Anda di halaman 1dari 3

Tajuk Perbincangan:

1. Berdasarkan kepada Unit 2 iaitu pengenalan kepada KBSR dan KSSR, anda diminta membuat perbezaan antara KBSR dan KSSR. Dengan memilih manamana pelajaran, kemukakan perbezaan yang telah dilakukan bagi mata pelajaran tersebut dalam KBSR dan KSSR. Bincangkan dan beri pendapat anda terhadap perubahan yang telah dilakukan.

Satu set skop dan panduan yang menjadi petunjuk semasa sesi pengajaran dan pembelajaran suatu matapelajaran yang efektif amat diperlukan dalam sistem pendidikan formal di negara kita. Justeru, kurikulum telah menjadi teras dalam pendidikan sebagai panduan untuk memastikan kelancaran sistem pendidikan. Untuk membentuk kurikulum untuk sistem pendidikan sesebuah negara, ia perlulah mengambil kira kehendak dan keadaan ekonomi, politik, sosial, budaya, masyarakat dan bangsa. Dalam matapelajaran Matematik, KBSR menekankan kepada penguasaan kemahiran asas seperti menulis angka, mengira dan menyatakan nilai tempat manakala KSSR menitikberatkan kefahaman dan penggunaan konsep dan kemahiran matematik dalam konteks seharian. Sementara KBSR masih memerlukan murid untuk menguasai kemahiran dalam keempat-empat operasi, KSSR menyarankan perluasan penggunaan kemahiran operasi asas ini. Matematik dalam KBSR mengkehendaki murid menyelesaikan masalah yang melibatkan timbangan, sukatan, bilangan, ruang dan masa, jarak serta wang. Matematik dalam KSSR mahukan murid yang pandai menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik untuk digunakan dan diaplikasikan bagi menyelesaikan masalah harian. Beberapa perbezaan dalam Matematik KBSR dan KSSR jelas menunjukkan perubahan dalam kurikulum adalah diperlukan selaras dengan cabaran dan keperluan semasa.

Jawapan org A) Dalam KSSR Tahap Satu, ada beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan semua disiplin ilmu dalam Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif bagi pengurusan kurikulum lebih berkesan. Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas memberi fokus kepada literasi dan numerasi, kesejahteraan diri dan pembangunan rohani. Manakala Sains pula diperkenalkan dalam Modul Teras Tema bagi memberi pengetahuan asas disiplin ilmu Sains. Strategi untuk murid menguasai Bahasa Inggeris dalam KBSR ialah dasar PPSMI sementara dalam KSSR pula strateginya ialah dasar MBMMBI. Penilaian dalam KBSR menggunakan kaedah konvensyenal ujian dan peperiksaan sementara dalam KSSR pula menggunakan Standard Prestasi (yang

dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan) sebagai panduan wajib guru untuk melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Ujian dan peperiksaan sudah tidak lagi wajib dilaksanakan. Pencapaian atau perkembangan murid akan dilabelkan dengan band. Tidak ada lagi nombor (kedudukan) dalam peperiksaan sebaliknya mereka dilabel dengan band dari 1 hingga 6. Band 6 adalah aras tertinggi sementara band 1 pula adalah sebaliknya.

- kurikulum adalah satu set panduan untuk guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di mana-mana institusi pengajian. Arus globalisasi telah membawa beberapa perubahan kepada Akta Pelajaran dan juga sistem kurikulum pendidikan negara kita. Perubahan Kurikulum Lama Sekolah Rendah kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah pada tahun 1982. Kemudian, atas kesan daripada keperluan kesepaduan dalam isi kandungan mata pelajaran, beberapa pindaan dibuat dan KBSR ditukarkan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Barubaru ini transformasi pendidikan berlaku dan KBSR ditukarkan ke Kurikulum Standard Sekolah Rendah pada tahun 2011 dengan diperkenalkan kepada murid Tahun Satu. Dalam KSSR, matapelajaran Dunia Sains dan Teknologi adalah gabungan elemen Sains, Bentuk dan Teknologi dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Falsafah Pendidikan Sains Negara menyatakan pendidikan sains di Malaysia memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan ketrampilan teknologi. Penggunaan pendekatan bertema dalam DST dapat menjadikan sesi P&P lebih menarik dan kreatif.

B) Selepas saya membaca unit 2, saya mendapati bahawa Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) telah digantikan oleh Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). KBSR menekan kepada kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. KSSR mengekalkan prinsip KBSR iaitu perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan yang sama untuk semua murid, bersepadu dan pendidikan seumur hidup. Manakala KSSR mempunyai 6 tunjang iaitu Komunikasi, Kerohanian;Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Perkembangan fizikal dan estetika, Keterampilan , sains dan teknologi. Mata pelajaran yang berbeza di antara KBSR dan KSSR iaitu mata pelajaran Sains. Mata pelajaran Sains telah diubah menjadi Sains Dunia dan Teknologi dalam KSSR. Mata pelajaran Sains telah menambah banyak unsur-unsur yang baru dan memperkenalkan banyak kemahiran-kemahiran yang melibatkan teknologi yang canggih. Contohnya, guru yang mengajar sains dalam KBSR, banyak menekankan teori-teori serta cara-cara semasa menjalankan aktiviti terutamanya aktiviti eksperimen. Manakala dalam KSSR pula, guru sains bukan sahaja kena mengajar Sains malahan mereka juga perlu mengajar murid-murid belajar menggunakan komputer dengan melayari internet untuk mencari maklumat. Ini merupakan perubahan di dalam KSSR.

- atas rasional-rasional yang kukuh, perubahan dalam kurikulum adalah berpaksikan kepada keperluan keadaan dan cabaran semasa. Sama ada KLSR, KBSR atau KSSR, setiapnya mempunyai ciri kebaikan untuk keperluan zaman mereka. Kini, pada zaman globalisasi ini, kurikulum yang terdahulu seperti KLSR dan KBSR telah menjadi tidak sesuai dan tidak relevan lagi. Oleh itu, mulai sesi persekolahan pada Januari 2011, KSSR telah dilaksanakan dengan tujuan untuk pembangunan modal insan dan warganegara yang mahir dalam teknologi. Dunia Sains dan Teknologi dalam KSSR adalah merangkumi elemen Sains, Reka Bentuk dan Teknologi serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Dunia Sains dan Teknologi adalah untuk memupuk minat murid terhadap Sains dan Teknologi. DST juga dapat memperkembangkan kreativiti dan inovasi murid melalui pengalaman dan penyiasatan ilmuilmu sains dan teknologi, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta nilai murni. Kemahiran yang boleh diperkembangkan melalui DST adalah termasuk kemahiran manipulatif,kemahiran proses sains dan kemahiran TMK.

Anda mungkin juga menyukai