Anda di halaman 1dari 14

CERPEN

LELA AKMAL CHE LAH NURUL SYAFAWATI SHEIKH JAMALUDDIN MOHD SYAMIM WAQIUDDIN

Dikenali sebagai cerita pendek.

Mula muncul dan berkembang di Barat pada awal abad ke-19.

Dibahagikan kepada 3 kategori berdasarkan panjang atau pendeknya sesebuah cerpen.


a)

Cerpen yang panjang


biasanya disiarkan secara bersiri sama ada dalam majalah atau surat khabar. Banyak dihasilkan pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua. Panjangnya antara 25 hingga 40 halaman kertas A4.

b)Cerpen yang pendek atau cerpen mini tidak banyak dihasilkan oleh pengarang negara kita. Antara cerpen mini yang pernah dihasilkan oleh pengarang negara kita ialah Kucing dan Tikus, Memetik Bunga, Anak Kecil dan Bulan oleh Anwar Ridhwan.

c) Cerpen atau cerita pendek Paling popular. Panjangnya antara 8 hingga 12 halaman kertas A4. Jika dibandingkan dengan novel, unsur-unsur yang membina cerpen masih sama iaitu plot, watak dan perwatakan, latar, gaya bahasa dan sudut pandangannya tetapi amat terbatas, tidak banyak, kurang beragam serta tidak kompleks.

CIRI-CIRI CERPEN

1.

Jumlah perkataan di sekitar 500 hingga 20 000 patah kata. (Kebanyakan akhbar menerima cerpen yang panjangnya antara 2 000 hingga 2 500 patah kata atau 10 hingga 12 halaman kertas A4.)

2.

Ceritanya harus mempunyai kesan kesatuan, lengkap dan berupaya menyampaikan amanat atau mesejnya.

3.

Ciri-cirinya ialah:-

a) satu tema atau persoalan cerita yang menjadi fokus sejak permulaan peristiwa berkembang sehingga menemukan penyelesaiannya. b) hanya ada satu plot yang berlaku dalam satu ruang yang pendek dan tiada subplot.

c) jumlah watak terhad.


d) latar yang singkat, terhad atau ruang cakupannya terbatas.

UNSUR-UNSUR BINAAN CERPEN

Plot

1. Biasanya terbahagi kepada tiga bahagian a)permulaan (awal) b)pertengahan (perkembangan) c)pengakhiran (akhir)

2. Bahagian permulaan cerpen menampilkan watak, latar dan suasana yang merangsangkan dan menemukan kita dengan pelbagai situasi bagi mencetuskan aksi dan reaksi watak-watak.

3. Pertengahan atau perkembangan plot.


Watak-watak saling berkonflik, menimbulkan masalah dan kerumitan yang cenderung menuju ke puncak cerita(klimaks). 4. Akhir cerpen Plot mula menurun ke bahagian pengakhiran untuk menemukan peleraian dan penyelesaian cerita.

TEMA Tema ialah persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu karya, sama ada secara langsung (eksplisit) atau tidak langsung (implisit).

PERSOLAN Persoalan bermaksud perkara-perkara atau isi yang lebih kecil yang ada hubungannya dengan tema sesuatu karya.

WATAK

Watak ialah pelaku atau tokoh dalam sesuatu karya yang menggerakkan cerita dengan cara berinteraksi sesama watak dan alam. Contoh watak : Watak Watak Watak Watak Watak Watak Watak Watak utama sampingan bundar pipih dinamik statik protagonis antagonis

PERWATAKAN

Perwatakan pula ialah pelukisan tentang watak dari aspek luaran dan dalaman. Pelukisan watak itu boleh dilakukan secara langsung atau secara tidak langsung olen pengarang melalui aksi, tutur kata, atau watak. Watak yang berperanan amat penting disebut watak utama. Watak yang kurang penting dalam cerita disebut watak sampingan.

PLOT

Plot ialah sesuatu yang menghubungkan peristiwaperistiwa dalam sesebuah cerita. Plot mengemukakan perkara yang terjadi dan sebab perkara itu terjadi. Setiap perkara berhubungan berdasarkan faktorfaktor sebab dan akibat. Susunan cerita bergantung pada fantasi dan kreativiti pengarang. Plot dirangka dengan teliti dan tidak semestinya berurutan peristiwanya dari awal hingga akhir atau kronologi. Plot ialah penyusunan kronologi yang diubahsuai mengikut kemahuan pengarang.

Teknik plot ialah cara pengarang ceritanya supaya menarik.

mengembangkan plot

Antara teknik plot (a) Imbas kembali (b) Imbas muka (c) Saspens (d) Konflik (e) Kejutan (f) Dialog

termasuklah

seperti

yang berikut:

Anda mungkin juga menyukai