Anda di halaman 1dari 1

Aku sebuah Telefon Bimbit

Aku sebuah telefon bimbit.?Namaku Motorola. Aku diperbuat daripada logam, plastik, dan barang-barang elektroniks. Sebagai sebuah alat ciptaan sains dan teknologi, sememangnya aku sungguh bangga apabila dilahirkan di Malaysia. Aku dilahirkan di sebuah kilang di Selangor setelah aku diperiksa dengan teliti, aku dimasukkan de dalam kotak untuk dipasarkan. Semasa suatu pameran telefon bimbit diadakan di ibu kota, aku turut dipamerkan. Banyak pengunjung yang datang ke pameran itu. Ada yang meminatiku dan menanyakan khidmat yang dapat kutawarkan. Akhirnaya, aku dibeli oleh seorang lelaki dengan harga jualan RM2500. Aku disambut dengan gembira oleh anak-anaknya untuk bermain permainan, mendengar muzik dan menhantar pesanan. Sesungguhnya aku sangat berjasa kepada tuanku sekeluarga. Mereka menggunakan khidmatku dengan sebaik-baiknya. Tuanku selalu menasihati anak-anaknya supaya tidak menyalahgunakanku. Kini, sudah dua tahun aku berkhidmat dengan keluarga tuanku. Aku benar-benar gembira semasa bersama dengan mereka. Khidmat yang ku berikan telah memudahkan mereka untuk berkomunikasi di antara satu sama lain dan mengeratkan lagi perhubungan.

Anda mungkin juga menyukai