Anda di halaman 1dari 3

JURNAL REFLEKTIF

MINGGU KEENAM (2 -5 SEPTEMBER 2013)

NURUL SYAFIQAH BINTI BADRUDDIN 900914-03-5722

Isu: Masalah Tumpuan Murid

Bagi minggu keenam praktikum 2, saya telah menjalankan pengajaran dan pembelajaran selama 9 waktu. Dalam tempoh tersebut, saya telah berkesempatan untuk mengenali karenah atau tabiat pembelajaran murid di dalam kelas. Untuk penulisan jurnal kedua ini saya telah menjalankan satu pemerhatian terhadap masalah kurangnya penumpuan murid di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Sebagai contoh, semasa penyelian kedua subjek Pendidikan Jasmani oleh Encik Azizo pada minggu lepas, semasa saya memberikan penerangan terdapat segelintir murid lelaki agak leka melihat murid lain bermain bola sepak menyebabkan mereka tidak memahami akan penerangan yang saya berikan. Antara puncanya ialah strategi pengajaran guru yang kurang menarik minat murid untuk belajar, terdapat gangguan persekitaran dan sebagainya. Analisis Masalah Saya telah menjalankan satu analisis masalah bagi mengenalpasti punca-punca yang menyebabkan masalah tersebut berlaku. Melalui pemerhatian awal yang saya lakukan, setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, terdapat beberapa orang murid yang suka melakukan sesuatu yang menarik perhatian murid lain seperti melihat dengan leka terhadap murid lain yang bermain bola menyebabkan rakan-rakan lain turut serta hilang fokus terhadap proses pengajaran guru dihadapan kelas. Beberapa andaian awal telah dilakukan, antaranya ialah : 1. Murid yang membuat bising melakukannya kerana inginkan perhatian dari murid lain 2. Murid tidak berminat dengan pengajaran guru 3. Murid yang membuat bising adalah dari kumpulan yang lemah dan tidak minat pada pembelajaran 4. Strategi pengajaran guru yang kurang berkesan dan tidak menarik

Setelah menganalisis dan membuat refleksi kepada andaian awal ini, saya telah mendapati bahawa bukan murid yang dikategorikan sebagai lemah sahaja yang kurang tumpuan di dalam kelas, malah saya mendapati murid dari kategori bijak juga adakalanya hilang fokus atau tumpuan semasa proses pembelajaran berlaku. Hal ini berlaku apabila terdapat sesetengah murid yang menyiapkan tugasan awal dari murid lain mengganggu murid lain. Kesannya ialah murid yang masih belum menyiapkan tugasannya hilang tumpuan dalam menyiapkan tugasannya. Selain itu, penggunaan bahasa tinggi oleh guru yang sukar difahami oleh murid juga antara faktor mengapa murid kurang tumpuan di dalam kelas. Mereka hilang minat disebabkan tidak memahami bahasa-bahasa yang digunakan oleh guru yang mengajar subjek berkenaan.

Cara penyelesaian Setelah mengenal pasti masalah dan membuat andaian apakah faktor berlakunya masalah ini, saya mengambil inisiatif untuk mencari apakah jalan atau langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan tumpuan murid di dalam kelas. Penyelesaian masalah ini lebih tertumpu kepada guru iaitu bagaimana strategi pengajaran yang berkesan untuk meningkatkan tumpuan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Cadangan yang pertama yang pernah diusulkan oleh guru pembimbing saya ialah mengingati nama penuh setiap murid yang hilang tumpuan di dalam kelas. Caranya dengan memanggil murid tersebut dengan namanya, kesannya ialah murid tersebut secara tidak langsung merasakan bahawa gurunya mengambil berat terhadapnya dan dia akan memberi tumpuan kepada pengajaran guru tersebut. Selain itu, kedudukan murid juga perlu dititik beratkan. Kaedahnya ialah meletakkan murid yang kerap hilang tumpuan di dalam kelas di meja yang berhampiran dengan guru. Ini akan memudahkan pemantauan guru terhadap murid tersebut. Dengan cara ini, murid akan memberi tumpuan kepada pengajaran guru. Cadangan ketiga ialah strategi pengajaran guru. Guru perlu sedar adakah punca murid hilang tumpuan di dalam kelas disebabkan oleh kaedah pengajarannya yang kurang menarik atau sebaliknya. Semasa proses pengajaran berlaku, guru perlu memasukkan unsur humor dalam pengajarannya bagi murid tidak mudah bosan dengan pengajarannya. Dengan cara tersebut, murid yang pada mulanya hilang tumpuan akan menumpukan kepada gurunya kerana tertarik dengan unsur humor yang digunakan oleh gurunya. Cadangan-cadangan lain yang mungkin berkesan termasuklah :

1. Perancangan

pengajaran

dan

pembelajaran

yang

melibatkan

aktiviti

yang

bersesuaian dengan minat murid 2. Guru perlu kreatif menghasilkan sesuatu yang menarik 3. Memotivasikan murid dengan memberi peneguhan positif 4. Guru perlu sentiasa peka dengan murid, kenalpasti murid yang kerap hilang fokus

Tempoh Penyelesaian Saya perlukan masa selama tiga minggu dari tarikh analisis masalah dinyatakan kerana dalam masalah seperti ini, ia melibatkan tumpuan murid, untuk mengubah murid yang kerap hilang tumpuan kepada yang memberi tumpuan, ia perlukan masa yang bersesuaian.

Tindakan Susulan Saya akan memantau perubahan tumpuan murid dari semasa ke semasa bermula dari minggu kedua praktikum saya. Saya juga akan sentiasa menambah baik strategi pengajaran saya bagi memastikan tumpuan murid terhadap pengajaran saya sentiasa di tahap yang sangat memuaskan.

Kesimpulan Kesimpulannya, masalah hilang tumpuan di dalam kelas adalah satu masalah yang selalu terjadi di sekolah terutamanya di peringkat rendah. Saya berandaian bahawa mereka masih lagi di peringkat umur kanak-kanak, di mana proses pembelajaran mereka masih di peringkat permulaan. Maka, sebagai seorang guru, haruslah berfikir bagaiamana untuk mengatasi masalah ini demi menjamin masa hadapan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Anda mungkin juga menyukai