1. MAKSUD : Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat sesuatu benda, keadaan,atau perbuatan. 2. JENIS-JENIS KATA ADJEKTIF: 1. Kata adjektif sifatan / keadaan Contoh: baik, tegak, gopoh, pandai, takut, sihat, lemah, kasar, jahat, licin, garang, buas, condong 2. Kata Adjektif Warna Contoh: hitam, putih, biru, jingga, merah, ungu 3. Kata Adjektif Ukuran Contoh: nipis, besar, pendek, tinggi, rendah, kerdil, tebal, panjang, kecil 4. Kata Adjektif Bentuk Contoh: kemik, leper, bujur, buncit, lurus, bulat, lekuk, bengkok 5. Kata Adjektif Jarak Contoh: jauh, hampir, dekat, sebelah, rapat, nyaris 6. Kata Adjektif Waktu Contoh: cepat, lambat, silam, segera, baharu, 7. Kata Adjektif Perasaan Contoh: sayang, ragu, kecewa, gembira, rindu, marah, sayu, sedih, pilu 8. Kata Adjektif Cara Contoh: perlahan, segera, deras, laju, lincah, sering 9. Kata Adjektif Pancaindera Contoh: pahit, manis, busuk, tampan, merdu, payau, kelat, masin, masam, nyaring, gemersik
Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai. 1 Kaki Pak Senin digigit pacat, darah __________ meleleh di kakinya. A cair B putih C pekat D merah 2 Semua seluarnya sudah menjadi __________ kerana badannya sudah berisi. A ketat B besar C singkat D longgar 3 Buah-buahan tempatan sungguh ______________ dan berpatutan pula harganya. A kelat B enak C manis D masam 4 Abdul Halim sedang mengasah sabit kelapa sawit itu kerana sudah __________. A tajam B kasar C kesat D tumpul 5 Pengawas lelaki itu sering membawa buku __________ di dalam poket bajunya. A kecil B tebal C besar D panjang
6 Cuaca malam ini __________ kerana petang tadi hujan turun dengan lebatnya. A sejuk B damai C panas D nyaman 7. Udara di Calet Air Panas, Pengkalan Hulu itu sungguh __________. A baik B cergas C nyaman D indah 8. __________ sungguh pemandangan hutan di kawasan Air Terjun Kuala Woh itu. A Indah B Muram C Kelam D Sayup 9. Pelajar Tahun Enam Waja sangat __________ dan hormat kepada guru-guru mereka. A baik B malu C takut D patuh 10. Marsya berasa______________semasa meraikan hari jadinya. A pilu B mahu C cemas D gembira