Anda di halaman 1dari 4

Bilangan Jurnal Minggu Pratikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal

: Keenam : Keenam : 25/ 08/ 2013 hingga 29/ 08 / 2013 : Masalah Kebersihan Diri Murid

MASALAH : Masalah yang ingin saya bentang dalam minggu keenam ini ialah masalah kebersihan diri murid. Sebahagian besar daripada murid darjah dua tidak menjaga kebersihan diri sendiri terutamanya pakaian termasuk kasut dan rambut. Rambut mereka tidak terurus dan pakaian yang comot lagi selekeh. Selain itu, terdapat juga murid murid yang datang ke sekolah dengan pakaian yang telah koyak. Keadaan ini mengwujudkan perasaan tidak puas hati dan pendapat yang negatif terhadap murid murid berkenaan oleh para guru.

PERASAAN TERHADAP MASALAH : Keadaan ini menyebabkan saya berasa amat kecewa dengan penampilan sebahagian murid yang tidak menitikberatkan kebersihan diri mereka. Memang tidak dinafikan bahawa cara pemakaian seseorang mencerminkan perwatakan individu tersebut. Selain itu, seseorang individu yang tidak berpakaian kemas lagi bersih menyebabkan pandangan yang negatif oleh orang ramai terhadap individu tersebut. Ia juga menwujudkan kurang keyakinan terhadap diri seseorang itu. Di samping itu, orang ramai juga berasa kurang selesa untuk mendampingi mereka yang berpakaian comot dan selekeh. Justeru itu, keadaan ini menyebabkan jurang di antara hubungan guru dengan murid.

Punca Masalah : Punca utama masalah ini berlaku adalah rasa tidak prihatin dan peka terhadap kebersihan diri oleh para murid. Mereka juga tidak mempunyai inisitif untuk memperbaiki penampilan mereka. Segelintir ibu bapa murid murid langsung tidak mengambil berat tentang kebersihan dan penampilan anak mereka, maka adalah tidak wajar saya menyalahkan murid murid semata mata. Terdapat juga murid murid yang berasal daripada keluarga miskin dan tidak mampu untuk menggantikan baju atau kasut yang lama yang telah koyak dan reput. Keadaan ini juga menyebabkan keselamatan murid tidak terjamin. Ini kerana kasut yang koyak dan haus menyebabkan kaki murid terdedah kepada pelbagai bahaya.

Cadangan Penyelesaian / Tindakan : 1. Memberi nasihat dan penerangan tentang kepentingan penampilan dan kebersihan diri. 2. Mengadakan pertandingan kebersihan atau penampilan diri. 3. Member ganjaran kepada mereka yang memenangi pertandingan tersebut. 4. Mangadakan pemeriksaan tentang kebersihan diri setiap kali semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. 5. Memberi tunjuk ajar tentang cara pemakaian yang kemas. 6. Memberi bantuan pakaian kepada murid murid miskin yang tidak mampu membeli pakaian baru.

Tindakan Susulan : Saya telah membuat perbincangan dengan guru guru yang lebih

berpengalaman tentang hal ini. Saya juga berbincang dengan ibu bapa murid berkenaan mahupun dengan murid murid yang berkenaan. Dalam hal ini, saya telah menyelidik latar belakang murid murid berkenaan agar mendapat pertimbangan yang sewajarnya. Kesinambungan itu, saya telah mengambil keputusan untuk memberi nasihat dan penerangan tentang kepentingan penampilan diri kepada semua murid secara amnya. Selain itu, saja juga telah mengadakan pertandingan kebersihan diri bagi menggalakan mereka berpakaian kemas dan bersih. Saya turut berjanji akan memberi ganjaran yang lumayan kepada mereka ynag memenangu pertandingan ini. Langkah ini memang berkesan pada hari berikutnya. Saya mendapati perkembangan positif di kalangan sebahagian murid. Mereka mengurus rambut dengan kemas dan cuba memberi penampilan yang terbaik walaupun dalam serba kekurangan. Saya sering mengawasi, menilai dan memberi komen terhadap pemakaian mereka semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Refleksi : Saya mendapati murid murid bukan sekadar memerlukan bimbingan dan panduan yang betul daripada para guru malah pengawasan, prihatin malah belai kasih daripada guru. Guru perlu memahami keadaan dan latar belakang murid sebelum mengambil sebarang keputusan. Setelah saya mengaplikasikan segala tindakan yang sewajarnya, maka terdapat perubahan positif di kalangan murid yang tidak berpakaian kemas lagi bersih. Mereka telah mengambil inisiatif untuk memperbaiki penampilan diri mereka. Saya yakin dalam tempoh masa dua minggu sudah tentu terdapat satu perubahan yang memuaskan.

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan : Nama Tarikh : :

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan : Nama Tarikh : :

Anda mungkin juga menyukai