Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN AKADEMIK 2012

Tarikh Masa Tempat : : : 25 Mei 2012 8.30 pagi 10.30 pagi Bilik Media, SK Jalan Pasar (1)

Tanggal 25 Mei 2012, Program Motivasi Kecemerlangan Akademik 2012 telah berlangsung serentak pada masa Mesyuarat Agung PIBG kali ke-38 diadakan. Program tahunan sekolah ini telah diadakan di Bilik Media, SK Jalan Pasar 1 tepat pada jam 8.30 pagi. Atur cara program dimulai dengan pendaftaran murid-murid di Bilik Media

bermula pada jam 8.00 pagi. Kehadiran murid-murid ke program sekolah ini amat menggalakkan. Seramai 30 orang murid tahun 4, 5 dan 6 hadir ke program motivasi tersebut. Program yang diwajibkan kehadirannya kepada murid tahun 4, 5, dan 6, turut dihadiri oleh beberapa murid tahun 1, 2 dan 3. Mereka juga turut berminat untuk mengikuti program yang telah dianjurkan ini. Ceramah bermula tepat pada jam 8.30 pagi dan dipengerusikan oleh Pn. Norhidayah binti Ismail. Pada pagi tersebut, ceramah motivasi murid telah disampaikan oleh En. Mohamad Jantan bin Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mr. MJ. Beliau merupakan seorang Penceramah Motivasi bebas yang berpengalaman luas dalam menyampaikan ceramah motivasi di seluruh Malaysia untuk membantu

mempertingkatkan motivasi murid sebelum menduduki peperiksaan terutama bagi murid-murid Tahun 6. Ceramah pada hari tersebut dimulakan dengan sesi perkenalan bersama penceramah serta ramah mesra bersama murid-murid. Seterusnya, penceramah memulakan sesi dengan memaparkan beberapa gambar murid-murid kelainan upaya yang telah mencipta kejayaan dalam peperiksaan. Murid-murid amat teruja dan tekun mengikuti ceramah yang disampaikan oleh Mr. MJ yang bertajuk Bagaimana untuk Membina Matlamat Hidup?. Murid-murid diberi penerangan dengan jelas mengenai strategi untuk mencapai matlamat hidup serta teknik dan kemahiran belajar yang perlu dikuasai murid dalam urusan pembelajaran harian mereka.

Penceramah pada hari tersebut bijak menggunakan pendekatan komunikasi dua hala untuk menarik minat murid-murid mengikuti segala aktiviti yang diaturkan sepanjang program tersebut. Beliau tidak lokek berkongsi cerita serta pengalaman beliau dan memberikan contoh yang mudah difahami oleh murid-murid. Murid-murid begitu berminat mengikuti aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Antaranya aktiviti Latihan Otak Kiri dan Otak Kanan, aktiviti regangan asas dan teknik hafalan yang betul. Murid juga didedahkan dengan teknik membuat peta minda yang betul di samping selingan slot tip kesihatan tentang kepentingan bersarapan pagi. Sebelum mengakhiri program motivasi pada hari tersebut, sebagai simbolik untuk menaikkan motivasi murid, murid-murid menyanyikan lagu Gemuruh dengan membuat gaya persembahan sekali bersama-sama dengan penceramah. Ceramah motivasi murid ini tamat pada jam 10.30 pagi. Murid-murid kemudiannya ke kantin untuk bersarapan pagi dan makanan pada hari tersebut telah diuruskan oleh guru yang bertugas; Ustazah Rohanida bt. Johari.

Laporan disediakan oleh,

30 Mac 2012

. (ARZIAH BINTI MOKHTAR)