Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN PASAR (1) JALAN RUSA 55100 KUALA LUMPUR.

KEM JATI DIRI 2012 PROGRAM PERKHEMAHAN DI KEM REKREASI IMPIAN COUNTRY RESORT 1.0 PENGENALAN Dalam menuju kecemerlangan akademik dan sahsiah , SKJP (1) cuba mengubah paradigma ke arah memantapkan sahsiah dan mengukuhkan disiplin pelajar. Pelajar sekolah yang sedang mengharungi era remaja perlu disuntik dengan pelbagai pengetahuan yang berguna supaya mereka mampu mengharungi alam remaja dengan baik dan menjadi contoh kepada remaja lain. Oleh yang demikian, pembentukan sahsiah yang baik adalah satu proses berperingkat-peringkat yang memerlukan kerjasama semua pihak. Justeru itu , program ini wajar diadakan untuk melahirkan remaja cergas, berwawasan, berdisiplin, berakhlak mulia dan mampu bersaing dengan cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum 2.0 MATLAMAT Membudayakan pembentukan sahsiah berkualiti dan individu bermotivasi dengan penerapan nilai-nilai Islam. 3.0 TEMA MENGGAPAI KECEMERLANGAN AKADEMIK, KOKURIKULUM DAN TATASUSILA

4.0

OBJEKTIF 4.1 Membentuk dan melahirkan ciri-ciri kepimpinan dalam diri pelajar. 4.2 Melatih pelajar kepada penyesuaian diri dalam pelbagai keadaan. 4.3 Menanamkan rasa kesedaran tentang pentingnya penjagaan dan pemeliharaan alam semulajadi. 4.4 Menambahkan pengetahuan pelajar tentang kehidupan di hutan dan teknik-teknik penting semasa di hutan 4.5 Memberi kefahaman kepada peserta tentang tanggungjawab remaja terhadap diri, agama, bangsa, masyarakat dan negara.

4.6 Menerima disiplin kehidupan sebagai satu cara hidup dan norma budaya dalam kehidupan dan berdaya saing dengan arus pembangunan global. 4.7 Melahirkan individu yang cergas dan mampu mengharungi kepayahan dalam ujian fizikal.

5.0

SASARAN 5.1 5.2 Pelajar Tahun 6 Pelajar Tahun 4 dan 5 ( 13 orang ) ( 27 orang )

6.0

TARIKH PELAKSANAAN 21 -22 September 2012 ( Jumaat & Sabtu )

7.0

TEMPAT Pusat Rekreasi IMPIAN COUNTRY RESORT, Hulu Langat, Selangor.

8.0

JAWATANKUASA INDUK

* Pengerusi * Timbalan Pengerusi * Naib Pengerusi 1 * Naib Pengerusi 2

: Pn Tay Mee Yong : Pn. Walliyah bt.Bahari : En. Azmi b. HJ Aris : Encik Roslam bin Jusoh

Guru Besar GPK Kokurikulum GPK HEM (P) GPK T& K

* Penyelaras * Setiausaha * Bendahari

: Ustaz Azlan bin Azhar : En. Dzulkarnain b. Kamaruzaman : Puan Ani bt. Miswadi

* Ahli Jawatankuasa : * Ketua Guru Penasihat Pasukan Badan Beruniform Pengakap. * Ketua Guru Penasihat Pasukan Badan Beruniform Puteri Islam.

9.0

JAWATANKUASA KERJA ( Rujuk lampiran senarai tugas )

10.0

PERBELANJAAN PROGRAM 10.1 Sumber Perolehan : RM 800.00

10.1.1 Wang Peruntukan Kokurikulum (PCG) 10.1.2 Yuran Penyertaan Murid 10.1.3 Sumbangan PIBG JUMLAH 10.2 Anggaran Perbelanjaan : (RM50.00 x 40 org)

RM 2,000.00 RM 300.00

RM 3,100.00

Pengurusan Impian Country Resort menetapkan bahawa bayaran RM40.00 dikenakan bagi setiap peserta / individu ( makanan dan penginapan ).

Item

Jumlah

Peserta / pelajar Guru Pengangkutan Minuman Air mineral Rencam Chalet ( Guru ) Petrol kenderaan Guru Bayaran Penceramah

40 orang x RM 40.00 06 orang x RM 40.00 1 bas

RM 1,800.00 RM RM RM RM 240.00 450.00 50.00 80.00 240.00 90.00 150.00

3 chalet x RM80.00 3 kereta x RM30.00 Seorang JUMLAH

RM RM RM

RM 3,100.00 ( Ringgit : Tiga ribu satu ratus )

11.0

KAEDAH PELAKSANAAN

11.1 11.2 11.3 11.4 11.5

Motivasi Aktiviti luar Jungle Tracking / Rentas Sungai / Night Tracking Aktiviti Uniform Kawat kaki / Kemahiran Ikatan Aktiviti agama Solat jemaah / tazkirah / qiamullail Aktiviti kendiri Ikhtiar Hidup

12.0

JADUAL PROGRAM : 21 September 2012 (Jumaat ) - Bertolak dari SKJP 1 ke Impian Country Resort, Hulu Langat - Pendaftaran / Minum Petang / Solat - Taklimat - Pembahagian kumpulan / Ice-Breaking - Teknik Memasang Khemah - Makan malam / Urus Diri - Solat Maghrib - Bacaan Yaa Sin - Solat Isyak - Night Tracking - Minum - Tidur

Hari Pertama 3.00 ptg

4.00 ptg 5.00 ptg

6.45 ptg 7.30 mlm

9.30 mlm 11.30 mlm 12.00 mlm

Hari Kedua 5.00 pg 5.15 pg

: 22 September 2012 ( Sabtu ) - Bangun / Urus diri - Qiamullail (Pengenalan ) - Solat Subuh- Tazkirah - Senamrobik / Ujian Kawat Kaki - Sarapan - Merentas Halangan / Ujian Kemahiran Ikatan - Minum - Urus diri - Majlis Penutup - Makan tengahari - Bertolak pulang ke SKJP 1

7.00 pg 8.00 pg 8.30 pg 10.30 pg 10.45 pg 11.30 pg 12.00 tgh hari 12.30 tgh hari

JAWATANKUASA KERJA PROGRAM PERKHEMAHAN DI KEM REKREASI IMPIAN COUNTRY RESORT 2012 BIL JAWATANKUASA TUGASAN

1.

KEM KOMANDAN 1. Encik Roslam Jusoh 2. En. Dzulkarnain Kamarulzaman

1. mengawal selia pelajar. 2. memastikan semua guru bertugas mengikut waktu yang ditetapkan 3. memastikan pelajar mematuhi jadual program 4.bertanggungjawab ke atas semua pelajar yang mengikuti perkhemahan.

2.

AJK PENDAFTARAN 1. Pn Ani bt. Miswadi 2. En. Mohd ShahrulNizam

1. menguruskan pendaftaran peserta kursus dan menyimpan rekod pendaftaran untuk dokumentasi

3.

AJK DISIPLIN & KESELAMATAN&KECEMASAN 1. Encik Roslam Jusoh 2. Cik Haspah Zuraini Hussin

1.memberi taklimat tentang keselamatan & peratutran perkhemahan kepada murid sebelum bertolak.. 2. memastikan murid mematuhi semua peraturan. 3.bertanggungjawab ke atas keselamatan dan kesihatan pelajar. 4. meyediakan I unit first aid dengan ubatanubatan yang lengkap.

4.

AJK MODUL / LDK 1. Pn. Walliyah bt.Bahari 2. En. Azmi Hj Aris 3. Pn Ani bt. Miswadi

1. menyediakan modul yang sesuai untuk program perkhemahan. 2. menjemput penceramah untuk mengendalikan slot ceramah. 1. memastikan pelajar solat berjemaah pada setiap waktu. 2. menyediakan aktiviti untuk pelajar bukan Islam sewaktu pelajar Islam menunaikan solat. 3. menyampaikan tazkirah.

5.

AJK IBADAH 1. Ustaz Azlan Azhar 2. Encik Azmi Hj Aris 3. Pn. Walliyah bt.Bahari

6.

AJK SIARAYA 1. Ustaz Azlan Azhar

1. menyediakan pembesar suara 2.menyediakan haler 1. menyediakan kamera untuk fotografi 2. merakamkan setiap aktiviti sepanjang aktiviti dijalankan. 3. menyediakan laporan program perkhemahan

7.

AJK FOTOGRAFI & DOKUMENTASI 1. En Dzulkarnain Kamarulzaman 2. Cik Haspah Zuraini Hussin

8.

AJK PENGANGKUTAN 1. En Mohammad Sobri Omar

1. menghubungi pengusaha bas untuk menentukan tambang dan tarikh pergerakan bas 2. memastikan bas berada di tempat tepat pada waktunya.

9.

AJK KAWAT KAKI 1. Encik Roslam Jusoh 2. En Mohd ShahrulNizam

1. berperanan sebagai Jurulatih melatih peserta tentang kawat kaki. 2. membentuk jawatankuasa penilaian pemarkahan.

10.

AJK SENAMROBIK 1. Encik Roslam Jusoh 2. Pn Nurul Sahila Ismail

1. menyediakan alatan muzik untuk senamrobik 2. merencana / mencipta variasi senamrobik 3. mengetuai senamrobik.

11.

AJK PENGINAPAN 1. Pn Ani bt. Miswadi 2. Ustazah Rohanida Johari

1. menyelia penginapan pelajar. 2. memastikan kebersihan tempat tinggal pelajar

12

AJK MAKANAN 1. Cik Haspah Zuraini Hussin 2. Pn Ani bt. Miswadi

1. memastikan makanan siap disediakan pada waktu yang ditetapkan. 2. memastikan semua pelajar / guru mendapat makanan yang mencukupi.

13.0

PENILAIAN PROGRAM

Penilaian akan dibuat melalui kaedah;

13.1 Secara lisan / aktiviti fizikal 13.2 Pemerhatian dan pemantauan guru 13.3 Secara bertulis

14 HARAPAN AHLI JAWATANKUASA

Adalah diharapkan program yang telah dirangka dengan terperinci ini akan dapat dijalankan dengan jayanya dan mencapai matlamat serta objektif yang telah ditetapkan. Pihak sekolah sangat mengharapkan bantuan dan kerjasama semua pihak khususnya guru-guru yang terlibat secara langsung agar program ini berjaya melahirkan segolongan pelajar yang lebih berdisiplin dan dan mempunyai sahsiah kendiri serta asas kerohanian yang mantap. Pendek kata, pelajar mampu membezakan antara yang hak dan yang batil; antara kaca dan permata; antara dosa dan pahala.. Natijahnya lahir insan cemerlang, gemilang dan terbilang.

KE ARAH KECEMERLANGAN AKADEMIK, KOKURIKULUM DAN TATASUSILA

Kertas kerja disediakan oleh,

. PN. WALLIYAH BT. BAHARI Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sek. Keb. Jalan Pasar 1, Kuala Lumpur.

KERTAS KERJA

PROGRAM PERKHEMAHAN JATI DIRI Pasukan Badan Beruniform SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN PASAR (1) KUALA LUMPUR 21-22 September 2012

DI PUSAT REKREASI RESORT,

IMPIAN COUNTRY HULU LANGAT, 43100 SELANGOR