya pasukan diutamakan ( seeded ) tidak mengambil bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.

9.3.1.2

9.3.1.3

9.3.1.4

9.3.2 Pusingan kedua 9.3.2.1 Johan kumpulan A akan melawan Naib Johan kumpulan B dan Johan kumpulan B akan melawan Johan Kumpulan A. Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.

9.3.2.2

9.3.3

Pusingan Akhir 9.3.3.1 Johan Kumpulan A atau naib Johan kumpulan B akan melawan Johan Kumpulan B atau Naib Johan Kumpulan A untuk menentukan Johan dan Naib Johan

7/12

9.3.3.2

Pasukan kalah didalam kedua-dua perlawanan di atas akan menentukan tempat ketiga dan keempat.

9.4

Cara liga Satu Kumpulan 9.4.1 Sekiranya lima atau kurang daripada lima pasukan mengambil bahagian , pertandingan akan dijalankan secara liga satu pusingan akan dijalankan. Pasukan yang mendapat mata tertinggi akan diisytiharkan sebagai JOHAN. 9.4.2 Pemenang 1 dan pemenang dalam liga ini akan bertemu semula untuk perlawanan akhir.

10.0

SISTEM PENGIRAAN MATA/CARA MENENTUKAN KEDUDUKAN 10.1 Secara Liga Cara Memberi Mata Menang Seri Kalah 10.1.1 2 mata 1 mata 0 mata

Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama maka pemenang akan ditentukan seperti berikut : 10.1.1.1 Pasukan yang memperolehi perbezaan gol yang terbanyak akan dikira menang.

10.1.1.2. Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dikira menang. 10.1.1.3 Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang. Jika masih seri, cabutan undi akan dijalankan.

10.1.1.4

10.2

Secara Kalah Mati 10.2.1. Bagi perlawanan secara kalah mati, jika kedudukan seri selepas sepenuh masa, langkah-langkah berikut akan dipatuhi untuk menentukan pemenangnya. 10.2.1.1 Perlawanan masa tambahan 5 minit akan diadakan setelah berehat 5 minit
8/12

10.2.1.2

Selepas 5 minit perlawanan separuh masa pertama, satu minit diberi untuk bertukar tempat dan perlawanan diteruskan. Jika keputusan masih seri tambahan 5 minit lagi akan diberikan. Jika keputusan masih seri balingan 7 meter akan dijalankan. Jika balingan 7 meter tidak dapat dijalankan kerana cuaca, penglihatan kurang jelas atau keadaan-keadaan lain tidak mengizinkan, maka undian hendaklah dijalankan.

10.2.1.3

10.2.1.4

10.2.1.5

10.3.1. Sistem Balingan 7 meter (Penalti) 10.3.1.1 Tiap-tiap pasukan mengambil 5 balingan dari garisan balingan 7 meter dengan cara membaling berselang-seli oleh 5 pemain. Jika masih seri, maka balingan 7 meter hendaklah diteruskan oleh pemain yang berlainan secara berselang-seli dengan sistem Sudden death Pengadil akan memutuskan gol mana balingan 7 meter itu dijalankan. Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang akan membuat balingan dahulu. Hanya pemain-pemain yang menyertai perlawanan akhir dalam masa tambahan dibenarkan akan mengambil balingan 7 meter.

10.3.1.2.

10.3.1.3

10.3.1.4.

10.3.1.5

10.3.1.6 Pemain-pemain yang akan mengambil balingan meter dan penjaga gol pasukan mestilah berada diluar garisan balingan percuma. 10.3.1.7 Semua pemain lain hendaklah berada digarisan tengah gelanggang. 10.3.1.8. Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa semasa balingan 7 meter dijalankan.

9/12

11.0

PAKAIAN SERAGAM (JERSI) Sila rujuk Undang-Undang Bola Baling Antarabangsa (IHF) dan perkaraperkara berikut :11.1 Semua pemain dimestikan memakai kasut dan berarung kaki. Pemain-pemain dibenarkan memakai kasut biasa berpaku tidak dibenarkan sama sekali. Kasut

11.2

11.3

Kasut boot yang mempunyai 6 stud tidak dibenarkan dipakai dan tinggi stud yang dibenarkan tidak melebihi 12 mm.

11.4 Setiap pasukan dikehendaki membawa sekurang-kurangnya 2 set jersi yang berlainan warna bagi setiap peringkat umur. Pemain dimestikan memakai jersi yang bernombor di antara 1 hingga 99 di bahagian belakang dan depan jersi dengan ukuran ketinggian nombor sekurangkurangnya 20 cm X 10 cm (belakang) dan 10 cm X 5 cm (depan ) dibahagian dada. Pemakaian nombor pemain hendaklah dikekalkan sehingga tamat kejohanan. 11.5 Pengurus-pengurus pasukan dikehendaki mengisytiharkan warna jersi masing-masing semasa mesyuarat penguruspengurus pasukan. 11.6 Pertukaran warna jersi : Jika berlaku pemakaian jersi yang sama warna sebelum pertandingan oleh kedua-dua pasukan, pasukan yang namanya tercatat dahulu dalam jadual perlawanan dikehendaki menukar jersi.

12.0

PEMBATALAN (WALK-OVER) 12.1 Setiap pasukan hendaklah berada di gelanggang 20 puluh (20) minit sebelum perlawanan dimulakan. Pasukan yang lewat lima belas (15) minit masa yang telah dijadualkan itu tanpa memberi alasan yang munasabah adalah dianggap memberi kemenangan tanpa bertanding kepada pihak lawannya itu.

12.2

13.0

PEGAWAI-PEGAWAI TEKNIKAL PERTANDINGAN 13.1 Majlis Sukan Negara akan melantik Pengarah Kejohanan , Ketua Delegat Teknikal, Delegat-delegat Teknikal dan Pegawai-pegawai
10/12

Teknikal setelah berbincang dengan MAHF tertakluk kepada Peraturan Am Perkara 14.2 (i). 13.2 Pengarah Kejohanan dan Ketua Delegat Teknikal hendaklah mengemukakan laporan bersama-sama dengan laporan pengadil atau pencatat mengenai peserta atau pegawai pasukan yang telah digantung daripada menyertai satu atau kesemua pertandingan bagi sukan berkenaan semasa SUKAN MALAYSIA dijalankan kepada Persekutuan Bola Baling Malaysia (MAHF) untuk tindakan selanjutnya. Pertandingan akan dikendalikan Kawalan ( Control Committee ). oleh sebuah Jawatankuasa

13.3

13.4

Jawatankuasa Kawalan terdiri daripada lapan (8) anggota, seorang pengerusi dan dibantu oleh seorang Penyelia Teknikal dan seorang Penyelia Pengadilan serta lima (5) anggota juri. Pada setiap perlawanan dua (2) ahli juri terdiri dari Jawatankuasa Kawalan akan ditugaskan untuk mengawal perlawanan.

13.5

14.0

MENARIK DIRI 14.1 Setiap pasukan tidak dibenarkan menarik diri dari sebarang perlawanan. Jika ianya berlaku, pasukan berkenaan adalah dianggap menarik diri dari keseluruhan pertandingan dan tidak dibenarkan menyertai pertandingan seterusnya. Tindakan disiplin akan diambil terhadap pasukan berkenaan oleh
Persekutuan Bola Baling Malaysia (MAHF)

14.2

15.0 BANTAHAN/TATATERTIB a) Resolusi Bantahan Sekiranya ada bantahan semasa perlawanan, referi pertama akan berhentikan perlawanan dan meminta Juri datang untuk menyelesaikan bantahan dengan serta merta. Semua bantahan akan mengikut peraturan Protokol Bantahan IHF. Keputusan Juri adalah muktamad.

b) 16.0

JAWATANKUASA BANTAHAN/TATATERTIB 16.1Jawatankuasa Bantahan / Tatatertib terdiri daripada tujuh (7) orang anggota iaitu :(a) (b) (c) Pengerusi Jawatankuasa Disiplin & Tatatertib MAHF. Pengarah Pertandingan. 3 orang ahli Jawatankuasa Disiplin MAHF.
11/12

16.2

Jawatankuasa Bantahan/Tatatertib akan bersidang dalam masa dua (2) jam setelah menerima laporan dari Pengadil atau Pegawai Pertandingan dan membuat sesuatu keputusan jika tindakan tatatertib perlu diambil. Jawatankuasa Bantahan/Tatatertib berhak mendapat sebarang maklumat daripada mana-mana pihak yang berkaitan dengan perkara yang dibincangkan itu untuk membuat sesuatu keputusan. Keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Bantahan/Tatatertib Bola Baling Sukan Malaysia XIV, Kuala Lumpur 2011 adalah muktamad.

16.3

16.4

17.0

HADIAH-HADIAH 17.1 Pingat-pingat akan disediakan seperti berikut:EMAS Pasukan Lelaki Pasukan Wanita JUMLAH 17.2 1 (14) 1 (14) 2 (28) PERAK 1 (14) 1 (14) 2 (28) GANGSA 1 (14) 1 (14) 2 (24)

Pemberian pingat-pingat kemenangan adalah berpandukan kepada Peraturan Tetap Perkara 16.3.

Disediakan Oleh: Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Sukan Malaysia XIV, Kuala Lumpur 2011

12/12

Anda mungkin juga menyukai