Anda di halaman 1dari 12

Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) Resusitasi kardiopulmonari (Cardiopulmonary resuscitation CPR) adalah prosedur kecemasan yang dilakukan dalam usaha

bagi mengekalkan secara manual fungsi otak sehingga langkah selanjutnya dapat dilakukan bagi mengembalikan aliran darah dan pernafasan secara spontan pada seseorang yang jantung berhenti berdengup. CPR membabitkan menekan dada pada sekurang-kurangnya sedalam 5 cm dan pada kadar sekurang-kurangnya 100 kali setiap minit sebagai usaha menghasilkan peredaran buatan dengan mengepam darah melalui jantung secara insani. Tambahan lagi, penyelamat boleh membekalkan pernafasan dengan menghembus ke dalam mulut mangsa. Proses memberikan pengudaraan luaran dikenali sebagai pernafasan buatan. Jantung terhenti meyebabkan mangsa pengsan dalam masa beberapa saat. Jika melakukan CPR dengan kadar yang cepat, mangsa mempunyai peluang untuk dipulihkan. CPR merangkumi tiga kemahiran penyelamat asas iaitu Saluran Udara, Pernafasan dan Edaran Darah (ataupun disebutkan ABCs of CPR: Saluran Udara (Airway), Pernafasan (Breathing) dan Edaran Darah (Circulation).

BREATHING
Membuka saluran pernafasan serta merta dengan membetulkan posisi kepala mangsa (donggakkan kepala mangsa).
Bantuan pernafasan dari mulut ke mulut adalah cara tercepat untuk menyampaikan oksigen ke peparu mangsa. Udara yang dihembus mengandungi oksigen yang cukup untuk membantu menampung sebahagian daripada keperluan mangsa.

Tekanan dada mengekalkan edaran darah ke peparu, otak, arteri koronari dan organ-organ penting yang lain. Apabila tekanan dada dijalankan, bantuan pernafasan dari mulut ke mulut patut dilakukan bersama.

AIRWAY

CIRCULATION

ABCs of CPR: Saluran Pernafasan (Airway) Tindakan utama untuk CPR ialah membuka saluran pernafasan serta merta dengan membetulkan posisi kepala mangsa (donggakkan kepala mangsa). Perlu diingati bahawa bahagian belakang lidah dan epiglottis selalu menghalang saluran pernafasan mangsa yang tidak sedarkan diri. Oleh kerana lidah dan epliglotis tercantum di bahagian bawah rahang, dengan cara mendongakkan kepala ke belakang dan mengangkat dagu dapat membuka saluran pernafasan mangsa. Pernafasan (Breathing) Apabila pernafasan terhenti, badan kita hanya mempunyai oksigen yang masih ada dalam peparu dan darah. Oleh sebab itu, apabila pernafasan terhenti dan mangsa akan mati sejurus selepas itu. Bantuan pernafasan dari mulut ke mulut adalah cara tercepat untuk menyampaikan oksigen ke peparu mangsa. Udara yang anda hembus mengandungi oksigen yang cukup untuk membantu sekurang-kurangnya menampung sebahagian daripada keperluan mangsa. Pernafasan bantuan perlu diteruskan sehingga bantuan rawatan tiba. Edaran Darah (Circulation) Tekanan dada mengekalkan edaran darah ke peparu, otak, arteri koronari dan organ-organ penting yang lain. Apabila tekanan dada dijalankan, bantuan pernafasan dari mulut ke mulut patut dilakukan bersama. Posisi Pemulihan Jika mangsa mula bernafas dan nadinya kembali semasa atau selepas resusitasi, anda perlu meletakkan mangsa dalam posisi pemulihan. Prosedur mengalihkan mangsa kepada posisi pemulihan: Bengkokkan siku dan tapak tangan kanannya ke atas. Angkat lengan kiri ke atas dada dengan tapak tangan diletakkan ke bawah pipinya. Mengerengkan mangsa dengan menarik peha kiri ke arah anda dalam kedudukan bersudut tepat untuk mengelak mangsa tergolek ke hadapan. Condongkan kepala ke belakang supaya saluran udara sentiasa terbuka

Langkah-langkah melakukan CPR (DRABC)

C = blood circulation

D = danger

B= breathing

R= response

A = airway

D: Danger (Bahaya). Nilai situasi yang berlaku. Bergantung dengan tempat kejadian. Alihkan benda-benda yang boleh mendatangkan bahaya kepada anda dan mangsa. Cuba minta bantuan kalau perlu untuk mengawal keadaan

R: Response (Tindakbalas). Periksa tindakbalas pesakit. Kejutkan pesakit, tepuk bahu dan tanya awak ok ke?. Letakkan pesakit berbaring terlentang di atas permukaan yang padat. Jika tiada tindakbalas, hubungi ambulans

A: Airway (Saluran pernafasan). Lakukan teknik angkat dagu dan dongak kepala. Buka salur nafas pesakit secara mendongakkan kepala dengan satu tangan sementara dagunya diangkat dengan tangan yang satu lagi. Periksa kalau lidah mangsa mengganggu laluan pernafasan mangsa. Alihkan lidah tersebut kalau menghalang pernafasan.

B: Breathing (Pernafasan). Posisikan pipi dekat dengan hidung dan mulut mangsa, lihat ke arah dada pesakit. Lihat, dengar dan rasa pernafasan selama5 hingga 10 saat. Jika tiada pernafasan, picit hidung pesakit sehingga tertutup dan beri 2 hembusan penuh ke dalam mulutnya selama 2 saat setiap hembusan

C: Circulation (Peredaran darah). Jika tiada tanda-tanda pernafasan normal, batuk atau sebarang pergerakan pada pesakit, mulakan tekanan di dada. Letakkan tangan di tengah dada/sternum Bone (ulu hati) dan tekan ke dalam 1 ke 2inci sebanyak 15 kali pada kadar 80 100 kali seminit. Dengan kiraan Satu, Dan Dua, Dan Tiga sehingga Dan Lima Belas. Teruskan dengan 2 hembusan dan 15 kali tekanan sehingga bantuan perubatan tiba.

CPR untuk kanak-kanak (1-8 tahun) CPR untuk kanak-kanak sama seperti melakukan CPR untuk dewasa kecuali terdapat tiga langkah yang berbeza. Jika anda bersendirian dengan kanak-kanak tersebut lakukan CPR selama 2 minit sebelum menghubungi ambulans. Gunakan sama ada sebelah tangan atau dua tangan untuk melakukan tekanan di dada. Berikan tekanan 1 ke 1 1/2 inci dalam.

Langkah asas melakukan CPR untuk kanak-kanak (Umur 1-8)

Pastikan tindakbalas pesakit

Dongakkan kepala, lihat,dengar dan rasa pernafasan. Jika tidak bernafas beri bantuan 2 pernafasan dengan setiap pernafasan selama 1saatc

Jika tiada tanda-tanda bernafas,batuk atau bergerak mulakan tekanan di dada.

Teruskan dengan 2 hembusan pernafasan dan 15 tekanan di dada sehingga bantuan tiba.

- Pastikan tindakbalas pesakit .- Dongakkan kepala dan lihat,dengar dan rasa pernafasan. Jika tidak bernafas beri bantuan 2 pernafasan dengan setiap pernafasan selama 1saat .- Jika tiada tanda-tanda pesakit bernafas,batuk atau bergerak mulakan tekanan di dada 1 ke 2 inci 30 kali ditengah dada/sternum Bone (ulu hati)nya. Tekan pada kadar 100 kali seminit.

- Teruskan dengan 2 hembusan pernafasan dan 15 tekanan di dada sehingga bantuan tiba.

CPR untuk bayi (Kurang 1 Tahun) - Jerit dengan perlahan tepuk bahu. Sekiranya tiada tindakbalas, posisikan bayi terlentang.- Buka salur pernafasan dengan teknik dongak kepala angkat dagu. Jangan dongakkan kepala terlalu jauh.Berhati-hati

- Beri 2 hembusan sekiranya tidak bernafas. Tutup mulut dan hidung bayi dengan mulut kita dan hembus dengan kadar 1.5 ke 2 saat setiap hembusan. - Periksa dada bayi untuk pergerakan pada setiap bantuan pernafasan. - Beri 5 tekanan di dada dan 1 hembusan pada kadar 100kali seminit. Posisikan 2 jari di tengah-tengah dada/sternum Bone (ulu hati).Tekan antara ke 1inci. - Ulangi dengan 2 hembusan nafas dan 15 tekanan.Selepas 1 minit( Ulangan 1 pusingan) - hubungi ambulans (999 atau 991 ) dan teruskan memberi hembusan dan tekanan di dada

BIBLIOGRAFI St. John Ambulance, dan British Red Cross (2005). Manual Pertolongan Cemas. Batu Caves, Selangor. Penerbit Golden Books Centre Sdn. Bhd, Wisma ILBS.

http://pendidikansainssukan36.blogspot.com/2013/05/pencegahan-kecederaan-dan-

bantu-mula.html

Situasi yang berlaku menunjukkan mangsa tercekik disebabkan makanan dan pernafasan terhenti. Bantuan pemulihan yang sesuai bagi situasi ini ialah Resusitasi Untuk Hembusan (Expired Air Resuscitation EAR).

Prosedur EAR: Baringkan mangsa. Longgarkan bajunya di kawasan leher. Buka mulut mangsa dan masukkan jari untuk membuang sebarang kotoran atau halangan. Pegang belakang leher mangsa dengan satu tangan. Letakkan pangkal sebelah tapak tangan lagi pada dahi mangsa dan dongakkan kepalanya sejauh mungkin. Picit hidung mangsa dengan menggunakan tangan yang berada pada dahi mangsa. Sedut nafas, buka mulut dan lekapkan pada mulut mangsa, kemudian hembus. Dada mangsa akan ternaik kerana udara memasuki paru-paru. Tunggu sehingga dada mangsa menurun, kemudian ulangi prosedur yang sama sebanyak empat kali terus-menerus dengan cepat. Terus lakukan resusitasi mulut- ke- mulut pada kadar 10 pernafasan dalam seminit.sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri ataupun bantuan perubatan telah tiba. Jika mangsa telah boleh bernafas dengan sendiri, letakkan mangsa pada kedudukan pemulihan iaitu: Bengkokkan siku dan tapak tangan kanannya ke atas. Angkat lengan kiri ke atas dada dengan tapak tangan diletakkan ke bawah pipinya, Mengerengkan mangsa dengan menarik peha kiri ke arah anda dalam kedudukan bersudut tepat untuk mengelak mangsa tergolek ke hadapan. Condongkan kepala

ke belakang supaya saluran udara sentiasa terbuka. Pastikan pernafasan dan denyutan nadi sekerap mungkin. Lakukan resusitasi mulut-ke-mulut dan tekan dada jika pernafasan dan nadi tidak ada. Bantuan perlu diteruskan sehingga mangsa boleh bernafas dengan spontannya, sehingga bantuan perubatan tiba atau keadaan mangsa menjadi semakin merosot dengan terhentinya jantung Melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) sekiranya perlu.

Bantuan mula merupakan aspek penting yang perlu guru ketahui dalam berhadapan dengan situasi murid-murid di sekolah. Pada keadaan manakah Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) dan Resusitasi Udara Hembusan (EAR) sesuai diaplikasikan? Resusitasi Kardiopulmonari (Cardiopulmonary Resuscitation - CPR): Merupakan suatu teknik untuk menyelamatkan nyawa yang digunakan sewaktu kecemasan apabila mangsa tidak bernafas dan nadi mangsa sudah tidak berdenyut. Merupakan kombinasi bantuan pernafasan dan penekanan dada di bahagian luar. Bantuan bernafas untuk mangsa dan memastikan darah mangsa masih lagi dibekalkan ke seluruh tubuh. Penyelamat boleh mengekalkan mangsa yang terhenti jantungnya untuk terus hidup sehingga bantuan perubatan tiba. Jika CPR tidak dilaksanakan, peluang mangsa untuk terus hidup akan menurun dengan banyaknya selepas 5 minit pertama.

Resusitasi Udara Hembusan (Expired Air Resuscitation - EAR): Adalah kaedah di mana penyelamat memberi nafas kepada mangsa yang terhenti pernafasannya. Kaedah ini adalah berkesan untuk memasukkan udara berserta oksigen ke dalam

paru-paru mangsa jika mangsa telah berhenti bernafas tetapi masih mempunyai denyutan nadi. Terdapat tiga teknik yang digunakan di dalam EAR ini: Mulut ke Mulut: Penyelamat melekapkan mulutnya ke mulut mangsa dan bernafas ke saluran udara mangsa melalui mulut. Mulut ke Hidung: Dilakukan apabila mangsa mengalami kecederaan muka yang menghalang penyelamat daripada menggunakan mulut mangsa ataupun dalam kedudukan tertentu semasa menyelamatkan seseorang sewaktu kecederaan disebabkan air. Penyelamat akan menutup mulut mangsa, melekapkan mulut ke hidung mangsa, bernafas dengan perlahan-lahan dan kemudiannya melepaskan rahangnya untuk membolehkan mangsa menghembuskan nafas keluar. Mulut ke Hidung dan Mulut: Merupakan kaedah pilihan untuk melakukan resusitasi kepada kanak-kanak, kerana mulut penyelamat boleh menutup mulut dan hidung kanak-kanak tersebut. EAR adalah penting jika pernafasan mangsa terhenti sepenuhnya.

Terdapat

beberapa

keadaan

yang

boleh

menyebabkan

kehilangan

upaya

pernafasan, dan pemberi pertolongan cemas perlu bersedia dengan potensi mereka untuk melakukan resusitasi. Tercekik, pengambilan heroin dalam dos yang berlebihan, hampir lemas, gigitan dan sengatan dan juga masalah pernafasan tertentu seperti asma atau emfisema boleh menyebabkan pernafasan terhenti yang memerlukan EAR dengan segera dan berkesan untuk menyelamatkan nyawa. Pernafasan hendaklah berkesan dan efektif. Ini dibuktikan dengan kenaikan dan penurunan dada bagi setiap nafas yang diberikan oleh penyelamat. Lakukan sehingga 5 kali cubaan untuk memperoleh dua pernafasan yang berkesan. Indikasi untuk EAR iaitu Sianosis atau kepucatan Pernafasan terhenti atau kadar pernafasan adalah kurang dari 4-5 kali dalam seminit.

Terangkan langkah-langkah utama menjalankan CPR dan EAR. CPR Terdapat dua langkah utama untuk melakukan CPR, iaitu: Langkah I: Bantuan pernafasan mulut ke mulut. Langkah II: Melakukan tekanan luaran atau External Cardiac Compression (ECC) pada bahagian tengah dada atau sternum mangsa. i. Tekanan luaran atau ECC ialah suatu teknik untuk mengepam darah dari jantung secara manual. Teknik melakukan CPR bagi orang dewasa, kanak-kanak dan bayi adalah berbeza. ii. Kita perlu mengetahui perbezaan ini apabila hendak melakukan CPR supaya tidak memudaratkan mangsa iaitu:

Langkah I: Melakukan pernafasan mulut ke mulut. Baringkan mangsa di atas permukaan yang rata dan agak keras. Melutut di sisi kiri kepala mangsa. Buka saluran pernafasan dengan menolak dahi dan dagu mangsa ke belakang. Picit hidung mangsa untuk menutup lubang hidungnya. Lekapkan mulut kita pada mulut mangsa dan hembus nafas. Lakukan sebanyak dua kali. Langkah II: Melakukan ECC Melutut di kiri badan mangsa. Kesan lokasi pertemuan di antara tulang rangka dengan cuaran xyphoid dengan menggunakan jari telunjuk dan jari tengah tangan

kiri. Letakkan pangkal tapak tangan kanan bersebelahan jari telunjuk tangan. Titik ini ialah tempat tekanan yang akan dilakukan. Letakkan tapak tangan kiri di atas tangan kanan yang berada di dada. Condongkan badan ke hadapan dan tekan bahagian dada sambil meluruskan bahagian siku. Tekan sehingga lebih kurang 5 cm ke bawah pada kadar kelajuan 80 tekanan seminit sebanyak 15 tekanan. Beri dua kali hembusan bantuan pernafasan. Ulang langkah (5) dan (6) sehingga mangsa pulih atau sehingga bantuan tiba. Periksa denyutan nadi selepas 10 hembusan nafas.

Pelaksanaan CPR untuk bayi, kaedah 2 ibu jari dengan tangan membulat di kawasan adalah lebih berkesan berbanding dengan kaedah lama yang disarankan, iaitu menggunakan dua jari. Penggunaan dadah penghalang sumbatan yang baru adalah disarankan apabila bantuan perubatan profesional telah tiba, termasuklah saranan mengenai dadah mana yang patut digunakan.

http://achikkini.blogspot.com/2010/12/soalan-pilihan-hbhe2103smp-dancadangan.html