Anda di halaman 1dari 2

ISTERIKU BERCAKARAN DI SYURGA

Isteriku datang membawa secawan teh tarik ketika aku sedang sibuk
mengolah "layout" blog kerjayaku yang sudah hampir setahun dengan
template yang sama, tiba-tiba terlintas dihatiku untuk bertanya,

Aku: Sayang, disyurga nanti Ayang akan bersama siapa?

Sayang: Alahai Abang, tentulah dengan Abang suami yang Ayang


sangat cintai.

Aku: Tetapi adakah Abang dengan Ayang seorang sahaja?

Sayang: Sudah tentulah tidak, Abang juga akan dikelilingi oleh


bidadari-bidadari syurga yang cantik jelita.

Aku: Betul tu, tetapi bukankah itu bahaya, sudah tentu Ayang akan
bercakaran bertarik rambut bergaduh dengan mereka kerana
cemburu, tak gitu?

Sayang: Abang, di syurga nanti sudah tidak ada sifat-sifat negatif


pada diri kita, yang ada cuma sifat asal manusia yang penuh dengan
taqwa dan bersyukur pada Allah Subhanawataala. Tiada sedikit pun
perasaan negatif seperti cemburu, iri hati, kedekut, tamak, hasad
dengki dan sebagainya, semua Allah keluarkan dari diri kita ni.

Aku: Pandai isteri Abang ni berhujah, tetapi jika kita semua dapat
buangkan sifat-sifat negatif tersebut semasa kita hidup sekarang ini,
bukankah kita boleh cipta keadaan seolah-olah kita sudah disyurga?

Sayang: Betul tu Bang, jika semua manusia boleh bersifat begitu


sudah tentulah dunia ni seolah-olah di syurga, terutamanya orang
lelaki, kerana mereka yang sepatutnya menjadi pemimpin
membimbing isteri dan anak-anak kearah mendapat keredhaan Allah.

Aku: Pandai sungguh isteri Abang ni, kita semua lelaki mahupun
wanita harus menuju kearah itu, hidup tanpa sifat-sifat negatif, hidup
yang penuh dengan sifat-sifat positif seperti selalu bersyukur kepada
Allah, penyayang, pengasih, pemurah, riang gembira, yakin, sabar,
pemaaf dan macam-macam lagi, sudah tentu dunia ini akan aman,
seolah-olah kita sudah disyurga.

Pendapat Abang la, Allah menguji kita didunia ini dengan semua sifat-
sifat negatif ni, terpulang pada kita untuk mengawalnya, jika kita
boleh kuasainya, insyaallah syurga balasannya, jika sifat-sifat negatif
ini yang menguasai kita, nerakalah alamatnya. Disebabkan dunia
sekarang penuh dengan manusia dengan sifat-sifat negatif ini lah
dunia sekarang seolah-olah di neraka bagi sesetengah orang....

Sayang: Ayang setuju sangat Bang.

Aku: Jadi bila agaknya sifat cemburu Ayang boleh berkurang ni?
Abang teringin nak cipta "syurga" di dunia ni.

Sayang: Sabar lah Bang, berdoalah kita padaNya, Inysaallah suatu


hari nanti terbuka hati Ayang meredhakan Abang kahwin lagi... Ayang
tau itu maksud "syurga" Abang tu....

Aku: Terimakasih Sayang.... Abang akan sentiasa berdoa dan Abang


berjanji akan menjadi suami yang lebih cemerlang lagi. Sayang...
love u so much..

Isteriku berlalu meninggalkanku, sempat dia memaling, tersenyum


manis dan berkata..

Sayang kat Abang juga... selamanya..

Anda mungkin juga menyukai